Batu Kurau adalah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping dan anda boleh melawatinya dengan melalui jalan besar atau jalan utama dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau. Batu Kurau amat famous dengan hasil buah durian yang tidak asing lagi bagi penduduk di negeri Perak ataupun di luar kawasannya.
Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu yang berketurunan Pattani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thailand. Penduduk Pattani amat terkenal dengan sifat mereka yang suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung yang sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan.Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi serta pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya. Jadi, anda pasti boleh agak daripada struktur geografi Batu Kurau yang berbukit ini pasti ia turut mempunyai tempat menarik yang tersendiri, betul tak? Jom kita ketahui antara tempat-tempat menarik di Batu Kurau yang pasti membuatkan anda terpesona dengan keindahan flora dan faunanya.
Antara aktiviti yang disediakan di Disiniland Agrofarm dan Resort Batu Kurau ini adalah memanah, pemanduan kenderaan ATV (All Terrain Vehicle), memancing dan lain-lain lagi. Banyak haiwan yang ada di sini seperti unta, rusa, lembu bali, burung unta (ostrich) dan banyak lagi boleh anda saksikan.
Bagi anda yang ingin melihat haiwan seperti rusa dengan lebih dekat, anda boleh datang kesini. Sekiranya di zoo anda hanya boleh melihat rusa di dalam kandang, tetapi di sini anda boleh memberinya makan sekaligus menyentuhnya kerana boleh dikatakan semua haiwan di sini amat jinak-jinak belaka. Selain itu, tempat menarik di Batu Kurau ini juga turut menawarkan ruang penginapan bagi anda yang ingin menginap disini.
Selain disajikan dengan buah-buahan yang enak, pelancong juga dapat menyertai pesta durian yang dianjurkan oleh pemilik-pemilik dusun di sini. Mudah untuk anda mendapatkan durian yang best-best daripada 22 kampung di Batu Kurau, seperti beberapa kampung yang menjadi tumpuan iaitu Kampung Air Itam, Kampung Perak, Kampung Anak Kurau, Kampung Sempeneh, Kampung Melayu Batu 16 dan Kampung Jelai yang mempunyai banyak dusun durian.
Gua batu kapur yang diberi nama Gua Batu Kapur Sempeneh memberikan banyak aktiviti untuk anda lakukan seperti menjelajahi gua dan melihat keindahan batu kapur di dalam gua. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini, anda dapat melihat keindahan stalaktit dan juga stalagmit di dalam gua batu kapur yang mengunjur ini. Terdapat juga beberapa buah kedai makan yang didirikan betul-betul di bawah gua batu kapur bagi memudahkan para pengunjung untuk makan apabila seharian berada di sini.
Tempat menarik di Batu Kurau ini juga menampilkan sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Bersanding. Nak tau tak kenapa gua ini disebut Gua Bersanding? Ini kerana di dalam gua tersebut mempunyai batu yang berbentuk seperti sepasang pengantin yang sedang bersanding.
Keadaan air sungainya yang bersih dan sejuk memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk bermandi-manda. Pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti lain seperti hari keluarga ataupun aktiviti perkhemahan di tempat menarik di Batu Kurau ini. Kawasan tepi sungai ini pasti amat menarik. Bagi anda yang ingin membawa keluarga bercuti di Batu Kurau, di sini memang menarik untuk anda.
Chalet ini mempunyai 2 unit chalet VIP yang selesa, 12 unit chalet standard dan 2 unit dorm yang pasti membuatkan para pengunjungnya tidak menyesal datang ke sini. Pakej yang ditawarkan di tempat menarik di Batu Kurau ini sangat berpatutan dengan keadaan biliknya yang sememangnya kemas, bersih dan selesa. Antara aktiviti yang diadakan di sini adalah karaoke keluarga, kembara malam, sukaneka dan aktiviti kompas serta beberapa aktiviti dalam hutan seperti jungle trekking, jelajah gua dan flying fox.
Selain itu, anda juga boleh menikmati keindahan pemandangan dari atas puncak Gunung Kurau yang sememangnya sangat indah. Para hiking dijemput untuk mendaki Gunung Kurau ini beramai-ramai bagi mendapatkan pengalaman bercuti di tempat menarik di Gunung Kurau ini.
Tempat menarik di Batu Kurau yang telah banyak melahirkan pelajar yang dapat menghafaz al Quran dengan sempurna, pelajar yang berakhlak, bertanggungjawab dan berwawasan ini juga terbuka kepada semua orang kampung untuk belajar Al-Quran. Anda boleh melawat dan melihat kawasan ini. Mungkin anda juga akan jatuh cinta dengan tempat dan orang-orang di sini.
Para pengunjung pasti akan terpesona dengan pemandangan alam sekeliling yang hijau,air terjun yang jernih dan sejuk. Bagi anda yang sukakan suasana air terjun yang tidak terlalu dalam dan suka berendam, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk anda bercuti.
Batu Kurau tersimpan pelbagai khazanah yang menarik bagi para pencinta alam. Tambahan pula, ia mempunyai tempat menarik yang pasti menjadi bualan ramai pengunjung dan mereka yang sukakan travel dalam negara sendiri. Jemput baca tempat menarik di Sungkai dan tempat menarik di Alor Gajah pula.