13 Pantai Di Malaysia Pemandangan Menakjubkan

Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati oleh seisi keluarga. Seperti yang kita ketahui, pantai di Malaysia juga menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai setiap kali musim percutian tiba.

Terdapat banyak pantai di Malaysia yang boleh anda kunjungi, pastinya indah sekali! Jom lihat antara senarai pantai di Malaysia mengikut negeri. Pemandangan pantai ini sangat menakjubkan!

1. Pantai Di Negeri Kelantan

pantai di malaysia
Imej via [tripadvisor]

Negeri Cik Siti Wan Kembang ini sememangnya antara tumpuan para pelancong hadir untuk menikmati makanan tempatannya yang sedap-sedap.

Ia juga mempunyai pantai yang boleh dilawati oleh para pengunjung apabila melawat ke negeri Kelantan ini. Pantai yang paling ramai dikunjungi oleh engunjung apabila melawat negeri ini adalah Pantai Cahaya Bulan.

Selain itu, kini terdapat juga pantai di negeri ini yang seakan-akan di luar negara. Ia adalah Pantai Nami di Bachok, Kelantan yang suasana panoramanya seakan-akan berada di Korea.

2. Pantai di Negeri Sabah

pantai di malaysia
Imej via [trixoli]

Sebut tentang Pantai di Malaysia, ramai yang akan terbayangkan pantai di negeri yang indah ini. Bagi anda yang hanya suka menikmati keindahan pantai yang indah, anda boleh datang ke Simpang Mengayau di Kudat, Sabah.

Pantai ini memang sangat menarik permandangannya, namun ianya tidak sesuai untuk aktiviti berenang. Selain di kawasan pulau, terdapat juga pantai di negeri tersebut untuk aktiviti rekreasi dan mandi manda.

Antaranya Pantai Tanjung Aru (Kota Kinabalu), Pantai Dalit (Tuaran), Pantai Kenangan (Bongawan) dan sebagainya.  

3. Pantai di Negeri Johor

pantai di malaysia
Imej via [rajacuti]

Bila sebut mengenai pantai di Malaysia bagi negeri Johor, pasti kita akan mengatakan Pantai Desaru. Selain itu, terdapat beberapa pantai yang menarik di negeri ini iaitu Pantai Tanjung Balau, Pantai Minyak Beku dan sebagainya.

Biasanya, para pengunjung akan menikmati hidangan makanan laut dan bercuti bersama keluarga tersayang apabila berkunjung ke pantai di Johor.  

4. Pantai di Negeri Sarawak

Imej via [tempatmenarik]

Di Sarawak juga terdapat beberapa pantai yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Walaupun pantai di negeri Sarawak ini amat indah dan menarik, namun ia masih belum cukup terkenal bagi masyarakat kita.

Antara pantai yang terkenal di Sarawak adalah Pantai Damai, Pantai D’Cove, Pantai Hawaii (Miri) dan sebagainya. Pasti tak sabar untuk anda ke sana kan!

5. Pantai di Negeri Pulau Pinang

pantai di malaysia
Imej via [pinterest]

Untuk pengetahuan anda, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang terdiri daripada pulau yang indah serta mengagumkan.

Pulau Pinang sememangnya menjadi tumpuan kerana keindahan pantainya yang menarik. Bila kita bercakap mengenai pantai di Malaysia bagi negeri ini adalah Pantai Batu Feringghi yang sentiasa dikunjungi oleh ramai pelancong.

Selain itu, terdapat juga pantai lain yang menarik di Pulau Pinang yang sama hebatnya dengan Pantai Batu Feringghi. Antaranya Pantai Teluk Bahang, Pantai Bersih, Pantai Kerachut dan Monkey Beach. 

6. Pantai di Negeri Kedah

pantai di malaysia
Imej via [thevocket]

Umum tahu bahawa Pantai Tanjung Rhu yang sememangnya paling cantik di Negeri Kedah. Selain itu, Pantai Merdeka di Kuala Muda juga antara pantai yang menjadi tumpuan bagi para pengunjung.

Di Kedah terdapat juga pantai yang menyediakan tempat bersantai dan tempat makan yang menarik seperti Pantai Murni dan juga Pantai Tanjung Dawai. 

7. Pantai di Negeri Perlis

pantai di malaysia
Imej via [maisinggah]

Tidak seperti kebanyakan pantai di negeri lain, Perlis tidak mempunyai pantai yang menarik untuk aktiviti mandi-manda. Perlis merupakan satu-satunya pantai di Malaysia yang sering dikunjungi oleh pelancong dalam aktiviti tempat makan yang menarik.

Namun, pengunjung juga boleh ke Pantai Kuala Perlis di negeri ini. Di sini, para pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut yang sangat indah dan mempersonakan.

8. Pantai di Negeri Perak

pantai di malaysia
Imej via [sentiasapanas]

Perak sering menjadi tumpuan para pelancong kerana keindahan pulaunya. Jadi apabila menyebut mengenai pantai di Malaysia bagi negeri Perak, sudah pastilah Pantai Teluk Nipah yang berada di Pulau Pangkor.

Selain itu, Perak juga memiliki beberapa pantai lain yang indah seperti Pantai Pasir Panjang, Pantai Teluk Batik dan juga Pantai Teluk Senangin. 

9. Pantai di Negeri Selangor

Imej via [tempatmenarik]

Selangor memiliki pantai yang menjadi tumpuan para pelancong kerana lokasinya yang berhampiran dengan bandar Kuala Lumpur.

Ia juga merupakan destinasi utama dalam senarai pantai di Malaysia bagi pilihan para pelancong iaitu Pantai Cermin yang sememangnya sangat indah.

Selain itu, Selangor juga memiliki beberapa lagi pantai yang menarik seperti Pantai Morib, Pantai Bagan Lalang, Pantai Remis dan sebagainya. 

10. Pantai di Negeri Terengganu

pantai di malaysia
Imej via [trixoli]

Negeri Terengganu membuatkan kita terbayangkan pantai yang indah, aktiviti melihat penyu bertelur serta makan makanan laut yang sangat sedap.

Boleh dikatakan negeri yang mempunyai pantai di Malaysia yang paling banyak sememangnya negeri Terengganu.

Antara pantai yang menjadi tarikan utama di negeri Terengganu adalah Pantai Penarik, Pantai Bukit Keluang, Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Lipat, Pantai Teluk Bidara dan Pantai Chendering. 

11. Pantai di Negeri Pahang

Imej via [cntraveller]

Pahang adalah negeri jiran bagi Terengganu yang juga amat terkenal dengan pantainya yang indah.

Keindahan dan keunikan pantainya telah menjadi tarikan pelancong ke negeri ini kerana kemudahan penginapan dan makanan tempatan yang enak.

Pantai yang sering dikunjungi oleh para pelancong ke negeri ini adalah Pantai Balok, Pantai Beserah, Pantai Cherating dan Pantai Teluk Cempedak.

12. Pantai di Negeri Melaka

pantai di malaysia
Imej via [maisinggah]

Melaka bukan sahaja merupakan negeri bandar bersejarah, ia turut menjadi tarikan pelancong kerana pantainya yang cantik. Boleh dikatakan antara pantai yang cantik di Melaka adalah Pantai Padang Kemunting, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Puteri Melaka dan juga Pantai Pengkalan Balak.

13. Pantai di Negeri Sembilan

pantai di Malaysia
Imej via [maisinggah]

Pantai yang paling terkenal dan menjadi tarikan di Negeri Sembilan adalah Pantai Port Dickson.

Di kawasan pantai ini, terdapat pelbagai kemudahan pelancongan yang tersedia seperti penginapan hotel, tempat makan dan sebagainya. Selain itu, ada juga pantai lain yang menarik di negeri Sembilan iaitu Pantai Teluk Kemang.

Itulah dia 13 pantai di Malaysia yang boleh anda kunjungi. Jom baca juga pantai di Perak, pantai di Utara, Pantai di Terengganu dan air terjun di Selangor.

Rujukan

  1. Senarai pantai di Malaysia yang menarik dan popular. https://www.percutianbajet.com/malaysia/senarai-pantai-di-malaysia-yang-menarik-dan-popular
  2. 9 Destinasi Pantai Menarik Yang Anda Boleh Bercuti Di Malaysia. https://www.hellocuti.com/9-destinasi-pantai-menarik-yang-anda-boleh-bercuti-di-malaysia/
  3. 10 Lokasi Percutian Pantai Tercantik Di Malaysia. Bersih Dan Jernih Dari Yang Lain!https://www.thevocket.com/10-lokasi-pantai-tercantik-di-malaysia/

Similar Posts