| |

70 Homestay Melaka Dengan Private Pool

Anda sedang mencari homestay Melaka dengan private pool? Jangan risau kerana di Melaka sememangnya banyak homestay menyediakan private pool yang sudah menjadi keperluan buat pelancong tempatan bercuti bersama keluarga.

Hampir di setiap daerah Melaka mempunyai homestay dengan keunikan ini yang membuatkan anda menjadi rambang mata untuk membuat pilihan. Sesuai untuk anda yang inginkan percutian santai penuh privasi atau anda ingin mengadakan hari keluarga dengan jumlah ahli yang ramai.

Sebelum anda membuat pilihan homestay, kami ingin mengingatkan anda untuk berhati-hati dengan sumber maklumat tentang penginapan yang ingin ditempah. Hal ini kerana banyak kes penipuan melibatkan penginapan di homestay. Pastikan anda berada di laman web homestay yang betul untuk membuat sebarang tempahan.

Berikut adalah senarai homestay di Melaka yang mempunyai kolam privasi:

Al Baraqah Baiti Melaka

Imej via [ Al Baraqah homestay]

Homestay dua tingkat ini terletak di Durian Tunggal. Sesuai untuk dijadikan penginapan sewaktu percutian bersama keluarga besar kerana terdapat lima bilik berpendingin hawa dan tiga bilik air.

Homestay ini turut menyediakan bbq pit bersama arang, dapur yang dilengkapi pelbagai barang serta barangan asas untuk memasak seperti beras, gula, garam dan sebagainya. Dengan dua ruang tamu, anda juga dapat menikmati wifi percuma.

Alamat: Jalan DI 9,Taman Desa Idaman 2, 76100 Durian Tunggal, Melaka

GH Melaka

Imej via [ GH Melaka ]

GH Melaka menyediakan pelbagai kemudahan dan tarikan berbanding homestay lain termasuk untuk kanak-kanak. Selain bermandi-manda di kolam renang yang mempunyai tiga kedalaman, anak-anak dapat bermain di taman permainan mini yang disediakan berhampiran private pool.

Homestay ini mempunyai empat bilik yang dilengkapi katil queen dan almari. Ruang dapur sangat luas meliputi dapur basah dan dapur kering. Di luar juga terdapat tempat beristirehat yang luas dan selesa.

Alamat: Jalan Mufti Haji Khalil, 75400 Melaka

Nazirah Villa Private Pool

Imej via [ Nazirah Villa Private Pool ]

Homestay semi D mempunyai 5 bilik dan 3 bilik air. 4bilik daripada 5 bilik mempunyai pendingin hawa. Uniknya homestay ini kerana mempunyai bilik solat.

Konsep homestay dengan modern nordik ini mempunyai private pool yang luas dan mempunyai 2 kedalaman berbeza yang sesuai untuk kanak kanak dan dewasa. Ruang rehat juga disediakan bersebelahan kolam renang bersama pit bbq.

Alamat: Jalan Muhibbah 8, Klebang, 75200 Melaka

Ariyla Homestay Klebang

Imej via [ Ariyla Pool Homestay ]

Terletak dikawasan strategik, mudah untuk ke tempat menarik seperti Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Muzium Kapal Selam. Fasiliti berdekatan adalah kedai makan, masjid dan kedai runcit yang lain.

Ariyla Pool Homestay mempunyai 3 bilik berpendingin hawa dan setiap bilik menggunakan katil queen. Antara kemudahan lain adalah kelengkapan dapur, waterdispenser, peti sejuk, seterika, dan lain lain. Terdapat taman permainan mini berhampiran kolam dan kerusi rehat di laman yang luas.

Alamat: Jln Muhibbah 8, Taman Muhibbah, 75260 Klebang, Melaka

A Famosa Private Villa Dondang Sayang

Imej via [ A Famosa Villa Dondang Sayang ]

Memuatkan 18 hingga 20 orang, Villa ini mempunyai 4 bilik tidur dan turut menyediakan tilam tambahan, toto dan buaian bayi. Setiap bilik dan ruang tamu mempunyai pendingin hawa.

Selain private pool yang luas, pihak homestay juga menyediakan set karaoke dan tv dengan saluran AstroNjoi. Dapur dilengkapi dengan pelbagai peralatan memasak yang mencukupi. Jika anda ingin mengadakan aktiviti bersama keluarga, terdapat padang dihadapan rumah yang boleh anda gunakan

Alamat: 866, Villa D’Faro A’Famosa Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka

D’Q Putra Homestay Melaka

Imej via [ D’Q Putra Homestay Melaka ]

Jika anda mencari homestay Melaka dengan private pool terutama di kawasan Durian Tunggal, anda boleh memilih D’Q Putra Homestay Melaka sebagai penginapan yang selesa buat anda dan keluarga.

Dengan empat bilik tidur dengan penggunaan air-cond sepenuhnya, pasti membuat anda tidur selesa dan nyenyak. Kemudahan lain yang disediakan seperti dua bilik air, penapis air Cuckoo dan set bbq pit.

Alamat: Taman Kasawari, Durian Tunggal, Melaka

Truly2villa

Imej via [ Truly2Villa ]

Banglo setingkat Truly2Villa mempunyai enam buah bilik dan setiap bilik mempunyai air-cond, kipas serta katil bersaiz queen. Water heater disediakan pada empat bilik air. Dapur dan ruang makan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peti ais, microwave, toaster, penapis air dan lain-lain.

Parkir boleh memuatkan sehingga enam buah kereta namun parkir berbumbung memuatkan empat buah kereta sahaja. Homestay ini juga mempunyai kolam renang dengan kedalaman yang sesuai untuk dewasa dan anak-anak.

Alamat: 2381, Jln AP 5, Taman Alai Perdana, Kandang, Melaka

Casa 50 homestay Melaka

Imej via [ Casa 50 Homestay Melaka ]

Casa 50 Homestay Melaka mempunyai dua unit penginapan dan salah satunya berada di Krubong Perdana yang mempunyai private pool. Sebanyak empat bilik lengkap dengan air-cond dan tiga bilik air disediakan dengan bersih dan kemas.

Kedalaman kolam mencecah empat kaki. Jika anda ingin membawa anak-anak kecil bermandi-manda di kolam, digalakkan untuk membawa pelampung untuk keselamatan si kecil.

Alamat: Krubong Jaya

Homestay Melaka Jati

Imej via [ Homestay Melaka Jati ]

Hanya 15KM sahaja dari Homestay Melaka Jati ke Bandar Hilir dan 1.5KM ke Pantai Klebang, mudah untuk anda ke tempat menarik yang lain kerana jimat masa dan duit minyak. Walaupun kolam renang ini berada di luar rumah, namun privasi masih terjaga kerana dikelilingi tembok tinggi.

Ada empat bilik tidur dengan dua katil queen dan tiga katil bujang dibahagikan mengikut bilik. Fasiliti lain yang disediakan adalah dapur dengan kelengkapan memasak mencukupi, tempat bbq, parkir yang luas dan sebagainya.

Alamat: Taman Limbongan Permai, 75000 Melaka

Bonda Zila Guest House

Imej via [ Bonda Zila Guest House ]

Rumah semi-D ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 1 katil bersaiz king diletakkan di bilik utama, 2 katil bujang di bilik yang kedua serta 1 katil queen diletakkan di bilik yang ketiga dan bilik keempat. Semua bilik dan ruang tamu dilengkapi pendingin hawa.

Di ruang tamu, kemudahan yang disediakan adalah Unifi Air, Smart TV dan Astro Njoi. Oleh kerana kolam renang mempunyai kedalaman 4 kaki, anda perlulah sentiasa mengawasi kanak-kanak walaupun mereka menggunakan pelampung.

Alamat: Taman Muhibbah, Klebang Besar, Melaka

PakAman Homestay Melaka

Imej via [ PakAman Homestay Melaka ]

PakAman Homestay mempunyai 5 unit penginapan terdiri daripada 4 homestay dan 1 studio yang berada bersebelahan antara satu sama lain. Namun terdapat dua homestay sahaja yang mempunyai private pool iaitu pakej A dan pakej B.

Pakej A mempunyai 9 bilik tidur dan 10 bilik air lengkap dengan kemudahan memasak, pondok bbq, tempat letak kereta dan kawasan berpagar. Anggaran tetamu yang dibenarkan menginap adalah 20 dewasa dan 16 kanak-kanak.

Pakej B pula memuatkan 12 dewasa dan 10 kanak-kanak dengan 6 bilik tidur dan 6 bilik air. Kemudahan lain adalah kelengkapan dapur dan pondok bbq. Kesemua penginapan di sini sesuai untuk mengadakan hari keluarga.

Alamat: Kampung Bukit Katil, 75450 Bukit Katil, Melaka

Keloft Semabok

Imej via [ Keloft Semabok ]

Dengan konsep tiny homestay, penginapan ini mampu memuatkan maksimum 14 orang. Dengan 4 bilik disertakan dengan katil bersaiz queen disetiap bilik. Setiap sudut rumah mempunyai dekorasi yang menarik.

Walaupun ruangan rumah kelihatan kecil namun halaman rumah yang menempatkan kolam renang privacy sangat luas. Antara kemudahan yang disediakan adalah seterika, pit bbq, peti ais, cerek dan lain lain.

Alamat: Kampong Semabok, Melaka

Hafiz Homestay Private Pool Melaka

Imej via [ Hafiz Homestay Private Pool Melaka ]

Berada dikelilingi tumbuhan menghijau, anda dapat menikmati suasana tenang yang jauh dari kesibukan kota. Kawasan sekitar termasuk halaman rumah sangat luas, bersih dan elegan.

Homestay berkonsepkan minimalis ini mampu memuatkan 12 hingga 18 orang. Kesemua 4 bilik mempunyai pendingin hawa. Gazebo, buaian kayu dan pondok berehat terletak berhampiran kolam dan seolah olah berada disebuah taman.

Alamat: 3, Jalan Pandan Indah 5E, Kampung Pulau, 75250 Melaka

Homestay Melaka Pool TMJ

Imej via [ Homestay Melaka Pool Melaka TMJ ]

Homestay Melaka Pool TMJ turut berada dikawasan yang strategic. Homestay ini menyediakan 4 bilik tidur yang luas dan selesa bersama 2 bilik air.

Private pool yang berada diluar rumah sangat sesuai dan selamat untuk kanak kanak. Kelengkapan dapur juga lengkap untuk anda memasak. 

Alamat: 7, Jalan BKD 43, Taman Bukit Katil Damai 2, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Villa Kekwa

Imej via [ Villa Kekwa ]

Villa Kekwa merupakan salah satu homestay Melaka dengan private pool termewah di negeri ini. Cantik, luas, bersih dan kemas segenap ruang yang disediakan oleh pihak homestay.

Jumlah bilik adalah lima dan ruang tamu yang mempunyai dekorasi menawan ada dua. Kolam renang mempunyai dua tahap kedalaman berbeza iaitu tiga kaki dan empat kaki.

Alamat: Paya Rumput

Villa De’Tropika A’Famosa

Imej via [ Villa De’ Tropika ]

Villa De’Tropika A’Famosa boleh memuatkan seramai 20 hingga 25 orang mengikut kesesuaian dan keselesaan pengunjung. Berada di lokasi yang strategik, mudah untuk anda pergi ketempat yang menarik seperti Safari Wonderland, Cowboy dan taman tema Water World.

Villa setingkat ini mempunyai 4 bilik dan setiap bilik mempunyai 1 katil queen dan 1 katil super single. Terdapat 2 bilik air, kelengkapan memasak yang mencukupi dan ruang tamu yang mempunyai sofa, tv LED bersama Astro Njoi. Private pool yang berada diluar luas dan mempunyai kedalaman 4 kaki.

Alamat: Lorong hang Nadim,Taman Villa D’Faro,A’Famosa golf resort, Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Le Camar Homestay Bukit Katil

Imej via [ Le Camar Homestay Bukit Katil ]

Boleh memuatkan 9 hingga 20 orang tetamu dalam satu masa, anda pasti selesa jika menginap di sini. Jara dari homestay ini ke Bandar Melaka hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

Dua bilik air dan empat bilik tidur lengkap dengan pendingin hawa dan empat katil saiz queen serta dua katil bujang pasti memuatkan keluarga anda dengan selesa. Anda disarankan membawa toto sendiri jika bilangan tetamu melebihi had dibenarkan.

Alamat: Bukit Katil, Melaka

Ziyad Stellar Guest House

Imej via [ Ziyad Stellar Guest House ]

Menariknya homestay ini kerana mesra oku dan warga emas. Maksimum tetamu yang dibenarkan adalah 25 orang sahaja termasuk dewasa dan kanak kanak. Tempat menarik yang berdekatan dengan penginapan ini adalah zoo Melaka, Taman rama rama, MITC dan sebagainya

Terdapat 5 bilik dengan katil queen lengkap dengan katil penghawa dingin. Sesuai jika anda ingin berkumpul bersama keluarga besar kerana segenap ruang termasuk ruang tamu dan kolam renang sangat luas. Pelbagai kemudahan disediakan seperti indoor game, laluan ramp bagi orang kelainan upaya dan warga emas berkerusi roda serta pagar keselamatan elektrik.

Alamat: 55, Jln Sri Raya 6, Taman Muzaffar Shah, 75450 Ayer Keroh, Melaka

AZH Homestay

Imej via [ AZH Homestay ]

Merupakan sebuah rumah teres dengan penggunaan air-cond sepenuhnya di dalam rumah, AZH Homestay mempunyai private pool dengan reka bentuk yang unik. Private pool di sini selamat untuk kanak-kanak kerana mempunyai dua paras berbeza.

Ruang tamu dan dapur dipenuhi dengan banyak kelengkapan dan kemudahan seperti rumah yang mempunyai penghuni tetap. Terdapat empat buah bilik dan setiap bilik disediakan katil bersaiz queen.

Alamat: Taman Paya Emas, Paya Rumput, Melaka

Guest House D’Tasik

Imej via [ Guest House D’Tasik ]

Guest House D’Tasik Melaka memiliki tiga unit homestay namun dua daripadanya sahaja mempunyai private pool iaitu Guest House D’Tasik Melaka dan Guest House D’Tasik Melaka 2. Kedua-dua unit tersebut mempunyai private pool dengan dua paras air berbeza, sesuai untuk kanak kanak dan dewasa.

Kedua-dua unit homestay mempunyai 3 bilik dengan 1 katil king dan 4 katil bujang. Pihak homestay turut menyediakan 3 unit toto dan 12 unit bantal tambahan. Homestay lengkap dengan air-cond, kelengkapan dapur untuk memasak dan sebagainya. Tiada banyak perbezaan antara kedua homestay ini melainkan lokasi dan dekorasi penginapan.

Alamat Guest House D’Tasik Melaka : TU 3. Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Alamat Guest House D’Tasik Melaka 2: 233, Jalan TU 3, 75450 Ayer Keroh, Melaka

D’Damai Pool Homestay

Imej via [ D’Damai Pool Homestay ]

Homestay ini betul-betul berada di lokasi strategik di Melaka. Antara tempat menarik terdekat adalah Bayou Lagoon Park Resort, Pirate Island, Zoo Melaka, Taman Buaya, Melaka Wonderland Themepark dan lain-lain.

Rumah teres 1 tingkat tersebut mempunyai 4 bilik tidur dan 1 bilik air. Kesemua bilik disediakan air-cond dan kipas. Ruang tamu dan dapur lengkap dengan pelbagai perabot dan kemudahan lain. Kolam renang yang terdapat di sini memang sesuai untuk kanak-kanak kerana mempunyai kedalaman 2 hingga 3 kaki.

Alamat: Jalan BKD 32, 75150 Ayer Keroh, Melaka

Syariz Homestay Private Pool Melaka

Imej via [ Syariz Homestay Private Pool Melaka ]

Syariz Homestay juga adalah penginapan di rumah teres satu tingkat yang terletak di Ayer Kroh. Maksimum bilangan tetamu yang dibenarkan menginap adalah seramai 13 orang sahaja.

3 bilik lengkap dengan katil bersaiz queen, kipas dan air-cond pasti membuatkan anda selesa menginap di sini.  Ruang tamu dan dapur juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti homestay yang lain.

Alamat: Jalan TU 3 Taman Tasik Utama Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Intan Guest House Tanjong Bidara

Imej via [ Intan Guest House Tanjong Bidara ]

Terdapat empat bilik tidur dengan pendingin hawa dan dua ruang tamu dengan dua TV LCD. Lebih eksklusif dari homestay yang lain kerana pihak homestay menyediakan saluran Astro dan siaran antarabangsa beserta Unifi.

Kolam renang yang disediakan turut mempunyai dua kedalaman berbeza khas untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Bukan itu sahaja, ruang duduk disediakan diletakkan berhampiran kolam.

Alamat: Jalan Bidara Permai 8, Taman Perindustrian Masjid Tanah, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Izz’s Homestay

Imej via [ Izz’s Homestay ]

Homestay eksklusif semi-D ini mempunyai kemudahan yang lengkap. Penginapan ini mempunyai 4 bilik dan 2 bilik air. Homestay kelihatan kemas, bersih dan didekorasi dengan cantik. Private pool yang berada di perkarangan rumah mempunyai dua kedalaman yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Adib Pool Home2Stay

Imej via [ Adib Pool Home2stay ]

Adib Pool Home2stay mempunyai dua unit berasingan dan kedua-duanya mempunyai private pool. Jika anda mempunyai jumlah ahli keluarga yang lebih ramai, anda boleh menginap di Villa Syifaa yang mempunyai 9 buah bilik. Kawasan parkir dan halaman rumah luas, sesuai jika anda ingin mengadakan sebarang aktiviti. Private pool juga luas dan berada di perkarangan rumah namun masih terlindung dari pandangan luar.

Villa Khayra yang terletak di Alor Gajah pula mempunyai lima bilik sahaja. Namun anda akan mendapat privasi berganda kerana kolamnya tertutup dan berada di dalam rumah. Private pool mempunyai dua paras berbeza iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa.

Ammar Villa Melaka Private Pool

Imej via [ Ammar Villa Melaka ]

Private pool di sini mempunyai kedalaman 4 kaki dan 2 kaki yang boleh memuatkan ramai orang termasuk kanak-kanak untuk bermandi-manda. Maksimum penginap yang dibenarkan adalah 15 orang termasuk kanak-kanak demi keselesaan bersama.

Homestay ini mempunyai 4 bilik dilengkapi dengan katil queen dan air-cond. Pihak homestay juga membekalkan 2 toto tambahan untuk kegunaan penginap. 2 bilik air dilengkapi dengan water heater. Perabot dan kemudahan lain terutama peralatan memasak di dapur juga mencukupi.

Alamat: Jalan KI 21, Taman Krubong Indah, 75260 Krubong, Melaka

Teratak Solo Pool Pandan

Imej via [ Teratak Solo Pool Pandan ]

Rumah teres corner lot ini menyediakan 3 bilik dan 4 tilam bujang tambahan untuk kegunaan tetamu. Kesemua bilik dilengkapi pendingin hawa dan bilik air. 2 bilik menggunakan katil bersaiz queen manakala 1 bilik menggunakan 2 buah katil bujang.

Maksimum tetamu yang dibenarkan menginap adalah adalah 10 orang mengikut kesesuaian dan keselesaan bersama. Set bbq termasuk arang disediakan khas untuk anda yang ingin menginap di sini. Antara kemudahan lain disediakan adalah microwave, seterika, Coway, kelengkapan dapur bersama barangan asas memasak dan lain-lain.

Alamat: No 67, Jalan Pandan Jaya 1/4, Taman Pandan Jaya, 75250 Melaka

Roomah Homestay

Imej via [ Roomah Homestay ]

Outdoor pool yang mempunyai kedalaman 4 kaki sesuai untuk golongan dewasa. Jika anda membawa kanak-kanak, anda digalakkan membawa pelampung dan sentiasa memantau keselamatan mereka. Shower juga diletakkan berhampiran kolam untuk kemudahan tetamu.

Terdapat 4 bilik lengkap dengan aircond. Bilik pertama dan kedua menggunakan katil bersaiz queen manakala bilik ketiga dan keempat menyediakan dua katil bujang. 2 unit tilam bujang tambahan turut disediakan. Kemudahan lain juga lengkap termasuk 2 bilik air, perkakas dapur, buaian elektrik bayi, bbq pit dan sebagainya.

Alamat: 5B, No. 11, Jalan Pandan Indah, Taman Pandan Indah, 75250 Melaka

FMA Villa Homestay A Famosa

Imej via [ FMA Villa Homestay A’Famosa ]

FMA Villa sesuai dijadikan tempat untuk mengadakan hari keluarga kerana kawasan luar atau halaman rumah yang sangat luas. Penginapan yang berada dikelilingi tumbuhan menghijau pasti dapat memberi suasana yang lebih privasi, aman dan menenangkan.

Bbq pit bersama arang turut disediakan untuk kemudahan tetamu. Setiap bilik dilengkapi aircond dan mempunyai ruang yang luas. Sebanyak 3 katil queen dan 4 katil bujang diletakkan berasingan di dalam 4 jenis bilik.

Alamat: Jalan Hang Nadim, A Famosa Resort, 78000 Alor Gajah, Melaka

Besla Homestay

Imej via [ Besla Homestay ]

Besla Homestay mempunyai 6 unit homestay yang berhampiran antara satu sama lain. Setiap penginapan adalah berkonsepkan private villa mempunyai private pool, karaoke, set bbq dan pelbagai kemudahan yang lain.

Setiap unit mempunyai harga, jumlah bilik dan tarikan yang berbeza. Harga penginapan serendah RM 499 sehingga RM 699. Terdapat 3 unit homestay dengan 5 bilik, 2 unit homestay dengan 4 bilik dan 1 unit homestay untuk 3 bilik. Nak maklumat lanjut? Anda boleh ke laman web Besla Homestay.

Alamat: Besla Homestay @ A’Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka

Sharifah Homestay

Imej via [ Sharifah Homestay ]

Homestay 2 tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Sebanyak 3 katil king, 1 katil queen dan 2 katil bujang disediakan di dalam 4 bilik tidur tersebut. Pihak homestay juga menyediakan 5 tilam tambahan buat tetamu.

Kolam yang terdapat di perkarangan rumah selamat untuk kanak-kanak dan sesuai untuk dewasa. Tempat bersantai, bbq pit, dapur memasak dan sinki berada di luar berhampiran kolam.

Alamat: 26, Jalan BS 5, Taman Bertam Setia, 76450 Melaka

Homestay Terbaik Melaka Private Pool

Imej via [ Homestay Terbaik Melaka ]

Homestay semi-D dua tingkat ini boleh memuatkan sehingga 20 orang tetamu. Kedalaman kolam mandi adalah 4 kaki, sesuai untuk dewasa. Anda digalakkan membawa pelampung untuk kanak-kanak dan sentiasa mengawasi keselamatan mereka.

Pihak homestay menyediakan 4 buah bilik dengan selesa dan dilengkapi dengan pendingin hawa. Kemudahan lain adalah 3 bilik air, kemudahan dapur yang lengkap, tempat bbq dan lain-lain. Paling istimewa khas untuk tetamu homestay ini, mereka dapat memberikan 20% diskaun bayaran ke tempat-tempat menarik sekitar Melaka.

Alamat: 24, Jalan TU 18, 75450 Ayer Keroh, Melaka

D’Garden Homestay Melaka

Imej via [ D’Garden Homestay Melaka ]

D’Garden Homestay Melaka merupakan penginapan di rumah teres dua tingkat yang berkonsepkan homestay dalam taman. Homestay luas ini sesuai untuk berkumpul dan bersantai dengan keluarga besar. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di segenap ruang rumah yang elegan ini.

6 bilik tidur dan 4 bilik air disediakan untuk pengunjung. Kapasiti katil yang disediakan adalah 3 katil bersaiz king dan 4 katil bersaiz queen. Pihak homestay turut menyediakan TV dengan siaran Astro, Netflix dan Unifi. Di halaman rumah, terdapat private pool, gazebo, buaian dan sebagainya.

Alamat: No 2, Jalan Bayan 7, Taman Bukit Katil, Kampong Bukit Katil, Melaka

Teratak Solo Pool Villa Melaka

Imej via [ Teratak Solo Pool Villa Melaka ]

Penginapan ini mampu memuatkan 10 hingga 17 orang dewasa dan kanak-kanak untuk keselesaan bersama. Bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM 20 untuk seorang jika melebihi had ditetapkan. Kawasan penginapan sangat luas, kemas, bersih dan teratur.

Jumlah bilik tidur adalah 4, sama dengan jumlah bilik air. Kesemua bilik mempunyai pendingin hawa. Bilik pertama mempunyai 2 katil queen, bilik kedua dan keempat mempunyai 1 katil queen manakala bilik keempat menggunakan katil double decker. 5 tilam bujang tambahan disediakan jika bilangan tidak mencukupi.

Antara kemudahan yang disediakan dengan lengkap seperti kelengkapan dapur dan bahan asas masakan, parking yang memuatkan 10 buah kereta serta set bbq dan arang.

Alamat: 1400, Jalan Utama Kampung Tersusun Bukit Larang, 75460 Telok Mas, Melaka

Homestay Cottage Melaka

Imej via [ Homestay Cottage Melaka ]

Homestay serba biru yang berkonsepkan cottage ini berdekatan dengan pelbagai tempat menarik di Melaka seperti 10 minit untuk ke Pantai Klebang dan 15 minit ke Bandar Hilir. Private pool di penginapan ini selamat dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa kerana mempunyai kedalaman 1.5 kaki dan 3.5 kaki.

1 katil bersaiz queen dibekalkan di setiap 5 buah bilik. Anda juga boleh menggunakan 3 tilam bujang dan bantal tambahan jika tidak mencukupi. Kemudahan lain disediakan adalah parkir yang memuatkan 6 kereta, penapis air, peti sejuk, seterika, dapur yang lengkap dan pit bbq.

Alamat: Pt1866, 8, Jalan Klebang Jaya 1, Taman Klebang Jaya, 75200, Melaka

Mutiara Homestay Jasin Private Pool

Imej via [ Mutiara Homestay Jasin Private Pool Melaka ]

Kawasan yang menempatkan kolam privasi di halaman rumah sangat luas dan membolehkan anda membuat sebarang aktiviti sukan dan sebagainya bersama keluarga. Kedalaman kolam sesuai untuk dewasa. Jika anda ingin membawa anak-anak, pasti anda sentiasa mengawasi keselamatan mereka.

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dengan 2 bilik air. Kesemua bilik dan ruang tamu dilengkapi dengan pendingin hawa. Kemudahan memasak, peti sejuk, mesin basuh dan TV dengan saluran Njoi turut disediakan oleh pihak homestay.

Alamat: JC 2915, Seksyen 3, BJB 3/7, Taman Jasin Bestari, 77200 Jasin, Melaka

Casa Sophea Homestay

Imej via [ Casa Sophea Homestay ]

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang ramai dan ingin mengadakan pelbagai aktiviti untuk hari keluarga, Casa Sophea Homestay adalah penginapan dan lokasi paling sesuai untuk mengadakannya. Walaupun pihak homestay menyediakan kolam intex, namun kolam tersebut cukup luas untuk bermandi-manda dan sesuai untuk kanak-kanak.

Dengan 10 bilik, 4 sofa bed dan 10 bilik air, pasti anda sekeluarga dapat menginap dengan selesa. Penginapan di sini mampu memuatkan sehingga 70 orang dalam satu masa. Parkir pula boleh menempat 20 kereta. Antara tarikan lain adalah permainan tradisional, kebun buah dan sayur, ruang tamu yang luas dan sebagainya.

Alamat: Kuala Sungai Baru, Melaka

Andjungseri Villa D’Klebang

Imej via [ Andjungseri Villa D’Klebang ]

Andjungseri Villa terletak di Klebang merupakan penginapan yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai tempat pelancongan Melaka yang menarik. Rumah semi-D ini mempunyai keluasan yang selesa buat tetamu yang ramai.

Homestay ini dilengkapi dengan 4 bilik berpendingin hawa. 2 bilik mempunyai 1 katil queen manakala 2 bilik selebihnya mempunyai 2 katil queen. 3 tilam lipat juga disediakan untuk kemudahan tetamu. Antara kemudahan yang disediakan adalah TV dengan saluran Astro dan pakej Mustika, wifi, seterika, gazebo, parkir yang memuatkan 4 kereta dan lain-lain.

Alamat: No 1CJalan Limbongan Permai 1Taman Limbongan PermaiKlebang75200 Melaka

Modern Farmhouse Melaka

Imej via [ Modern Farmhouse Melaka ]

Homestay yang dikelilingi tumbuhan menghijau ini merupakan banglo 1.5 tingkat. Anda dan keluarga besar boleh menginap di homestay yang mempunyai 7 bilik tidur yang dilengkapi pendingin hawa dan katil bersaiz queen. Terdapat 5 bilik air dengan 2 water heater.

Private pool yang berada di homestay ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Kemudahan lain disediakan seperti dapur, seterika, parkir yang luas, ruang pelbagai guna dan sebagainya. Jika anda menginap lebih satu malam, anda akan mendapat potongan dari harga asal.

Alamat: Solok Bukit Baru Duyong, Melaka                 

Hana Homestay Melaka

Imej via [ Homestay Hana Melaka ]

Hana Homestay Melaka menyediakan empat pakej dengan jenis penginapan berbeza. Pakej A merupakan 7 unit chalet dengan private pool dan kafe. Pakej B pula adalah homestay yang mempunyai 3 bilik dan 5 unit chalet yang dilengkapi bersama 2 private pool.

Pakej C menyediakan homestay dengan 3 bilik dan 6 unit chalet lengkap dengan private pool manakala pakej D merupakan homestay 3 bilik bersama 7 unit chalet dan kolam privasi. Nak maklumat lebih lanjut? Anda boleh klik pada laman website di bawah gambar homestay ini.

Alamat: Lot 240, Batu 28, Jalan Kg Permatang, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Limastiga Umbai Melaka

Imej via [ Limastiga Umbai Melaka ]

Penginapan berkonsepkan ala-ala kampung dan alam semulajadi pasti menjadi penginapan bermakna dan menenangkan jiwa. Villa ini mampu memuatkan 24 pengunjung, sesuai untuk mengadakan hari keluarga, reunion dan sebagainya.

Kolam sangat luas dan selamat untuk kanak-kanak. Anda boleh berehat bersama keluarga di gazebo berhampiran sambil melihat anak-anak bermandi-mandi.

Alamat: Jalan Paya Dalam / Umbai, Kampung Bukit Tembakau, 75460, Melaka

A Famosa Villa Muslim Private Swimming Pool

Imej via [ A Famosa Villa Muslim ]

Pemilik homestay ini mempunyai pelbagai jenis penginapan yang unik seperti Wonderland Hello Kitty, Mushroom, Wooden House dan lain-lain. Villa ini mempunyai 6 bilik tidur dengan 10 unit katil queen dan 4 katil bujang. Pihak homestay juga menyediakan 6 tilam tambahan jika tidak mencukupi.

Penginapan ini memuatkan 30 dewasa. Bukan itu sahaja, 4 bilik air disediakan dengan bersih dan lengkap. Semua ruang sama ada ruang tamu dan bilik disediakan pendingin hawa.

Alamat: Lot 1180, A Famosa Resort Melaka, Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000Alor Gajah, Melaka

Saffa Homestay Melaka

Imej via [ Saffa Homestay ]

Homestay dengan enam bilik ini terletak di Simpang Empat, Alor Gajah dan berdekatan dengan A Famosa Resort dan Freepot A Famosa Outlet. Anda boleh menginap di sini bersama ahli keluarga yang lain dengan kapasiti maksimum 20 orang.

Homestay yang cukup luas ini menempatkan private pool di perkarangan rumah seolah-olah berada di taman. Tak cukup dengan itu, pihak homestay menyediakan bbq dan ruang untuk anda melakukan sukaneka.

Alamat: SAFFA Homestay Melaka, Alor Gajah

Villa Sakeenah

Imej via [ Villa Sakeenah ]

Sekiranya anda mencari penginapan untuk ahli keluarga yang besar di tempat yang privasi dan jauh dari kesibukan kota, Villa Sakeenah dapat memenuhi citarasa percutian anda. Di sini, tetamu yang dibenarkan menginap adalah 40 orang iaitu jumlah maksimum.

Villa dua tingkat ini mempunyai 7 bilik tidur yang dilengkapi dengan air-cond. Setiap bilik luas, selesa dan teratur. Selain itu, ruang tamu dan dapur juga luas dan selesa, sesuai dengan kapasiti pengunjung yang ditetapkan.

Alamat: Jalan Lengkuk Meranti, 71350 Alor Gajah, Melaka

Elshape Holiday House

Imej via [ Elshape ]

Elshape Holiday House sering dijadikan lokasi untuk mengadakan hari keluarga, majlis hari jadi dan majlis lain kerana ruang yang sangat eksklusif, luas dan cantik. Penginapan di sini menyediakan 7 bilik tidur yang mempunyai aircond di setiap bilik.

Antara kelebihan menginap di Elshape adalah private pool yang luas, tempat bbq yang selesa, dapur luar dan dapur dalaman, peralatan sukan, karaoke dan lain-lain. Tak perlu lagi fikir aktiviti apa yang ingin dilakukan dan tak perlu membazir duit membeli peralatan sukaneka kerana semua sudah tersedia.

Alamat: ST3682, Tamby Chik Karim, Jalan Dato Melo, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Paddy Puri Saoma

Imej via [ Paddy Puri Saoma ]

Mesti anda suka berada di tengah-tengah sawah. Udara menyegarkan dan nyaman apabila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Homestay dua tingkat ini mempunyai 7 bilik dan 6 bilik air. Terdapat 4 bilik dengan 3 bilik air di ruangan bawah manakala di tingkat atas terdapat 3 bilik dan 3 bilik air.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan dengan pelbagai tarikan, dapur basah dan dapur kering, peralatan memasak dan 3 gazebo untuk berehat di luar.

Alamat: Paddy Puri Saoma, KM 19 Kg Serkam Anak Air, 77300 Merlimau, Melaka

D’Singgah Sana Melaka Homestay

Imej via [ D’Singgah Sana Homestay ]

Memang seronok mengadakan hari keluarga dengan suasana kampung, lebih-lebih lagi berada di tengah sawah. Homestay D’Singgah Sana mempunyai 3 unit yang bersebelahan antara satu sama lain. Berada dalam kawasan berpagar, pagir dan halaman rumah sangat luas untuk anda mengadakan sebarang aktiviti seperti sukaneka.

Setiap unit mempunyai dua buah bilik tidur dan bilik air. Setiap bilik mempunyai pendingin hawa. Bilik pertama boleh memuatkan 5 orang manakala bilik kedua memuatkan 3 orang. Segala perabot dan kelengkapan rumah mencukupi seperti homestay biasa.

Alamat: 679 Leboh AMJ Jalan Kandang, 75460, Melaka

Aaliyah Homestay

Imej via [ Aaliyah Homestay ]

Aaliyah homestay menyediakan dua buah unit homestay dan kedua-duanya mempunyai private pool. Kedua-dua unit mempunyai 5 buah bilik berpendingin hawa.

Istimewanya unit pertama adalah mempunyai gelongsor pada kolam renang. Anak-anak pasti suka jika anda menginap di sini. Kolam juga selamat untuk mereka kerana terdapat dua kedalaman berbeza sesuai dan selamat untuk mereka bermandi-manda.

Alamat: No. 12, Jalan RB 2, Taman Rambai Bakti, 75260, 75260, Melaka

The Samaya Luxury Villa

Imej via [ The Samaya Luxury Villa ]

Menginap di homestay dengan suasana ala-ala Bali pasti dapat memberi 1001 kenangan manis buat anda bersama keluarga. Boleh dijadikan tempat untuk, ootd pasti memori kamera anda akan penuh dengan gambar di pelbagai sudut.

Samaya Villa mempunyai 4 bilik dan setiap bilik mempunyai katil bersaiz king. Dua sofa bed juga disediakan jika tidak mencukupi. Maksimum penginap yang dibenarkan adalah 12 orang sahaja.

Alamat: 7602, Jalan Taman Mawar, Taman Mawar, 75200 Klebang Besar, Melaka

Daizz Cottage Homestay Melaka

Imej via [ Da’izz Cottage Homestay ]

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang dilengkapi katil queen di setiap bilik. Terdapat 2 bilik air yang lengkap dengan mesin basuh dan ruangan laundry. Ruang dapur dan ruang tamu lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti.

Kolam renang mini yang terletak di halaman rumah sudah cukup privasi kerana dikelilingi tembok dan pagar. Gazebo juga disediakan untuk tetamu bersantai atau melakukan bbq.

lamat: 16, Jalan RU 14, Taman Rambai Utama, 75460 Melaka

Mutiara Alai Homestay

Imej via [ Mutiara Alai Homestay ]

Anda mempunyai ahli keluarga yang ramai untuk mengadakan hari keluarga? Apa kata anda menginap di sini dan dapatkan harga pakej untuk kesemua unit rumah yang ada di sini. Kolam renang sangat luas dan terdapat taman permainan mini khas untuk kanak-kanak.

8 unit penginapan di sini berpagar demi menjaga keselamatan pengunjung. Pihak homestay turut menyediakan mini hall, parkir yang luas, wakaf untuk memasak dan bbq dan sebagainya.

Alamat: 707-1, Jalan Sekolah Alai, Kampung Alai, 75460 Melaka

Melaka Homestay Amz

Imej via [ Melaka Homestay AMZ ]

Homestay berkembar ini dilengkapi kolam renang yang baru dibuat pada Januari 2022 ini sangat besar, luas dan kemas. Homestay mempunyai 3 bilik tidur berpendingin hawa dan 3 bilik air. Setiap bilik mempunyai 1 katil queen dan anda akan diberikan 2 tilam bujang tambahan beserta bantal.

Dapur dan tamu lengkap dengan perabot dan kemudahan lain. Homestay ini juga mesra OKU dan warga emas kerana anda boleh membawa wheelchair kerana laluan yang stabil.

Alamat: Jalan Haji Samad 183-2, Bukit Katil, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Rimba Hang Kasturi

Imej via [ Booking.Com ]

Anda memang perlu menginap di sini jika anda seorang pecinta alam dan instagrammable. Pelbagai sudut menarik anda boleh jadikan latar untuk bergambar di penginapan dua tingkat ini. Penuh dengan tumbuhan menghijau di setiap sudut.

Penginapan ini memuatkan sehingga 14 orang kerana terdapat 4 bilik yang sangat luas. Dapur dan ruang makan berkonsepkan terbuka.

Alamat: 70, Jalan Hang Kasturi, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Hanakeem Homestay

Imej via [ Hanakeem Homestay ]

Uniknya homestay ini adalah anda boleh menginap dengan jumlah bilik yang anda mahukan dengan harga yang berbeza. Anda juga boleh menyewa satu rumah dengan 5 bilik yang mempunyai pendingin hawa, kipas dan katil queen.

Dua kedalaman air di kolam privasi iaitu 2 kaki untuk kanak-kanak dan 4 kaki untuk dewasa. Jadi anak-anak boleh mandi dengan selamat tapi masih memerlukan pantauan. Parkir memuatkan 8 buah kereta dengan selesa.

Alamat: 7181, Jalan Ros 3, Taman Bukit Tembakau, 77300 Ayer Molek, Melaka

Bukit Katil Guest House

Imej via [ Bukit Katil Guest House ]

Terdapat 3 unit penginapan disediakan oleh Bukit Katil Guest House dan setiap penginapan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Kolam tidak dikongsi dan anda boleh mandi bersama keluarga dengan selesa. Setiap rumah dilengkapi pendingin hawa, peralatan memasak, ruang tamu dan sebagainya,

Setiap penginapan juga disediakan ruang untuk barbeku dan kerusi rehat di perkarangan rumah. Ruangan rumah sangat kemas, bersih dan teratur.

Alamat: Bukit Katil Guest House, Kampong Bukit Katil, Melaka

Rooma DeQue

Imej via [ RooMa DeQue ]

RooMa Deque berada di Klebang iaitu tempat yang strategik di Melaka. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur yang selesa. Private pool yang berada di perkarangan rumah dilengkapi dengan gelongsor untuk kanak-kanak. Ruang bersantai dan gazebo turut disediakan untuk anda menikmati masa bersama keluarga.

Alamat: No 4, Jalan Pandan Indah 5F, Kampung Pulau, 75250 Melaka

E Rizqi Homestay Melaka

Imej via [ E Rizqi Homestay ]

Penginapan yang berada di Tanjung Minyak Melaka ini berkonsepkan murah, menarik dan selesa untuk para penginap. Tempat menarik yang terdekat dengan homestay seperti Pantai Klebang, Bandar Melaka dan Zoo Melakan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

Antara kemudahan yang disediakan adalah 4 bilik, 2 bilik air, pendingin hawa di 3 bilik utama, kelengkapan dapur dan pit bbq. Jika anda ingin melakukan aktiviti bbq, anda perlu membawa arang sendiri.

Alamat: 31, Jalan Kejora 1, Taman Tanjung Minyak, 76450 Perdana, Melaka

Achutra Guest House Melaka

Imej via [ Achutra Guest House ]

Achutra Guest House adalah homestay semi-D satu tingkat yan mempunyai private pool dengan kedalaman 3 kaki. Keunikan homestay ini adalah kawasan yang tenang, menyediakan wifi percuma ruang parkir dalaman yang memuatkan 2 buah kereta.

3 bilik tidur di sini mempunyai pendingin hawa, kipas siling, meja solek dan penyangkut pakaian. Terdapat 2 ruang tamu yang mempunyai fungsi dan keunikan berbeza. Ruang tamu 1 lebih kepada ruang bersantai untuk berehat dan menonton TV manakala ruang tamu 2 adalah ruang galeri untuk yang boleh dijadikan ruang solat atau bergambar.

Alamat: 10, Jalan BKD 44, Taman Bukit Katil Damai 2, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Amani Homestay Melaka

Imej via [ Amani Homestay Melaka ]

Amani Homestay menyediakan 3 bilik dan 2 sofa bed yang selesa buat tetamu homestay. Maksimum pengunjung yang dibenarkan menginap adalah 12 orang sahaja.

Anda akan merasakan privasi yang berganda untuk bermandi-manda di kolam kerana tembok yang dibina tinggi dan menghalang pandangan luar. Berhampiran kolam, pihak homestay menyediakan gazebo, bbq pit dan ruang bersantai.

Alamat: 2A, Jaya, Lorong 1, Jalan MMJ 12, Taman Mas Merah, 75350 Melaka

Rumah Mak Embun

Imej via [ Rumah Mak Embun ]

Lagi satu penginapan dengan suasana kampung terletak di Telok Mas. Sangat tenang bila dikelilingi pokok meghijau, mendengar kicauan burung dan udara menyegarkan. Rumah Mak Embun boleh memuatkan sehingga 20 orang tetamu dalam satu masa.

Rumah Induk mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Pihak Rumah Mak Embun turut menyediakan tilam Jepun dan bantal yang mencukupi buat penginap dalam jumlah yang banyak. Kolam di Rumah Induk tidak berkongsi dengan chalet berdekatan.

Alamat: Lorong Haji Khamis, 75460 Telok Mas, Melaka

Tiaraville Palace House

Imej via [ Tiaraville Palace House ]

Tiaraville Palace House mempunyai dua private pool yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Jika anda ingin melakukan sebarang aktiviti juga sesuai keran kawasan yang disediakan luas.

Banglo dengan 3 tingkat ini mempunya 5 bilik yang dilengkapi pendingin hawa dan 9 katil bersaiz queen. Antara kemudahan disediakan adalah PS4, BBQ pit, bilik laundry dan lain-lain.

Alamat: No 2 Jalan Tiaraville 6, Tiara Melaka Golf and Country Club, Jalan Gapam, 75450 Bemban, Malacca

Kainsal guesthouse

Imej via [ Kainsal Guesthouse Melaka ]

Banglo dua tingkat ini mempunyai private pool yang terletak di kawasan tertutup di dalam rumah. Kolam sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa keran dua paras yang berbeza. Ruang di halaman rumah dipenuhi landskap menghijau yang mendamaikan.

Alamat: 3072, Jalan Wakaf, Kg Tun Abd Razak Fasa 2, Bukit Katil, 75450, Melaka

Aqilah Homestay D’Sudut Masjid Tanah

Imej via [ Aqilah Homestay ]

Penginapan ini mampu memuatkan 3 buah keluarga sahaja, Anda akan dikenakan caj tambahan jika melebihi had penginap. Aqilah Homestay menyediakan 3 buah bilik tidur dan 1 bilik air. Ketiga-tiga bilik mempunyai pendingin hawa, 1 katil queen dan 1 katil bujang serta tuala.

Dapur dan ruang tamu lengkap dengan pelbagai perabot dan perkakas seperti rumah biasa. Homestay ini juga berdekatan dengan kemudahan untuk ke pasaraya,, pam minyak, pantai dan kedai makan.

Alamat: Kampung Alai, 75460 Malacca

Mymomhouz

Imej via [ Mymomhouz ]

Homestay ala-ala Inggeris yang diinspirasikan dari rekabentuk rumah di Amerika Syarikat ini pasti dapat memberi perkhidmatan penginapan terbaik buat anda. Kapasiti yang dibenarkan menginap adalah 20 orang sahaja termasuk kanak-kanak. Tambahan caj dikenakan jika melebihi had.

Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 10 tilam tambahan dengan 10 bantal tambahan turut disediakan untuk kegunaan tetamu. Private pool pula yang berada di luar mempunyai kedalaman 4 kaki. Terdapat gelanggang badminton dan gelanggang bola sepak untuk anda menghabiskan percutian dengan pelbagai aktiviti.

Alamat: Kampung Kesang Luar Stop 1, 77000 Jasin, Melaka

Laman Kesidang Homestay

Imej via [ Laman Kesidang Homestay ]

Laman Kesidang Homestay memiliki dua unit penginapan yang mempunyai private pool tertutup. Unit A mempunyai 13 bilik tidur dan 3 bilik air. Manakala Unit B mempunyai 9 bilik tidur dan 3 bilik air.

Kedua-dua homestay ini bersebelahan sahaja. Anda boleh menyewa kedua-duanya dengan harga yang berpatutan jika anda datang bersama ahli keluarga yang ramai. Kedua-dua penginapan mampu memuatkan 25 orang dalam satu masa.

Alamat: 14, Taman Limbongan Permai, Taman Pandan Mawar, 75250 Melaka

Homestay Banglo D’Super

Imej via [ Homestay Banglo D’Super ]

Homestay ini terletak di Sungai Rambai dan memiliki 6 buah bilik yang selesa. Private pool terletak di perkarangan rumah sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Kawasan rumah yang lapang sesuai untuk dijadikan tempat melakukan sukaneka.

Alamat: 2728, Jalan Salim, Kampung Batu Gajah, 77300 Sungai Rambai, Melaka

Mak Inn Village

Imej via [ Mak Inn Village ]

Terletak di Bukit Katil, private pool di Mak Inn Village luas dan mempunyai kedalaman 4 kaki. Anda akan merasakan suasana yang tenang dan nyaman jika menginap di sini.

Homestay ini memiliki 4 bilik yang mempunyai air-cond dan kipas. Dua bilik air turut disediakan bersama water heater. Jika anda ingin barbeku, kemudahan barbeku disediakan dengan peralatannya.

Alamat: DT 375, BATU 9, 1/2, Jalan Bukit Balai, 76100 Durian Tunggal, Melaka

The Tangga Villa

Imej via [ The Tangga Villa ]

Penginapan ini terhad untuk 15 orang sahaja untuk keselesaan penginap. Namun anda boleh meminta kebenaran untuk datang dengan ahli keluarga yang melebihi 25 orang dewasa dari 40 orang.

Sebanyak 8 buah bilik disediakan dengan 1 katil bersaiz super king, 3 katil saiz king dan 4 katil queen. Setiap bilik ada air-cond dan bilik air. Antara kemudahan lain disediakan ialah surau, ruang dan peralatan bbq, kelengkapan dapur, set karaoke dan sebagainya.

Alamat: 6, Jalan MP 7, Taman Melaka Perdana, 75450 Melaka

Sweet 4 Homestay

Imej via [ Sweet 4 Homestay ]

Sweet 4 Homestay lengkap dengan 4 bilik tidur, perabot dan kemudahan lain. Kolam yang berada di perkarangan luar sangat luas dan privasi kerana dikelilingi tembok tinggi. Sebuah gazebo diletakkan berhampiran kolam untuk pengunjung bersantai.

Alamat: Padang Temu Melaka

Dua5 Homestay Melaka

Imej via [ Dua5 Homestay Melaka ]

Sesuai untuk 10 hingga 12 orang tetamu dalam satu masa, private pool yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Jika anda menginap di sini melebihi 1 malam, anda akan memperoleh diskaun sebayak RM 80.

Penginapan di sini menyediakan 4 bilik dengan 4 katil queen dan 2 katil bujang. 3 bilik mandi disediaka dengan kelengkapan asas. Jangan lupa untuk bergambar di setiap sudut rumah yang cantik ini.

Alamat: No. 25, Jalan PP 1, Taman Permatang Pasir, 74560 Melaka

Rambang mata nak pilih homestay Melaka dengan private pool kerana terlampau banyak dan setiap homestay mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri. Paling penting, Melaka memang tempat sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan!

Alang-alang anda hendak ke Melaka, apa kata anda baca artikel kami yang lain tentang negeri yang penuh bersejarah ini seperti:

Similar Posts