Family day atau hari keluarga sering disambut oleh keluarga besar mahupun kecil. Yang pasti, ia tetap meriah kerana sambutannya dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat menghiburkan kita sekeluarga.

Agak lebih menarik sekiranya disambut di tempat menarik yang sesuai untuk seisi keluarga anda. Jika di negeri Perak, terdapat banyak tempat menarik untuk family day yang boleh anda pilih untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Jom kami kongsikan antara tempat menarik untuk family day di Perak.

1. Tasik Banding Dan Hutan Royal Belum

tempat menarik untuk family day di perak
Imej via [belumrainforestresort]

Tasik Banding sangat terkenal kerana keluasannya dan khazanah yang terdapat di dalamnya. Tasik ini juga sangat besar membolehkan anda melayarinya dengan menaiki bot yang telah disediakan terus ke perkampungan rumah orang asli.

Anda boleh menyambut family day di sini kerana amat menarik dan menenangkan, namun resort dan penginapannya agak mahal kerana tempatnya bukan calang-calang hebatnya.

2. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor sangat terkenal di Perak kerana kecantikan pantai dan kos percutian di sini sangat mampu milik. Ia merupakan tempat menarik untuk family day di Perak yang boleh anda pilih untuk bersama keluarga. Anda juga berpeluang bermain sukan air bersama keluarga di sini.

3. Teluk Senangin

tempat menarik untuk family day di perak
Imej via [percutianbajet]

Teluk Senangin terletak di Lumut Perak dan boleh anda kunjungi untuk family day. Aktiviti sukan air dan menaiki bot boleh dilakukan di sini. Menariknya, anda juga boleh menikmati makanan seafood terbaik bersama keluarga.

4. The Banjaran Hotspring Retreat

Tempat menarik untuk family day di Perak ini terletak di Ipoh. Terdapat pilihan konsep villa water, villa spring, villa garden yang boleh anda pilih di sini. Selain honeymoon, family day juga sesuai diadakan di sini.

Penginapannya adalah kategori mewah. Anda boleh menerokai gua batu kapur, taman rimba hijau dan juga kolam air panas di sini bersama keluarga tercinta.

5. Air Terjun Lata Iskandar

tempat menarik untuk family day di perak
Imej via [bharian]

Pilihan ramai keluarga untuk menyambut family day adalah Air Terjun Lata Iskandar yang terletak di Tapah Perak ini. Kesejukan air terjun ini sangat menarik untuk anda bermandi-manda dan berkelah. Terdapat juga barangan kraftangan yang dijual di sini yang boleh anda dapatkan.

6. Perak Agrotourism Resort

Pilihan tempat menarik untuk family day di Perak seterusnya adalah Perak Agrotourism Resort. Terdapat banyak kelebihan jika anda sekeluarga bercuti di sini.

Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menunggang ATV, kuda, berkayak, berkunjung ke mini zoo dan lain-lain. Penginapan yang menarik berbentuk tube dan villa juga disediakan. Sangat sesuai untuk menyambut family day di sini.

7. Sahom Valley Resort

tempat menarik untuk family day di perak
Imej via [gokelah]

Keunikan Sahom Valley Resort adalah chalet dibina berasaskan kayu dan buloh, menampilkan keaslian dan kecantikan seni semulajadi hutan. Selain itu, ia juga dikelilingi bukit hijau, anak sungai dan pohon nan hijau.

Udara yang cukup segar, keluarga pasti suka bercuti di sini terutamanya bagi yang mempunyai anak kecil dan bayi.

8. Refarm

Bercuti di Refarm pasti tak cukup dalam masa 1 hari. Dengan pelbagai aktiviti yang boleh anda dan keluarga lakukan di sini, ia sangat menghiburkan. Antaranya adalah menaiki padel boat, time tunnel, berenang, jungle trekking, menjala ikan, berbasikal dan lain-lain lagi.

Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga dalam menjimatkan kos kerana hanya dalam 1 kawasan, macam-macam aktiviti boleh dilakukan.

9. Chalet Sungai Bil Cool Spring

tempat menarik untuk family day di perak
Imej via [tempatmenarik]

Rumah penginapan seakan pondok ini sebenarnya sangat penuh dengan kemudahan dan amat selesa. Ala-ala penginapan orang asli, anda boleh bermalam dan melakukan aktiviti sempena family day di sini.

Bermandi-manda, BBQ, jungle trekking dan banyak lagi aktiviti bersama keluarga boleh dilakukan selain beristirehat dan mendapatkan ketenangan.

10. Pantai Teluk Batik

Pantai yang indah, tenang dan berangin ini menjadi pilihan ramai bagi mereka yang tinggal di negeri Perak.

Selain berkelah, berkhemah dan bermandi-manda, terdapat juga port memancing di sini yang menjadi kegilaan ramai terutamanya pada malam hari. Nak memancing siang pun tiada salahnya.

11. Taman Eco Rimba Lata Kekabu

tempat menarik untuk family day di perak
Imej via [annaloqibrahim]

Taman Eco Rimba Lata Kekabu terletak di Kuala Kangsar dan tidak jauh dari Muzium Geologi Lenggong. Ia merupakan sebuah taman yang lengkap sebagai taman rekreasi, sesuai untuk bersenam dan terdapat juga air terjun untuk mandi-manda.

Kemudahan seperti tandas, gazebo, surau dan lain-lain lagi disediakan di sini. Ia merupakan tempat menarik untuk family day di Perak yang sangat fleksibel dan sesuai.

12. Sungai Klah Hotspring

Sungai Klah Hotspring ini merupakan kolam air panas Felda Residence Hot Spring yang terletak berdekatan Sungkai Perak. Kolam air panas ini sangat bersih dan sesuai untuk mandi atau berendam.

Ia merupakan salah satu tempat menarik untuk family day di Perak. Pasti anda dan keluarga akan teruja dapat merebus telur dalam air kolam panas ini.

13. Taman Tasik Taiping

Tempat menarik untuk family day di Perak ini sangat sesuai untuk dikunjungi ramai kerana suasananya sangat tenang dan selesa. Ia adalah taman beriadah yang telah lama wujud iaitu dari 1880-an lagi dan dikatakan antara taman awam pertama di Malaysia.

Anda boleh berkelah, jogging, menaiki basikal, melihat pemandangan tasik dan lain-lain lagi aktiviti di sini. Sesuai juga untuk anda yang inginkan ketenangan dan mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga.

Itulah dia antara tempat menarik untuk family day di Perak boleh anda kunjungi. Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Selangor, tembok besar cina dan Pulau Sembilan Perak.

Rujukan:

  1. Tempat Menarik Perak. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-perak/
  2. Family Day Di Perak. https://www.teamtravel.my/family-day-di-perak

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.