Sekiranya anda tidak pernah menjejakkan kaki di Melaka, apa kata anda datang ke sini untuk percutian seterusnya? Ia penuh dengan tempat menarik berasaskan pantai.

Terdapat beberapa pantai yang cukup indah di sini. Jom kita lihat antara pantai di Melaka sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga dan anak-anak.

1. Pantai Puteri Melaka

pantai di melaka
Imej via [mapio]

Pantai Puteri adalah pantai di Melaka yang sangat cantik. Tanjung Keling sehinggalah Tangga Batu adalah lokasi bagi pantai Puteri ini. Ia adalah sesuatu pemandangan jiwa yang benar-benar damai.

Kecantikan matahari terbenam dan terbit menjadi sebab ramai yang memilih untuk datang ke sini. Terdapat pantulan cahaya di laut selat melaka yang indah. Terdapat juga para nelayan yang mencari rezeki di sini boleh anda lihat.

Anda boleh membeli hasil laut yang dijual di sini seperti ikan, ketam, sotong, udang dan banyak lagi. Pastinya sangat murah sekali. Di samping itu, kemudahan yang disediakan adalah seperti masjid, kedai makan, hotel dan chalet.

2. Pantai Padang Kemunting

pantai di melaka
Imej via [tempatmenarik]

Pantai Padang Kemunting merupakan pilihan ramai orang yang suka berkunjung ke pantai di Melaka. Terdapat banyak restoran yang sentiasa dibuka daripada pagi sehinggalah malam membolehkan anda menjamu selera tak kira masa.

Salah satu lokasi yang boleh anda lawati untuk mencari makanan laut pastinya adalah di pantai ini. Setelah menikmati masakan yang enak di mana-mana gerai berdekatan sini, anda boleh bersantai dengan berkelah di tepi pantai.

Kawasan pantai yang luas ini membolehkan anda merehatkan minda jauh dari ramai orang selain dari makan-makan di warung sekitar sini.

3. Pulau Upeh

pantai di melaka
Imej via [pancingmaniablog]

Terletak berhampiran beberapa pantai di Melaka, Pulau Upeh ini juga menjadi destinasi ramai pengunjung. Ia agak luas kira-kira sekitar 2.6 hektar dan berkait rapat dengan sejarah Negeri Melaka.

Anda pasti pernah mendengar tentang Kota A Famosa, betul tak? Sekiranya anda ingin tahu, di sinilah batu yang digunakan untuk membina Kota A Famosa pada asalnya.

Pulau Upeh atau nama yang diberikan kepadanya oleh Portugis Liha De Pedras dikatakan akan diperbaiki oleh kerajaan dengan cadangan seperti menaik taraf hampir 40 chalet yang terdapat di sini.

Ia bertujuan untuk menerapkan pengaruh seni bina masyarakat berbilang kaum di Malaysia seperti kayu ukiran, pagoda dan sebagainya.

4. Tanjung Kling

pantai di melaka
Imej via [facebook]

Terletak hanya 20 minit dari pusat bandar Melaka, Tanjung Kling adalah merupakan pantai di Melaka yang sangat popular di kalangan pelancong yang datang ke sini.

Sekiranya anda ingin menikmati suasana keindahan yang sebenar di Tanjung Kling ini, satu-satunya tempat penginapan yang menawarkan tempat terbaik untuk anda merasakan keselesaan di kawasan ini adalah di Everly Resort Hotel.

Selain pantai yang indah dapat anda nikmati dengan penuh privasi dari hotel ini, anda juga dapat merancang pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki banana boat, selam skuba, berkayak dan sebagainya.

5. Pantai Tanjung Bidara

pantai di melaka
Imej via [wikimedia]

Pantai Tanjung Bidara jaraknya hanya 2 kilometer dari Kem Terendak dan 10 kilometer dari bandar Masjid Tanah. Pantai berpasir putih ini adalah destinasi yang tepat untuk anda dan keluarga menikmati percutian menarik.

Berkelah sambil menikmati angin dan pemandangan yang menakjubkan pastinya mengujakan. Pantai di Melaka ini juga sesuai untuk anda gunakan sebagai lokasi mandi manda bagi menyegarkan badan setelah penat menjelajahi kawasan sekitarnya.

Kemudahan prasarana yang disediakan di sini adalah taman permainan kanak-kanak, restoran, surau, tandas awam dan bilik mandi.

6. Pantai Sungai Tuang

pantai di melaka
Imej via [traveloka]

Pantai Sungai Tuang pula akan menawarkan pemandangan indah yang terbentang luas di depan mata anda. Selain itu, apa yang menambahkan lagi keindahan pantai ini adalah kawasan pesisir pantainya yang ditumbuhi pohon-pohon berbunga yang cantik.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa juga sedang membina konkrit di sekitar pantai ini untuk mengurangkan hakisan daripada air laut.

7. Pantai Teluk Gong

pantai di melaka
Imej via [mdfaiez84]

Pantai Teluk Gong mempunyai keindahan semula jadinya dan merupakan pantai di Melaka yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang, Selangor.

Walaupun berdekatan dengan lokasi yang sibuk, kawasan di sekitar Pantai Teluk Gong tetap damai dan penuh dengan kampung-kampung tradisional seperti Teluk Gong sendiri, Kampung Baru Batu Lima dan sebagainya.

Di sini, anda boleh menenangkan fikiran anda dengan memerhatikan kehidupan orang-orang yang sibuk dengan aktiviti menangkap ikan.

8. Pulau Besar, Melaka

pantai di melaka
Imej via [salamweb]

Pulau Besar adalah sebuah pulau yang sangat berbeza dengan pulau-pulau lain. Menurut sejarah, Pulau Besar pernah menjadi tempat pendaratan sekumpulan pendakwah.

Salah seorang daripada pendakwah tersebut adalah Sheikh Ismail Abdul Qadir yang merupakan keturunan Rasulullah S.A.W. dari keturunan Saidina Hassan.

Antara tarikan yang boleh dikunjungi di sini adalah Gua Yunus, Muzium Pulau Besar dan banyak lagi.

9. Pantai Klebang

pantai di melaka
Imej via [tripadvisor]

Sekiranya anda datang dari Bandar Hilir Melaka, ia adalah dalam 5-6 kilometer sahaja untuk sampai ke sini. Di sini juga, coconut shake menjadi pilihan ramai dan paling istimewa untuk dinikmati.

Coconut Shake Original Klebang pernah menjadi viral suatu masa dahulu dimana ia tidak jauh dari kawasan pantai ini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakannya!

Terdapat juga ‘bustel’ atau penginapan di pantai Klebang yang sangat unik dan menarik. Ia adalah umpama bas kosong sahaja tetapi boleh dijadikan tempat penginapan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah beriadah bersama keluarga sambil bermain layang-layang. Sekiranya ingin melakukan lebih banyak aktiviti, datanglah semasa percutian atau hujung minggu kerana terdapat aktiviti menarik seperti kereta kuda, ATV dan banyak lagi.

10. Pantai Pengkalan Badak

pantai di melaka
Imej via [ibusyurga]

Pantai Pengkalan Badak merupakan pantai di Melaka yang terletak di sebuah bandar lama di Melaka yang cukup terkenal dengan aktiviti berkelah.

Selain itu, kawasan di sekitar pantai ini juga dipenuhi dengan perkampungan nelayan yang unik di mata penduduk kota.

Antara tempat-tempat menarik lain yang boleh dikunjungi adalah Pusat Pemeliharaan dan Penetasan Penyu dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Itulah dia 10 pantai di Melaka yang boleh anda kunjungi untuk merehatkan minda. Jom baca juga pantai di Malaysia, pantai di utara, pantai di Perak dan Pantai di Terengganu.

Rujukan

  1. 10 pantai di Melaka yang menarik untuk pencinta pasir putih dan bayu laut. https://www.maisinggah.com/pantai-di-melaka/
  2. Pantai Menarik di Melaka. https://www.teamtravel.my/pantai-menarik-di-melaka/
  3. Pantai Puteri tempat menarik di Melaka. https://www.tempatmenarik.my/pantai-puteri-tempat-menarik-di-melaka/

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.