Bila kita dengar sahaja nama pontianak, semua orang akan mulai rasa takut. Tapi tahukah anda di Indonesia ada bandar namanya Pontianak? Ya, dan ianya merupakan bandar yang membangun. Jadi anda boleh baca artikel ini bagi mengetahui itinerari ketika berada di sana nanti.

Tuan Oren Katique telah sudi mengongsikan artikel yang membantu ini bersama orang ramai. Beliau juga ada sertakan bersama gambar-gambar menarik ketika beliau bercuti ke sana.

Penerbangan Air Asia kini 7 kali seminggu ke Pontianak dari Kuala Lumpur dan Kuching.

Flight: RM180 Air Asia
Hotel: RM145 per person twin sharing at Mercure Hotel Pontianak (4 Star).

Supir: IDR 500,000 perday * 2 days = 1 Million
Airport transfer last day: IDR 100,000

Total perpax (divide by 4) = 275,000 = RM87

Basic travel cost: RM180 + RM145 + RM87 = RM412

Total other expenses = IDR 1 juta rupiah termasuk makan mewah, minum 2 gelas seorang minimum, tips supir, boat ride, souvenir dan sebagainya.

Total hangus = RM 412 + RM 233 = RM 645

Sekiranya anda tidak kisah pasal hotel, makan biasa-biasa, maka kos perbelanjaan adalah separuh dari kos kami.

Itinerary:

22- Sept- 2017

12:00: Arrival at PNK. Greet and meet drivers.

Tips: Imigration counter hanya ada 2-3 kaunter yang operasi. Jadi sila expect delays.

Itinerary ini semua untuk pengguna Air Asia dari Kuala Lumpur dan Kuching kerana waktu penerbangan hanya beza 30 minit.

13:30: Lunch at Restaurant Nasi Padang Sederhana.

Rumah Makan Sederhana merupakan rangkaian nasi padang terbesar di Indonesia. Harga makanan tidak lah mahal tapi tidak juga murah.

15:00: Check in at hotel. Solat.

16:00: Visit Radakng House. A replica Dayak Tradisional house in West Kalimantan.

Tempat ini best untuk ambil gambar sahaja. Tiada muzium. Jadi spend masa sekejap pun jadi.

17:00: Taman Alun-Alun Kapuas.

Aktiviti dekat sini boleh naik boat menyusuri Sungai Kapuas. Total perjalanan dalam lingkungan 50 minit-sejam. Boat dilengkapi dengan restaurant makanan ringan. Tiada jaket keselamatan disediakan.

Harga satu kepala: IDR 15 000.

Pengalaman menyusuri Sungai Kapuas ketika waktu matahari terbenam sangat menyasyikkan. Cantik. Menarik juga bila tengok local people mandi-manda di sepanjang sungai. Kelihatan berpuluh-puluh layang-layang diterbangkan di sepanjang Sungai Kapuas.

19:00: Eat seafood at Pondok Seafood Abang Kepiting.

Bagi warga Kuching adalah tidak berbaloi dari segi harga kerana harga lebih kurang sama dengan Top Spot di Kuching. Bagi pengunjung yang terbang dari Kuala Lumpur, anda boleh merasa sendiri. Rasanya enak tapi harganya adalah tutt..tutt. Anda faham-faham ya. Hehe!

Recommended!

21:00: On the way back to hotel, stop at Digulis Monument.

Digulis bermaksud buluh runcing. Monumen ini teletak di roundabout di tengah kota.

22:00: Free and easy.

23- September- 2017

09:00: Breakfast di Jln Hijas. Ada macam-macam pilihan aneka makanan. Dari nasi uduk, nasi kuning, satay dan macam-macam lagi.

10:00: Melawat Tugu Khatulistiwa. Actually ini kali kedua saya ke sini. Kali ini, best sangat. Rasa bertuah pun ada sebab ada penutupan Festival Khatulistiwa di mana pada jam 11:35 pagi, matahari tegak berada diatas kepala. Pada minit tersebut, tiada bayang-bayang yang kelihatan walau matahari tegak diatas kepala. Best part, kami dapat pengalaman dirikan telur dalam keadaan menegak. Pusat graviti pada saat tersebut adalah rendah.


11:00: Visit Aloe Vera farm/ aloe shop. Dapat menyaksikan sendiri ladang aloevera. Di kedai alovera pula, recommended untuk beli air alovera. Sedap sangat bila diminum sejuk-sejuk.

11:40: Stop at PSP pusat oleh-oleh. Untuk warga Borneo, barangan yang dijual adalah hampir sama seninya.

13:00: Visit Masjid Jami Pontianak (solat) and Istana Kadriah.

Lokasi Masjid dan Istana adalah bersebelahan. Kami beruntung sebab dapat bergambar bersama Sultan Pontianak.

14:00: Museum of West Kalimantan.

Malangnya kami tak sempat. Lapar sangat!

15:00: Lunch at ayam penyet di Wong Solo.

Recommended!

16:30: Solat jamak di Masjid Raya Mujahidin sambil menikmati keindahan sunset.

Memang sangat cantik!

17:15: Shopping di Lamington Cake. (Buka 24 jam).

Ole-ole khas Pontianak.

18:15: Back to hotel. Free and easy.

24- September- 2017

08:00: Breakfast:

09:00: Berangkat ke Airport:

*Seronoknya aktiviti yang boleh dilakukan di Pontianak. Sememangnya disarankan untuk bercuti di sini kerana bajet yang berpatutan serta aktiviti yang pelbagai. Have a safe trip!

Rujukan:

Facebook post: https://www.facebook.com/groups/748140701910087/permalink/1623322964391852/

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.