Imej via [melancong]
Bandar Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah di iktiraf sebagai Bandaraya. Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke destinasi yang lain. Jom lihat tempat menarik di Bintulu, Sarawak terbaik untuk perjalanan anda.
Imej via [airbnb]
Pemandangan yang indah menjadi tarikan utama kepada pengunjung tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga atau rakan-rakan.
Laluan di sepanjang pantai Temasya Tanjung Kidurong ke Pantai Tanjung Kidurong memberikan suatu kepuasan kepada anda terutamanya ketika matahari terbenam.
Disini juga pengunjung dapat melihat kehidupan masyarakat setempat melakukan aktiviti harian mereka dan mempelajari adat resam masyarakat tersebut.
Imej via [my.geoview]
Pelbagai kemudahan seperti gerai makan, pondok rehat disediakan di sini bagi pengunjung yang datang. Terdapat banyak bot nelayan yang terletak di pinggir pantai sesuai sebagai tempat persinggahan mahupun lokasi bergambar untuk anda.
Imej via [malaysia.panduanwisata]
Taman ini berkeluasan 12 hektar dan jarak 4 km dari pusat kota Bintulu. Taman ini dijadikan pusat rekreasi dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Pemandangannya sangat cantik kerana diliputi tumbuhan flora dan fauna di sekelilingnya.
Gunung dan bukit hijau menjadikan taman menarik di Bintulu ini begitu menarik sekali. Terdapat juga haiwan dipelihara di sini untuk tarikan para pelancong.
Imej via [bintuluonline]
Tempat menarik di Bintulu Sarawak ini merupakan tempat yang paling unik untuk anda berfotografi. Pemandangan biasa seperti kapal nelayan yang datang dan pergi ke laut juga dapat dilihat dari sini. Konsep moden rekabentuk direalisasikan di sini.
Jambatan dan pemandangan direka dengan gabungan kreatif. Dilengkapi dengan kemudahan seperti pusat keselamatan, tandas awam dan tumbuhan pelbagai spesis menjadikan tempat ini menarik untuk pengunjung datang berehat dan menikmati masa santai.
Imej via [afar]
Taman Negara Similijau hanya 45 minit dari Bintulu, dimana ia menyediakan percutian hujung minggu yang menarik untuk pengunjung yang tinggal di kawasan tengah Sarawak. Ia mempunyai salah satu kawasan pantai yang paling cantik di Malaysia dengan persisir pantai putih bersih yang tidak tercemar dan pantai berbatu yang menghadap Laut China Selatan.
Sepanjang 30 km perjalanan, ia penuh dikelilingi flora dan fauna serta menjanjikan pengalaman menarik untuk menjelajah berbatu-batu pantai kosong. Tempat menarik di Bintulu ini mempunyai 24 spesis mamalia yang direkodkan seperti ungka, langur berbelang dan kera ekor panjang.
Terdapat juga reptilia di sini iaitu Buaya Air Tawar. Burung yang ada di Taman ini mempunyai 200 lebih spesis burung termasuk burung Kenyalang dan burung-burung air yang berhijrah seperti Storms Stork. Tidak rugi untuk mencuba tempat yang jarang di temui di Sarawak ini.
Imej via [niah]
Anda dapat melihat pemandangan menarik dan mengagumkan di sini. Kawasan ini mempunyai salah satu pintu masuk gua terbesar di dunia, tapak pemakaman paleolitik dan Neolitik serta lakaran gua.
Kawasan di sekitar gua ini diliputi hutan hujan yang padat dan merupakan rumah bagi kebanyakan spesis tumbuhan dan hidupan liar. Sehingga kini, pemuliharaan sentiasa dilakukan bagi mengekalkan keaslian dan tinggalan sejarah yang terdapat di gua ini.
Imej via [esplanade-httplieemun]
Anda juga boleh melakukan aktiviti santai dan aktivi bersenam . Pemandangan luas yang ada di sekitar kawasan ini menjadikan tempat ini sering dikunjungi pengunjung.
Pemandangan menarik adalah pada waktu matahari terbenam. Oleh itu, tidak rugi untuk anda singgah dan bersantai di Esplanade Bintulu ini.
Imej via [bintuluwaterfront]
Sekiranya anda ingin meluangkan masa dan ingin menghirup udara segara hanya dengan berjalan kaki sahaja, tiada masalah kerana jarak di antara hotel dan pantai tidak jauh.
Imej via [monument]
Tahukah anda, persidangan yang pertama dan tertua di Malaysia telah diadakan di sini pada 8 September 1867 di bawah pemerintahan Charles Brooke? Beliau adalah pemerintah kedua keluarga Brooke yang merupakan pemerintah kulit putih pertama di Sarawak. Sehingga kini, tempat menarik di Bintulu ini masih dijaga dan dipelihara dengan rapi sekali.
Imej via [facebook]
Kemudahan ini diperuntukkan bagi masyarakat untuk memudahkan mendapat barangan yang diinginkan. Di sini, pengunjung boleh meluangkan masa melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Imej via [sarawak.attractionsin]
Haiwan liar juga boleh dijumpai di kawasan pendalaman taman, terutama monyet, beruang, tenggiling dan kelawar. Waktu terbaik untuk melawat tempat menarik di Bintulu ini adalah pada waktu pagi, supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berjalan di sepanjang denai di taman.
Tarikan utama taman ini adalah air terjun yang cantik. Terdapat juga sebuah menara pokok setinggi 2 meter di Denai Pantu, kira-kira 1 km dari pejabat Taman. Pelawat yang datang boleh memanjat naik dan melihat pemandangan hutan yang mengagumkan.
Imej via [Facebook]
Airnya yang biru dikelilingi hujan mencantikkan lagi kawasan ini. Aktiviti seperti menyelam dan bersnorkeling pastinya dilakukan di Pulau ini. Aktiviti nelayan seperti turun ke laut untuk menangkap ikan boleh anda saksikan di sini. Suasana aman ini boleh merehatkan minda anda.
Imej via [gowhere.my]
Tempat menarik di Bintulu ini dapat menghilangkan dahaga pengunjung dimana mereka boleh mencuba BC, Cendol atau kopi/teh tarik yang terdapat di sini. Bersebelahan pasar ini adalah Guest Bintulu iaitu kawasan terbuka untuk persembahan tempatan serta jualan produk tempatan.
Bumbung di pasar ini melambangkan penutup kepala Tradisional Melanau. Pengunjung yang datang melancong boleh melihat barangan tempatan yang dijual di sini.
Imej via [tripadvisor]
Kuil Tua Pek Kong di sepanjang jalan Bazaar Utama merupakan salah satu tempat ibadat Buddha yang paling indah dan bersejarah di Sarawak. Ia dipercayai dibina pada tahun 1890-an dan sentiasa menjadi landasan penting di Bintulu malah tempat menarik di Bintulu ini berkait rapat dengan kehidupan rakyat terutama masyarakat Cina.
Kuil ini juga memastikan kesinambungan dan kestabilan untuk komuniti cina yang ada di Bintulu. Kepentingannya terhadap komuniti Cina telah bertahan sehingga ke hari ini.
Pelancong asing juga boleh datang melawat dan meneliti hasil seni bina yang unik di Kuil ini, ia adalah simbolik bagi senibina kaum cina yang sentiasa terdapat di semua tempat ibadat mereka.
Imej via [Httponemilegrads]
Imej via [naim]