Ada kisah sedih Shin Chan dan Himawari? | Ada pelbagai pendapat mengenai animasi Crayon Shin Chan yang sememangnya terkenal di serata dunia. Ada yang berpendapat, animasi tersebut sangat menarik, lawak, lucu, comel dan sebagainya. Ada juga yang mendakwa ia tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana beberapa babak yang kurang sopan.

Namun begitu, adakah anda tahu sebenarnya ada satu kisah sedih disebalik animasi Shin Chan ditayangkan di Malaysia menerusi saluran NTV7 pada jam 7.00 petang setiap hari Sabtu?

Siri kartun dari Jepun karya Yoshito Usui ini yang memberikan anda gelak ketawa dan membuatkan anda rasa terhibur dengan setiap adegan Shin Chan, Himawari dan rakan-rakannya itu sebenarnya ada kisah lain disebaliknya.

KISAH SEDIH SHIN CHAN DAN HIMAWARI YANG RAMAI TIDAK TAHU

Beberapa sumber info yang ammboi lawati memaparkan mengenai kisah sedih disebalik keriangan yang ada pada diri budak yang berumur 5 tahun ini iaitu Shin Chan yang memang terkenal dengan sikapnya bersahajanya. Yang buatkan ammboi terkedu ialah kisah sebenar Shin Chan dan adiknya Himawari yang sangat menyentuh hati.

KISAH SEDIH SHIN CHAN DAN HIMAWARI YANG RAMAI TIDAK TAHU 1

Antara kisah yang terkenal di Jepun ialah tentang seorang ibu yang kehilangan dua anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu itu ialah Misae. Misae mempunyai dua orang anak, seorang bernama Shin Chan dan adiknya bernama Himawari.

Suatu hari, Shin Chan melihat adiknya yang berada di jalan raya kemudian datangnya kenderaan yang hampir melanggar adiknya itu. Melihat kejadian yang berlaku di mana adiknya berada dalam bahaya, Shin Chan berusaha untuk selamatkan adiknya. Tanpa diduga Shin Chan turut terkorban dalam kemalangan itu.

Misae sangat terkejut dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu. Selepas itu, Misae mula membayangi satu kisah bahagia yang menggambarkan keceriaan kedua-dua anaknya bersama-sama dengan bermain krayon milik Shin Chan dan melukis pada bukunya setiap hari.

Kisah hidup Misae ini dijadikan inspirasi untuk anime Crayon Shin Chan ini. Shin Chan dan Himawari muncul dalam manga Crayon Shin Chan adalah bersumberkan cerita kedua-dua anak Misae yang meninggal dunia. Dengan manga yang diterbitkan, Misae berharap agar hidupnya kembali indah dan perasaan gembiranya yang ingin dikecapi bersama-sama dengan anak-anak.

Di khabarkan bahawa penulis, Yoshito Usui sempat menulis kisah ini di halaman pertama episod pertama Crayon Shin Chan. Selain itu, masyarakat Jepun menganggap ini merupakan kisah benar untuk dijadikan pedoman.

Namun begitu, apa yang boleh ammboi simpulkan disini, kisah tersebut masih lagi menjadi perdebatan antara peminat dan penonton di Jepun. Ada yang mengandaikan kisah itu hanyalah rekaan semata-mata dan ada juga yang menganggap ia benar-benar berlaku.

KISAH SEDIH SHIN CHAN DAN HIMAWARI YANG RAMAI TIDAK TAHU 2

Apapun di Malaysia, Crayon Shin Chan lebih ramai yang menontonnya atau dibaca oleh kanak-kanak. Tapi di Jepun, anime ini merupakan kegemaran orang dewasa yang sangat suka untuk dijadikan hiburan mengisi masa lapang.

Walaupun kartun animasi Crayon Shin Chan mendapat tarikan di seluruh dunia, namun pada September 2009 negara matahari terbit itu digemparkan dengan kematian Yoshito Usui. Dia dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh ketika mendaki di pergunungan Arafune, Jepun.

Ramai yang percaya Yoshito Usui mati akibat membunuh diri selepas mengalami tekanan perasaan sebelum itu. Walau bagaimanapun, kematiannya masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.