Pulau Belitung yang terletak di Indonesia ini amat terkenal sebagai pusat pelancongan menarik. Terdapat banyak tempat menarik di Pulau Belitung menjadi pilihan ramai pengunjung. Dengarnya, Belitung terdiri daripada lebih 100 buah pulau kecil serta sarat dengan pantai yang cantik semulajadi.

Tahukah anda, Belitung merupakan salah satu nama ‘Siput laut’ dan pulau ini juga berbentuk kepala manusia. Unik bukan? Jom lihat tempat menarik di Pulau Belitung boleh anda kunjungi.

1.  Dermaga Kirana

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [c.mi]

Dermaga Kirana merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Belitung yang harus anda kunjungi. Nama Dermaga bermaksud pelabuhan atau jeti kecil manakala Kirana pula adalah danau yang terdapat di situ. Anda boleh mengunjungi rumah rotan yang diperbuat dari rotan asli di sini. Sangat indah untuk bergambar.

2.  Muzium Kata Andrea Hirata

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [hipwee]

Jangan terkejut jika melihat muzium penulisan. Muzium Kata Andrea Hirata adalah sebuah tempat menarik di Pulau Belitung yang penuh dengan penulisan atau kata-kata menarik.  Sekiranya anda perlukan semangat atau inginkan kekuatan dalam mengejar impian, tempat ini adalah lokasi terbaik harus anda kunjungi.

3.  Pantai Tanjung Pendam

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [pantainesia]

Tempat menarik di Pulau Belitung ini lebih sesuai dijadikan port bergambar dan ia tidak sesuai untuk bermandi-manda. Tanjung Pendam ini sangat indah dan bersih boleh anda kunjungi pada petang hari.

4.  Pulau Lengkuas

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [akurat]

Pantai Pulau Lengkuas adalah pantai yang sangat bersih, indah dan jernih sesuai untuk aktiviti air seperti bermandi-manda dan bermain air.  Ia adalah salah sebuah pulau yang terkenal di Pulau Belitung.  Batu-batu di sekitar pantai boleh dijadikan port bergambar yang menarik.

5.  SD Muhammadiyah

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [mrjocko]

Tempat menarik di Pulau Belitung yang sangat terkenal adalah Replika Sekolah Laskar Pelangi yang pernah dijadikan sebagai tempat penggambaran dalam filem Laskar Pelangi.  SD Muhammadiyah ini berada di bahagian timur Pulau Belitung, di pekan Gantong.

6.  Pantai Tanjung Tinggi

Tempat menarik di Pulau Belitung ini sangat indah dan cantik dengan batu granit putih serta besar boleh anda lihat.  Aktiviti sukan air boleh dilakukan di sini seperti berkayak, berkelah, meyelam, berenang, snorkeling dan lain-lain lagi.

7.  Rumah Api Pulau Belitung

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [mrjocko]

Ramai yang tidak percaya bahawa rumah api Pulau Belitung ini berusia lebih dari 130 tahun.  Ia berada di Pulau Lengkuas yang indah. Pastinya anda perlu menaiki bot dari Pantai Tanjung Kelayang untuk ke sini. Sememangnya kawasan ini berada dalam Pulau Belitung.

8.  Kampung Ahok

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [tripadvisor]

Tahukah anda, kampung Ahok ini dinamakan sempena seorang ahli politik iaitu Ahok atau Basuki Tjahaja Purnama dimana ia adalah rumah lama keluarga Ahok suatu masa dahulu.  Rumah ini dijadikan tempat bersantai dan untuk berkunjung di Pulau Belitung kerana mereka sudah tinggal di rumah baru sekarang.

9.  Pulau Burung

Sungguh rupa batu yang terdapat pada tempat menarik di Pulau Belitung ini seakan-akan bentuk burung.  Batu ini boleh anda lihat di tengah laut di Pulau Burung. Jaraknya adalah 50 meter dari pantai Pulau Burung.

10.  Pulau Pasir

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [simphortour]

Seterusnya, anda wajib datang ke Pulau Pasir, salah sebuah pulau terkecil di Pulau Belitung ini. Jika air pasang, pulau ini kemungkinan akan tenggelam. Ia adalah sekumpulan pasir yang membentuk pulau. Uniknya, tempat menarik di Pulau Belitung ini penuh dengan bintang laut yang menakjubkan.

12.  Rumah Adat

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [amazingbabel]

Selain dari pantai dan lautan, anda juga berpeluang berkunjung ke tempat menarik seperti Rumah Adat di Pulau Belitung ini.  Rumah Adat adalah umpama rumah Budaya yang mempunyai pelbagai tarikan dari segi kebudayaan.  Antaranya adalah barangan berkonsepkan adat budaya warga Belitung.

13.  Pantai Tanjung Kelayang

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [pertamag]

Pantai Tanjung Kelayang adalah bersempena nama sejenis burung yang sering terlihat berterbangan di langit sekitar pantai, iaitu burung kelayang. Ianya terletak tidak jauh dari bandar Tanjung Pandan, iaitu sekitar 27km sahaja. Ia juga terkenal sebagai tempat ‘pelabuhan kecil’ untuk para pelancong menaiki bot untuk aktiviti island hopping di sekitar Pulau Belitung.

14.  Vihara Devi Kwan Im

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [pesona]

Tempat menarik di Pulau Belitung ini pastinya menjadi tempat bergambar buat anda yang sukakan koleksi bersejarah. Vihara Devi Kwan Im adalah sebuah monumen patung putih yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia terletak di Burong Mandi, Damar di Pulau Belitung.

15.  Danau Kaolin

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [simphortour]

Danau Kaolin sangat berbeza daripada pantai-pantai yang lain di Pulau Belitung. Di sini, terdapat kawah putih yang terhasil secara semulajadi. Tempat menarik di Pulau Belitung ini sangat indah jika dibandingkan dengan pulau-pulau yang lain. Pasti ia bakal membuatkan anda terpesona melihatnya.

16.  Pulau Kepayang

tempat menarik di pulau belitung

Imej via [tripadvisor]

Pulau Kepayang adalah salah satu tempat percutian yang sesuai dikunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan.  Anda berpeluang bermain aktiviti sukan air, bermandi-manda juga menaiki bot. Bertuahnya, anda juga boleh ke tengah laut bersama bot untuk memancing.

Di sini juga terdapat pusat penangkaran penyu dimana anda dapat lihat haiwan penyu. Menarik bukan? Ketenangan dan suasana pantai yang indah semestinya mengalu-alukan kedatangan anda untuk bercuti di sini.

Berikut adalah 16 tempat menarik di Pulau Belitung wajib anda singgah. Jom baca juga tempat menarik di Asia, tempat menarik di Pulau Aman, tempat menarik di Pulau Aur dan tempat menarik di Wellington.

Rujukan:

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.