Borneo Divers Resort antara destinasi percutian wajib pergi jika anda seorang pecinta laut dan pulau. Jika ada yang tidak tahu, Borneo Divers Resort terletak di Semporna, Sabah.

Semporna menjadi salah satu lokasi percutian idaman ramai, bukan sahaja pelancong tempatan malah antarabangsa. Antara keunikan melancong di Semporna semestinya terdapat banyak pilihan penginapan yang berada berdekatan laut termasuklah Borneo Divers Resort.

Ibarat ‘syurga’ bagi pecinta pulau, resort yang berada di Pulau Mabul ini kaya dengan keindahan alam semula jadi dan hidupan marin. Memang tenang berada di tengah-tengah pulau, dikelilingi laut yang membiru lebih-lebih lagi menginap di Borneo Divers Resort, yang lengkap dengan pelbagai tarikan dan kemudahan.

Penginapan Bertaraf Empat Bintang

Resort empat bintang ini menawarkan empat jenis bilik iaitu Executive Beach Chalet King, Executive Beach Chalet Twin, Luxury Villa King dan Luxury Villa Twin. Setiap bilik mempunyai tandas, balkoni dan kemudahan bilik termasuklah pendingin hawa, kipas, kelengkapan mandian dan lain-lain.

Pengunjung pasti tidak bosan jika menginap di sini kerana banyak tarikan dan kemudahan disediakan seperti kolam renang, gym, spa, restoran, kedai cenderamata dan jakuzi. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan kelengkapan untuk aktiviti sukan dan rekreasi dan jurugambar profesional bawah air.

Aktiviti Pantai dan Laut Yang Menakjubkan

Borneo Divers membolehkan pengunjung untuk meneroka keindahan Pulau Mabul, Sipadan dan Mamutik. Ramai yang memilih untuk bercuti di pulau ini kerana lebih banyak aktiviti pantai dan laut yang boleh dilakukan dengan seronok.

Aktiviti utama semestinya Island hopping atau jelajah pulau dimana pengunjung dapat meneroka pulau-pulau yang ada di Semporna seperti Pulau Mabul, Kapalai, Sipadan dan Pulau Bohey Dulang. Apa kata anda memilih salah satu pakej Island Hopping untuk memudahkan anda meneroka pulau dengan lebih mudah dan tawaran harga yang berbaloi.

Selain jelajah pulau, Semporna juga terkenal dengan aktiviti scuba diving atau selam skuba bertaraf dunia. Lokasi tumpuan untuk menyelam semestinya Pulau Sipadan yang mempunyai lebih 100 tapak menyelam. Pulau ini juga merupakan habitat bagi lebih 3000 spesis ikan dan ratusan spesis batu karang.  Bukan sahaja kelengkapan menyelam disediakan dengan baik dan lengkap, malah mereka menyediakan latihan yang mencukupi untuk para penyelam.

Aktiviti lain yang dapat memenuhi percutian idaman anda di pulau ini termasuklah snorkeling, bermain bola pantai, berkelah dan melihat matahari terbenam. Jauh dari kesibukan kota, tak pelik jika ramai ke sini untuk menghilangkan tekanan dan menikmati keindahan alam yang tiada tandingannya.

Cara Untuk Ke Borneo Divers Resort

Jika anda dari Lapangan Terbang Tawau, anda perlu ke Jeti Semporna kira-kira 90 minit dengan pengangkutan darat. Di Jeti Semporna, anda perlu menaiki bot lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Borneo Divers Resot namun tertakhluk pada keadaan cuaca dan laut.

Sebenarnya terdapat banyak lagi pakej percutian di Pulau Semporna yang menarik dan tawaran harga yang berbaloi. Pakej lengkap termasuk penginapan, pengangkutan ke pulau, makan dan minum serta aktiviti laut.

Nak lebih mudah bercuti di pulau-pulau yang ada di Malaysia? Jom bercuti bersama Holidaygogogo! Holidaygogogo pasti dapat merealisasikan percutian idaman anda bukan sahaja di pulau, malah banyak lagi tempat menarik, dalam dan luar negara! Selamat bercuti!

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.