Terengganu merupakan salah satu destinasi terbaik bagi sesiapa sahaja yang menginginkan percutian di tepi pantai. Pantai yang terdapat di Terengganu sememangnya sangat indah dan mempersonakan.

Jom lihat antara pantai di Terengganu yang pasti membuatkan anda teruja. Bukan sahaja untuk percutian ramai, anda juga boleh honeymoon di sini bersama pasangan.

1. Pantai Marina

pantai di terengganu
Imej via [tempatmenarik]

Pantai Marina merupakan pantai yang terkenal di Terengganu. Keindahan pantai ini sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Dengan air lautnya yang biru dan tumbuhan yang menghijau menambahkan lagi keindahan pantai ini.

Di sini juga terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga anda. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah hiking, memancing, mandi dan sebagainya. Kemudahan yang disediakan untuk pengunjung sememangnya cukup lengkap.

2. Pantai Teluk Bidara

pantai di terengganu
Imej via [tripadvisor]

Jika anda inginkan percutian pantai di Terengganu yang berhampiran dengan bandar Dungun, anda boleh berkunjung ke pantai Teluk Bidara. Pantai Teluk Bidara ini juga merupakan port pantai di Terengganu yang sesuai untuk aktiviti melepak bersama keluarga pada waktu petang.

Suasana di pantai ini sememangnya sangat mempersonakan dengan keindahan pasir pantainya yang putih dan air lautnya yang menenangkan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah bersiar-siar di sekitar pantai, berjogging, berkuda dan sebagainya. Selain itu, di sini juga sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti swafoto.

3. Pantai Kelulut

pantai di terengganu
Imej via [beautifulterengganu]

Pantai Kelulut terletak di antara daerah Marang dan Rantau Abang di Terengganu. Pantainya yang berpasir dan amat sesuai untuk aktiviti para pengunjung untuk mandi manda.

Pengunjung yang datang ke pantai ini pasti kagum dengan keindahan dan ketenangan pantai di Terengganu ini. Pantai ini juga mempunyai keindahan semula jadi seperti pemandangan yang indah, pokok kelapa dan udaranya yang segar.

Terdapat juga sebuah perkampungan yang amat peramah penduduknya berdekatan pantai di Terengganu ini. Prasarana yang terdapat di kawasan ini juga amat memudahkan bagi keperluan para pengunjung.

4. Pantai Batu Buruk

pantai di terengganu
Imej via [jomjalan]

Pantai Batu Buruk merupakan antara pantai di Terengganu yang paling terkenal daripada zaman dahulu lagi. Pada hujung minggu atau waktu petang, pantai ini akan dipenuhi oleh orang ramai daripada luar ataupun dalam negeri ini.

Ini kerana keindahan pantainya yang memukau dan menenangkan jiwa. Pantai ini juga turut dipenuhi dengan pokok rhu yang menambahkan lagi seri panorama pantai ini.

Selain itu, terdapat prasarana yang disediakan seperti tandas awam, gerai makanan, trek jogging dan sebagainya boleh anda gunakan. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah bermain layang-layang, bersantai, berjogging, menaiki ATV, menaiki kereta kuda dan sebagainya. 

5. Pantai Penarik

pantai di terengganu
Imej via [beautifulterengganu]

Sekiranya anda mencari pantai di Terengganu yang sangat menenangkan jiwa anda, apa kata jika anda mengunjungi pantai Penarik? Lokasinya sangat dipenuhi dengan prasarana yang memudahkan para pengunjung.

Antaranya gerai makan, tempat berswafoto yang menarik, tempat berehat dan sebagainya. Dari kejauhan kita akan dapat melihat beberapa buah pulau yang indah daripada pantai Penarik ini.

Air lautnya yang biru pasti akan membuatkan kita terpesona dengan keindahannya. Pasir pantainya yang putih dan ditambah dengan pokok menghijau membuatkan jiwa kita berasa sangat tenang.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berswafoto, mandi, melihat keindahan pantai, melihat para nelayan menangkap ikan dan sebagainya. Jika anda datang pada hari tertentu, anda akan dapat melihat pelbagai jualan makanan di pasar tani di pesisir pantai ini.

6. Pantai Bukit Keluang

pantai di terengganu
Imej via [pakej]

Jika anda mencari pantai di Terengganu yang unik, anda boleh datang ke pantai Bukit Keluang. Pantai ini berbatu dan dihiasi oleh panorama bukit-bukau dengan beberapa gua yang dihuni oleh kelawar.

Anda dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan dari puncak Bukit Keluang yang boleh didaki melalui jalan kecil di sekitar laluan Bukit Keluang. 

Sebaik sahaja anda berada di puncak bukit, anda akan terpesona dengan pemandangan laut yang indah. Jadi, tidak rugi sekiranya anda datang ke pantai Bukit Keluang ini.

7. Pantai Teluk Kalong

pantai di terengganu
Imej via [twitter]

Pantai Teluk Kalong adalah pantai yang terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana lokasinya yang bersih, pasir putihnya yang menakjubkan, dan laut birunya yang indah.

Pantai Teluk Kalong merupakan pantai di Terengganu yang terkenal dengan tempat memancing kerana mendapat hasil tangkapan yang banyak. Sekiranya anda ingin melakukan sesi fotografi, pantai ini adalah lokasi yang sangat sesuai kerana pemandangannya yang sangat indah.

Walaupun pantai Teluk Kalung tidak sebesar dengan pantai yang lain, aktiviti keluarga atau berkumpulan juga boleh dilakukan seperti berkhemah, berjogging, berkelah dan sebagainya.

8. Pantai Kuala Abang

pantai di terengganu
Imej via [beautifulterengganu]

Pantai Kuala Abang akan memberikan pemandangan yang cukup unik kepada para pengunjungnya kerana mempunyai lagun yang sangat mempersonakan.

Pantai ini terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Dungun. Tahukah anda, Pantai Kuala Abang inilah antara pantai di Terengganu yang merupakan tempat bertelur bagi penyu belimbing, namun bilangannya kini semakin berkurangan. 

Bagi anda yang sukakan penyu, anda boleh datang ke Pusat Pemuliharaan Penyu di Rantau Abang ini. Ia merupakan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan oleh para pengunjung ke sini.

9. Pantai Teluk Gadong

pantai di terengganu
Imej via [google]

Banyak pantai di Terengganu yang menawarkan suasana percutian yang menarik, antaranya pantai Teluk Gadong. Ianya merupakan pantai yang cantik serta dapat memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pengunjung.

Untuk datang ke sini, pastikan anda datang pada bukan musim tengkujuh kerana pada waktu tersebut, air laut amat bergelora.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berenang, bersantai, berkelah, memancing dan sebagainya. Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan tempatan di sini yang sememangnya sangat sedap di restoran yang berhampiran. 

10. Pantai Batu Rakit

pantai di terengganu
Imej via [beautifulterengganu]

Pantai Batu Rakit merupakan pantai di Terengganu yang belum terjejas dan dikelilingi oleh hutan yang rimbun. Suasananya sangat memukau sesiapa sahaja yang hadir ke pantai Batu Rakit ini.

Di sini juga disediakan kemudahan kepada para pengunjung seperti gerai, restoran dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah memancing, skuba, berswafoto dan banyak lagi.

Itulah dia pantai di Terengganu yang boleh anda bercuti. Memang menarik sekali! Jom baca juga pantai di Perak, air terjun di Selangor, air terjun di Pahang dan air terjun di Malaysia.

Rujukan:

  1. Pantai Menarik di Kuala Terengganu Untuk Santai-Santai. https://www.keretasewaganu.com/pantai-santai-best-kuala-terengganu/
  2. 30+ Senarai Pantai Di Terengganu yang Popular. https://mazukiblog.blogspot.com/2017/09/senarai-pantai-popular-terengganu.html
  3. Tempat menarik di Terengganu. http://www.anjungpantai.com/menarik-kuala-terengganu.html

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.