Kota Tua Jakarta
|

18 Tempat Menarik Di Indonesia. Banyaknya Instagammable Spot di Indonesia!

Indonesia adalah sebuah negara yang besar. Nak teroka setiap pelusuk negara tersebut dalam 1 trip travel yang pendek, memang tak akan habis. Setiap bandar-bandar besar, kepulauan dan bahagian-bahagian di Indonesia mempunyai tempat-tempat menarik yang tersendiri. Lebih bertambah unik, pelbagai suku kaum dengan budaya masing-masing dapat kita lihat di penempatan-penempatan tertentu. Sebagai contoh, jikadji Jakarta, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berketurunan Jawa, manakala di Medan pula mereka yang berketurunan Batak.

Artikel kali ini, kami cuba senaraikan tempat-tempat menarik di setiap provinsi yang popular di Indonesia. Semoga bermanfaat.

 

Jakarta

1) Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah
Imej via pinterest

Taman Mini Indonesia Indah (TMII) adalah sebuah taman bertemakan budaya yang berkeluasan sekitar 150 hektar. Kawasannya yang luas ini berperanan sebagai pusat budaya pelbagai suku yang wujud di keseluruhan 33 wilayah yang terdapat di Indonesia (pada tahun 1975). Taman mini ini terbahagi kepada 6 zon berbeza iaitu Papua, Maluku, Nusa Tenggara, Bali, Sulawesi, Kalimantan, Jawa dan Sumatera. Di dalam zon-zon ini terdapat struktur bangunan yang menunjukkan reka bentuk tradisional suku-suku di negara ini. Dan di dalam bangunan ini dipamerkan sejarah, hasil seni dan tradisi mereka.

Selain dapat mengenali budaya masyarakat yang terdiri daripada pelbagai suku kaum di Indonesia, anda juga boleh singgah di kawasan rekreasi, taman flora dan fauna, muzium-muzium, tempat pertunjukan teater, teater Imax dan kemudahan yang lain yang tersedia di sini.

Lokasi: JL. Raya Taman Mini, Jakarta Timur, DKI Jakarta

 

2) Kota Tua Jakarta

Kota Tua Jakarta
Imej via thejakartapost

Kota Tua Jakarta adalah bandar lama bagi Jakarta, atau nama lainnya adalah Bavaria Lama. Bangunan-bangunan di sini kebanyakannya mendapat pengaruh dari Eropah. Ini kerana tempat ini menjadi tumpuan para pelayar yang datang dari Eropah pada abad ke-16. Oleh kerana kekayaan sumber buminya serta lokasinya yang begitu strategik, pihak Belanda telah menubuhkan pusat perdagangan mereka di sini.

Oleh sebab itulah, Selain dapat melihat suasana bandar lama kawasan sekitarnya yang ibarat muzium realistik, banyak juga tempat menarik lain di Bavaria Lama yang boleh anda kunjungi seperti Taman Fatahillah, Muzium Wayang, Muzium Seni Halus dan Seramik, Muzium Maritim, Muzium Bank Indonesia dan banyak lagi.

Lokasi: Kota Tua Jakarta, Jakarta Barat, Jakarta, Indonesia

 

3) Ancol Dreamland

Ancol Dreamland
Imej via indonesiaexpat

Ingin berhibur Bersama keluarga di Jakarta? Ancol Dreamland adalah tempat yang ideal buat anda sekeluarga. Ini kerana terlalu banyak perkara menarik yang anda boleh dapat di sini. Boleh katakana all in one, semua ada di sini.

DuFan atau Dunia Fantasi adalah taman tema untuk hiburan anda sekeluarga. Pelbagai jenis mainan terbapat di sini, daripada yang mencabar seperti roller coaster sehinggalah mainan yang santai untuk anak-anak kecil bermain.

Di sini juga terdapat Sea World Ancol untuk anda melihat hidupan marin. Terdapat dalam 22 ribu ekor ikan yang terdiri daripada 126 spesies yang ada di sini. Semuanya anda dapat lihat di dalam 28 buah ruang pameran yang terdiri daripada 4 buah kolam terbuka, 9 buah akuarium air tawar dan 19 buah akuarium yang lain dengan tema-tema yang tersendiri.

Malah di sini juga terdapat pasar seni yang mempamerkan serta menjual hasil seni yang cantik-cantik. Jika anda bercadang nak beli cenderhati yang istimewa, bolehlah pertimbangkan untuk dapatkan kraf dan lukisan yang terdapat di sini. Bukan itu sahaja, di Ancol Dreamland ini juga anda boleh menyewa kapal untuk meneroka Pulau Seribu. Memang lengkap bermacam aktiviti yang anda boleh lakukan di dalam satu taman.

Lokasi: Jalan Lodan Timur No.7, RW.10, Ancol, Pademangan, RW.10, Ancol, Pademangan, Kota Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta

 

Bandung

4) Kawah Putih Ciwidey

Kawah Putih
Imej via trianarepa

Kawah Putih adalah sebuah kejadian alam semula jadi iaitu tasik sulfur yang terhasil daripada letusan volkano Gunung Patuha. Kawah Putih menawarkan pemandangan yang sangat luar biasa. Itulah sebabnya tempat ini sering dikunjungi pelancong dan tidak hairanlah ia salah satu port Instagammable juga.

Betapa indahnya pemandangan di sini sehinggakan iasering dijadikan latar belakang untuk filem-filem, lukisan dan fotografi pre-wedding. Kalau anda peminat filem Indonesia, filem ‘Heart’ lakonan Irwanshah dan Acha Septriasa pernah menjadikan Kawah Putih sebagai salah satu lokasi pergambaran.

Lokasi: Kawah Putih, Sugihmukti, Pasirjambu, Bandung, Jawa Barat

 

5) The Lodge Maribaya

The Lodge Maribaya
Imej via jalanbarengarif

Lagi port Instagrammable di Bandung adalah di The Lodge Maribaya. Di sini, anda turut dapat menggunakan perkhidmatan jurugambar profesional untuk menangkap gambar anda di sebalik latar belakang yang cukup epic. Antaranya adalah gambar anda menaiki belon udara, menaiki zip bike, sky wing dah banyak lagi.

Memang syok sangat di sini. Anda boleh bergambar sepuas hati kerana hasil foto tersebut memang sangat luar biasa kerana setiap port memberikan latar belakang yang rare! Namun, ada bayaran yang dikenakan untuk setiap point bergambar. Jadi pastikan anda bawa wang secukupnya.

Lokasi: Jalan Maribaya No.149/252, Kp Babakan, Gentong, Cibodas, Lembang

 

6) Kota Mini Lembang

Kota Mini Lembang
Imej via pinkylova

JIka anda bercuti ke Bandung bersam anak-anak kecil, anda bolehlah masukkan Kota Mini Lembang dalam itinerari trip percutian anda. Kota Mini Lembang mempunyai keunikannya yang tersendiri malah sangat disukai oleh kanak-kanak. Ini kerana, Kota Mini Lembang mengetengahkan konsep yang sama seperti Kidzania iaitu sebuah taman tema kanak-kanak yang menyediakan aktiviti buat kanak-kanak untuk mencuba pelbagai jenis kerjaya.

Kota Mini Lembang cukup lengkap dengan pelbagai jenis infrastruktur indah dan aktiviti kerjaya untuk dicuba oleh anak-anak. Bangunan-bangunan di sini juga bukanlah sekadar hiasan, kerana setiap rumah ini memiliki fungsi yang berbeza, ada yang menempatkan kelas memasak, kafe, rumah teddy bear dan banyak lagi. Malah, reka bentuk bangunannya dan cuaca di Lembang yang agak dingin membuatkan anda sekeluarga terasa seperti berada di negara 4 musim.

Lokasi:  Jl. Grand Hotel No.33, Lembang, Bandung, West Java 40222

 

Medan

7) Istana Maimun

Istana Maimun
Imej via elsetge

Walaupun Indonesia kini menjadi sebuah negara Republik, tetapi masih ada peninggalan institusi beraja di sana di beberapa tempat yang anda boleh kunjungi. Di Medan, terdapat Istana Maimun, iaitu sebuah istana klasik berwarna kuning dengan gaya seni bina Melayu, Sepanyol, India, Itali dan Islam.

Istana kebesaran Kesultanan Deli ini adalah hasil rekaan arkitek Itali pada tahun 1888 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah.

Selain dapat melihat seni binanya yang agak unik, anda juga dapat masuk ke ruangan dalam istana untuk melihat foto keluarga diraja Deli, senjata, perabot antik Belanda dan banyak lagi.

Lokasi: Istana Maimun, Jl. Katamso, Medan, Indonesia

 

8) Danau Toba 

Danau Toba 
Imej via ksmtour

Tempat yang menjadi ikon di Medan tidak lain dan tidak bukan adalah Danau Toba. Tidak lengkap percutian anda di sini jika tidak singgah ke Danau Toba untuk melihat kehebatan alam semula jadi di sini. Danau Toba adalah tasik terbesar di Indonesia dan merupakan sebuah kawah gunung berapi. Kedalaman tasik ini adalah 1600 meter.

Kebiruan serta kejernihan air tasik ini sememangnya memukau setiap mata yang melihatnya. Selain itu, terdapat sebuah pulau iaitu Pulau Samosir di tengah danau ini yang menambahkan lagi keunikannya. Pulau ini didiami oleh suku kaum Batak.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Danau Toba adalah menyewa bot untuk mengelilingi danau ini.

Di sekitar Danau Toba juga sebenarnya banyak sangat tempat menarik untuk yang boleh anda lawati. Antaranya melawat ke Kampung Tomok ataupun ke Aek Natonang.

Lokasi: Danau Toba, Sumatera Utara, Indonesia

 

9) Tinggi Raja

Tinggi Raja
Imej via travelingyuk

Jika di Bandung ada Kawah Putih Ciwidey, di Medan pula ada Tinggi Raja, iaitu sebuah mata air panas semulajadi yang telah mengeras membentuk salji suam yang terbentuk daripada kalsium karbonat. Tempat ini seperti tasik yang ditengah-tengahnya terdapat air panas berwarna biru kehijauan yang mengeluarkan asap dari dalamnya.

Tempat yang unik seperti sangat wajar untuk anda lawati kerana bukan semua tempat ada kejadian alam semula jadi seperti ini.

Lokasi: Kawah Tinggi Bukit Raja, Medan, Indonesia

 

Bali

10) Puncak Danau Buyan Wanagiri

Puncak Danau Buyan Wanagiri
Imej via backpackerjakarta

Antara port Instagrammable di Bali adalah di Puncak Danau Buyan Wanagiri. Konsep yang tidak ubah seperti di The Lodge Maribaya, di Puncak Danau Buyan Wanagiri juga anda boleh mengambil gambar yang menarik dengan latar belakang alam semula jadi.

Di Puncak Danau Buyan Wanagiri ini terdapat 6 lokasi dengan tarikan berbeza untuk anda berhenti dan menikmati pemandangan serta bergambar. Ada spot yang lengkap dengan buaian yang kelihatan seperti sarang burung, tempat pemerhatian daripada buluh dan macam-macam lagi.

Lokasi: Jl. Raya Wanagiri, Pancasari, Sukasada, Kabupaten Buleleng, Bali 81161, Indonesia

 

11) Gunung Batur

Gunung Batur
Imej via merbabu

Gunung Batur adalah gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir gunung ini melepaskan lavanya adalah pada tahun 2000. Bagi anda yang sukakan cabaran, bolehlah pecahkan rekod anda sendiri dengan mendaki Gunung Batur.

Pemandangan dari atas puncak gunung ini sangat indah. Di atas puncak gunung, terdapat kawasan kem yang lengkap dengan kerusi dan meja. Jadi bolehlah anda berehat sebentar di sini sambil menikmati pemandangan yang indah di sini. Malah, terdapat juga Hot Spring Volcano di pergunungan ini. Jadi, setelah gigih mendaki Gunung Btur ini, bolehlah melegakan otot-otot yang tegang dengan berendam di air panas ini.

Lokasi: Mt Batur, South Batur, Kintamani, Bangli Regency, Bali

 

12) Waterbom Bali

Waterbom Bali
Imej via baliholidaystours

Antara tempat menarik buat hiburan sekeluarga di Bali adalah di Waterboom Bali iaitu sebuah taman tema air yang pelbagai aktiviti yang best. Antara tarikan utama di sini adalah gelongsor Climax yang merupakan gelongsor air tercuram di Asia. Bukan itu sahaja, malah ada banyak lagi aktiviti yang mencabar terdapat di sini.

Tetapi tidaklah semuanya mencabar. Sekiranya anda inginkan aktiviti air yang lebih relaks, anda boleh mencuba aktiviti Lazy River. Seperti mana namanya, anda boleh bermalas-malas di atas pelampung, hanya duduk diam dan biarkan air ini bergerak membawa anda sekeluarga menyelusuri air sambil menikmati panorama indah flora di kiri dan kanan.

Lokasi: Jl. Kartika Plaza Tuban, Kuta – Bali 80361

 

Yogyakarta

13) The Lost World Castle

The Lost World Castle
Imej via menaratoday

Spot Instagrammable di Yogyakarta adalah di The Lost World Castle. Hampir setiap sudut di taman ini mempunyai spot terbaik untuk anda bergambar. Antara yang terdapat di sini adalah istana Eropah lama, pokok-pokok sakura, pondok Indian, replika Stonehenge, replika dinasour yang mati di sungai kering dan macam-macam lagi yang tak tercapai dek akal untuk dilihat di depan mata. Terdapat juga lukisan-lukisan 3D untuk antara beraksi dengan gaya masing-masing berlatar belakangkan lukisan 3D yang unik-unik.

Lokasi: Lokasi The Lost World Castle: Kepuharjo, Cangkringan, Kabupaten Sleman

 

14) Borobudur

Borobudur
Imej via indoneo

Candi Borobudur antara tempat sejarah yang ada tercatat dalam silibus Sejarah di sekolah. Jika dalam buku Teks Sejarah kita hanya tahu Namanya, nah! Di Yokyakarta, anda boleh melihat sendiri tinggalan sejarah ini. Borobudur adalah tempat suci terbesar agama Buddha di dunia. Terletak di atas bukit, pemandangan indah apabila cahaya matahari menembusi lubang-lubang pada stupa adalah sesuatu yang tidak patut dilepaskan.

Untuk pengetahuan anda, kuil ini ditemui pada tahun 1815 di sebalik debu letusan gunung berapi. Pada tahun 1970, kerja-kerja pembaikan dilakukan dan dikatakan sebagai tempat suci Buddha yang paling lengkap di dunia.

Lokasi: Borobudur Park, Magelang, Central Java

 

Lombok

15) Narmada Water Park

Narmada Water Park
Imej via rinjanidawnadventures

Taman Air Narmada adalah sebuah taman air yang cukup antik. Ia dibina pada tahun 1727 oleh Raja Anak Agung Gede Ngurah Karang Asem. Taman yang berkeluasan 2 hektar pasti membuat pengunjungnya teruja melihat seni bina taman ini yang dikatakan mencerminkan Gunung Rinjani iaitu puncak yang tertinggi di Lombok.

Kawasan taman ini telah dibina oleh raja tersebut kerana tidak dapat melakukan penziarahan ke tempat suci Hindu di puncak Gunung Rinjani yang terlampau tinggi. Di dalam taman ini, dia telah membina Segara Anakan yang menjadi simbol kepada gunung tersebut dan sebuah kolam yang melambangkan tasik yang terdapat di Gunung Rinjani.

Taman ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pintu gerbang, jabalkap, telaga kembar, telaga padmawangi, balai terang, balai loji, patandaan, balai bancingah, bangunan sekepat, Pura Lingsar dan Pura Kelasa.

Lokasi: Jl. Raya Mataram – Labuhan Lombok, Lembuak, Narmada, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar. 83371, Indonesia

 

16) Taman Negara Gunung Rinjani

Taman Negara Gunung Rinjani
Imej via rinjaninationalpark

Ikon bagi Lombok adalah Gunung Rinjani. Oleh sebab itu, tidak sah kalau ke Lombok tanpa melawat gunung yang gah berdiri ini. Dengan ketinggian 3,736 meter, Gunung Rinjani merupakan gunung tertinggi di Indonesia. Lelah dan penat selepas melalui jalan yang mencabar untuk ke puncak gunung ini pastinya hilang sebaik saja melihat keindahan yang terbentang di depan mata. Sewaktu pendakian, anda boleh berehat seketika dan menikmati pemandangan indah di Tasik Segara Anak yang menyajikan kolam air panas.

Lokasi: Jl. Raya Sembalun Lawang, Sembalun Lawang, Sembalun, Kabupaten Lombok Timur, Nusa Tenggara Bar. 83666, Indonesia

 

Aceh

17) Aceh Tsunami Museum

Aceh Tsunami Museum
Imej via travellingto

Peristiwa Tsunami di Aceh yang berlaku pada tahun 2004 adalah musibah besar yang menjadi sejarah bukan sahaja bagi Acheh dan Indinesia, malah seluruh dunia. Siapapun tidak dapat melupakan peristiwa terburuk itu yang telah membunuh hampir 200,000 nyawa disebabkan kedatangannya sesuatu diluar jangka. Aceh adalah kawasan yang menerima impak paling dahsyat dalam tragedi itu.

Untuk mengingati peristiwa ini, Aceh Tsunami Museum telah ditubuhkan. Di muzium ini, anda dapat melihat foto-foto dan video berkaitan dengan tragedi tersebut. Malah, anda juga berpeluang merasa sendiri bagaimana keadaannya ketika tsunami berlaku di dalam sebuah dewan yang gelap dengan efek bunyi air yang jatuh dari atas. Pastinya lawatan anda ke muzium ini sangat menginsafkan.

Lokasi: Nombor 3, Sultan Iskandar Muda Road, Sukaramai, Baiturrahman, Banda Aceh, 23243 Aceh

 

18) Museum Negeri Banda Aceh

Museum Negeri Banda Aceh
Imej via horesabang

Museum Negeri Banda Aceh adalah salah sebuah muzium yang tertua di Indonesia. Muzium yang dibina ketika zaman penjajahan Belanda ini memiliki reka bentuk rumah tradisional Ahceh. Antara bahan pameran yang terdapat di muzium ini adalah tekstil, senjata, peralatan pertanian dan barangan unik penduduk tempatan yang lain.

Lokasi: Jl. Sultan Mahmudsyah No.10, Peuniti, Baiturrahman, Kota Banda Aceh, Aceh 23116, Indonesia

 

Itulah dia 18 tempat menarik di Indonesia yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Indonesia. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Bali dan Tempat Menarik Di Jakarta.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *