Negeri Perak yang merupakan negeri kedua terbesar ini bukan sahaja padat dengan tempat makan dan tempat bersiar-siar yang menarik, tetapi juga mempunyai tarikan lain yang membuatkan ramai kaki pancing tak sabar-sabar hendak ke sana. Bagi kaki pancing, Perak adalah dunia lautan, tasik dan kolam yang mempunyai pelbagai khazanah alam hidupan laut yang membolehkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti memancing.
Imej via [Oh Bulan]
Imej via [Karangkraf]
Perkampungan nelayan terkenal dengan kawasan perairan laut yang membolehkan anda memancing disini seawal 7 pagi sehingga 7 malam sahaja. Terdapat 2 jeti pendaratan di sini yang boleh anda lihat ikan dibawa naik. Ramai pemancing yang memancing di perkampungan nelayan ini membawa pulang ikan siakap, mereka yang memancing di kawasan jeti akan dapat melihat nelayan atau pemancing membawa ikan naik ke darat pada waktu petang atau seawal pagi.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan chalet yang murah dan pelbagai kemudahan disini malah boleh memancing di jeti yang khas disediakan oleh pemilik chalet untuk anda yang merupakan kaki pancing.
Imej via [Orang Perak]
Ia meliputi kawasan alam semulajadi yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan segar flora serta hidupan laut dan hutan fauna untuk anda yang amat sukakan alam natural. Selain dari memancing disini, anda dapat lihat sebuah pulau yang terdapat disini iaitu Pulau Cendana. Banyak kisah dan mitos dahulu kala berkenaan dengan pulau ini, namun anda boleh fokus memancing disini dengan tenang.
Imej via [Variousdaily]Terdapat tempat memancing di Perak yang menarik untuk kaki pancing iaitu Rumah Rakit yang terletak di Lumut, Perak. Rumah rakit ini ala-ala rumah di atas air yang membolehkan anda menikmati kehidupan sebagai seorang pemancing selama 24 jam. Keseronokan memancing di sini boleh anda rasai bersama keluarga atau kawan-kawan kerana kawasan ini amat selamat untuk membawa anak-anak dan keluarga.
Selain mempunyai kemudahan seperti tandas, bilik tidur dan peralatan memasak, anda bebas menggunakan peralatan memancing seperti joran dan lain-lain lagi. Tambahan pula, anda boleh memasang jorang panjang dan pendek sepanjang di kawasan rumah rakin ini kerana tidak mengganggu orang lain. Hanya anda dan keluarga yang memancing di ruangan anda. Selesa sangat kan? Anda juga boleh menggunakan pelbagai umpan untuk memancing di sini seperti isi ikan, sotong dan juga udang hidup.
Imej via [Booking.com]
Untuk pengetahuan anda, terdapat ruang pelantar khas yang boleh anda gunakan untuk memancing bersama keluarga dan rakan-rakan. Banyak hasil tangkapan menarik yang boleh anda dapatkan disini seperti ikan jenahak, senangin, kerapu dan lain-lain lagi. Rockbund Fishing Chalet ini juga sesuai untuk anda beriadah, bersiar-siar dan menghimpunkan koleksi gambar anda. Anda tidak perlu membuat pembayaran jika ingin masuk ke sini untuk melawat dan bergambar.
Imej via [Hasrul Hassan]
Kolam Pancing Air Masin yang ditubuhkan pada tahun 2016 ini mempunyai kelebihannya yan tersendiri di mana anda mudah mendapat ikan dan boleh mengupah staff disini untuk masa ikan pancingan anda. Anda juga boleh menikmati hidangan makanan yang dijual disini seperti masakan panas, ikan bakar dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, bayaran masuk yang dikenakan adalah bersesuaian dengan keadaan dan aktiviti anda disini iaitu RM100 selama 3 jam (paling minimum).
Imej via [Youtube]
Anda boleh memancing di pondok terapung sambil menikmati hidangan petang atau makan pagi beramai-ramai. Seandainya anda memilih lautan, anda boleh ke Pantai Pasir Panjang untuk memancing. Sama konsepnya seperti Teluk Senangin, ramai orang Perak dan pelancong tempatan lain yang berkunjung ke sini. Tidak kurang juga pelancong luar.
Imej via [Pulau-Pangkor]
Teluk Rubiah yang berdekatan dengan Teluk Batik ini mempunyai kelengkapan dari segi chalet, penginapan, restoran tempat makan, pantai untuk mandi-manda, memancing dan lain-lain lagi aktiviti. Anda boleh memancing serta menyewa bot dari Teluk Rubiah untuk ke pulau berdekatan sambil memancing di atas bot. Pulau berdekatan yang sesuai untuk anda memancing adalah Pulau Katak.
Imej via [TelukMedan]
Untuk pengetahuan anda, Kuala Gula adalah Bird Santuari yang mempunyai pelbagai jenis spesis burung, namun terdapat tempat memancing terbaik bak kata orang, ‘tempat pancing banyak ikan’ disini. Maka tidak hairanlah ramai kaki pancing menjadikan Kuala Gula ini salah satu port memancing pada hari minggu. Tempat memancing di Perak ini juga sesuai jika anda membawa anak, isteri dan keluarga anda bagi memeriahkan suasana disini kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh mereka lakukan selain memancing.
Jika anda datang dari jauh, rugilah sekiranya anda tidak menggunakan kemudahan chalet terapung yang mempunyai ruangan memancing dari chalet. Anda boleh membawa semua kelengkapan memancing anda termasuklah umpan ke dalam chalet bagi memulakan aktiviti memancing anda sambil beristirehat di chalet. Hanya berada dalam chalet anda sahaja, anda boleh menyentap pelbagai jenis ikan seperti ikan siakap, ikan gelama, ikan duri dan lain-lain lagi.
Imej via [thymothytye]
Anda boleh menaiki bot ke sini melalui Sungai Kinta dari Tapah Road, Ladang Rakyat dan juga Chenderong Balai yang mengambil masa selama setengah jam atau 40 minit. Sebenarnya, memang berbaloi anda memancing di kawasan ini kerana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis ikan seperti ikan belida, toman, lampan, sebarau, patin, baung, jelawat, tapah dan lain-lain lagi. Anda juga boleh menangkap udang galah disini.
Imej via [Pancing2u]
Pasti anda puas hati memancing di sini kerana ikan-ikan yang memunculkan diri bukan calang-calang ikan. Anda pasti akan dapat menangkap ikan pari, ikan jenahak, talang, ketuka, belukang dan banyak lagi. Sekiranya anda mengambil tempat di tepi-tepi batu tanpa menaiki bot, jangan risau, ikan tetap banyak dan meriah untuk anda walaupun anda menggunakan jala atau rod pancing.
Imej via [anglersmedia]
Rujukan: