Jom Terokai 12 Tempat Menarik Di Pulau Songsong [TERKINI]
Amat jarang kita mendengar nama Pulau Songsong yang terletak di Yan, Kedah ini. Ia berdekatan dengan pulau-pulau lain seperti Pulau Telur, Pulau Bunting dan Pulau Bidan. Untuk pengetahuan anda, pulau ini tiada penduduk dan tiada sebuah resort pun di sini.
Semua pengunjung ke bertandang ke sini akan datang dan pulang dalam masa satu hari sahaja. Namun tiada salahnya untuk anda bermalam, berkhemah dan sebagainya. Cuma jangan lupa untuk bawa keperluan seperti makanan dan minuman. Menariknya, pulau ini mempunyai pemandangan dan keindahan alam semulajadi yang sangat menakjubkan.
Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari Kuala Sungai Udang, Kuala Dulang Kechil, Kuala sg.Yan, Kuala Ruat dan juga Tanjung Dawai. Jom lihat tempat menarik di Pulau Songsong yang terkini boleh anda kunjungi.
1. Jeti Sungai Udang
Jeti Sungai Udang adalah lokasi pertama yang harus anda tujui untuk ke Pulau Songsong. Namun begitu, ia merupakan sebuah tempat menarik di Pulau Songsong yang harus anda kunjungi. Anda dapat melihat para nelayan dan bot-bot yang menjalankan urusan setiap hari di sini.2. Pulau Songsong
Keindahan Pulau Songsong ini tidak dapat dinafikan lagi. Setibanya di sini, anda akan melihat pasir pantai halus dan pokok hijau yang segar serta merasai suasana yang begitu aman. Jangan lepaskan peluang menyegarkan diri dengan bermandi-manda di sini. Aktiviti snorkeling dan menyelam juga boleh dilakukan di tempat menarik di Pulau Songsong ini.3. Tapak Perkhemahan Dan Port Bergambar
Memandangkan kawasan ini tiada penginapan, di sini terdapat tapak perkhemahan yang boleh anda menginap. Bawa khemah dan pasang sendiri di bahagian ini. Anda juga boleh melakukan aktiviti BBQ bersama keluarga dan kawan-kawan.Makanan dan peralatan juga harus dibawa kerana tidak disediakan sama sekali di sini. Jika bermalam di sini, pastikan anda membawa lampu dan peralatan unggun api.
4. Port Bergambar
Terdapat sebuah port bergambar yang bertulis Pulau Songsong, Daerah Pelancongan Warisan. Sememangnya ia dijadikan tempat mengambil gambar yang pelancong yang berkunjung ke sini. Jelas sekali, Pulau Songsong ini dibina sebagai pusat pelancongan dan destinasi percutian di Yan, Kedah.5. Bahagian Pantai Snorkeling
Untuk melihat coral, terumbu karang dan ikan-ikan di sini, apa kata anda snorkeling dan menyelam di bahagian pantai Pulau Songsong. Terdapat bahagian laut yang sesuai untuk anda menyelam dan snorkeling. Jika salah pilih, mungkin pasir lebih banyak di bahagian lautan ini.6. Port Memancing Pulau Songsong
Siapa kata Pulau Songsong tiada ikan? Ada dan anda boleh memancing di sini. Tetapi port memancing adalah di tengah lautan sedikit, jauh dari batu-batu pantai, anda boleh memancing di sana. Ramai kaki pancing akan ke situ untuk memancing.7. Buaian Pulau Songsong (Port Bergambar)
Sekitar pulau songsong ini, terdapat sebuah buaian ringkas untuk anda berhibur dan bergambar. Jika cuaca elok, anda boleh bersantai petang di sini. Namun, terdapat juga 2 buaian yang boleh anda naiki di sini. Tidak hanya 1 buaian sahaja. Berdekatan tempat menarik di Pulau Songsong ini juga, anda dapat melihat tumbuhan hijau dan paya bakau.8. Bangunan Ala-Ala Rumah Api
Di hujung pulau atau pantai ini, terdapat sebuah bangunan yang kelihatannya seperti rumah api. Bangunan ala-ala rumah api ini boleh dijadikan port melihat pemandangan pantai dan tempat mengambil gambar. Ia sangat unik. Inilah masanya untuk anda menerokai tempat menarik di Pulau Songsong ini.9. Batu Besar Pulau Songsong
Batu besar yang terdapat di tempat menarik di Pulau Songsong ini boleh dijadikan port mengambil gambar untuk anda yang sukakan keindahan pantai. Anda juga boleh mengukir nama sebagai kenang-kenangan di batu ini. Jika beruntung, anda mungkin anda terjumpa gamat di sekitar batu-batu ini.10. Hutan Tebal Pulau Songsong
Jangan terkejut bahawa Pulau Songsong yang tiada penempatan penduduk ini mempunyai sebuah hutan yang amat tebal. Dengan pelbagai jenis pohon hijau, terdapat juga haiwan-haiwan seperti burung, ular dan sebagainya. Jangan sesekali masuk ke dalam hutan seorang diri, biarlah berteman jika anda ingin menerokai hutan tebal ini.11. Gua Pulau Songsong
Terdapat sebuah gua di sekitar kawasan Pulau Songsong yang jarang ditemui orang. Mana tidaknya, gua tersebut berada di bahagian air laut yang terlindung di bahagian tepi tebing. Ia berdekatan dengan hutan Pulau songsong. Sebagai sebuah tempat menarik di Pulau Songsong, anda boleh berjalan ke sini dan menyaksikan gua ini.12. Penanaman Coral Pulau Songsong
Aktiviti yang menyeronokkan di pantai Pulau Songsong yang boleh anda terokai ini adalah penanaman coral. Di sini anda dapat melihat sendiri coral-coral yang terdapat di sekitar pantai Pulau Songsong yang berbatu ini. Siapa kata pulau ini membosankan? Sama sekali tidak! Malah anda boleh melihat perkara-perkara yang baru dan tidak pernah anda lihat sebelum ini.Berikut adalah tempat menarik di Pulau Songsong yang boleh anda terokai dan singgah bagi mendapatkan suasana yang tenang dan rileks. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Sibu, tempat menarik di Pulau Sabang, tempat menarik di Pulau Sebatik dan tempat menarik di Pulau Rawa Johor.