Realme 11 5G merupakan sebuah peranti realme dari siri ke-11. Peranti ini telah dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos 2023. Merupakan peranti kelas pertengahan, banyak perkara atau spesifikasi terbaik dalam siri ini yang menarik perhatian kami.

Kami yakin, Realme 11 5G pasti menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi buat penggemar peranti Android dan realme itu sendiri. Nak tahu kenapa? Jom tengok spesifikasi yang ditawarkan oleh realme pada siri kali ini!

Spesifikasi realme 11 5G

Peranti pintar ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6100+ (6nm) dengan GPU Mali-G57 MC2. Dengan cipset ini, realme masih mengekalkan prestasi terbaik untuk menjalankan segala penggunaannya sama ada untuk tugasan harian, permainan video dan membuka aplikasi lain. Realme UI 4.0 merupakan sistem operasi yang digunakan serta berasaskan Android 13.

Storan yang dibekalkan oleh realme juga besar dengan 256GB ROM dipadankan bersama 8GB RAM. Tak cukup dengan RAM yang dibekalkan? Jangan risau, peranti ini menyokong RAM dinamik sehingga 16GB. Memang puas untuk memuat naik pelbagai aplikasi menarik seperti media sosial, permainan video dan lain-lain.

Peranti bersaiz 6.72 inci ini disertakan dengan paparan IPS LCD. 120Hz kadar segar semula membuatkan pengguna berpuas hati dengan prestasi dan kelajuan ketika menggunakan sebarang aplikasi. Dari segi kecerahan, realme 11 5G mampu mencapai 550 nits dengan mod kecerahan tertinggi 680 nits.

Kapasiti bateri juga sangat penting dalam pemilihan smartphone terbaik. Kapasiti bateri sangat besar dengan 5000mAh. Menggunakan pengecas type C, apa yang lebih menarik adalah realme 11 5G menyokong pengecasan pantas dengan SuperVOOC 67W. Kini pengguna boleh mengecas dari 0% hingga 50% dengan anggaran masa 17 minit sahaja. Laju atau sangat laju?

Spesifikasi lain termasuklah menyokong penggunaan dual sim, dilengkapi dengan penggunaan Bluetooth, WiFi, sensor dan lain-lain.

Fotografi Terbaik

Satu lagi spesifikasi menarik bagi kami terhadap realme 11 5G adalah dari sudut kamera. Kualiti kamera antara yang terbaik dari siri 11. Kamera utama hadir dengan 108MP dilengkapi sensor Samsung ISOCELL HM6 bersaiz 1/1.67 inci. Dengan ciri ini, pengguna boleh zoom kamera dengan sensor 3x dengan jelas, gambar tidak pecah dan warna yang cantik.

Tak cukup dengan itu, 2MP kamera portrait membolehkan pengguna merakam gambar portrait dengan baik. Pelbagai ciri fotografi yang ada termasuklah Super Nightscape, Panorama, Text Scanner dan Portrait Distortion Correction.

16MP kamera selfie memberikan kepuasan pada pengguna untuk berswafoto dengan lebih yakin tanpa menggunakan sebarang filter. Kamera hadapan turut menyokong mode portrait, AI Beauty Mode dan Super Nightscape.

Reka Bentuk yang Unggul

Tengok sahaja dari segi reka bentuk luaran, kami terpukau dengan bahagian kamera yang ditampilkan dengan rekaan Glory Halo. Proses pembuatannya mirip seperti jam tangan mewah.

Bukan itu sahaja, warna yang ditawarkan juga cantik iaitu Glory Black dan Glory Gold. Warna-warni ini memperlihatkan peranti lebih premium dan eksklusif.

Harga

Harga yang ditawarkan untuk peranti ini mampu milik dan sesuai dengan spesifikasi smartphone kelas pertengahan. Harga untuk realme 11 5G ditawarkan serendah RM 1 199 sahaja. Jom beli di website rasmi realme.

Sudah terang bahawa realme 11 5G memang perlu dimiliki buat mereka yang mencari peranti dengan harga bawah RM 1 200.

Prestasinya sangat memuaskan bukan sahaja untuk penggunaan harian, malah untuk bermain permainan video, menonton movie dan lain-lain. Kualiti kamera juga antara yang terbaik dalam siri ini. Tak hairanlah peranti ini menerima jolokan sebagai peranti ‘Midrange Breaker’, kerana ciri yang ada membuatkannya lebih istimewa dari peranti kelas pertengahan yang lain.

Harga mampu milik tetapi spesifikasinya mengujakan. Apa tunggu lagi? Belinya sekarang di pautan di bawah atau pengedar sah realme. Sebarang maklumat lanjut, layari realme.

Jom lihat juga peranti siri 11 keluaran terbaru dari realme iaitu realme 11x 5G dan realme 11 Pro Plus. Beli sekali Realme Buds Air 5, untuk kualiti audio yang lebih memuaskan, lengkap dengan spesifikasi terkini dan terbaik.

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.