11 Pantai Di Perak Paling Indah Bercuti

Keindahan pantai di Perak pasti menjanjikan perbezaan kepada pengunjung yang hadir. Ini kerana keindahan pantai semula jadinya sangat sesuai untuk pengunjung merehatkan minda bersama keluarga.

Jika anda inginkan percutian di pantai, Perak adalah destinasi yang sesuai buat anda bercuti. Jom kami kongsikan antara pantai di Perak untuk anda buat pilihan.

1. Teluk Batik

air terjun di perak
Imej via [tempatmenarik]

Teluk Batik terletak 7 kilometer dari jeti Lumut, Perak. Teluk Batik adalah pantai di Perak yang cantik dengan pasir pantai yang halus, indah dan sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti bola tampar, berkhemah dan juga hari keluarga.

Teluk Batik menjadi tumpuan para pengunjung kerana air lautnya yang jernih dan ombak yang tenang sesuai untuk aktiviti mandi laut. Tidak hairanlah apabila tiba musim cuti sekolah, ianya dipenuhi dengan pengunjung

2. Teluk Senangin

air terjun di perak
Imej via [tempatmenarik]

Teluk Senangin adalah merupakan kawasan peranginan yang popular bagi penduduk tempatan untuk bersantai, bersantai dan berkelah bersama keluarga.

Pelbagai kemudahan telah disediakan seperti tempat penginapan, restoran dan kedai hadiah untuk memudahkan anda. Di samping itu, pengunjung juga dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, sukan pantai dan banyak lagi.

Bagi pengunjung yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dalam mencari ketenangan, ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka. Suasana pantainya yang damai dan indah ini pastinya bakal membuatkan sesiapa sahaja yang hadir akan tenang.

3. Pantai Pasir Panjang

pantai di perak
Imej via [tripadvisor]

Pantai Pasir Panjang merupakan pantai terpanjang di Perak. Pantai ini merupakan tempat penyu bertelur kerana permukaan pasir pantai yang licin, pokok rimbun dan bebas dari gangguan.

Lokasi ini juga dikawal oleh pusat pemuliharaan untuk menjaga kelangsungan hidup penyu. Selain itu, pantai di Perak ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk melihat bulan sabit untuk menentukan awal bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

4. Pulau Sembilan

pantai di perak
Imej via [astroawani]

Pulau Sembilan adalah salah satu dari 9 pulau kecil yang terdapat di Perak. Pulau ini menjadi titik tumpuan dan daya tarikan bagi pelancong untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, snorkeling atau skuba.

Di pulau ini, para pengunjung juga dapat melihat terumbu karang dan pelbagai kehidupan laut yang eksotik. Bagi anda yang ingin bermalam di Pulau Sembilan ini jangan risau kerana terdapat kemudahan khidmat penyewaan khemah dan juga pondok kecil untuk dijadikan tempat bermalam.

Pulau Sembilan juga terkenal dengan keindahan yang unik iaitu ‘air mata biru’ yang dapat dilihat pada waktu malam sebagai hasil fitoplankton bioluminescent.

5. Pantai Ban Pecah

pantai di perak
Imej via [ipohecho]

Pantai Ban Pecah merupakan pantai di Perak yang terkenal di kalangan penduduk tempatan untuk berehat dan melakukan riadah.

Sekiranya anda ingin memancing, di sini juga terdapat platform memancing yang telah dibina khas untuk kemudahan pemancing.

Di sini juga terkenal dengan kari ikan sembilang yang tidak asing lagi bagi penduduk tempatan untuk menjamu selera.

6. Pantai Remis

pantai di perak
Imej via [mdks]

Jika anda berkunjung ke Perak, jangan lupa untuk ke Pantai Remis kerana ianya sesuai untuk aktiviti kekeluargaan seperti Hari Keluarga dan sebagainya. Selain itu, keindahan panoramanya pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Dari segi prasarana yang disediakan juga cukup memenuhi keperluan para pengunjung ke pantai ini.

7. Teluk Rubiah

pantai di perak
Imej via [jeejountravel]

Pantai Teluk Rubiah terletak 30 minit perjalanan dari bandar Lumut, Perak. Sekiranya anda menyukai alam semula jadi, cubalah untuk trekking di hutan. Di sepanjang perjalanan anda, mungkin terlihat beberapa ekor burung dan monyet yang akan menyambut kedatangan anda ke sini. 

8. Pantai Damai Laut

pantai di perak
Imej via [tripadvisor]

Pantai Damai Laut merupakan pantai di Perak yang sangat indah. Waktu yang sesuai untuk ke pantai ini adalah pada bulan April hingga September kerana cuaca pada waktu ini tidak hujan. Jadi, pastikan anda merancang percutian anda lebih awal.

Aktiviti di sini juga amat menarik dan sangat meriah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menikmati keindahan pantai, berenang dan sebagainya. Prasarana juga disediakan untuk memenuhi segala keperluan pengunjung.

9. Pulau Giam

pantai di perak
Imej via [tempatmenarik]

Pulau Giam adalah salah satu pulau kecil yang terdapat di Pulau Pangkor. Ianya sering menjadi daya tarikan pelancong yang menikmati aktiviti seperti snorkeling dan berkayak.

Aktiviti ini pasti akan disukai oleh pengunjung kerana mereka dapat melihat air laut yang jernih, dengan pelbagai jenis hidupan laut dan terumbu karang yang banyak terdapat di sini.

Pengunjung di Pulau Giam juga boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah dan bersantai-santai. Antara tarikan utama pantai di Perak yang menakjubkan ini adalah terdapat batu-batu besar di pantai yang menyerupai penyu dan kepala buaya.

10. Pulau Pangkor

pantai di perak
Imej via [twitter]

Pulau Pangkor adalah pulau yang indah dengan pemandangannya yang menarik adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang boleh anda cuba seperti snorkeling, skuba, berkayak dan banyak lagi.

Bagi pengunjung yang ingin menjelajah seluruh pulau, tidak perlu risau kerana terdapat perkhidmatan sewa pengangkutan yang akan memudahkan perjalanan anda. Selain itu, prasarana yang disediakan juga pasti akan memenuhi semua kehendak anda.

11. Pantai Pasir Bogak

pantai di perak
Imej via [tourismmanjung]

Pantai Pasir Bogak antara pantai di Perak yang terletak di kawasan Pulau Pangkor. Ianya sering dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Panorama pantai ini juga sangat memukau yang ditambah dengan pasirnya yang putih dan tumbuhannya yang menghijau.

Pantai ini sering menjadi tempat aktiviti bagi memancing, berkelah dan sebagainya. Di sini terdapat banyak kemudahan prasarana yang disediakan seperti chalet, tempat makan dan sebagainya. 

Itulah dia 11 pantai di Perak yang boleh anda kunjungi untuk merehatkan minda. Jom baca juga air terjun di Pahang, Air terjun di Selangor dan air terjun di Malaysia.

Rujukan:

  1. 8 pulau dan pantai tempat menarik lokasi percutian di perak. http://www.sentiasapanas.com/2018/01/8-pulau-dan-pantai-lokasi-percutian-menarik-di-perak.html#axzz6h84ae2b1
  2. 7 senarai pantai percutian popular cantik di perak. https://e-majalah2u.blogspot.com/2016/09/7-senarai-pantai-percutian-popular.html
  3. Damai laut, Lumut, Perak. http://www.mamaotravel.my/damai-laut-lumut-perak/lumut-perak

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *