10 Homestay Perlis dengan Private Pool
Sudah tentu homestay Perlis dengan private pool menjadi penginapan yang selesa buat anda sekeluarga. Kebanyakan homestay yang mempunyai keistimewaan ini mempunyai persekitaran yang tenang dan nyaman kerana jauh dari kesibukan kota.
Pasti ada di kalangan anda yang menjadikan Perlis sebagai destinasi percutian bersama keluarga. Mana tidaknya, terdapat lebih 99 buah tempat menarik yang terdapat di negeri Indera Kayangan ini walaupun ia merupakan negeri terkecil di Malaysia.
Jom lihat homestay yang sesuai dengan citarasa anda sewaktu bercuti di Perlis!
S’ Villa Resthouse
S’Villa Resthouse merupakan sebuah villa yang luas terletak di Kangar. Terdapat 2 private pool yang bersebelahan dan mempunyai kedalaman berbeza, sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Villa ini mempunyai 4 bilik tidur berpendingin hawa dengan 3 bilik air. Tak cukup dengan itu, terdapat 2 ruang tamu yang luas yang mampu memuatkan ramai orang dalam satu masa.
Alamat: Kampung Baru Syed Omar, 01000 Kangar, Perlis
Orangorang Village
Anda suka akan percutian yang dapat menenangkan jiwa? Orangorang Village pasti menjadi penginapan terindah bersama keluarga kerana berada dikelilingi sawah padi. Jika anda menginap di sini, jangan lupa untuk bergambar di banyak sudut yang menarik.
Penginapan disini berkonsepkan kabin atau kontena. Walaupun kelihatan kecil, namun setiap kabin mempunyai katil, bilik air, TV dan ruang berehat yang kecil tetapi selesa. Anda akan menikmati suasana privasi di sini jika anda menempah ketiga-tiga kabin untuk keluarga besar anda.
Alamat: Jalan Jejawi – Tambun Tulang, Kampung Bakong, 01000 Arau, Perlis
Aisy Homestay
Aisy Homestay menawarkan penginapan dengan 3 bilik tidur dan sebuah bilik air dengan harga yang cukup berbaloi terutama pada hari-hari istimewa. Tilam dan bantal tambahan turut disediakan jika tidak mencukupi.
Selain kelengkapan dapur yang mencukupi, pihak homestay turut menyediakan kemudahan barbeku, tempat karaoke, sejadah, seterika dan sebagainya. Uniknya homestay ini, anda boleh berbasikal, bermain dart, bermain bola speak dan memancing.
Alamat: Lot 477C Kampung Tebok, 02700 Perlis.
Sepat Biru Park Boq Mali Homestay
Homestay ini juga terletak di persekitaran kampung dan berdekatan sawah padi. Pasti sejuk mata memandang kerana jauh dari kesibukan kota. Private pool yang berada di perkarangan rumah juga luas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Terdapat 3 bilik tidur yang lengkap dengan set katil dan sebagainya, pendingin hawa dan kipas. Ruang tamu, ruang makan dan parkir kereta juga luas dan selesa. Wifi turut disediakan untuk menghilangkan bosan anda.
Alamat: Kangar, Perlis
LJ Homestay
LJ Homestay menyediakan 6 buah bilik iaitu 3 bilik di tingkat atas dan 3 bilik di tingkat bawah. Setiap bilik dilengkapi satu atau dua buah katil queen, almari, TV, meja kecil, kipas dan penyangkut baju. Setiap ruangan termasuk bilik, dapur dan halaman rumah luas dan selesa.
Jika anda ingin mengadakan hari keluarga di Perlis Bersama keluarga besar, homestay ini sudah tentu sesuai dengan jumlah ahli keluarga anda. Antara kemudahan disediakan adalah kolam renang, surau, set bbq, padang mini dan lain-lain.
Alamat: LJ Homestay, 02600 Arau, Perlis
Homestay Al-Hambra
Terletak di Beseri, penginapan ini berada di Kawasan perkampungan. Homestay ini menyediakan 4 buah bilik tidur yang selesa dengan 4 katil queen dan 2 katil bujang. Bukan itu sahaja, bilik turut dilengkapi air-cond.
Kolam renang yang berada di perkarangan rumah mempunyai dua kedalaman berbeza yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Terdapat ruang rehat dan barbeku bersebelahan kolam tersebut untuk anda bersantai bersama keluarga.
Alamat: KM 10, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis
Panggas Village Homestay
Penginapan di Panggas Village Homestay yang berkonsepkan roomstay di mana setiap bilik sederet dan dibina berhadapan kolam. Sekiranya anda ingin bercuti bersama keluarga yang ramai dengan suasana privasi, anda boleh menyewa kesemua 8 buah bilik.
Setiap bilik mempunyai 1 katil queen dan 1 katil bujang dengan maksimum penginap adalah 5 orang  dalam sebuah bilik. Caj RM 5 dikenakan jika jumlah sebuah bilik melebihi kadar ditetapkan. Antara kemudahan yang disediakan adalah pantri yang lengkap, seterika, surau, basikal dan lain-lain.
Alamat: Lot 8048, Kampung Panggas Besar, 02500 Kangar, Perlis
Lot Seribu Homes
Memang tenang jika anda memilih untuk menginap di Lot Seribu Homes kerana terletak di kawasan perkampungan dan bersebelahan sawah padi. Terdapat dua penginapan disediakan iaitu pakej 3 dalam 1 serta familyroom.
Hanya pakej 3 dalam 1 dilengkapi private pool yang luas. Pakej ini merangkumi 3 bilik tidur, dapur yang lengkap dan kelengkapan bbq. Lot Seribu Homes antara homestay Perlis dengan private pool yang terkenal di sini.
Alamat: Simpang Empat, Perlis
Homestay Kak Senah
Hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja dari homestay ini ke Kangar atau Kuala Perlis, anda juga dapat merasai suasana kampung jika menginap di sini. Homestay ini menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik daripadanya mempunyai pendingin hawa.
Kemudahan yang disediakan termasuk dapur yang lengkap, tempat bbq, 2 bilik air dan parkir yang luas. Kolam yang berada di luar rumah sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Alamat:Â Jalan Kepala 40, Kg Sri Gelam Tambun Tulang, 02600 Arau, Perlis
Family  Villa M.H.A
Family Villa M.H.A menyediakan 3 buah bilik tidur dilengkapi air-cond, kipas, bilik air dan almari di setiap bilik. Istimewanya homestay ini adalah mempunyai surau yang cantik dan selesa.
Homestay ini juga berada di Kawasan perkampungan yang berhampiran dengan sungai dan sawah. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah memancing, berkelah, barbeku, karaoke, berbasikal dan sebagainya.
Alamat: Batu 3 Jalan Abi Kurong Batang, 01000 Kangar, Perlis.
Pasti ada homestay Perlis dengan private pool yang mencuri tumpuan anda. Tunggu apa lagi? Jom ajak keluarga atau rakan-rakan untuk merancang percutian anda di negeri ini!
Namun, kami ingin mengingatkan anda untuk berhati-hati dalam membuat sebarang tempahan homestay ekoran terdapat lambakan scammer dalam perkhidmatan ini. Seeloknya anda terus ke laman sesawang atau media sosial homestay tersebut.
Kami juga ada menulis artikel lain sepert: