Supamala Hotpot adalah sebuah restoran yang menyajikan makanan utama Mala hotpot. Paling menarik, restoran ini membawa resepi asli dari Sichuan, China dan diolah mengikut citarasa tempatan. Bagi yang sukakan konsep hidangan hotpot, anda perlu cubanya sendiri di sini, kerana rasa menunya yang luar biasa.

Berita baik buat penggemar Mala hotpot, Supamala Hotpot yang berada di Sunway Pyramid kini telah mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi, tak perlu ragu-ragu untuk menikmati kesemua juadah di sini dan anda boleh menikmati sepuasnya!

Sehubungan dengan itu, Supamala Hotpot sekali gus mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai restoran hotpot Szechuan halal yang pertama di Malaysia. Pencapaian yang membanggakan untuk pihak Supamala Hotpot kerana impian untuk menjadikan suasana restoran dan menu halal sesuai untuk semua pelanggan, telah direalisasikan dengan baik.

7 Mac 2024 merupakan tarikh bersejarah kerana merupakan hari pembukaan rasmi, penyampaian sijil halal JAKIM serta penyampaian sijil Malaysia Book of Records. Penyampaian sijil Malaysia Book of Records telah disampaikan oleh Tuan Edwin Yeoh, Perunding Rekod Senior MBOR.

Sijil halal pula disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah iaitu Exco Selangor bahagian Agama Islam & Pembudayaan Inovasi kepada Yang Berbahagia Datuk Azmi bin Hassan, pengarah Supamala Hotpot bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Yang Berhormat Dato’ Ramanan Ramakrishan.

Majlis ini turut dimeriahkan oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada selebriti dan digital creator iaitu Farah Nabilah, Diana Danielle dan Elecher Lee. Mereka turut berkongsi tentang keunikan dan keenakan hidangan Mala hotpot.

Supamala Hotpot kini menawarkan lebih 70 menu menarik buat pengunjung. Menu utama semestinya hotpot dengan lapan pilihan sup enak.

Sempena bulan Ramadan, restoran mengadakan buffet Ramadan yang bermula 12 Mac sehingga 12 April 2024. Mereka menawarkan tiga pakej mampu milik iaitu Pakej Basic serendah RM 49.90, Pakej Seafood dengan RM 69.90 dan pakej Luxury dengan hanya RM 119.90 untuk satu pax.

Tunggu apa lagi? Jom rasai keenakan Supamala Hotpot bersama yang tersayang!

Maklumat Lanjut

Alamat: Lot LG2.122C, Sunway Pyramid Shopping Mall, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

No telefon: 016-265 7579

Facebook: SUPAMALA Hotpot

Website: Supamala Hotpot

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.