Bagi peminat sup, anda pastinya tahu dengan kenikmatan makan sup gearbox. Terdapat satu kedai yang dinamakan ZZ Sup Tulang yang terletak di Johor. Kedai ini cukup popular dalam kalangan penduduk tempatan. Anda boleh memakan sup gearbox ini bersama nasi mahupun memakannya begitu sahaja dengan menggunakan straw.

Kedai makan ZZ Sup Tulang ini juga merupakan antara tempat makan yang direkomendasikan oleh majoriti pelancong. Selain dari sup gearbox, di sini juga terkenal dengan menu popular Johor iaitu mee rebus. Malah ramai yang turut menyatakan bahawa mee rebus di kedai ini merupakan kedai yang menjual mee rebus paling sedap di Johor.

Restoran ZZ Sup Tulang ini diasaskan oleh Haji Zainal bin Abdul Aziz. Terdapat 4 cawangan milik beliau yang dibuka di Johor Bahru. Bagi anda yang baru pertama kali ingin merasai kesedapan dan keunikan sup gearbox, apa kata anda datang ke sini. Rempah yang digunakan di restoran ini untuk memasak sup tersebut menjadikannya hidangan yang istimewa dan dicari oleh para pelancong.

Suasana Kedai

Imej via [johorculinary]

Bagi sesebuah restoran, dekorasi dan suasana di restoran pastinya menjadi salah satu hal yang penting untuk menarik pelanggan. Restoran ini mempunyai dekorasi ala kampung dengan hiasan meja dan kerusi yang diletakkan di bawah pondok yang mempunyai atap daun nipah. Suasana ini pastinya dapat memikat hati anda yang rindukan masakan kampung.

Menariknya di sini, bukan sahaja suasana yang dijadikan ala kampung, malah terdapat dua pilihan tempat duduk yang boleh dipilih oleh pelanggan. Terdapat kerusi yang disediakan untuk pelanggan duduk dan terdapat juga tempat duduk bersila yang disediakan bagi mereka yang ingin duduk dengan posisi bersila.

Menu Sup Tulang Merah

Imej via [carousell.sg]

Sekiranya anda datang ke sini, apa kata anda cuba menu sup tulang merah yang cukup popular di kedai ini. Menu ini mempunyai rasa yang berbeza dengan sup yang dijual di kedai-kedai biasa. Kuahnya yang pekat dan unik menjadikannya terkenal dalam kalangan mereka yang menyukai masakan sup. Kedai ini dibuka pada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari.

Imej via [tripadvisor]

Walaupun banyak kedai yang menyediakan masakan sup tulang merah, restoran ZZ sup tulang ini merupakan antara kedai yang terkenal dengan hidangan supnya yang sedap serta harga yang berpatutan. Menariknya lagi, di sini bukan sahaja dihidangkan makanan berasaskan sup, malah terdapat juga menu masakan panas yang lain dapat anda cuba jika datang ke sini.

Mee Rebus Tulang

Imej via [foursquare.com]

Tidak dinafikan negeri Johor cukup terkenal dengan makanan mee rebusnya. Jika datang ke sini, anda juga boleh mencuba mee rebus yang dijual di sini. Terdapat dua pilihan mee rebus iaitu ayam mahupun daging. Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza, apa kata anda cuba menu mee rebus tulang. Anda juga boleh memilih sama ada mahu makan mee, mee hoon mahupun kuey teow.

Kuahnya yang pekat dan kaya dengan rempah ratus menjadikan mee rebus lebih sedap untuk di makan. Meenya juga sangat lembut dan ditambah dengan hidangan daging yang terdapat pada tulang pastinya dapat memikat hati anda. Kuantiti mee rebus serta daging yang banyak menjadikan para pelanggan berpuas hati untuk datang ke sini.

Pelbagai Hidangan Lain

Imej via [saji.my]

Selain itu, terdapat juga hidangan lain yang disediakan selain daripada mee rebus dan sup tulang. Bagi anda yang tidak ingin mencuba hidangan sup yang terdapat di kedai ini, anda boleh memesan makanan ala thai dan western yang disediakan di sini. Menariknya lagi, terdapat juga booth burger yang dibina untuk mereka yang ingin memakan burger.

Imej via [facebook]

Bagi mereka yang sukakan masakan western, di sini terdapat hidangan seperti chicken chop, steak, lamb chop, sirloin, atau fish and chips. Sementara menunggu hidangan anda untuk sampai, terdapat pembuka selera yang dihidangkan di sini seperti otak-otak bakar. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini dan rasai sendiri keunikan sup gearbox yang dijual di restaurant ini!

Kesimpulan

Sup gearbox terkenal kerana keunikan dan cara memakannya yang berbeza dengan sup yang biasa. Bagi mereka yang meminati sup ini sangat disarankan untuk mencuba menu gearbox yang terdapat di sini. Sekiranya anda tidak memakan sup gearbox, anda juga boleh mencuba pelbagai menu lain yang dijual di sini. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini sekiranya bercuti ke Johor Bahru.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.