Negara yang memiliki tanah hijau dan air laut biru yang segar dan dingin ini sering dikatakan sebagai negara yang mempunyai air terbersih di dunia! Lihat saja pemandangannya yang hijau dan kebiruan pasti membuatkan anda terpukau. Iceland adalah sebuah negara yang terletak di sebuah pulau berdekatan dengan Kutub Utara serta dikelilingi oleh Samudra Atlantik Utara.  

tempat menarik di iceland

Imej via [Tripsavvy]

Untuk pengetahuan anda, Norwegia, Irlandian, Pulau Greenland dan juga Britania Raya juga merupakan kawasan sekeliling berdekatan dengan Iceland. Anda yang suka suasana yang sejuk amat sesuai berkunjung ke sini kerana suhunya adalah 15 darjah celcius dan ke bawah manakala musim panas pula, anda akan merasai suhu paling tinggi sebanyak 15 darjah celcius.

Apa yang ada di Iceland? Adakah Iceland ini seperti Malaysia yang kaya dengan kesenian dan kebudayaan? Jangan terkejut, Iceland kaya dengan tempat-tempat menarik yang pastinya mengejutkan anda dan menjadikan anda teruja setelah melihatnya.  Jom kami kongsikan tempat menarik di Iceland yang pastinya membuat anda terpukau.

#1  Skogafoss

tempat menarik di iceland

Imej via [BookMundi]

Tempat menarik di Iceland pasti membuat anda terpukau adalah Skogafoss, Iceland. Skogafoss adalah tempat peranginan air terjun yang membolehkan anda mencipta kenangan bersama.  Mana tidaknya, Skogafoss adalah air terjun terbesar di Iceland malah ia amat menakjubkan ramai orang. Tak sangka kan rupa-rupanya Iceland mempunyai air terjun yang terbanyak berbanding negara lain di dunia.

Untuk tiba di sini, anda harus fahami dahulu lokasi starategiknya iaitu Iceland berada di selatan Iceland.  Ia juga tidak terlalu jauh ke luar sempadan. Sekiranya anda dari jalan utama, anda boleh mengambil masa atau jarak perjalanan 60 minit untuk sampai ke sini. Mudahkan?

#2  Svartifoss

tempat menarik di iceland

Imej via [nationalgeographic]

Svartifoss adalah salah satu tempat menarik di Iceland yang pasti membuat anda terpukau! Air terjun Starvifoss amat unik dan luar biasa daripada semua air terjun di dunia kerana dikelilingi oleh batu-batu hitam berbentuk heksagon.  Anda boleh hiking atau berjalan di ruang jalan yang disediakan dan melihat pemandangan air terjun Svartifoss. Pasti suasana anda rasakan amat sejuk dan dingin tetapi dengan kecantikan dan keindahan Svartifoss, ia lebih membuatkan anda teruja!

 

#3  Vatnajokull

tempat menarik di iceland

Imej via [DK Photography]

Vatnajokull juga terkenal sebagai tempat menarik di Iceland yang pasti membuat anda terpukau dengan keindahannya.  Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan meneroka bukit atau gua, inilah tempat yang membuatkan anda teruja dan takkan lupakan.  Anda dapat melihat gua ais atau gua kristal semulajadi yang terbentuk disini. Keindahan gua ini pada waktu siang atau malam amat cantik dan dingin, berwarna biru dan berbatu kristal.  

Tempat menarik di Iceland ini berbentuk ais seperti bersalji, keras dan sejuk.  Keadaan tempat ini menjadi putih akibat ais yang terlalu sejuk. Datang ke Iceland terutamanya Vatnajokull, anda wajib memakai pakaian yang tebal seperti baju sejuk dan sebagainya.

#4  Seljalandsfoss

tempat menarik di iceland

Imej via [Kimkim]

Air terjun yang dikatakan amat terkenal dalam kalangan pelancong ini merupakan bualan ramai pengunjung tatkala teruja melihat reka bentuknya.  Kawasan pemandangan air terjun ini terletak kira-kira 60 meter dari tebing gunung berapi.

Anda juga akan menikmati kedinginan biasan air terjun ketika berjalan di belakang air terjun tersebut. Ramai yang kata air terjun ini amat rare, tetapi ia amat menarik dan sesuai untuk anda semua. Seljalandsfoss merupakan tempat menarik di Iceland yang pasti membuatkan anda benar-benar terpukau!

 

#5  Thingvellir National Park

Imej via [Adventure]

Pada asalnya, Thingvellir adalah sebuah tempat bersejarah yang mempunyai zaman silamnya yang tersendiri.  Kini, ia telah menjadi sebuah taman negara yang indah dan kawasan santai bagi semua penduduk Iceland. Banyak pengunjung yang datang melawat dan melihat keindahan alam semulajadi disini begitu terpegun.

Keadaan bangunan dan taman negara Iceland ini benar-benar seperti zaman dahulu. Reka bentuk yang sama dan suasana yang segar, lembab serta cantik ini menjadi sebab kenapa begitu ramai pelancong teepukau melihatnya.

 

#6. Laugavegur

tempat menarik di iceland

Imej via [Arctic Adventures]

Iceland turut menyajikan anda dengan tempat yang memukau para pelancong yang menyukai pengembaraan dan penerokaan. Anda boleh berjalan sejauh 49 batu untuk hiking di Iceland ini. Ia adalah medium trek paling lama untuk para hiking bergerak dan beraktiviti.

Laugavegur sangat sesuai untuk anda mengembara, menaiki bukit, melakukan aktiviti lasak dan untuk program jati diri. Jika anda perlukan semangat baru atau mencari kekuatan diri, disinilah tempatnya untuk anda melepaskan segalanya.

 

#7  Reynisfjara Beach

tempat menarik di iceland

Imej via [Mybestplace]

Reynisfjara Beach sangat unik dan berbeza daripada pantai-pantai lain kerana keadaan pantainya bewarna hitam dan tidak putih seperti pantai lain. Anda juga dapat melihat batu-batu kerikil semulajadi serta batu besar di pantai ini.  Oh ya, sebenarnya pantai hitam ini membuatkan suasana pantai tampak lebih romantis dan menenangkan.

Untuk pengetahuan anda, pantai Reynisfjara ini terletak di selatan Iceland. anda boleh melihat banyak burung Puffin di pantai ini.  Keindahan pantai ini sesuai untuk anda yang ingin bersesi fotografi dan menenangkan fikiran.

 

#8  Blue Lagoon

tempat menarik di iceland

Imej via [arzotravels]

Blue Lagoon bukanlah seperti taman tema tetapi ia adalah sebuah spa geoterma yang berkonsepkan ‘Disneyland of Iceland’.  Anda boleh bermandi-manda di sini dalam air panas yang berwarna kebiruaan dan kehijauan semulajadi ini. Air mandian ini amat berkhasiat untuk kulit anda malah ia mampu menenangkan tubuh badan anda.  

Sebagai tempat menarik di Iceland yang pasti membuat anda terpukau, sudah tentu ramai pengunjung ternanti-nanti untuk berendam disini. Anda boleh memanjakan diri anda dengan melakukan aktiviti air seperti berenang, bermain air dan pelbagai lagi disini. Anda boleh datang ke sini tanpa sebarang persiapan pun kerana banyak kemudahan yang boleh anda dapatkan seperti beg plastik untuk baju basah, tuala, pengering rambut dan lain-lain lagi.

 

#9  Hallgrimskirkja

tempat menarik di iceland

Imej via [HelloTravel]

Hallgrimskirkja merupakan kawasan yang bersifat nasionalistik dan mempunyai seni bina yang unik dan menarik.  Ia terletak di puncak bandar Reykjavik dengan struktur yang menakjubkan. Bukannya apa, keadaan kawasan Hallgrimskirkja ini lebih kepada alam semulajadi flora dan fauna, ianya seolah-olah anda berada di pedalaman Iceland.  Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak gereja berbentuk unik yang boleh anda lihat di Iceland, Hallgrimskirkja ini adalah sebahagian daripada gereja-gereja di Iceland.

Bentuk gereja atau kawasan Hallgrimskirkja ini seolah-olah bangunan zaman Firaun dahulu kala iaitu ketika zaman Mesir Purba. Sebenarnya, ia adalah unsur-unsur binaan yang dicedok dalam seni yang berbeza menjadikan ia lebih cantik, kemas dan megah. Bangunan kukuh ini berada dalam kawasan yang sangat indah dan anda boleh melihat langit luas kebiruan.

 

#10  Snaefellsnes Peninsula

Imej via [Travelade]

Dari Bandar Reykjavik, anda boleh melawat ke sebuah kawasan yang amat indah perjalanan kira-kira 2 jam iaitu Snaefellsnes Peninsula.  Snaefellsnes Peninsula terkenal sebagai semua perkampungan yang mempunyai sejarahnya tersendiri berkenaan dengan Viking. Perkampungan ini mempunyai kedudukan yang amat unik dan strategik di mana ia berada di fjord.  Bentuk rumah di kawasan Snaefellsnes Peninsula ini pula mempunyai ciri-ciri atau style Denmark.

Perkampungan ini boleh dijadikan tempat tinggal sementara anda dalam melawat atau bercuti ke kawasan ini. Anda juga boleh berkunjung ke Snaefellsjokull National Park iaitu Taman Negara yang terletak di hujung semenanjung Snaefellsnes Peninsula.

 

#11  Westfjords Dan Hornstrandir Nature Reserve

Imej via [TMPL Backpacker]

Tempat menarik di Iceland yang pastinya membuat anda terpukau juga adalah Westfjords dan Hornstrandir Nature Reserve.  Tempat menarik di Iceland ini adalah tempat yang mempunyai alam semulajadi tercantik dan paling indah untuk tatapan anda semua.  Kawasan yang mempunyai panorama indah dan sukar dilupakan disini adalah Dynjandi.

Selain itu, anda dapat melihat mata air semulajadi yang segar dan menampakkan sehingga perkampungan viking.  Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan disini adalah menaiki feri dari Bolungarvik atau Isafjordur untuk ke Hornstrandir Nature Reverse.  Sungguh menakjubkan jika anda berjalan sehingga tebing laut yang menampakkan seperti tanah darat yang hujung. Jika anda fikir ianya bahaya, wajiblah anda jaga keselamatan diri dan kawan-kawan.

 

#12  Natural Hot Springs

Imej via [Whatson]

Natural Hot Springs adalah tempat menarik di Iceland yang pasti membuatkan anda terpukau.  Rasa lebih tenang dan rileks kan jika dapat bermandi-manda di kolam air panas. Terdapat banyak kolam dan takungan air panas yang menjadi pilihan para pengunjung untuk datang ke sini. Anda boleh berenang dan berendam dalam ratusan takungan geotermik di sekitar kawasan ini.  

Westjords adalah kolam air panas terbesar yang boleh anda nikmati selain dari kolam air panas rahsia iaitu di Seljavallalaug, South Iceland. Anda juga boleh berendam dari pagi hingga ke malam sambil menikmati keindahan malam di Natural Hot Springs. Jangan risau akan kemudahan disini, semuanya sudah tersedia rapi untuk anda!

 

#13  Lake Myvatn

Imej via [Guidetoiceland]

Dari selatan, kini kita ke utara Iceland pula. Tempat menarik di Iceland pasti membuat anda terpukau tak lain dan tak bukan adalah Lake Myvatn.  Lake Myvatn mempunyai maksud secara literalnya iaitu “Myvatn” merupakan “lalat air”. Tasik yang dikatakan lalat air ini sebenarnya mempunyai kisahnya yang tersendiri sehingga ia dipanggil Lake Myvatn.  Berdasarkan pengalaman ramai, pada musim panas, anda akan temui banyak serangga kecil yang terbang iaitu jenis spesis lalat.

Lalat-lalat dan serangga terbang ini sering ada disini tetapi ia tidak berbahaya malah cepat hilang apabila dihalau.  Jangan risau, serangga-serangga ini amat menyeronokkan dan menceriakan hari anda. Anda juga boleh hiking di sekitar kawasan Lake Martin ini sambil melihat kejadian alam yang tidak terdapat di negara anda barangkali.  

Ada pula yang berfikir, adakah boleh mandi di Lake Myvatn? Anda boleh mandi di Myvatn Nature Baths iaitu sebuah kolam yang disediakan di Lake Martin.  Lake Martin Myvatn Nature Baths amat indah birunya serta kaya dengan zat mineral. Mandi di sini sahaja cukup cukup menenangkan dan merehatkan badan serta minda anda.

Imej via [PeredgrineAdventure]

Banyak tempat menarik di Iceland yang pasti membuat anda terpukau apabila melihatnya.  Ia tidak sama seperti tempat dan suasana di negara anda.  Wajarlah tempat menarik di Iceland ini menjadi tempat percutian ramai bagi mereka yang ingin berkunjung ke luar negara.  Untuk tempat-tempat menarik di negara lain pula, jemput baca Tempat Menarik di Melbourne dan Tempat Menarik di Sydney.

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.