Jika anda merasakan Kuala Lumpur sudah terlalu sibuk dan sangat padat dengan penduduk, kota metropolitan Tokyo adalah jauh lebih pesat dan sibuk berbanding di sini. Bandar Tokyo ini sangat unik kerana menggabungkan kesemua elemen moden, trendy, futuristik dan era lama dalam satu bandar yang sama.
Imej via [asia.nikkei]
Imej via [liveauctioneers]
Corak yang dihasilkan olehnya adalah inspirasi yang lahir dari bayangan fikirannya sendiri. Jika anda gemar untuk menyelami dunia karyawan hebat di Jepun maka inilah tempatnya
Imej via [BuffaloTrip]
Tempat menarik di Tokyo ini kemudiannya dijadikan taman botani buat kerabat Diraja namun telah musnah ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia telah di baik pulih dan dibuka kepada orang awam. Tidak rugi untuk anda datang melawat ke sini kerana panoramanya yang indah pasti menjanjikan pengalaman yang menarik buat seisi keluarga.
Imej via [tripadvisor]
Pastikan anda membawa duit poket yang tebal jika berkunjung ke sini kerana harganya yang agak berpatutan. Anda juga sangat disarankan untuk berkunjung ke salah satu kedai di dalam Ginza Six ini iaitu Tsutaya Books yang terletak di tingkat 6. Bukan setakat menjual buku, malah anda juga dapat melihat ruang pameran dan galeri seni.
Imej via [timeout]
Anda harus datang ke sini untuk meneroka kawasan sekitar ini kerana ia bukan sahaja cantik untuk bergambar dengan pokok Sakura malah terdapat juga tarikan lain seperti Nakameguro Park, Meguro Sky Garden, Shokakuji Temple dan kawasan hipster Daikanyama.
Imej via [commons.wikimedia]
Tokong ini telah dibina sekitar tahun 1920 tetapi telah musnah akibat Perang Dunia Kedua namun kini berdiri megah semula selepas di baik pulih.
Imej via [japan-guide]
Tempat menarik di Tokyo ini mempamerkan pelbagai hasil seni kreatif Jepun sejak zaman kuno dahulu sehinggalah abad ke-19. Terdapat banyak pameran seni kreatif hasil air tangan masyarakat Jepun tempatan yang boleh anda lihat dan pelajari di sini. Mungkin sehari pun tidak cukup kerana koleksinya yang terlampau banyak.
Imej via [japan-guide]
Tempat menarik di Tokyo ini adalah antara taman bandar terbesar di Tokyo dan pernah dijadikan sebagai lokasi Olympic Village ketika sukan Olimpik berlangsung di Tokyo sekitar tahun 1964.
Imej via [govoyagin]
Bahagian bawah bangunan ini digunakan sebagai pusat membeli-belah buat para pengunjung. Namun yang paling menarik di Tokyo Skytree ini adalah dek pemerhatiannya yang terletak di tingkat 350 dan 450 meter. Anda berpeluang melihat keseluruhan Bandar Tokyo dari atas.
Imej via [DiGJAPAN!]
Mocha Cat Café ini tidak seperti kafe biasa yang lain kerana design ruang dalamnya sangat stylish dan relaks. Kafe yang merupakan tempat menarik di Tokyo ini juga tersedia ruang mengecas telefon.
Terdapat pelbagai jenis charger untuk kegunaan para pelawat terutamanya buat pelancong yang kehabisan bateri kerana banyak menggunakan gps untuk cari jalan bagi spot-spot menarik di Tokyo.
Imej via [tokyocreative]
Selepas melihat hasil seninya, anda kemudiannya boleh ke tingkat 3 dimana letaknya kedai menjual macam-macam material untuk menghasilkan kraf origami. Seterusnya, anda boleh ke tingkat 4 untuk melihat studio dimana mereka mewarnakan kertas untuk tujuan menghasilkan origami tersebut.
Imej via [medium]
Imej via [MyWoWo]
Pulau ini dijadikan sebagai bandar futuristik bermula era 1980-an. Tarikan menarik yang terdapat di tempat menarik di Tokyo ini adalah Gundam Front Tokyo, Bangunan Utama Fuji Television, Aqua City Odaiba, Palette Town Ferris Wheel, VenusFort dan yang paling popular adalah Telecom Center Observatory.
Anda dapat menikmati pemandangan sekitar Odaiba yang sangat mengagumkan apabila berada di Telecom Center Observatory.
Imej via [tripadvisor]
Jika anda sedang mencari buah tangan dari Jepun untuk dibawa pulang buat keluarga tersayang dan sahabat handai, tempat menarik di Tokyo ini sangat tepat.
Imej via [en.japantravel]
Tidak hanya mengikuti peredaran masa dan up-to-date, Harajuku juga mempunyai tarikan lain buat penggemar sejarah seperti Tokong Meiji Jingu dan Nezu Museum. Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Tokyo ini. Pasti seronok!
Imej via [claygallery]
Di Disneyland, tumpuan utama yang paling menarik adalah Big Thunder Mountain, dimana anda dapat merasakan pengalaman menaiki roller coaster melalui pekan kecil di Negara barat, gua-gua dan pelbagai lagi laluan yang mendebarkan. Di DisneySEA pula, ia adalah antara tempat menarik di Tokyo yang mempunyai Toy Story Mania. Anda akan dibawa melalui stesen-stesen berbeza untuk menembak target-target tertentu.
Imej via [goodlucktripjapan]
Kini, selain padat dan terkenal dengan pelbagai kedai barangan elektronik, di celah dunia high-tech ini juga anda akan dapat menemui kedai-kedai khas untuk peminat anime dan manga seperti Otaku Goods dan manga cafes. Rugi jika anda tidak singgah!
Imej via [MATCHA]
Setiap hari teater ini ada menawarkan persembahan yang memukau para penontonnya dengan bayaran yang tertentu. Selain melihat teater, anda juga berpeluang ke tingkat 5 untuk melihat galeri seni yang mempamerkan pelbagai jenis kostum menarik dan juga pelbagai pameran budaya Jepun di tempat menarik di Tokyo ini.
Imej via [blog.halal-navi]
Jika cuaca baik, anda akan berpeluang melihat Gunung Fuji dan juga Tokyo Skytree dari jauh. Tarikan lain yang boleh anda lihat di sini juga adalah taman tema One Piece Tower dan kedai-kedai cenderamata.
Imej via [fun-japan]
Taman tema ini terletak di dalam kawasan yang tertutup maka anda tidak perlu risau akan keadaan cuaca. Pelancong boleh menghabiskan waktu bersuka-ria dan mendapatkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang. Antara tarikan utama tempat menarik di Tokyo ini adalah Mymeroad Drive, Sanrio Character Boat Ride, Hello Kitty Bell of Happiness dan banyak lagi!
Imej via [perfectly-nintendo]
Tempat menarik di Tokyo ini menjual pelbagai barangan edisi terhad sehingga membuatkan peminat tegar pokemon berasa terpaksa membelinya kerana sesuatu koleksi itu hanya terdapat pada waktu tertentu sahaja dan tidak ada keluaran lain. Selain barangan jualan, di dalam kedai ini juga terdapat permainan arcade untuk anda cuba.
Imej via [morco]
Jom baca tempat menarik di Teluk Intan, tempat menarik di Tanjung Malim dan tempat sejuk di Malaysia juga.