15 Tempat Menarik Di Butterworth Ramai Tak Tahu! [Wajib Datang]
Jom jalan-jalan mencari tempat menarik di Butterworth.
Butterworth merupakan bandar yang terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Bandar ini disambung dengan Jambatan Pulau Pinang dan feri dari atau ke Pulau Pinang.
1. Rope Walk Taman Selat
Lokasinya terletak di Taman Selat, Jalan Selat (Jalan Pantai), Butterworth, Pulau Pinang 12000, Malaysia. Rope Walk Taman Selat terletak berhampiran stesen bas, stesen keretapi dan stesen feri Pulau Pinang dan ini memudahkan pelawat menggunakan pengangkutan awam untuk dikunjungi. Rope Walk Taman Selat sama seperti kerja Rope Lorong Kulit.
2. Rapid Ferry (Feri Pulau Pinang)
Memang sangat-sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri. Selain daripada menaiki jambatan untuk merentas laut untuk ke pulau ini, anda juga boleh menaiki feri. Feri Pulau Pinang ini merupakan perkhidmatan yang paling lama beroperasi di negara kita. Ferry yang mula membawa penumpang pada tahun 1920 ini berkhidmat dari terminal Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal ferry Raja Tun Uda di George Town Penang.
3. Penang Bird Park
Dikatakan burung yang paling kecil didunia ialah Bee Hummingbird, dengan saiz hanya 57 mm. berat lebih kurang dalam 1.6 g sahaja. Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Butterworth ini untuk melihat semua jenis burung di sini.
4. Butterworth Art Walk
Dikatakan, tarikan Butterwoth Art Walk ini masih lagi tidak mendapat sebegitu baik sambutan seperti yang diharapkan. Justeru, kami ingin menjemput anda untuk beri support untuk menjayakan produk ini sebagai salah satu tumpuan orang ramai. Sebenarnya, ia juga adalah tempat menarik di Butterworth best untuk anda kunjungi.
5. Pantai Bersih
Sebaik sahaja anda berada di Butterworth anda akan terus menggunakan BORR sehingga keluar Bagan Ajam dan anda perlu membayar RM1.20 untuk keluar. Ikuti tanda keluar Pantai Bersih dan anda akan sampai ke beberapa restoran makanan laut.
6. Pasar Malam Bagan Ajam
Pasar malam ini dibuka setiap malam hari Selasa. Anda boleh menikmati makanan yang pelbagai di sini. Apa kata anda luangkan masa ke tempat menarik di Butterworth ini?
7. Restaurant Pen Mutiara
Lokasinya cuma 10 minit dari tempat perkilangan Bayan Lepas Free Trade Zone dan 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Di Restoran Pen Mutiara, anda akan menikmati makanan laut yang segar kerana lokasi berdekatan dermaga Batu Maung.
Tangkapan laut segar termasuklah ikan bawal, siakap, senangin, udang, kerang, dan sotong dihantar terus dari dermaga ke dapur Restoran Pen Mutiara setiap hari!
Jelas inilah tempat kunjungan wajib bagi penggemar makanan laut. Jangan lupa mencuba hidangan istimewa disini iaitu kari kepala ikan segar. Selain pelbagai masakan Melayu yang asli, restoran ini juga dapat menyiapkan kegemaran Thailand seperti kerabu mangga dan sup tomyam.
8. Temple Of Nine Emperor
Sang Nine Emperor Gods, yang dipercayai tinggal di bintang-bintang adalah anak-anak Bapa Kaisar Zhou Yu Dou Fu Yuan Jun dan Ibu Big Dipper Dou Mu Yuan Jun (Ratu Syurga). Populariti mereka telah merosot sejak dieksport keluar dari wilayah selatan China tetapi di Pulau Pinang ada satu kumpulan kecil yang masih menghormati dewa-dewa ini.
9. Air Hitam Dalam Educational Forest
Mudah sahaja untuk ke sini. Anda boleh meninggalkan Lebuhraya Utara / Selatan di jalan keluar 165 ke Sungai Dua dan mengikuti arah GPS. Terdapat dua laluan akses dimana satu agak membingungkan melalui Kampung (tempat letak kereta lama) dan satu lagi tempat letak kereta atas dari Jalan Kubang Semang (P3) (tempat letak kereta baru).
10. Thean Hock Keong Temple
Candi Thean Hock Keong kini selesai pada 3 Januari 1997. Bahagian luarnya adalah granit yang diukir secara hiasan. Terdapat dua pavilion di mahkamah depan yang dibangkitkan.
11. Char Kuey Teow – Telur Ayam Di Basuh
Dengan tagline “Telur Ayam Di Basuh”, kedai ini sentiasa di penuhi pengunjung dan dibuka pada pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi. Terdapat tiga jenis masakan disini iaitu Char Kuew Tiaw Udang; iaitu kecil, besar dan special, Nasi Goreng Udang dan juga Udang Goreng Sepinggan. Harganya memang berpatutan dan ini antara char kue teow yang tersedap yang pernah aku makan.
12. Restoran Ida Mee Sungai 2
Sekiranya anda melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Kedah, destinasi ini sangat mudah untuk diakses dan berdekatan sahaja dengan Sungai Dua Toll plaza. Selain mee udang, tempat menarik di Butterworth ini juga menyediakan menu masakan panas lain yang tidak kurang menariknya seperti mee goreng udang, kuey teow goreng, satay dan sebagainya.
13. Adam Char Kuey Teow
Tempat menarik di Butterworth ini sesuai juga untuk dijadikan lokasi R&R untuk berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan. Ia juga berdekatan dengan Restoran Ida Mee Sungai Dua. Anda semua boleh merasai antara dua restoran ini kerana kedua – duanya sedap.
14. Taman Rimba Bukit Mertajam
Keunikan Taman Rimba Bukit Mertajam ini dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai jenis flora seperti pokok Meranti Seraya, Meranti Rambai Daun, paku pakis dan pokok bunga-bunga hutan. Manakala fauna terdiri daripada burung-burung, rama- rama dan serangga ‘exotic’.
Pelbagai kemudahan yang disediakan di Taman Rimba seperti kawasan untuk perkelahan, pekhemahan, merentas denai hutan, kolam mandi dan tempat penginapan untuk anda. Bagi yang gemar dengan aktiviti cabaran fizikal, anda boleh mencuba aktiviti merentas denai hutan.
15. Masjid Jamek Kubang Buaya
Tempat menarik di Butterworth ini terletak di Jalan Kampung Gajah, 12300 Butterworth, Pulau Pinang. Setelah anda sekeluarga melawat tempat-tempat menarik di kawasan berdekatan Butterworth, anda boleh singgah di masjid ini untuk rehat dan solat.
Jom baca juga tempat menarik di Pasir Gudang, tempat menarik di Selangor dan tempat menarik di Bintulu.