Terengganu tidak kurangnya tempat menarik yang indah dan menenangkan bagi menyambut family day bersama keluarga tercinta. Banyak pilihan tempat percutian yang sesuai untuk dilawati bersama ibu bapa, pasangan dan anak-anak.

Selain tempat yang menarik, terengganu juga mempunyai penginapan yang sangat cantik dan selesa terutamanya untuk family day. Pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan untuk menghiburkan anda sekeluarga. Jom lihat tempat menarik untuk family day di Terengganu.

1. Pulau Perhentian

Imej via [perhentianislandresort]

Pulau Perhentian adalah salah satu pulau tercantik di dunia yang telah disenaraikan oleh CNN. Ia merangkumi pulau perhentian besar dan kecil.

Bagi anda yang sukakan alam dasar lautan, anda boleh menyelam dan snorkeling di sini selain dari menaiki bot. Suasana yang sangat indah dan tenang juga sangat sesuai dijadikan sebagai tempat menarik untuk family day di Terengganu.

2. Air Terjun Chemerong

Imej via [caridestinasi]

Sebahagian dari hutan simpan pasir raja, terdapat hutan simpan Chemerong dimana air terjun ini berada di dalam kawasan tersebut. Air terjun Chemerong ini dikatakan merupakan air terjun tertinggi di Malaysia dan ia adalah laluan pendaki untuk mendaki Gunung Berembun.

Sangat untung bagi anda yang menyambut family day di sini kerana dapat menikmati alam flora dan fauna yang sangat indah lagi menakjubkan ini.

3. Pantai Teluk Ketapang

Imej via [facebook]

Sekiranya anda sukakan ketenangan, Pantai Teluk Ketapang ini merupakan tempat menarik untuk family day di Terengganu. Anda boleh bermain layang-layang, berkelah, bermandi-manda dan menikmati makanan seafood yang menarik di sini.

Terdapat banyak gerai atau restoran di sekitar pantai ini seperti Firdaus Seafood Corner, Hj Pok Long dan lain-lain lagi yang boleh anda cuba masakannya.

4. Taman Rekreasi Pulau Kekabu

Imej via [ffterengganu]

Taman Rekreasi Pulau Kekabu sangat sesuai untuk anda yang ingin bersantai menghiburkan diri sambil meluangkan masa bersama keluarga. Terdapat pemecah ombak tebing boleh anda lihat di sini. Jika berkelah pada petang hari, anda juga boleh melihat para nelayan kerana kawasan ini berdekatan perkampungan nelayan.

5. Bukit Besi Rainforest Endurance Park

Imej via [maisinggah]

Jom sambut family day di Bukit Besi Rainforest Endurance Park yang bukan calang-calang aktivitinya. Ia merangkumi aktiviti lasak seperti menunggang ATV, trekking, moto cross, wind surfing dan lain-lain lagi.

Tempat menarik untuk family day di Terengganu ini sesuai untuk keluarga besar bagi dewasa. Sekiranya ada anak kecil atau bayi, ia tidak sesuai.

6. Pantai Tanjung Jara

Imej via [unikversiti]

Tempat menarik untuk family day di Terengganu sesuai untuk anak-anak juga adalah Pantai Tanjung Jara. Di sini terdapat kolam mandian dan pantai yang sangat elok dan sesuai untuk bermandi-manda.

Anda juga boleh menyewa penginapan yang disediakan di sini. Sama ada resort mewah mahupun yang sesuai dengan bajet anda.

7. Pulau Kapas

Imej via [thevocket]

Pulau Kapas sangat terkenal di Terengganu kerana keindahannya yang sangat menakjubkan. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari jeti Marang. Ia mengambil masa 20 atau 30 minit sahaja perjalanan.

Bagi menyambut family day di sini, ia merupakan pilihan terbaik kerana pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan pasti menghiburkan anda sekeluarga.

8. Air Terjun Lata Belatan

Imej via [mforum]

Tempat menarik untuk family day di Terengganu yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan lebih tenang adalah di sini. Anda boleh bermandi-manda bersama anak-anak kerana kawasan ini selamat, segar, bersih dan sesuai seisi keluarga.

Air terjun ini sangat jernih, tidak deras. Bagi kaki fotografi, tempat ini sangat sesuai untuk anda bergambar. Kehijauannya benar-benar memukau mata yang memandang.

9. Sutra Beach Resort Terengganu

Imej via [malaysia]

Resort cantik ini terletak di tepi pantai. Sambil bersuka ria bersama keluarga tercinta, bolehlah mandi-manda sepuas-puasnya. Pasti puas hati kerana ia sangat luas dan indah, rasa tak nak berhenti mandi.

Resort atau penginapan di sini juga sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti tab mandi, jakuzi, balkoni, pemandangan laut dan langit yang menakjubkan boleh anda gunakan.

10. The Manor Beach Resort Besut

Imej via [thebesthotels]

Resort atau penginapan yang berkonsepkan tradisional dan kayu adalah di sini. Tempat menarik untuk family day di Terengganu ini sangat luas sesuai dikunjungi anda dan keluarga besar anda.

Antara aktiviti menarik boleh dilakukan adalah seperti bermandi-manda, BBQ, bersesi fotografi, bermain game dan lain-lain lagi. Apa kata sekali sekala bawa keluarga ke tempat percutian yang indah dan mewah ini.

11. River Cruise Sungai Yah Yah

Imej via [mytrip123]

Meluangkan masa bersama keluarga di River Cruise Sungai Yah Yah adalah keputusan yang tepat untuk anda menghiburkan diri bersama keluarga. Di sini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Sungai Yah Yah ke Bukit Kuang. Ia akan memakan masa selama 90 minit untuk pergi dan balik.

Sepanjang aktiviti menaiki cruise, anda boleh melihat keindahan kawasan pokok nipah dan hutan paya bakau yang menghijau. Tiada masalah untuk anda bercuti di sini kerana setiap percutian pastinya memerlukan pengalaman yang menyeronokkan, apatah lagi apabila bersama keluarga.

12. La Hot Spring

Imej via [libur]

La Hot Spring ini merupakan kolam air panas buatan yang sangat sesuai untuk anda bermandi-manda bersama keluarga. Selain meluangkan masa, dapatlah kita menyihatkan kulit dengan mandian air panas.

Berdekatan dengan air panas ini, terdapat sebuah sungai yang sejuk boleh anda dan anak-anak mandi sekiranya tidak tahan dengan kolam air yang panas ini.

Itulah dia tempat menarik untuk family day di Terengganu boleh anda kunjungi. Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan, tempat menarik untuk family day di Perak dan tembok besar cina.

Rujukan :

  1. Tempat menarik di Terengganu. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-terengganu/
  2. Hotel di Terengganu. https://bagasi.my/hotel-di-terengganu/

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.