11 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan terkenal dengan tempat menarik yang bersejarah dan menakjubkan. Tapi tak kurangnya dengan tempat yang menghiburkan dan sesuai dilawati oleh anda sekeluarga.
Terdapat banyak tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan boleh anda kunjungi. Sesuai untuk menginap ataupun bercuti di samping melakukan aktiviti menarik dan meluangkan masa bersama keluarga bersama.
Jom lihat antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi untuk menyambut hari keluarga.
1. Pusat Rekreasi Ulu Bendul Kuala Pilah
Kawasan Pusat Rekreasi Ulu Bendul Kuala Pilah ini terletak di kaki Gunung Angsi. Pastinya suasananya juga agak dingin dan sejuk. Bolehlah anda bermandi-manda dan berkelah di sini.
Selain itu, terdapat juga Snake Garden yang membolehkan anda melihat ular yang ditempatkan di satu kawasan sebagai pameran. Namun, tak perlu risau, tiada ular yang berkeliaran di sini. Ia adalah pameran dan anda bebas berjalan-jalan dan berhibur di pusat rekreasi ini.
2. Pantai Port Dickson
Negeri Sembilan tak lekang daripada kawasan pantai kerana ia sememangnya terkenal kerana kecantikan pantainya. Uniknya, pantai Port Dickson sangat panjang dimana ia meliputi kawasan pantai lain.
Antaranya adalah Pantai Tanjung Biru, Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Blue Lagoon, Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan lain-lain lagi. Berdekatan Port Dickson juga terdapat banyak jenis penginapan atau chalet termasuklah chalet eksklusif mahupun bajet. Semuanya sesuai dengan kemahuan anda.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti bermain sukan air, berkelah, mandi-manda dan banyak lagi. Kawasan yang sangat luas ini sesuai untuk aktiviti team building, family day dan lain-lain lagi.
3. Pulau Burung, Port Dickson
Tempat menarik untuk family day di Port Dickson juga adalah Pulau Burung. Anda perlu melalui kawasan jalan kaki dari pantai PD hingga ke Pulau Burung.
Sangat indah dan cantik panoramanya dimana terdapat kawasan pokok baya bakau di sekitar pulau ini. Aktiviti utama menarik untuk dilakukan bersama keluarga di sini adalah memancing selain dari berkelah.
4. Hutan Lipur Lenggeng
Sekiranya anda inginkan tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan yang lebih privasi, Hutan Lipur Lenggeng amat sesuai dikunjungi. Ia adalah air terjun hutan yang sangat sejuk dan dingin mempunyai penorama indah untuk anda terokai.
Bukan sahaja air terjun, anda boleh mandi-manda di kolam kecil yang terdapat di sini. Selain itu, berkhemah dan merentasi hutan juga amat menyeronokkan.
Anda dapat melihat kecantikan flora dan fauna seperti pokok paku pakis, orkid liar, serangga, unggas dan banyak lagi hidupan di sini.
5. Pantai Saujana Port Dickson
Pantai Saujana yang berdekatan dengan pantai Port Dickson ini memiliki banyak kedai atau restoran makan yang boleh anda singgah. Sempena family day, jom makan di sini sambil menikmati keindahan pantai Saujana ini.
6. Wet World Resort Air Panas Pedas
Selalu asyik ke pantai sahaja, apa kata kali ini kita ke taman tema air panas pula. Taman tema air panas pertama di Port Dickson ini sangat sesuai dijadikan sebagai tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan.
Dapatlah kita sekeluarga meluangkan masa mandi air panas di sini, sambil berhibur dapat juga sihatkan badan kerana ia dapat melancarkan peredaran darah kita semua. Anak-anak pun pasti suka.
7. Jeram Toi
Tidak dinafikan bahawa Negeri Sembilan mempunyai banyak pilihan tempat mandi yang menyeronokkan. Justeru, anda boleh menyambut family day di sini juga kerana ia sangat menghiburkan.
Jeram Toi mempunyai air terjun yang agak deras sesuai untuk orang dewasa. Anak-anak boleh mandi di kawasan bawah namun harus berhati-hati. Kemudahan seperti bilik persalinan, kolam buatan mandian anak-anak, surau, tandas dan banyak lagi turut disediakan.
8. Rantau Eco Park
Tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan salah satunya adalah Rantau Eco Park. Dengan mandi dalam kolam yang besar secara beramai-ramai, pasti ia amat menyeronokkan.
Anda juga berpeluang menaiki paddle boat, berkayak, berenang dan lain-lain sukan air yang disediakan. Family day pasti amat menyeronokkan kerana semua aktiviti boleh dilakukan bersama-sama.
Anda juga boleh memancing pelbagai jenis ikan air tawar di sini. Penginapan juga disediakan di Rantau Eco Park.
9. Taman Negeri Kenaboi
Sekiranya anda ingin menyambut family day bersama ahli keluarga yang dewasa, Taman Negeri Kenaboi sangat sesuai dijadikan destinasi anda. Ia merupakan salah satu hutan simpanan yang boleh anda terokai.
Dikenali sebagai Taman Alam Liar, anda boleh berkhemah di sini. Sungai dalam hutan ini membolehkan anda berkayak, airnya cukup deras. Terdapat juga air terjun lata kijang di sini.
10. Dickson Dragon Cruise
Jom naiki Dickson Dragon Cruise yang akan membawa anda menyelusuri laut selat Melaka. Selain menikmati pemandangan lautan yang indah, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga di dalam cruise dengan menikmatik jakuzi, karaoke, mengambil gambar dan lain-lain lagi aktiviti.
11. PD Ostrich Show Farm
Salah satu tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan juga adalah PD Ostrich Show Farm. Jika anda mempunyai anak-anak, pasti tempat ini sangat menghiburkan.
Anda boleh saksikan ostrich atau burung unta yang tinggi serta telurnya yang sangat besar dan kuat sehingga anda boleh berdiri di atas telurnya.
Meluangkan masa di sini sambil menyambut family day pasti akan menyeronokkan anda sekeluarga. Sambil tu, bolehlah beli barang kraftangan di kedai cenderahati di sini.
Itulah dia tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan boleh anda kunjungi. Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Selangor, Pulau Sembilan Perak, Tembok besar cina dan tempat menarik di Xining. Semoga bermanfaat.
Rujukan:
- Tempat menarik di Negeri Sembilan. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-negeri-sembilan/
- Tempat menarik Negeri Sembilan. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-negeri-sembilan