Tempah tiket, check-in dan lain-lain semuanya perkara biasa yang anda boleh buat walaupun anda baru pertama kali naik kapal terbang. Tambahan lagi, dengan info-info yang lebih terperinci di bawah, anda boleh rujuk bagi kegunaan masa hadapan.

Puan Aya Chalo telah sudi mengongsikan artikel bermanfaat ini bagi rujukan anda semua. Semua perkara yang and perlu tahu sebelum naik flight ke mana sahaja terutamanya international. Semoga artikel ini dapat membantu anda yang memerlukan.

1. Pastikan buat Online Check-In Awal.

Kalau MAS 48 jam sebelum flight. Contoh flight 4.25pm Rabu, boleh start online check-in di website/apps jam 4.25pm Isnin. AirAsia 14 hari sebelum.

Kenapa penting kena check-in on time ini? Supaya dapat seat sekali bersama family sebaris or dekat-dekat secara free.

2. Boarding Pass.

Untuk AirAsia, pastikan print sesiap atau print di kiosk semasa di airport sebelum drop luggage. Tak silap Airasia caj jika anda print di kaunter.

Kalau MAS dan Malindo, print boarding pass percuma sahaja. Just tunjuk IC di kaunter check-in or drop luggage.

Pastikan check-in dan drop luggage 1 jam sebelum flight. Ada yang 45 minit tetapi di KLIA/KLIA2 memang 1 jam before.

3. Hand luggage cuma 7kg.

Kalau naik AirAsia sila jangan melebih-lebih. Selalunya dibenarkan cuma 2 hand-carry tidak lebih 7kg. Kalau dia nampak lebih sikit, dia suruh timbang.

Kalau MAS, Emirates dan Malindo tidak strict sangat, tapi tetap sama juga, kalau boleh follow sahaja rules. Tenang dan bahagia travel.

Kalau bawa anak, boleh sediakan anak bagpack in case barang terlebih, boleh guna quota anak 7kg juga.

4. Cecair hand-carry cuma boleh bawa maksimum 100ml dalam satu bekas.

Kalau flight domestik, benda ini tak strict sangat. Tapi international sebaliknya.

If international, pastikan tidak bawa cecair/cream/losyen atau apa-apa yang bekasnya melebihi 100ml.

Kalau ingin juga bawa hand-carry, boleh beli travel bottle itu di Guardian atau mana-mana kedai dan bawa sikit-sikit tidak lebih 100ml each.

Dia tak kisah jika anda bawa toner 100ml, makeup remover 100ml, losyen 100ml atau Colgate 75g as long as tidak lebih 100ml, insyaAllah beberapa botol pun lepas.

Untuk botol air minum, boleh bawa macam biasa, botol 500ml mahupun 750ml. Cuma pastikan botol sudah dikosongkan sebelum melalui pemeriksaan Kastam. Selalunya akan ada tong sampah disediakan di area itu. Buang air dalam itu pun boleh.

Untuk info tambahan, pihak Kastam bukan pandang kuantiti dalam itu, dia akan tengok saiz botol. Jadi, ingat-ingat. Terutama losyen, pencuci muka dan sebagainya. Jangan bawa botol asal kalau saiz botol/tube lebih 100ml.

Tapi KALAU anda bawa baby, boleh cuba bawa air, air kotak etc. Bila lalu d Kastam tu, just inform air tu untuk baby. International pun selalu lepas ja ni. Tu yg best bila travel dengan baby or budak kecik ♥️

5. Power Bank, Bateri Extra Gopro, kamera dan lain-lain.

Pastikan bawa hand carry bukan di checked-in luggage ya.

Lagi satu, jika bawa power bank, pastikan tulisan capacity itu masih jelas. Teringat ada kawan seorang di Beijing Airport, power banknya dirampas sebab tulisan tiada. Jadi please check awal-awal supaya selamat.

6. Jika transit.

Kalau transit, selalunya kita akan ambil balik luggage dan ulang semula proses check-in dan sebagainya itu melainkan anda book under satu booking ke final destination selepas itu luggage boleh ambil di final destination.

Contoh saya pernah book flight BKI-INC (KK ke Incheon Seoul), jadi saya boleh check in luggage di KKIA dan ambil di Incheon. Ini namanya Fly-Thru kalau AirAsia. Boleh pilih mahu keluar balik melalui Imegresen or stay sahaja dalam transit area. Semasa ini saya keluar sebab jarak flight yang lama. Jadi nanti kena lalu Imegresen/Kastam semula.

Untuk travel ke Barcelona last week. Transit Dubai, luggage ambil di Barcelona sahaja. Yang ini transit 3 jam sahaja jadi stay di transit area sahaja. Jadi terus ke boarding gate tanpa perlu lalu Imegresen & Kastam.

Kalau ada booking nombor yang berasingan, kena ulang proses check-in tadi. Hehe.

Tips tambahan untuk AirAsia:

– Kalau beli free seat AirAsia awal-awal (macam saya beli hampir setahun sebelum), pastikan beli tiket sahaja tanpa luggage dan seat. Dalam tempoh itu macam-macam boleh jadi. Dalam 2 minggu sebelum terbang, bila dah confirm terbang, barulah add on. Sebab in case kalau burn, tiada rugi sangat.

– Kalau booking tiket AirAsia tanpa luggage, bila add on kemudian, harga luggage akan bertambah 15% (jika tak silap). Jadi yang ini pun please take note ya. Kalau confirm terbang, sila beli luggage siap-siap.

– Kalau AA retime flight. Kita ada hak untuk tukar date (terbang within 3 months tidak silap) or else, kita boleh minta refund biarpun beli time promo.

– Untuk Malindo pun sama. Kalau retime, kita boleh ubah date tapirefund itu kena tengok jenis tiket kita beli. Jika beli time promo, tidak boleh minta refund.

– Setiap negara, lain-lain ketegasan Kastam/Imegresen dia. Jadi ikut sahaj jika dia suruh buka kasut, jaket dan sebagainya. Semuanya untuk safety.

-Maybe ada yang belum pernah travel overseas, tapi siapa tahu one day giliran anda pula kan. Jadi saya yakin info remeh-temeh ini pun penting. Hehe.

*Sekarang baru tahu apa yang kita sepatutnya buat. Kepada anda yang ingin travel ke luar negara dalam masa terdekat, boleh rujuk info-info di atas. Have a safe flight!

Rujukan:

Post FB : https://www.facebook.com/ayachalo/posts/10157411738453492
Official website : ayachalo.com

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.