Tengah mencari earbud yang bersesuaian? Mungkin review kali ini boleh membantu anda. Memperkenalkan Realme Buds Air 5, penambahan terbaru kepada rangkaian earbuds True Wireless Stereo (TWS) berbaloi dari Realme untuk diperolehi. Dijual dengan harga menarik, earbud ini menawarkan beberapa ciri yang biasanya terdapat pada peranti yang lebih mahal. Semenagnya realme menjual produk premium pada harga mampu milik.

Jom kita lihat apa yang menarik tentang Realme Buds Air 5 dan sama-sama kita lihat adakah ia layak dibeli.

Reka Bentuk dan Kegunaan

Apabila pertama kali mendapat Realme Buds Air 5, kami sangat sukakan reka bentuk yang agak futuristik licin dan bergaya. Memang ada style orang cakap. Mereka mempunyai reka bentuk stem, seperti AirPods milik Apple, dan permukaan licin gadget yang bersinar memberi nilai ‘mahal’ dan premium.

Mencari padanan untuk meletakkan airbud ini pada telinga di keadaan yang selesa adalah senang sahaja. Rekabentuk yang dibuat memang sesuai dengan telinga kami yang mencuba. Senang cerita boleh menjadi teman dan mudah dibawa bersama semasa berjalan petang walaupun dalam keadaan lembap. Dan jika anda ingin menyesuaikan padanan itu, pakej ini menyertakan tips telinga dalam pelbagai saiz untuk memenuhi pelbagai keutamaan. Ada pelbagai saiz anda boleh pilih.

Senang berpeluh? Penarafan ketahanan air IPX5 adalah ciri yang dialu-alukan, menawarkan tahap perlindungan terhadap percikan air, membolehkan kita menggunakan tanpa risau semasa melakukan aktiviti bergerak seperti senaman ringan. Walaupun demikian, dari segi untuk tahan lama dan penjagaan produk, kami mencadangkan janganlah kita menggunakannya untuk senaman intensiti tinggi bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang mungkin disebabkan oleh peluh.

Tempat peyimpanan cas Realme Buds Air 5 agak compact selesa cantik sahaja. Bekas ini mudah dimasukkan ke dalam poket , menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana-mana. Walaupun nampak kilauan cantik sepadan dengan earbuds yang dibawa, namun perlu berhati–hati kerana permukaannya boleh mendapat calar jika tidak berhati-hati.

Audio dan Kualiti Panggilan

Untuk pengawalan aras volume yang diingini agak mudah. Realme Buds Air 5 memberikan kualiti bunyi yang memuaskan dengan kelantangan yang mencukupi, mengekalkan bass dan nada tengah yang kuat pada pelbagai aras. Anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakan aplikasi realme Link untuk menyesuaikan pengalaman bunyi anda. Boleh sahaja ingin menggunakan apa sahaja mod, untuk kes kami, mungkin cadangan menggunakan mod bass tulen, yang memberikan keseimbangan yang baik antara bass dan treble.

Ciri yang menonjol pada julat harga ini adalah pengecutan bunyi. Realme mengatakan ia boleh mengurangkan hingga 50 dB bunyi, dan saya harus mengakui, ia berkesan menyekat bunyi bising di persekitan yang berterusan, membolehkan kita menikmati muzik sepenuhnya tanpa gangguan.

Walaupun ia tidak sepenuhnya melindungi daripada bunyi yang tiba-tiba dan kuat, mengekalkan kelantangan di atas 60% memastikan ruang dengar yang agak tidak terganggu.

Sambungan Dan Kawalan

Menetapkan Realme Buds Air 5 adalah sangat mudah – buka penutup, keluarkan earbuds, dan ciri pasangan pantas Google mengambil alih seterusnya menyambungkannya ke telefon pintar anda dengan segera. Laju bukan? Kemasukan Bluetooth 5.3 menjamin sambungan yang kukuh dan bebas lag tanpa sebarang kejadian drop atau gangguan.

Apa yang menarik untuk sambungan ini, ada pelbagai pusat utama di mana anda boleh meneroka pelbagai ciri – dari menyesuaikan tetapan audio hingga memantau tahap bateri, dan juga membolehkan mod permainan latensi rendah.

Jadi, berbaloi atau tidak untuk dapatkan earbud ini? Tepuk dada tanya kami. Jom dapatkan Realme Buds Air 5 di kedai berdekatan.

Penulis: Hafiz

Seorang yang suka travel dan kongsi tempat menarik di malaysia aptut anda pergi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.