10 Tempat Menarik Di Pulau Gaya |Resort, Pulau Dan Tempat Makan
Pulau Gaya adalah pulau yang terletak hanya kira-kira 10 minit dari Kota Kinabalu, Sabah. Pulau ini juga menjadi sebahagian daripada Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Pulau Gaya berasal dari perkataan Bajau, “Gayo” yang bermaksud besar.
Pulau ini menduduki kawasan seluas 15 km² (3,700 ekar) dengan ketinggian 300 meter. Beberapa hutan tumbuh di sepanjang tulang belakang Pulau Gaya. Pulau Gaya adalah pulau terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman, dan dilitupi dengan hutan tropika.
Pulau ini mempunyai laluan berkembar 20 kilometer dan tiga resort lima bintang. Bunyinya amat menarik bukan? Jom kami senaraikan 10 tempat menarik di Pulau Gaya amat menyeronokkan boleh anda kunjungi.
1. Gaya Island Resort
Gaya Island terletak di dalam Taman Tunku Abdul Rahman. Ia menawarkan vila-vila yang elegan dengan pemandangan panorama indah Laut China Selatan dan hutan hujan tropika. Tempat menarik di Pulau Gaya ini juga menyediakan pelbagai pilihan tempat makan, pantai persendirian dan kolam renang luaran.Setiap vila yang berhawa dingin dihiasi dengan hiasan dalaman kayu. Ianya juga mempunyai balkoni peribadi dengan ruang duduk luaran. Bufet sarapan disajikan setiap hari di Feast Village. Menunya terdapat dengan pelbagai pilihan Asia dan Antarabangsa.
Rawatan yang menenangkan boleh dinikmati di Spa Village. Kelas yoga turut diadakan setiap hari. Tetamu juga boleh melakukan aktiviti luaran dengan bayaran tambahan seperti menyelam dan sebagainya.
Gaya Island Resort berada 10 minit perjalanan menaiki bot laju dari Terminal Feri Jesselton Point. Lapangan terbang terdekat berada sejauh 11 km dari Terminal Feri Jesselton Point. Pemindahan lapangan terbang dan bot boleh diminta dengan bayaran tambahan.
2. Gayana Marine Resort
Gayana Marine Resort yang merupakan tempat menarik di Pulau Gaya ini terletak di pinggir hutan di pulau ini. Ia menawarkan vila-vila di atas air yang luas dengan hiasan dalaman kayu. Ia menawarkan 3 tempat makan, kolam renang dan juga spa. Setiap vila mempunyai penghawa dingin dan dilengkapi dengan TV 42 inci.Beberapa vila mempunyai kolam renang peribadi dan ruang tamu yang berasingan. Tetamu boleh menikmati rawatan di spa atau berehat di tepi kolam renang. Kakitangannya yang juga amat mesra boleh membantu anda dengan pelbagai aktiviti.
3. Bunga Raya Island Resort
Bunga Raya Island Resort menawarkan ruang luas dengan balkoni peribadi. Resort ini menawarkan kolam renang dan 3 tempat makan. Setiap vila dihiasi dengan hiasan kayu, dan menghadap ke hutan atau pemandangan Laut Cina Selatan.Longhouse dibuka untuk sarapan bufet, makan tengah hari dan makan malam setiap hari. Tetamu juga boleh menikmati rawatan di spa atau bersenam di gimnasium. Sebagai alternatif, pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling dan trekking di hutan ditawarkan.
4. Dive Downbelow Beach House
Jika anda ingin merasai pengalaman menyelam, anda bolehlah ke Dive Downbelow Beach House. Kebanyakan tenaga pengajar di sini mempunyai pengalaman menyelam selama 20 tahun. Sambil menyelam minum air, sambil bercuti pula boleh anda belajar menyelam.5. Coral Flyer – Flying Fox
Coral Flyer adalah perjalanan Flying Fox yang menakjubkan untuk dicuba oleh anda yang ingin bercuti ke Pulau Gaya. Zipline dari pulau ke pulau adalah sepanjang 250 meter dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi.Tahukah anda, tempat menarik di Pulau Gaya ini diuruskan oleh Ropeskills Rigging dengan sejarah lima belas tahun membina Ziplines di Asia. Jangan risau tentang keselamatan kerana ia mempunyai piawaian keselamatan yang terbaik.
6. Taman Negara Tunku Abdul Rahman
Taman Negara Tunku Abdul Rahman terdiri daripada kumpulan 5 pulau yang terletak antara 3 dan 8 km di luar Kota Kinabalu. Taman ini luasnya lebih daripada 4,929 hektar.Tempat menarik di Pulau Gaya ini dinamakan sempena nama Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia. Terminal Feri Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu adalah terminal feri bagi mereka yang menuju ke Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
Terminal feri ini juga merupakan pengangkutan bagi pengunjung yang ingin menginap di Manukan Island Resort, Gayana Resort atau Bunga Raya Resort.
7. Pulau Sapi
Pulau Sapi adalah pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Pulau Sapi terletak di hujung barat daya Pulau Gaya. Pulau seluas 25 ekar ini mempunyai pantai yang terbaik.Ianya sangat popular dalam kalangan pelancong untuk aktiviti snorkeling dan menyelam. Antara jam 10 pagi dan 4 petang, pulau ini sibuk dengan pelancong asing.
Ia dibangunkan dengan kemudahan pelancong termasuklah jeti, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air. Berkhemah dibenarkan, namun anda harus meminta kebenaran daripada Warden Taman ini dahulu.
8. Teluk Tavajun
Teluk Tavajun tidak mempunyai apa-apa kemudahan mewah tetapi ia menawan dengan caranya yang tersendiri. Tidak ada internet juga jadi ia adalah masa yang tepat untuk melupakan dunia dalam talian dan hanya menikmati masa ini. Jadi, amat menarik sekiranya anda ingin menikmati keindahan teluk ini kerana ia begitu menenangkan.9. Marine Ecology Research Centre
Pusat Penyelidikan Ekologi Marin (MERC) merupakan agensi yang menangani ancaman yang semakin meningkat terhadap kehidupan marin. MERC adalah yang pertama di Malaysia yang berjaya menghasilkan tujuh spesies kerang raksasa yang terdapat di perairan Malaysia.Kaedah pendidikan inovatif MERC telah diiktiraf dan memenangi anugerah oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Anda boleh melawat ke tempat menarik di Pulau Gaya ini mendapatkan maklumat yang berkaitan.
10. Alu-Alu Seafood
Tiada makanan lain yang menjadi sebutan di Sabah, ianya tidak lain tidak bukan adalah makanan laut. Oleh itu, makan malam anda pasti lebih puas di Alu-Alu Seafood. Lokasi tempat makan ini berada di Gayana Marine Resort.Kawasan ini memang meriah pada waktu malam. Bagi sesiapa yang tercari-cari makanan laut yang sedap, tempat menarik di Pulau Gaya inilah tempatnya. Jangan lupa untuk mencuba makanan seperti lobster, ikan merah, sotong dan sebagainya. Pasti anda terpukau akan kesedapannya.
Berikut adalah tempat menarik di Pulau Gaya yang amat menyeronokkan. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu, tempat menarik di Pulau Ketam, tempat menarik di Pulau Kukup dan tempat menarik di Pulau Karimun.