Tahukah anda JIBRIL merupakan sebuah restoran unik dan menawarkan pelbagai jenis makanan sedap! Kenapa kami katakan unik? Bagi yang tak pernah datang ke salah satu restoran ini, pasti terpinga-pinga mencari pintu masuk ke dalam restoran. 

JIBRIL kini mempunyai empat cawangannya iaitu JIBRIL SS15, JIBRIL PUBLIKA, JIBRIL Bangi dan JIBRIL JB. Tiga cawangan darinya mempunyai pintu unik iaitu di sebalik batu-bata dan rak buku. Keunikan dalam mencari pintu rahsia inilah yang membawa keterujaan buat pengunjung untuk mencari sendiri laluan masuknya.

Sebaik sahaja masuk ke ruang dalam restoran, pasti anda terpukau dengan dekorasi dalaman yang cukup mewah, eksklusif dan romantik. Ruang sangat selesa dan memberikan privasi kepada setiap pengunjung. Rugi kalau tak ootd dalam restoran ini!

Sebelum terlupa, anda tak perlu ragu dengan restoran ini kerana sepenuhnya milik melayu Muslim dan yang penting halal!

Menu di JIBRIL

Jika ada yang tidak tahu, JIBRIL adalah restoran yang menawarkan pelbagai makanan sedap berasaskan butter yang kini menjadi trend dalam menu-menu viral. Walaupun kebanyakan makanan berasaskan butter, namun rasanya tidak muak sebaliknya membuatkan ramai yang ingin bertambah!

Dari pembuka selera, menu utama hingga ke pemanis mulut, pasti ramai yang rambang mata untuk membuat pilihan. Untuk pembuka selera, Chicken Skin, Chili Corn Carne dan BBQ Chicken Wings antara yang menarik perhatian kami.

Untuk menu utama pula, ada pilihan menu tempatan dan menu barat. Tak tahu nak makan apa? Kami cadangkan anda untuk mencuba ‘signature menu JIBRIL’ iaitu Salted Egg Butter Chicken. Selain ayam, ada juga sotong, udang, kepah, lobster dan lain-lain. Dengar cerita, Nasi Lemak Butter Combo, Hot Chilli Butter Clams dan Butterchicken Chop Pasta turut menjadi pilihan ramai.

Tak lengkap hidangan tanpa pemanis mulut. Jangan lupa untuk cuba Pisang Goreng XL, Salted Egg Croissant dan Macaron, sedap dan crunchy! Nak senaraikan kesemua menu memang tiada penyudah, namun kami boleh katakan JIBRIL sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga dan sesuai untuk semua golongan umur.

Harga

Pengunjung pasti terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh JIBRIL terhadap menu-menunya. Tempat makan yang eksklusif, layanan terbaik dan kuantiti hidangan yang banyak, memberikan kepuasan pada pengunjung.

Harga terhadap menu yang ditawarkan sangat berbaloi, sesuai dengan moto JIBRIL sendiri iaitu ‘ 5 Star Taste, 2 Star Price’. Bahasa mudahnya, tempat dan hidangan mewah tapi harga marhaen!

Kunjungi laman web JIBRIL untuk maklumat lanjut seperti menu dan promosi terkini!

Cawangan JIBRIL

Sehingga kini, terdapat empat cawangan JIBRIL di Malaysia iaitu di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Ketahui cawangan terdekat dengan anda!

JIBRIL SS15

Imej via JIBRIL SS15

JIBRIL SS15 merupakan cawangan pertama yang dibuka pada 2015. Cawangan ini juga yang terbesar hingga mampu memuatkan 150 orang dalam satu masa. Siapa sangka disebalik dinding yang berbatu-bata, terdapat ruang makan yang besar, cantik dan selesa.

Alamat: No. 25, Jalan SS15/4B, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-11.00 pm)

JIBRIL Bangi

Imej via JIBRIL Bangi

Terletak di Seksyen 3, pintu masuk di sini juga terdapat disebalik batu-bata yang cantik. Ruang makan di sini sedikit kecil, sesuai untuk bawa seisi keluarga. Walaupun begitu, ada ruangan dan pakej untuk menyambut sebarang majlis atau makan malam istimewa.

Alamat: No 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am – 10.00 pm)

JIBRIL Publika

Imej via JIBRIL Publika

JIBRIL Publika tidak seperti cawangan JIBRIL yang lain, iaitu tiada pintu masuk rahsia namun tetap ada keunikannya tersendiri. Di sini terdapat tiga ruangan makan iaitu di luar, di dalam dan bilik VIP yang keseluruhannya berkonsepkan retro. Nak tahu apa yang lebih menarik? Semestinya menu Butter Chicken Pizza yang tiada di cawangan lain!

Alamat: D3-G3-8, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Khamis (11.00 am-10.00 pm) | Jumaat-Ahad (11.00 am-11.00 pm)

JIBRIL JB

Imej via JIBRIL JB

JIBRIL JB merupakan cawangan JIBRIL yang terbaru dan terkini. Siapa sangka di sebalik rak buku, terdapat pintu masuk untuk ke dalam restoran dua tingkat ini. Menu istimewa dan signature semestinya Butter Chicken! Dah jumpa pintu rahsia, bolehlah datang sekarang!

Alamat: No. 51, 51-01 & 51-02, Jalan Geroda 2/1, Pusat Perdagangan Larkin, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-12.00 am)

Apa tunggu lagi? Jom ajak yang tersayang untuk mencuba pelbagai menu lazat dengan suasana yang romantik dan penuh privasi di cawangan JIBRIL terdekat dengan anda! 

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.