Daerah Manjung adalah daerah di bahagian barat daya negeri Perak, Malaysia. Daerah ini terkenal dengan destinasi Pulau Pangkor yang merupakan tarikan utama di Perak dan menjadi rumah Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Daerah Manjung yang mempunyai penduduk seramai 191 ribu orang ini merupakan pusat bandar utama. Ia turut lengkap dengan beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti Lumut, Bandar Sitiawan, Pekan Ayer Tawar dan Bandar Pantai Remis.
Imej via [asukavi]
Imej via [Asia Adventure]
Pulau Pangkor terkenal dengan air lautnya yang bersih serta pantainya yang cantik. Antara aktiviti pilihan pengunjung di pulau ini semestinya snorkeling, berkayak, memancing dan berkelah. Tak lupa juga di pulau ini juga terdapat beberapa tempat menarik dan bersejarah misalnya batu bersurat Pangkor, kota Belanda, Pantai Puteri Dewi dan kilang memproses ikan bilis yang boleh anda lawati.
Imej via [Buletindunia]
Tahukah anda, Pulau Marina mengambil masa lima tahun perancangan metodologi dan kajian kebolehlaksanaan menyeluruh untuk memastikan bahawa pembuatan pulau tidak akan mengganggu alam sekitar. Pulau Marina juga merupakan pintu masuk ke Pulau Pangkor dengan penubuhan terminal jeti domestik di pulau itu.
Perjalanan ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa 10 minit dari Marina Island Jetty. Pantai Marina indah ini pula selalu menjadi tuan rumah kepada acara-acara penting seperti Hari Kemerdekaan, Parade perbarisan dan pesta perbarisan hari republik. Pulau ini amat sesuai untuk dilawati bersama seisi keluarga.
Imej via [smgr1991]
Ia adalah sebuah muzium yang kecil dan luar biasa bagi Malaysia kerana ia menampilkan artifak berusia kira-kira 500 tahun yang hanya berkaitan dengan kawasan Beruas sahaja. Untuk pengetahuan anda, banyak sumber tempat yang telah digali pada tahun 1991 oleh Projek Penyiasatan Beruas Sejarah.
Barang-barang ditemui dipercayai berasal dari Kesultanan Melayu di Beruas pada abad ke-16. Walaupun muzium ini kecil, namun di dalamnya tersimpan lebih kurang 300 artifak sejarah dan berbaloi untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Muzium ini beropersai setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.
Imej via [tripadvisor]
Belanda memanggilnya sebagai Fort Wallh. Kubu itu dibina semula oleh jabatan muzium Malaysia pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen kuno dan tapak bersejarah. Sebuah taman kecil dan beberapa kedai cenderahati telah dihasilkan di sekitar kawasan itu untuk pelawat.
Tanpa disedari, Kota Belanda ini merupakan salah satu tumpuan pelancong di Pulau Pangkor dan berdekatan dengan Manjung. Kebanyakan pelancong datang ke sini untuk bergambar dengan monumen-monumen sejarah.
Imej via [tripadvisor]
Layanan yang diberikan juga amat berkelas. Saya syorkan kepada anda datang ke sini sebaiknya pada waktu senja, anda dapat menyaksikan matahari terbenam di layar langit yang indah disamping menjamu selera makanan yang sungguh lazat. Pemandangan di tempat menarik di Manjung ini sungguh mengasyikkan. Rasa nak lepak lama-lama sahaja!
Imej via [Lumuda]
Taman dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menjadikannya sesuai untuk datang bersiar-siar dan berekreasi bersama seisi keluarga. Tak hanya itu, bahkan disini juga ada ditawarkan pusat penerangan memandangkan kawasan ini adalah pintu masuk utama ke Pulau Pangkor.
Imej via [tripadvisor]
Tempat menarik di Manjung ini sangat sesuai bagi anda yang menyukai aktiviti lasak terutamanya jungle trekking. Selain itu, anda harus mencuba jambatan gantung taman paya bakau yang pastinya mencabar keberanian anda. Anda boleh melihat keindahan hutan sambil menaiki jambatan beramai-ramai dengan keluarga anda. Pasti amat meriah sekali!
Imej via [anakperak]
Blow up gergasi dan halangan dibina di atas air membuatkan anda boleh melompat dan bermain. Pasti mengujakan dan menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan buat anda. Harga tiket buat pengunjung dewasa sekitar RM 20 manakala kanak-kanak pula RM 15. Mereka beroperasi setiap hari kecuali selasa bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 7 malam.
Imej via [flickr]
Struktur pantai yang landai, ombak yang agak tenang, air laut yang cukup bersih menjadikannya destinasi popular untuk mandi-manda. Bagi anda yang ingin menyewa pelampung dan kerusi malas juga ada disediakan dengan harga yang berpatutan. Teluk Batik juga menyediakan beberapa tempat penginapan seperti Calet Kenangan Pak Mat, Teluk Batik Resort, Virgo Batik Resort buat anda.
Lebih menariknya di sini adalah restoran makanan lautnya yang menyajikan juadah segar yang menyelerakan. Makanan seafood yang segar dari laut menjadi keunikan dan keseronokan menikmati makanan di sini.
Imej via [suaraperak]
Air terjun ini berkonsepkan kehijauan dan air yang sejuk di mana ia sesuai untuk anda bermandi manda dan berkelah sambil merehatkan fikiran. Selain mandi manda dan berkelah, pengunjung biasanya melakukan jungle trekking, berkemah dan bbq. Sekali sekala datanglah bercuti ke tempat menarik di Manjung ini untuk menghilangkan stress bekerja!
Imej via [maisinggah]
Anda boleh mendapatkan barang-barang di sini sebagai cenderahati dan buah tangan untuk keluarga, orang tersayang atau rakan sepejabat anda. Percayalah, akan ada juga barang yang menambat hati anda untuk dapatkan di sini.
Imej via [mygeoview]
Terdapat chalet yang berbentuk rumah tradisional untuk anda menginap di sini. Di samping itu, Teluk Rubiah Beach dan Golf Resort juga memberikan anda suasana kolam indah untuk berenang di air jernih dan cantik serta tempat menjamu selera yang menarik.
Imej via [Gilahartanah]
Rujukan