Negeri Perak kaya tarikan pelancongan dan syurga makanan. Kami kongsikan senarai 15 tempat viral Perak kena pergi bersama insan tersayang.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang

Tempat viral Perak kena pergi ialah gunung Lang telah diteroka pada tahun 1880 oleh seorang pelombong bijih timah Melayu. Kawasan gunung batu kapur seluas 11.93 hektar ini telah diletakkan di bawah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 yang perlu dipulihara.

Oleh itu, ia hanya dibangunkan menjadi taman rekreasi yang mempromosikan pelancongan eko, kajian dan pendidikan sahaja. Pembangunan yang dilakukan di kawasan ini meliputi tandas, laluan pejalan kaki, jeti bot, menara tinjau, dan air terjun buatan tertinggi di Malaysia.

Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (830am – 1130am, 2pm – 6pm), Jumaat (830am – 1130am, 245pm – 6pm), Sabtu, Ahad & Cuti Umum (830am – 6pm)

Harga Tiket (bot): RM3 (dewasa), RM1.50 (warga emas & kanak-kanak)

Pasar Karat

pasar karat

Ia dibuka setengah hari sahaja dan hanya semasa hujung minggu. Jadi, orang ramai memenuhi tempat itu pada tempoh itu untuk mendapatkan barangan yang mereka mahu dalam kawasan sepanjang kira-kira 2km.

Pasar Karat yang turut dikenali sebagai Pasar Loken ini pada asalnya menjual barangan lama atau berstatus antik. Apabila jumlah pengunjung semakin ramai, penjual yang menjual barangan lain seperti pakaian, perkakas elektrik, makanan dan minuman mula mencari rezeki di sini.

Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh

Waktu Operasi: Ahad (630am – 1pm)

Taman Dr Seenivasagam

Taman Dr Seenivasagam

Taman tertua di Ipoh ini telah wujud sejak 1950. Nama asalnya ialah Coronation Park bersempena dengan kemahkotaan Ratu Elizabeth II pada tahun 1953. Ia kemudiannya diberikan nama Taman Rekreasi Dr Seenivasagam iaitu satu penghormatan kepada seorang ahli politik.

Dalam taman inilah terletaknya Taman Jepun yang terkenal mempunyai lanskap gaya Jepun yang cantik. Taman ini memiliki tasik yang besar dengan jambatan siap dengan pergola berserta tempat duduk. Maka, taman ini sesuai untuk bersantai dan juga berkelah di tepi tasik.

Alamat: Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh

Taman Jepun

Taman Jepun

Jika kos melancong ke Jepun memakan kos yang tinggi, mungkin ada baiknya jika anda singgah di Taman Jepun yang terletak di Ipoh ini terlebih dahulu.

Kerjasama antara Ipoh dengan Datuk Bandar Fukuoka telah menghasilkan sebuah taman yang menyerupai lanskap taman di Fukuoka, Jepun. Oleh itu, terdapat pokok-pokok buluh, batu-batu hiasan dan jambatan yang serupa dengan yang boleh dilihat di Jepun.

Jadi, sebelum cita-cita untuk ke Jepun tercapai, ubatilah penantian itu dengan mengunjungi taman ini.

Alamat: Taman Dr Seenivasagam, Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh

Art of Old Town

Art of Old Town

Ini antara lokasi penting perlu dilawati jika anda berada di Ipoh. Anda mungkin sudah biasa mendengar Old Town White Coffee iaitu pengeluar white coffee di Malaysia.

Old Town White Coffee telah bekerjasama dengan Ernest Zacharevic, pelukis dari Lithuania untuk menghasilkan 8 mural menarik di sekitar Ipoh. Mural-mural tersebut ialah A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E) , An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E) , A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078542 E) dan A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E).

Tasik Cermin

Tasik cermin

Perjalanannya agak panjang sebelum sampai ke permata tersembunyi ini. Tasik Cermin terlindung oleh kawasan kuari yang berbukit-bukau. Jalan menuju ke tasik berdebu, kemudian berbatu kerikil.

Agak mencabar bagi sesetengah orang. Kereta pun menjadi berdebu dan kotor. Selepas itu, perlu berjalan kaki pula masuk ke dalam gua yang sepanjang kira-kira 50 meter. Agak gelap juga keadaan di dalam gua ini.

Alamat: Berhampiran Kuil Da Seng Ngan

Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village

Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village

Berada di sini membuatkan diri seolah-olah berada di sebuah perkampungan di China. Tasik di tengahnya dan bukit batu kapur serta gua yang mengelilinginya persis pemandangan dalam lukisan-lukisan klasik China.

Perkampungan budaya ini menyediakan pameran yang sampaikan dalam bentuk seni dinding dan pemasangan replika di sekitarnya. Kunjungan ke sini akan membuatkan si tua mengimbau memori silam, manakala bagi si muda mendapat ilmu baharu kerana kebanyakan barangan di sini tidak lagi dijual di pasaran.

Persekitaran yang indah menjadikan kawasan ini juga sesuai untuk tujuan perkelahan. Aktiviti berbasikal dan menaiki beca juga disediakan.

Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5A, Taman Saikat, 31350 Ipoh

Bulatan Amanjaya

Bulatan Amanjaya

Jika anda mahu bersantai bersama keluarga, Bulatan Amanjaya mungkin salah satu tempatnya. Ia menyediakan kawasan santai dan kerusi agar anda boleh berehat di kawasan seluas 7.3 hektar.

Bulatan yang turut dikenali sebagai Bulatan 18 atau Bulatan Casuarina ini mempunyai air pancuran berirama yang disertai oleh pancaran cahaya berwarna-warni. Jadi, panoramanya amat indah terutama ketika waktu malam.

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun

Semasa musim cuti sekolah, terutamanya, tempat ini sering menjadi pilihan ibu bapa yang mahu membawa anak mereka berjalan-jalan. Ia merupakan taman tema yang mengumpulkan keseronokan dalam satu tempat.

Taman temanya mempunyai pelbagai jenis bahagian permainan air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Kids Explorabay, dan Cliff Racer. Pada malam hari pula, ada Ultimate Night Park yang menyediakan kolam air panas dan melihat haiwan-haiwan nocturnal.

Gua Kek Long Tong (Kek Long Tong Cave Temple)

Gua Kek Long Tong

Pemandangan Gunung Rapat yang indah merupakan kelebihan buat kuil ini yang terletak di dalamnya. Kuil Gua Kek Long Tong didirikan di atas tapak dengan keluasan 12 ekar dan digunakan seawal 1920 bagi tujuan penyembahan. Pada tahun 1960, sebahagiannya dijadikan tapak perlombongan bijih timah.

Kuil ini dikenali kerana mempunyai lanskap taman yang indah dengan kolam dan tumbuh-tumbuhan. Mereka turut memelihara ikan, burung dan angsa selain menerima kunjungan monyet-monyet di sekitarnya. Ia turut menyediakan laluan yang sesuai untuk berjogging dan laluan refleksologi.

Alamat: Kek Long Tong, Gunung Rapat, Ipoh

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 6pm)

Taman Herba Papan

Taman Herba Papan

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah pejabat penerangan, dewan serbaguna, galeri hasil hutan bukan kayu, tapak perkhemahan, tandas, bilik persalinan, surau, pondok rehat dan denai hutan.

Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, hari minggu (8.30 am – 5 pm) manakala hujung minggu (9 am – 5 pm)

Harga kemasukan: Kanak-kanak bawah 3 tahun PERCUMA | Kanak-kanak bawah 12 tahun & Warga Emas RM 1 | Dewasa RM 2

Ipohworld @ Han Chin Pet Soo

Ipohworld @ Han Chin Pet Soo

Kunjungan ke Ipoh boleh menjadi satu kunjungan ilmiah dengan melawat Ipohworld. Ipohworld cuba memberi kesedaran kepada orang awam agar menghargai negeri Perak dengan memberi maklumat mengenai negeri ini.

Namun, tumpuan diberikan kepada daerah Ipoh dan Lembah Kinta. Ia memiliki kira-kira 7000 barangan yang meliputi pelbagai perkara berkaitan sejarah Perak.

Alamat: No. 3, Jalan Bijih Timah (Treacher Street), 30100 Ipoh

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (dibuka mengikut temujanji selewat-lewatnya 30 hari)

Gua Tempurung

gua tempurung

Kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini kerana ianya khazanah. Kemudahan seperti lampu , tangga dan titi turut disediakan. Aktiviti meredah sungai dalam gua adalah aktiviti yang popular di sini.

Alamat: 31600, Gopeng, Perak

Miniature Wonders Art Gallery

Miniature Wonders Art Gallery

Akhir sekali Satu lagi tempat viral perak kena pergi oleh pencinta seni ialah Miniature Wonders Art Gallery. Bangunan dua tingkat ini merupakan galeri seni miniature yang popular sekitar sini.

Walaupun baru dibuka pada tahun 2017, sambutan yang diterima cukup hangat. Kemasukan ialah percuma, namun jika anda ingin ke tingkat atas, anda perlu membayar RM 5.

Alamat: 49, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 9 am – 5 pm

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Ipoh yang dikongsikan? Anda teruja? Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati.

Artikel Menarik Tempat Lain

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.