Kisah Dan Keunikan Tembok Besar Cina Ramai Tak Tahu
Tembok Besar Cina merupakan kubu yang didirikan sekitar 200 S.M yang lalu. Yakni sekitar akhir abad ke 14 hingga permulaan abad ke 17. Ianya dibina melintasi sempadan utara China yang bertujuan melindungi dan menyatukan wilayah negeri dan kerajaan China.
Tahukah anda, tembok ini menjadi banteng dari ancaman puak-puak nomad yang datang dari kawasan Mongolia dan Manchuria. Tembok misteri ini dikatakan satu-satunya tembok buatan tangan manusia terpanjang di atas muka bumi.
Seorang penulis novel bernama Franz Kafka (1883-1924) memuji Tembok Besar sebagai prestasi kejuruteraan manusia yang hebat. Dia bahkan menulis sebuah cerpen berjudul “Tembok Besar China”.
Kali ini penulis akan mengajak anda untuk meninjau sisi-sisi yang tidak ramai ketahui tentang tembok agung ini. Mari merungkai salah satu destinasi yang dikatakan keajaiban dunia pada hari ini.
Berdasarkan beberapa kajian sejarah, tembok memakan masa hampir 1700 hingga 2000 tahun untuk disiapkan. Terlalu lama bukan?. Bahkan orang yang melukis plan tembok tidak sempat melihat ianya siap. Kemungkinan faktor kurangnya capaian teknologi membuatkan proses binaan tembok ini amat membejatkan. Pembinaannya juga dibuat secara teratur dan berperingkat.
1. Tempoh Pembinaan Tembok Besar Cina
Jika ditinjau dari aspek geografi, tembok besar ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibina. Memandangkan ia dikelilingi dengan bukit-bukit berbatu serta kedudukannya di lereng-lereng bukit. Hal ini kerana fungsi utama tembok ini dizaman silam adalah untuk menjadi banteng dari serangan musuh.
2. Korban Untuk Menyiapkan Tembok
Ketika Maharaja Qin Shi Huang memerintahkan pembinaan Tembok Besar sekitar tahun 221 SM, angkatan kerja yang membangun tembok tersebut sebagian besar terdiri dari tentera dan banduan.
Hampir 400,000 nyawa manusia yang menjadi korban sepanjang peradaban sejarah demi menyiapkan tembok megah ini. Oleh kerana teknologi masih belum maju, maka tenaga kudrat manusia perlu dikerah membuat kerja-kerja berat.
Kesemua buruh pekerja yang mati dikuburkan di tembok itu selari dengan pembinaannya. Kebanyakkan mereka berstatus hamba, buruh dan penjenayah.
3. Jumlah Pengunjung Setiap Tahun
Dianggarkan sekitar 10 juta pelawat setiap tahun yang datang merasai pengalaman di tembok bersejarah ini. Jika di zaman lampau tembok ini diguna sebagai perlindungan dari musuh, hari ini ia berfungsi sebagai daya tarikan pelancong ke negara ini.
Tembok besar yang mula dibuka untuk pelancong pada tahun 1957 ini turut menjadi tuan rumah bagi acara larian yang diadakan setiap tahun. Ia dikenali sebagai Great Wall Marathon yang disertai hapir 2,500 peserta dari pelbagai jenis negara.
Maka tak hairanlah jika pada tahun 1987, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meletakkan Tembok Besar CINA dalam senarai tapak kebangsaan dan bersejarah di dunia.
4. Bahan Binaan Tembok Besar Cina
Menurut kiraan pakar, lebih kurang 3.8 bilion bongkah batu bata digunakan sepanjang pembinaan tembok ini. Tahukah anda, antara bahan yang digunakan juga adalah beras pulut dan kapur.
Mereka percaya beras pulut mempunyai fungsi yang mampu menguatkan dan mengutuhkan bongkah binaan. Ada yang mendakwa sifat melekit dan lembut pada beras mampu menahan gegaran gempa bumi.
5. Kepercayaan Dan Mitos Tembok Besar Cina
Menurut legenda, seekor naga telah menelusuri perjalanan ke Tembok Besar Cina untuk dan dilihat oleh tenaga kerja. Pekerja kemudian mengikuti jejak naga dan ia menghilang.
Terdapat juga kisah Meng Jiang Nu, seorang isteri seorang petani yang terpaksa bekerja di tembok itu semasa Dinasti Qin. Ketika dia mendengar suaminya telah meninggal ketika bekerja di tembok, dia menangis hingga dindingnya runtuh, lantas mengambil tulang sehingga dia dapat menguburkannya.
Kepercayaan masyarakat dahulu kala, ahli keluarga yang kehilangan saudara sewaktu pembinaan Tembok Besar Cina membawa ayam ke tembok. Mereka takut roh orang kesayangan mereka terperangkap di binaan itu. Ayam yang dibawa ke sana adalah untuk menolong roh yang terperangkap agar keluar dari situ.
6. Pernah Difilemkan
Adakah anda pernah menonton filem bertajuk The Great Wall. Filem yang ditayangkan pada tahun 2016 itu diarahkan oleh Zhang Yimou. Anda dapat menyaksikan misteri kebudayaan cina yang mengangkat latar tempat Tembok Besar Cina.
Ia merupakan adaptasi sejarah yang diberikan beberapa elemen aksi dan fantasi. Sangat menarik dan tak rugi untuk ditonton. Menarik kan!
7. Tembok Besar Boleh Dilihat Dari Bulan?
Mitos yang meluas ini sepertinya bermula pada tahun 1893 di majalah The Century yang diterbitkan di Amerika dan kemudian muncul kembali pada tahun 1932 ketika Robert Ripley dari Ripley’s Believe it or Not mendakwa Tembok Besar dapat dilihat dari bulan.
Sebenarnya, pernyataan ini amatlah tidak berasas dan mustahil. Jarak antara bumi dan bulan sangat jauh membuatkan kita tidak mampu melihatnya.
8. Kepanjangan Tembok Besar Cina
Ukuran kepanjangan tembok ini sekitar 6,400 km, daripada Shanhguan mengunjur ke Teluk Bohai di sebelah timur berdekatan dengan sempadan China dan Manchuria, menjangkau Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Teknologi yang diusahakan oleh ahli arkeologi pada tahun 2009 mendapati bahawa panjang tembok ini kira-kira melepasi 8,851.8 km. Sungguh menakjubkan!
9. Banyak Gelaran Dan Nama
Lipatan sejarah mencatatkan Tembok Besar Cina telah banyak kali berganti nama. Antaranya ” Barrier” , ” Fortress” , ” Rampant” , ” Purple Frontier” , ” Earth Dragon”.
Tembok ini juga dikenali sebagai wanli changcheng atau “Tembok Panjang 10,000”. Sehinggalah pada akhir abad ke-19 diputuskan nama rasminya ” The Great Wall of China” .
Jika anda berpeluang dan berkemampuan melawatnya, pastikan anda tidak melepaskan peluang. Pelbagai pengalaman dan ilmu baru yang bakal anda dapati di sana.
Jom baca juga tempat menarik di Pulau Sembilan Perak, tempat menarik di Tanjung Karang dan Tempat menarik di Wakayama.
Rujukan:
2. https://iluminasi.com/bm/5-fakta-dan-sejarah-menarik-mengenai-tembok-besar-china.html