Tempat menarik di Kampar untuk terjah.

Kampar adalah sebuah mukim Perak, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1887, bandar ini terletak di Lembah Kinta iaitu kawasan yang kaya dengan rizab timah. Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah iaitu Sultan Perak ketika itu.

tempat menarik di kampar

Imej via [jomjalan]

Ia adalah sebuah bandar perlombongan bijih timah yang melonjak semasa ketinggian industri perlombongan bijih timah.  Walaupun Kampar merupakan lokasi penting buat industri perlombongan suatu ketika dulu, kini ia menjadi salah satu destinasi pelancongan bagi negeri Perak. Jom saya senaraikan 12 tempat menarik di Kampar, Perak boleh anda kunjungi.

1.  Refarm Leisure Farm

tempat menarik di kampar

Imej via [Trilode]

Refarm adalah sebuah taman rekreasi yang sangat luas dan sarat dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ia lengkap menawarkan anda dengan tempat makan, penginapan, landskap yang indah dan pelbagai aktiviti menarik. Refarm menjanjikan kepada anda pengalaman baru yang pastinya menyenangkan. 

Tempat menarik di Kampar ini sangat sesuai untuk anda datang bersama keluarga terutama sekali anak-anak. Untuk memudahkan anda, dibawah ini saya senaraikan beberapa aktiviti yang harus anda cuba di Refarm.

  • Petting Zoo dan memberi makan kepada haiwan
  • Berbasikal
  • Kolam renang
  • Jungle Treking
  • Mengutip madu
  • Padel boat
  • Memancing

tempat menarik di kampar

Imej via [travelog]

Bagi penginapan pula, mereka menyediakan 2 jenis penginapan yang berbeza iaitu Villa Stay dan Farm Stay. Anda boleh ke tempat menarik di Kampar ini sekaligus bermalam di sini.

  • Harga Tiket: RM 10 Dewasa / RM 5  Kanak-kanak
  • Waktu Operasi: 9:00 a.m – 6:00 p.m  
  • Alamat:  Lot 6059, Jalam Temoh Kampar, 35350 Temoh, Negeri Perak

2.  Kinta Tin Mining Museum

tempat menarik di kampar

Imej via [lilyrianitravelholic]

Memandangkan Kampar merupakan pusat perlombongan timah penting dari tahun 1880-an, kemudian  zaman kegemilangannya pada tahun 1920-an sehingga tahun 1970-an, terdapat sebuah Muzium perlombongan bijih timah di sini.

Muzium ini dibina bertujuan untuk mempamerkan artifak dan maklumat tentang sejarah perlombongan bijih timah.  Tempat menarik di Kampar ini dibuka pada tahun 2012 dan merupakan inspirasi ahli perniagaan Tan Sri Hew See Tong yang dimana  dia sendiri bekas pelombong bijih timah.

Pengunjung akan dipamerkan dengan pelbagai ilmu dan informasi mengenai sejarah perlombongan melalui video, patung ataupun gambar.  Walaupun terdapat muzium bertemakan perlombongan yang lain seperti Muzium Sungai Lembing dan Han Chin Pet Soo, namun Kinta Tin Mining Museum tidak kalah hebatnya.

  • Harga Tiket: Percuma
  • Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang / setiap hari
  • Alamat:  Lot 126026,, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

 

3.  Sahom Valley

tempat menarik di kampar

Imej via [jelajahmaya]

Jika anda datang bersama keluarga untuk bercuti di Kampar, Sahom Valley adalah destinasi yang ideal buat anda. Sahom Valley pastinya menjanjikan kepada anda suasana yang damai dan jauh dari kesibukkan bandar. Bukan hanya sekadar tempat penginapan, malah anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Sahom Valley menawarkan kepada anda pakej agro dimana anda boleh melakukan aktiviti pertanian seperti memetik buah, menuai sayuran, memberi haiwan makan dan sebagainya.

Segala fasiliti lengkap disediakan bahkan kolam renang turut disediakan. Tempat menarik di Kampar ini juga sering disewa untuk diadakan majlis perkahwinan lokasi seminar dan sebagainya kerana ia lengkap dengan dewan, bengkel, surau dan lain-lain.

  • Alamat: 31850 Kampar, Perak

4.  Gua Tempurung

tempat menarik di kampar

Imej via [tripadvisor]

Gua Tempurung terletak 25 km di selatan Ipoh berhampiran Gopeng. Ia merupakan gua terbesar di Semenanjung Malaysia. Bagi penggemar aktiviti pengembaraan dan lasak, Gua Tempurung pasti akan membuatkan anda teruja.

Suasana didalam gua sangat cantik apabila batu-batu gua memantulkan cahaya lampu yang bersinar ditambah terdapat beberapa batang anak sungai yang mengalir. Kira-kira 3 km panjang, tempat menarik di Kampar ini adalah salah satu gua terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Anda boleh menggunakan khidmat guide untuk membawa anda meredah gua ini. Terdapat dua pilihan iaitu perjalanan kering melalui jambatan atau perjalanan basah yakni lebih mencabar. Biarpun ia tidak sebesar Gua Mulu atau Gua Niah di Sarawak, tetapi ia sudah cukup membuatkan anda takjub dengan kehebatannya.

  •  Bayaran: RM 9 Dewasa / RM 6.50 Kanak-kanak
  • Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung,, 31600 Gopeng, Negeri Perak

 

5.  Bandar Agacia Kampar

tempat menarik di kampar

Imej via [orangperak]

Untuk pengetahuan anda.  terdapat sebuah bandar kecil yang dibina bertemakan animasi di daerah Kampar. Bandar Agacia atau dikenali sebagai The Trails of Kampar merupakan satu kawasan pembangunan baru terletak 40 km dari Bandaraya Ipoh. Rasanya, inilah satu-satunya bandar seumpama penuh gaya animasi di Malaysia.

Bangunan yang direka berwarna-warni mirip seperti di dalam filem-filem fantasi barat ini dikatakan tempat menarik di Kampar yang menjadi destinasi ramai pengunjung.

Destinasi ini sangat sesuai untuk berfoto memandangkan  pemandangannya seperti berada di Riomaggiore Itali, Stockholm Sweden, Jodhpur India, Lima Peru dan Buenos Aires Argentina. Tak rugi untuk anda berkunjung ke sini.

  • Harga Tiket: Percuma
  • Alamat: Persiaran Residensi, Bandar Agacia, 31910, Negeri Perak

  

6.  Shellicious Kampar

tempat menarik di kampar

Imej via [mamatisya]

Terdapat sebuah restoran makanan laut yang sangat popular dalam kalangan penduduk setempat di Kampar ini. Keistimewaan restoran ini adalah pengunjung akan makan tanpa menggunakan pinggan melainkan makanan akan dilambakkan diatas meja yang beralaskan kertas.

Selain itu, harga yang ditawarkan di Shellicious ini juga amat berbaloi dengan rasa makanannya yang lazat. Disamping makanan laut, Shellicious Kampar juga ada menyediakan juadah berkonsepkan western. Penat bersiar-siar, singgahlah di sini pula!

  • Waktu Operasi: 4 petang – 11 malam 
  • Alamat: 2173, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Negeri Perak

  

7.  Gunung Relau

tempat menarik di kampar

Imej via [luvfeelin]

Selain Gua Tempurung, Gunung Relau juga sering menjadi pilihan buat penggemar aktiviti lasak dan mendaki. Gunung Relau yang setinggi 951 meter ini dikatakan agak mencabar, jadi jika anda berniat untuk mendaki, saya syorkan agar mengambil khidmat jurupandu yang berpengalaman di sini.

Pendakian anda pastinya sangat mencabar dan menarik kerana sebelum sampai ke puncak, anda perlu melalui sebuah perkampungan orang asli. Jalan untuk tiba ke puncak juga agak berliku.

Percayakah anda, jika bernasib baik anda akan menjumpai bekas kotak peluru yang digunakan askar tatkala perang dunia kedua sedang berlangsung. Amat bersejarah juga ya tempat menarik di Kampar ini!

  • Alamat: Kampar, Perak

 

8.  Kelapa Leleh Kampor

tempat menarik di kampar

Imej via [mforum1]

Apa kata anda cuba merasai menu yang pernah viral suatu ketika dahulu ini di Kelapa Leleh Kampor. Bayangkan aiskrim serta  ais kacang yang manis dihidangkan didalam buah kelapa dan dimakan pada musim panas . Sangat nikmat bukan? Gerai dengan makanan unik ini sememangnya menjadi pilihan ramai sejak awal pembukaannya lagi.

 Selain itu, terdapat juga menu lain yang menambat hati pengunjung seperti burger aiskrim leleh, vanila karamel, laksa dan macam-macam lagi. Gerai ini juga pernah tular di media sosial sehinggakan pengunjung datang berpusu-pusu datang mencuba kelapa leleh.

Tak sangka gerai ini adalah salah satu tempat menarik di Kampar yang mengenyangkan dan menjadi tumpuan orang ramai.

  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad / 2 – 11 pm
  • Alamat:  Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak

 

9.  Gunung Bujang Melaka

tempat menarik di kampar

Imej via [mcHiker]

Walaupun namanya Melaka, jangan risau kerana anda masih lagi di negeri Perak. Gunung ini sering menjadi pilhan pendaki untuk melakukan aktiviti pendakian. Ketinggian Gunung Melaka mencecah 1233 meter dimana memerlukan lebih kurang 4 ke 5 jam untuk sampai ke puncak.

Ramai pengunjung sering melakukan aktiviti perkhemahan disekitar kawasan gunung. Disampaing itu, gunung ini juga terkenal dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti kerana sering diadakan program motivasi di sini.

  •  Alamat: Kampar, Perak

 

10.  Kampo Kampo Station

tempat menarik di kampar

Imej via [menarikdi]

Kampo Kampo Station menyediakan kepada anda makanan western, lauk pauk, nasi ayam, nasi kambing bakar dan sebagainya. Pada waktu malam pula, restoran ini menyajikan makanan berkonsepkan steamboat dan grill.

Bukan sahaja rasanya yang sedap malah harganya turut berbaloi. Dengan serendah RM 30, anda boleh mendapatkan ala carte steamboat . Berbaloi bukan? Kampo Kampo Station juga ada menyediakan perkhidmatan tempahan untuk majlis.

  • Waktu Operasi: Rabu – Isnin / 11 pagi – 11 malam
  • Alamat: No. 22, Persiaran Siswa, Taman Siswa, 31900 Kampar, Perak

 

11.  Nasi Ayam Peladang Kampar

tempat menarik di kampar

Imej via [aparasa]

Nasi Ayam Peladang tepatnya berada Medan Selera Batu Karang di Pekan Kampar. Gerai ini sering menjadi pilihan penduduk setempat mahupun dari luar. Selalunya mereka yang melalui jalan dari Ipoh ke Tapah akan singgah di gerai terkenal ini. Seperti nama gerainya, tempat menarik di Kampar ini menyajikan nasi ayam yang sangat lazat.

 Selain itu terdapat juga makanan lain seperti mee bandung, kuey teow dan sebagainya. Gerai yang beroperasi sejak tahun 1992 ini menyediakan nasi ayam dengan tekstur nasinya yang lembut serta ayam yang digoreng bersama rempah ratus. Tidak dilupakan juga sambalnya yang mampu menusuk ke kalbu.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu / 1 pm – 11 pm 

Alamat: Medan Selera Batu Karang, 31900, Kampar, Perak.

 

12.  Bronze Scupltures Of Confucius And Einstein Dan Kampar Merdeka Clock Tower

tempat menarik di kampar

Imej via [MalayMail]

Buat yang terakhir ini, saya gabungkan 2 lokasi yang sesuai untuk bergambar iaitu Bronze Sculptures of Confucius and Einstein dan Kampar Merdeka Clock Tower. 2 patung tokoh ilmuwan dan pemikiran iaitu Einstein serta Confucius diletakkan dihadapan Heritage Hall. P

atung seberat 580 kg itu melambangkan kepercayaan dalam kesejagatan pembelajaran dan pemikiran dengan penumpuan kebijaksanaan dari Timur dan Barat.  Kemudian, jika kebanyakan negeri di Malaysia seperti Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain mempunyai menara jam, Kampar juga turut tidak ketinggalan.

Menara yang dibina dengan hasil wang sumbangan penduduk setempat ini terpahat perkataan MERDEKA 1957. Hal ini kerana menara ini pernah digunakan untuk menyambut hari kemerdekaan kita buat pertama kalinya pada tahun 1957.

 Tempat menarik di Kampar ini sangat sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.  Dengan itu, silalah mengimbau sejarah masa lalu dan jangan lupa bergambar ketika berada di kedua-dua lokasi ini.

  • Alamat: Bronze Sculptures of Confucius and Einstein – Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900 Kampar, Negeri Perak
  •  Kampar Merdeka Clock Tower – Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak

 

tempat menarik di kampar

Imej via [anakmalimnawar]

Demikianlah 12  tempat menarik di Kampar yang boleh anda lawati. Kesemua tempat menarik yang saya cadangkan sesuai untuk peringkat umur. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Jika datang ke Kampar singgahlah dahulu ke tempat-tempat menarik yang saya kongsikan. Jom lihat juga tempat menarik di Miri, tempat rekreasi di Selangor dan tempat bersejarah di Kelantan.

Rujukan:

  1. Team Travel
  2. Tripadvisor
  3. Wikipedia

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.