Bandar Wakayama adalah salah sebuah bandar terbaik yang dikatakan destinasi percutian tak pernah membosankan di Jepun.  Hanya mengambil masa 1 jam dari Osaka dan 40 minit dari Lapangan Terbang Kansai, anda boleh berkunjung ke Wakayama untuk menikmati sup Ramen terbaik, mata air panas yang indah dan lain-lain lagi tarikan.

Jom kami sajikan anda dengan beberapa tempat menarik di Wakayama. Pastinya ia merupakan destinasi percutian terbaik untuk anda.

1.  Air Terjun Nachi (Nachi Waterfall)

tempat menarik di wakayama

Imej via [shemazack]

Air Terjun Nachi adalah salah satu air terjun yang paling terkenal di Jepun. Berketinggian 133 meter, tempat menarik di Wakayama ini merupakan air terjun tertinggi di Jepun dan dikatakan sebagai perwujudan dewa Shinto, Hirou Gongen. Kumano Nachi Taisha adalah kuil Shinto yang merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia. 

Kuil yang terletak bersebelahan dengan air terjun tersebut menjadi contoh campuran kepercayaan Shintoisme dan Buddhisme amat harmoni di seluruh Jepun. Dalam perjalanan ke Daimon-zaka, anda boleh menyewa kimono zaman Heian sebelum menuju ke sana.

Sebaik sahaja anda sampai ke puncak, anda dapat melihat Air Terjun Nachi yang ikonik. Cukup dekat dengan Nachi di hujung selatan, pelawat juga boleh ke Kushimoto dan batu Hashiguiiwa. Batu-batu pesisir ini terkenal dengan bentuk yang menarik dan bunyi yang mempersonakan apabila ombak terkenanya.

2. Pantai Shirarahama (Shirarahama Beach)

tempat menarik di wakayama

Imej via [kaktus]

Dengan lebih dari 600 kilometer, Wakayama dipenuhi dengan banyak pantai, termasuk pantai berpasir putih. Salah satu lokasi tepi pantai yang terkenal dengan pantai pasir putih yang luas dan suasana santainya ialah Pantai Shirarahama. Ia juga dijadikan port pemandangan ketika matahari terbit dan terbenam.

3.  Pulau Engetsuto (Engetsuto Beach)

tempat menarik di wakayama

Imej via [nankishirahama]

Pulau Engetsuto adalah nama panggilan untuk sebuah pulau kecil di luar pantai Shirahama. Terdapat gerbang alam semula jadi yang membolehkan air laut melaluinya. Lubang itu terbentuk oleh angin, ombak dan peredaran masa.

Pulau ini hanya berukuran 130 meter dari utara ke selatan. Lawatan bot ditawarkan di sekitar pulau dan airnya yang jernih memudahkan para pengunjung melihat ikan dan batu karang yang berada di sini.

4.  Kuil Kongobu-ji (Kongobu-ji Head Temple)

tempat menarik di wakayama

Imej via [japan-guide]

Kuil Kongobu-ji adalah kuil ketua Koyasan Shingon Buddhisme. Ia merupakan salah satu tapak yang paling menonjol di Koyasan. Biarawan-biarawan setempat sering ditemui membuat latihan, kerana tempat menarik di Wakayama ini merupakan sebagai tumpuan utama dalam pengajian mereka.

5.  Taman Batu Banryutei (Banryutei Rock Garden)

tempat menarik di wakayama

Imej via [flickr]

Banryutei adalah taman batu terbesar di Jepun dan merupakan lokasi percutian cantik. Di tengah-tengah taman batu ini terdapat tempat penginapan eksklusif yang disediakan untuk keluarga Kaisar Jepun. Anda boleh bergambar di tempat menarik di Wakayama ini sambil beristirehat.

6.  Yunomine Onsen

tempat menarik di wakayama

Imej via [sugoii-japan]

Bandar purba ini terkenal dengan mata air panas dan penginapan bersejarah gaya Jepun. Terletak di dalam Pergunungan Kumano di lembah kecil, perairan di sini dikatakan berubah warna tujuh kali sepanjang hari.

Dikenali sebagai salah satu lokasi musim panas tertua di Jepun, tempat menarik di Wakayama ini dipercayai telah ditemui kira-kira 1,800 tahun yang lalu. Ramai pelancong menggunakan mata air panas awam di sini sebagai tempat memasak untuk telur. Di sini terdapat juga Tsuboyu, sebuah kabin di mana pengunjung boleh mandi secara peribadi selama 30 minit. 

7.  Istana Wakayama

tempat menarik di wakayama

Imej via [tripadvisor]

Bandar Wakayama adalah pintu masuk untuk memulakan pengembaraan di Istana Wakayama.  Istana Wakayama menghadap ke bandar dan mempunyai tembok batu serta batu asli. Ia adalah salah satu istana terbaik di Jepun dan sangat menarik pada musim bunga apabila pokok-pokok ceri penuh mekar. 

8.  Koyasan

tempat menarik di wakayama

Imej via [japan365days]

Koyasan adalah nama bagi sebuah kompleks kuil dan kompleks biara yang terletak di kawasan hutan yang subur di Wakayama. Laluan-laluan melalui tapak-tapak suci Gunung Kii menjadikan bahagian Koyasan sebagai sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO. 

Anda boleh melihat lebih 100 bangunan di kawasan ini termasuk lebih dari 50 kuil, yang menawarkan penginapan kuil untuk penginapan yang benar-benar unik dan penuh dengan ketenangan.

Koyasan Reihokan adalah sebuah muzium seni di Koyasan yang menampilkan seni Buddha kuno. Koleksi ini berpusat dari zaman Heian dan Kamakura. 

Antara koleksi yang terdapat di tempat menarik di Wakayama ini termasuklah lukisan, kaligrafi, sutra, patung, dan objek ritual Buddha. Konpon Daito adalah menara 48.5 meter yang dicat yang telah menjadi lambang Koyasan.

9.  Kumano Hayatama Taisha Grand Shrine

tempat menarik di wakayama

Imej via [japanvisitor]

Tempat menarik di Wakayama ini terdiri daripada bangunan kuil yang berlapis dalam warna vermilion putih dan oren yang menakjubkan.  Ada legenda mengatakan bahawa kuil ini dibina sebagai tempat untuk menyembah dewa-dewa pertama yang turun ke bumi di Rock Gotobiki-iwa.

Kumano Shimpokan menempatkan lebih banyak khazanah kebangsaan daripada kebanyakan muzium utama.  Ia mempunyai kira-kira 1,200 khazanah yang kebanyakannya disumbangkan ke kuil oleh bangsawan dan royalti semasa mereka membuat lawatan.

10.  Sandanbeki Cliff

tempat menarik di wakayama

Imej via [japantravel]

Sandanbeki Cliff adalah sebuah tempat menarik di Wakayama yang indah penuh dengan pantai dan batu-batu. Di sekitar kawasan ini, terdapat sebuah gua kecil menakjubkan boleh anda temui.

11.  Senjojiki

tempat menarik di wakayama

Imej via [flickr]

Senjojiki yang dikenali sebagai Tatami Mat Point adalah kawasan perairan yang terletak di lautan besar dan mempunyai batu-batu yang indah. Anda boleh melihat keseluruhan lautan dari sini. Sebagai salah satu tempat menarik di Wakayama, ia merupakan tempat sesuai untuk anda menenangkan fikiran dan bersantai.

Itulah dia tempat menarik di Wakayama sesuai untuk bersantai. Jom baca juga tempat menarik di Tanjung Karang, Tempat menarik di Pulau Tuba, tempat menarik di Riau dan tempat menarik di Pulau Tinggi.

Rujukan

  1. japantravel
  2. misstourist
  3. tsunagujapan

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.