Tak tahu tempat menarik di Penang waktu malam? Memang rugi jika habiskan masa percutian dengan duduk di hotel saja lebih lagi waktu malam kerana Penang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Suasana pada belah malam cukup meriah dengan pengunjung berbanding waktu siang.

Pulau Pinang terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap, tempat menarik serta cantik dan kemeriahan pengunjung. Penuh dengan sejarah, warisan dan budaya, memang tidak bosan jika anda berkunjung ke sini kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan.

Kami telah senaraikan 10 tempat menarik yang popular di Penang pada waktu malam yang mungkin anda boleh kunjungi.

Rainbow Skywalk

Imej via [ The Top Penang ]

The Rainbow Skywalk dan Observatory Deck merupakan salah satu tempat yang popular pada waktu malam di Penang. Skywalk ini merupakan salah satu tarikan daripada 18 aktiviti lain di Taman Tema Penang ini.  Di sini anda boleh melihat panorama 360 darjah sekitar bandar Georgetown yang sangat cantik sambil berdiri di atas lantai berkaca.

Sudah tentu pemandangan pada waktu malam yang penuh cahaya lampu berwarna-warni cukup mengagumkan setiap mata yang memandang. Jangan lupa rakamkan gambar, anda akan dapatkan hasil yang sangat cantik seperti berada di awang-awangan.

The Rainbow Skywalk berada pada tingkat 68 di Menara Komtar iaitu tempat tertinggi di Georgetown. Anda boleh datang ke sini pada Selasa hingga Ahad 12.00 tengahhari hingga 10.00 malam. Tiket masuk adalah RM 49 sahaja.

Alamat: 1, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang.

Avatar Secret Garden

Imej via [ Tempat Menarik ]

Jika belah siang penuh dengan kehijauan pepohon, namun pada waktu malam bertukar seperti berada di alam fantasi. Penuh dengan lampu neon berkilauan yang tersergam indah di pokok. Sudah pastinya tempat ini lebih indah pada waktu malam.

Siapa nak merasai pengalaman seolah-olah berada di hutan ajaib seperti dalam filem Avatar, memang digalakkan datang ke sini. Siapa sangka tempat ini berada di tepi pantai sahaja. Sesuai untuk para Instagramable untuk beraksi.

Masuk adalah percuma, namun anda hanya perlu membayar tiket parkir. Persembahan lampu yang berkilau ini bermula dari 7.30 petang. Tempat ini ditutup pada 12 tengah malam.

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Gurney Drive

Imej via [ Junedarville ]

Gurney Drive merupakan tempat yang popular dan lazim dikunjungi tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong negeri lain. Berdekatan tepi pantai, suasana pada waktu malam lebih meriah dengan kehadiran pengunjung.

Ramai yang datang ke sini pada waktu malam untuk turut merasai kemeriahan di Gurney Drive. Terkenal dengan banyak tempat makan berderetan yang menyediakan makanan yang lazat. Menu utama yang dicari adalah rojak, pasembur dan ais kacang. Namun perlu berhati-hati dalam memilih gerai untuk makan kerana terdapat gerai menjual makanan yang tidak halal.

Pasembur adalah menu paling laris. Kebanyakan pengunjung mengatakan kuah pasembur pekat likat, sedikit manis dan rasa yang cukup. Bukan itu sahaja, pusat membeli-belah terkenal iaitu Gurney Plaza dan Gurney Paragon juga berada berdekatan di sini.

Alamat: Penang; George Town.

Pasar Malam Batu Ferringhi

Imej via [ Pakar Percutian ]

Jangan lepaskan juga untuk mencuci mata di pasar malam Batu Ferringhi yang juga merupakan antara pasar malam terpanjang di Malaysia. Agak berbeza dengan pasar malam yang lain. Pasar malam di Batu Feringhi majoritinya menjual cenderamata seperti pakaian, aksesori, hiasan dan sebagainya.

Jangan risau, gerai makanan juga ada di sini namun kurang. Semua yang dijual adalah berbaloi. Dah penat jalan, bolehlah berurut kaki dengan pengurut di pasar tersebut. Kemudian, naik beca dan rasakan angin malam yang nyaman di kawasan sekitar.

Pasar malam di Batu Ferringhi dibuka setiap hari bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam.

Alamat: Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Uptown Perda

Imej via [ Penang Kini ]

Pasar terbesar di Penang adalah Uptown Perda dengan anggaran sebanyak 150 peniaga juga merupakan tempat menarik di Penang waktu malam yang perlu ada dalam list jika ke negeri ini. Jika anda penggemar barangan terpakai seperti knitwear dan streetwear sangat digalakkan untuk ke Uptown Perda.

Dapatkan pelbagai barangan lain di sini dengan harga lebih murah dan berbaloi standing dengan kualiti. Tempat mengurut juga banyak di sekitar ini. Jika penat berjalan, anda boleh berhenti untuk mengurut sambil berehat. Uptown Perda beroperasi setiap hari bermula pukul 6.00 petang sehingga 10.00 malam.

Alamat: Jalan Perda Utama 1, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Straits Quay

Imej via [ Luxuo ]

Mungkin kurang dikenali ramai, namun panorama bermula senja hingga larut malam di sini memang mengasyikkan. Straits Quay adalah kawasan yang mempunyai pusat membeli-belah berdekatan dengan pantai. Jika anda ingin membeli-belah dengan suasana dalam mall, bolehlah teroka Straits Quay.

Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan di sini seperti melihat dan bergambar dengan matahari terbenam, bersiar-siar di tepi pantai dan membeli-belah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menaiki boat mewah atau cruise dengan rate harga RM 60 hingga RM 375 seorang mengikut pakej tertentu.

Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang 10470 Tanjong Tokong, Penang.

Penang City Hall & Town Hall

Imej via [ Malaysian Foodie ]

Penang City Hall dan Town Hall khas tempat khas untuk pecinta sejarah dan yang sukakan ootd. Bangunan ala-ala Victoria yang serba putih ini kelihatan seolah-olah sebuah istana. Alang-alang berada di Padang Kota Lama, singgahlah ke Penang City Hall untuk bergambar dan dijadikan kenangan.

Bangunan yang lebih kecil adalah Town Hall. Pada waktu malam, kedua bangunan ini dihiasi lampu berwarna-warni menampakkan lagi sisi cantik tempat yang penuh dengan sejarah ini.

Alamat: Georgetown, 10200 George Town, Penang.

Padang Kota Lama

Imej via [ Pinterest ]

Jika anda ke Penang, Padang Kota atau Esplanade semestinya menjadi tumpuan untuk bersiar-siar. Hal ini kerana terdapat banyak tarikan yang berdekatan seperti Town Hall, City Hall, Fort Cornwallis dan tugu peringatan perang.

Pengunjung yang datang ke sini pada waktu malam juga tidak kurang hebatnya membuatkan tempat ini kelihatan sangat meriah. Banyak kemudahan yang ada seperti gerai makan, taman permainan dan kerusi untuk berehat sambil layan panorama laut yang indah.

Jika anda mencari tempat makan pada waktu malam di sini, Medan Renong terdapat pelbagai jenis gerai dan makanan termasuk signature food masyarakat Penang iaitu Pasembor. Tempat ini sangat meriah bermula 7.00 pagi hingga 1.00 pagi.

Alamat: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah and Esplanade Road; George Town, Penang.

Ferringhi Garden

Imej via [ Pinterest ]

Khas untuk anda yang sedang berbulan madu atau meraikan ulang tahun perkahwinan dan sedang mencari restoran yang sesuai, Ferringhi Garden adalah pilihan tepat untuk anda meraikan hari istimewa tersebut bersama pasangan.

Restoran yang berkonsepkan dalam taman serta dihiasi dengan flora dan perabot yang moden menimbulkan suasana romantis untuk makan malam istimewa anda.  Pelbagai pilihan menu boleh anda pilih seperti makanan barat, makanan laut dan makanan Asia. Menu yang popular dan sedap adalah Wagyu A5 Ribeye Steak.

Ferringhi Garden beroperasi bermula 5.00 petang hingga 12.00 malam.

Alamat: 34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Bukit Bendera

Imej via [ Justgola ]

Bukit Bendera tempat yang wajib anda kunjungi jika ke Pulau Pinang. Panorama pada waktu malam lebih cantik ketika berada di puncak bukit ini. Pada waktu malam, tidak ramai pengunjung seperti waktu siang.

Jadi anda boleh menikmati pemandangan bandar ini yang penuh dengan cahaya malam dengan lebih tenang. Suhu di puncak juga sejuk pada waktu malam. Memang best layan angin malam dan berasa segar.

Anda perlu menaiki tren atau funikular untuk sampai ke puncak. Tren beroperasi setiap satu jam bermula 6.30 pagi hingga 10.00 malam. Jika anda hendak ke sini pada waktu malam, tiket akhir yang dijual adalah pada pukul 7.30 petang.

Alamat: Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Tak puas jika bercuti satu hari sahaja di Penang kerana banyak tempat menarik di Penang waktu malam terutamanya, yang sangat cantik dan berbeza suasana dengan waktu siang. Cepat, rancang dengan family untuk pilih destinasi pada waktu malam jika ke sini.

Jom teroka tempat menarik yang ada di Malaysia. Kami menulis pelbagai artikel tentang lokasi-lokasi yang popular, menarik dan berbaloi untuk dikunjungi seperti:

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.