Pernah dengar sebuah tempat bernama Da Lat? Terletak di selatan Vietnam, Da Lat adalah sebuah lokasi menawan yang dikenali sebagai destinasi utama untuk berbulan madu di wilayah Vietnam. Da Lat terdiri daripada sebuah bandar gunung yang indah yang pernah menjadi stesen bukit semasa zaman penjajahan Perancis. Ramai pengunjung yang datang ke sini bercuti dan inginkan suasana yang sejuk dan menyegarkan.
Di sini, anda akan menemui senibina gaya Perancis nan indah di seluruh bandar. Jika anda menjelajah lebih jauh sedikit lagi, anda akan dapat melihat beberapa pemandangan terbaik di negara ini.
Di samping suasananya yang indah, kawasan-kawasan di Da Lat terkenal dengan tasik yang cantik, taman bunga, hutan yang subur serta bandar bukit yang terkenal. Tidak kurangnya dengan peminat ‘Jungle Trakking’. Bagi anda yang inginkan percutian santai dan menyeronokkan, jom lihat 15 tempat menarik di Da Lat.
Imej via [swiss-belhotel]
Kini, anda boleh melawat dan melihat sendiri bagaimana struktur dan suasana tempat menarik di Da Lat yang terkenal ini. Masih banyak yang tidak berubah pada istana ini. Ia persis pada masa lalu dan dipenuhi dengan perabut-perabut serta harta benda milik Bao Dai.
Imej via [tripadvisor]
Boleh juga berjalan di sepanjang laluan sebelah air terjun untuk menikmati kabus dingin dan kolam yang bersih di bawah air terjun ini. Pasti menarik sekali!
Imej via [pinterest]
Terdapat dewan tengah berwarna-warni yang mempunyai siri mural yang menceritakan kisah kehidupan Buddha. Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut mengenai sejarah agama Buddha, maka ini adalah tempat yang bagus untuk anda kunjungi. Untuk pengetahuan anda, pagoda ini terletak berhampiran tasik yang sangat subur dan indah.
Imej via [klook]
Anda b0leh melihat keindahan Dalat Flower Gardens yang merangkumi sekitar 7,000 meter persegi ini sebagai buktinya. Taman Bunga ini mempunyai lebih daripada 300 jenis bunga yang berwarna-warni. Salah satu perkara yang menakjubkan mengenai taman bunga Da Lat adalah bunga-bunga tersebut mekar pada masa yang berlainan tahun.
Anda dijamin dapat melihat sesuatu yang menarik pada bila-bila masa ketika anda kunjungi ke sini. Jika anda mahu melihat taman yang paling cantik, datanglah melawat ke sini pada musim panas.
Imej via [tripadvisor]
Di sini anda akan menemui kira-kira 1,000 buah kedai yang terletak di beberapa bangunan dan penuh dengan jualan mereka di sini. Pelbagai rempah ratus dan jenis daging segar turut dijual di sini. Menariknya, kedai-kedai bunga yang cantik serta gerai-gerai yang menjual botol wain tempatan juga boleh anda lihat.
Pasar Da Lat merupakan salah satu tempat yang baik untuk anda mendapatkan beberapa kraftangan tempatan seperti tekstil dan cenderahati lain. Jika anda datang ke Da Lat, jangan lupa singgah di sini ya.
Imej via [tripadvisor]
Aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah berjalan-jalan pada waktu petang sambil menikmati keindahan pemandangan Tasik Xuan Huong. Di sepanjang tepi tasik, anda akan menemui pokok willow dan pokok peach yang redup.
Terdapat beberapa kafe kecil di mana anda boleh minum petang sambil menikmati suasana yang tenang. Aktiviti popular lain yang boleh dibuat di tasik ini adalah menunggang kuda serta menaiki bot.
Imej via [gandan]
Anda boleh melihat tingkap tiket tradisional dan kereta api stim yang masih ada di sini. Nak menaiki kereta api yang menggunakan kayu api sekitar 5 kilometer di atas gunung pun boleh. Ia berakhir di desa indah Trai Mar.
Satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah anda memerlukan empat penumpang untuk kereta api berjalan dan mungkin perlu menunggu jika tiada orang lain mahu menaikinya. Stesen kereta api Da Lat ini adalah antara tempat menarik di Da Lat yang menyeronokkan.
Imej via [vietvisiontravel]
Terdapat sebuah galeri seni di lapangan berhampingan yang dikendalikan oleh penduduk biarawan Zen Buddha Vien Thuc. Oleh itu, anda boleh melawat biara serta melihat seni lukisannya di sini. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengambil lukisan tersebut untuk dibawa pulang. Untuk makluman anda Pagoda Lam Ty Ni ini merupakan salah satu tarikan premium di bandar Da Lat.
Imej via [rustycompass]
Tiada masalah untuk anda menikmati suasana berada dalam komuniti pertanian yang sibuk ini. Anda juga boleh membeli kraftangan tempatan di sini seperti tekstil kapas, wain tempatan dan kepingan sutera tradisional sebagai cenderahati yang baik untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Imej via [news.detik]
Semasa anda mendaki ke lokasi air terjun, anda akan dapat mendengar bunyi air yang terhempas walaupun masih jauh. Anda juga boleh merasai kesejukkan kabus pada hujung pendakian di Air Terjun Pongour ini. Ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan bukan?
Imej via [swiss-belhotel]
Apa lagi, buatlah perancangan dengan sewajarnya bagi tarikh yang sesuai untuk anda ke air terjun ini. Kereta kabel juga disediakan di sini bagi anda menaiki ke puncak air terjun Prenn. Lokasi air terjun ini juga terletak berhampiran dengan Kuil Au Lac.
Imej via [vnexpress]
Anda akan menemui galeri yang didedikasikan untuk orang Ma, Churu dan K’Ho. Nikmatilah koleksi pakaian tradisional, alat muzik dan kepingan upacara serta barangan antik seperti gambang batu yang diperbuat daripada batu yang dikatakan berusia 3,000 tahun di sini.
Imej via [dulich]
Anda juga akan menemui penjaga hutan dan masyarakat asli tempatan di sini yang akan membawa anda di sepanjang laluan tamna negara ini. Mereka akan menunjukkan anda mengenai semua spisies flora dan fauna yang terdapat di sini.
Pusat pelawat boleh anda singgah di mana anda boleh mempelajari sejarah dan budaya puak K’Ho Hill di pusat ini. Taman ini terletak sekitar 32 kilometer jauhnya dari Da Lat. Pasti seronok nak explore dan alami satu persatu kan!
Imej via [tripadvisor]
Anda boleh memesan makanan dan minuman sambil menikmati gambar-gambar kereta api terkenal dari seluruh dunia yang menghiasi dinding. Tempat menarik di Da Lat ini terletak berdekatan Stesen Keretapi Da Lat. Bolehlah anda singgah di sini alang-alang ke Stesen Kereta Api Da Lat.
Imej via [tripadvisor]
Pagoda ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Da Lat boleh anda kunjungi yang terletak di belakang bukit Da Lat. Jom datang ke sini dan minum-minum sambil menikmati udara segar!
Imej via [dasiatravels]
Jom baca juga tempat menarik di Hokkaido, tempat menarik di Greece dan tempat menarik di Hungary.