Kedah terkenal dengan makanan sedap sepertimana anda bercuti di Pulau Pinang yang dikatakan syurga makanan! Namun, ramai yang tak tahu bahawa Kedah kaya dengan tempat menarik yang sangat indah dan menakjubkan.

Sama ada pantai, darat, sawah padi atau apa jenis tempat pun, kedah tetap mempunyai gaya yang tersendiri dan menarik hati. Tidak terkecuali dengan tempat menarik untuk family day di Kedah.

Anda boleh meluangkan masa bersama keluarga sambil menerokai keindahan alam negeri utara ini. Jom lihat antara tempat menarik untuk family day di Kedah.

1. Kolam Air Panas Ulu Lenggong

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [holidaygogogo]

Sambutan family day akan lebih meriah jika anda mengunjungi kolam air panas Ulu Lenggong yang terletak 20km dari Baling ini. Dibuka 24 jam dalam sehari, maka anda bebas untuk datang pada bila-bila masa bersama keluarga.

Mandi kolam air panas ini bukan sahaja menyihatkan, anda juga boleh merebus telur di dalamnya kerana suhunya sangat panas 30-60 darjah selsius.

2. Air Terjun Batu Hampar

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [flickr]

Air Terjun Batu Hampar ini boleh dijadikan tempat menarik untuk family day di Kedah kerana ia mempunyai privasi yang tersendiri. Ia kurang dikunjungi orang ramai kerana terletak jauh sedikit di dalam hutan tetapi sangat sejuk dan menarik untuk anda bermandi-manda.

3. Taman Rekreasi Sungai Sedim

Imej via [akudansekeliling]

Sungai Sedim dalam kawasan taman rekreasi ini sangat menarik untuk anda bermandi-manda kerana airnya sangat jernih dan sejuk malah tidak sepi dari bunyi unggas dan serangga hutan.

Menyambut family day di sini pastinya menyeronokkan kerana anda boleh berkhemah, meredah hutan, berkelah, flying fox, rock climbing, treasure hunt, abseiling, water rafting dan lain-lain lagi.

4. Langkawi

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [unevensidewalks]

Tempat menarik untuk family day di Kedah ini menjadi pilihan ramai. Siapa yang tak nak ke Langkawi? Hampir semua orang akan pilih lokasi ini untuk bercuti bersama keluarga tambah-tambah lagi menyambut family day.

Banyak tempat menarik boleh anda kunjungi di Langkawi seperti Pantai Chenang, Kedai Coklat yang menjadi kegemaran ramai, aquarium, sawah padi yang indah dan banyak lagi.

5. Gunung Jerai

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [booking]

Anda boleh mendaki Gunung Jerai jika memilih lokasi ini sebagai pilihan percutian. Dari atas Gunung Jerai, anda boleh melihat pemandangan indah dan melihat kecantikan bunga orkid serta flora dan fauna yang ada di sana.

Ia sungguh indah. Jika anda ke Gunung Jerai, anda akan menaiki bot dan dapat melihat puncak gunung tersebut. Ia juga agak berdekatan dengan Tanjung Dawai.

5. Tanjung Dawai

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [vipmalaysia]

Salah satu tempat menarik untuk family day di Kedah boleh anda kunjungi adalah Tanjung Dawai. Keluarga pasti suka kerana aktiviti di sini adalah makan-makan di restoran seafood yang menarik. Terdapat banyak gerai makan yang viral boleh anda kunjungi di sini.

6. Alang Kenari Resort

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [enyabdullah]

Jika anda menyambut hari keluarga bersama keluarga besar anda, Alang Kenari Resort adalah pilihan yang tepat. Ia merupakan sebuah resort yang besar lengkap dengan pelbagai kemudahan dan hiburan.

Antaranya adalah kolam mandi yang sangat besar, kelengkapan restorannya sendiri, kawasan BBQ, padang bola dan lain-lain lagi. Pasti anda tidak menyesal kerana keseronokan keluarga adalah di sini.

Tempat menarik untuk family day di Kedah ini tidak jauh dari lokasi percutian menarik seperti Air Terjun Titi Hyun (0.5 km), Pantai Murni Waterfront (3 km) dan Pulau Songsong (5 km).

7. Wang Tepus Ecotourism

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [rajalepak]

Wang Tepus Ecotourism adalah sebuah perkampungan yang meliputi tarikan pelancongan seperti dusun durian, agro farm, madu kelulut dan lain-lain lagi.

Antara tempat menarik untuk family day di Kedah yang boleh anda kunjungi adalah Teratak Malinja yang merupakan sebuah chalet terletak berdekatan dengan sungai. Bolehlah anda meluangkan masa bersama family di sini.

8. Pantai Merdeka

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [tripadvisor]

Pantai Merdeka sangat sesuai dikunjungi ramai kerana ia merupakan pantai yang mempunyai resort berdekatannya. Terletak di daerah Kuala Muda, pantai ini berdekatan dengan pelbagai restoran makanan seafood yang sangat menarik.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga di sini adalah island hoping, bermandi-manda, berkelah, membeli belah di Tanjung Dawai, makan mee udang di Pulau Sayak dan banyak lagi.

9. Chalet Terapung Persatuan Peladang

tempat menarik untuk family day di kedah
Imej via [umpan]

Tempat menarik untuk family day di Kedah juga adalah Chalet Terapung Persatuan Peladang PKK Merbok. Kawasan ini sangat terkenal dan telah beberapa kali digunakan untuk penggambaran televisyen.

Ia juga amat berpatutan serendah RM100 untuk bermalam di chalet ini. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga adalah memancing ikan, jungle tracking, island hopping, melihat spesis burung dan juga menaiki bot menyusur Sungai Merbok.

10. Gunung Bintang

family day kedah
Imej via [maisinggah]

Jika anda sukakan aktiviti lasak seperti mendaki, Gunung Bintang yang merupakan titik sempadan antara negeri Kedah dan Perak ini sesuai dikunjungi anda sekeluarga.

Ia merupakan sebahagian dari Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand yang memiliki flora dan fauna yang indah. Namun, sekiranya keluarga anda mempunyai kanak-kanak, tidak sesuai untuk menyambut family day di atas bukit ini.

11. The Carnival Water Dan Land Theme Park

tempat menarik family day
Imej via [cintasayangresort]

Tempat menarik untuk family day di Kedah ini membolehkan anda bermandi-manda, berkelah, bermain permainan air dengan cerianya. Untuk pengetahuan anda, taman tema air ini terletak dalam resort Cinta Sayang dan Country Golf di Sungai Petani.

Oleh itu, anda boleh mengambil peluang bermain golf bersama di keluarga di sini. Sediakan duit lebih banyak untuk melakukan pelbagai aktiviti lagi di resort ini sempena family day anda.

Itulah dia tempat menarik untuk family day di Kedah. Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Terengganu, tempat menarik untuk family day di Perak dan tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan.

Rujukan:

  1. Tempat menarik untuk family day di kedah. https://www.teamtravel.my/tempat-menarik-untuk-family-day-di-kedah/
  2. Tempat Menarik di Kedah. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kedah/
  3. Tempat menarik untuk percutian di Kedah. https://www.percutianbajet.com/kedah/senarai-tempat-menarik-untuk-percutian-di-kedah

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.