14 Tempat Menarik Di Uzbekistan [PILIHAN UTAMA PELANCONG]
Uzbekistan terkenal dengan gelaran ‘negara matahari’ kerana suasana dan keindahan matahari terbit dan matahari terbenam amat popular baginya walaupun merupakan sebuah negara 4 musim. Negara Asia Tenggara dan bekas republik Soviet ini sangat sesuai untuk anda kunjungi memandangkan masyarakat di sini juga pelbagai bangsa malahan ia juga didiami oleh pelbagai etnik seperti kaum Turki, suku Arab, Iran, Pakistan, Persia, Rusia dan lain-lain lagi.
Tidak kurang juga pelancong yang berkunjung ke sini, rata-ratanya berasal dari seluruh negara. Bukan sahaja masyarakat Uzbek menarik minat pelancong ke sini, tetapi seni bina bangunannya serta pelbagai peninggalan sejarah dahulu kala menjadikan negara ini tidak lekang dari kunjungan pelancong.
Untuk pengetahuan anda, negara pengeluar emas terbesar di dunia ini juga tidak hanya maju dalam bidang perlombongan emas, tetapi industri pelancongan mereka berada pada tahap terbaik dan memberangsangkan. Terdapat banyak tempat menarik di Uzbekistan yang boleh anda kunjungi sepanjang bercuti di sini. Jom lihat tempat menarik di Uzbekistan yang menjadi pilihan utama pelancong.
1. Masjid Nabi Khidir
Masjid Nabi Khidir ini telah dibina pada abad ke-7 dan menjadi sebuah masjid tertua di Uzbekistan. Dari dahulu sehingga sekarang, masjid ini berfungsi untuk menyebarkan agama Islam di sini selain menjadi salah satu pusat ibadah umat Islam.
2. Kompleks Uzbekistan
Selain itu, terdapat banyak patung yang terkenal dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri diabadikan di sini. Anda juga dapat melihat madrasah berhampiran sini yang membuatkan tempat ini penuh dengan para penghafaz Al-Quran. Alang-alang berada di Kompleks ini, singgahlah membeli-belah di bazar kompleks ini.
3. Sitorai Mokhi khossa
Terdapat masjid dan madrasah di sini yang masih lagi berfungsi. Walaupun dari luar nampak seperti satu bangunan sahaja, tetapi apabila masuk ke dalam, anda akan mendapati bahawa saiznya amat luas dan besar sekali. Bangunan ini juga adalah hasil senibina Rusia dan Islam.
4. Padang Pasir Kyzyl Kum
Antara kehidupan yang terdapat di sini adalah biri-biri, burung, kuda dan banyak lagi hidupan haiwan. Namun, haiwan jenis reptilia seperti sand boa dan ular kobra juga mendiami kawasan ini. Serangga juga tidak terkecuali. Semestinya agak bahaya, jadi jangan sesekali masuk ke bahagian hutan padang pasir ini ya!
5. Muzium Seni Uzbekistan (Museum Of Art)
6. Samarkand
Terdapat banyak tempat menarik di Samarkand yang boleh anda kunjungi iaitu Tilla Qari, Registan Square, Mouseleum of Tamarlene, Amir Temor Mouseleum, Madrasah Ulugh Beg, Sherdo dan lain-lain lagi. Kebanyakan tempat ini adalah bangunan bersejarah dan mempunyai kisahnya yang tersendiri.
7. Tashkent
Destinasi percutian yang boleh anda kunjungi di sini adalah Hazrati Imom dan Menara Televisyen tertinggi. Kedua-dua tempat ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong. Anda juga boleh melihat Al-Quran tertua di dunia sejak zaman Khalifah Usman Bin Affan lagi dan Al-Quran ini telah dibukukan selepas wafatnya Rasulullah SAW.
Jelas, ini menunjukkan bahawa Tashkent bukanlah tempat yang tidak ada nilainya. Ia merupakan bandar bersejarah penuh dengan sejarah Islam yang amat bernilai. Semoga percutian ke sini dapat mendekatkan diri kita dengan Islam dan ilmu.
8. Chorsu Bazaar
Anda boleh mencari sesuatu yang unik dan tidak ada di Malaysia untuk dibawa pulang. Mungkin juga boleh dijadikan buah tangan untuk jiran-jiran atau saudara mara kan! Apapun, Chorsu Bazar ini kelihatan seperti suasana di Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Amat menyeronokkan, peniaga pun sangat ramah.
9. Istana Romanov
Anda dapat melihat dan menerokai bangunan dua tingkat yang berwarna kuning ini serta tiga bilik di dalamnya. Menariknya, anda dapat melihat syiling tempat makan dalam istana ini dihiasi dengan ayat Al-Quran dan berwarna emas. Ini betul-betul unik dan bercirikan Islam.
10. Alisher Navoi Theater Uzbekistan
Pada malam hari pula, anda boleh menikmati keindahan cahaya lampu di luar Alisher Navoi ini. Nak melepak di depan air terjun ini pun tiada masalah. Untuk melihat teater apa yang akan diadakan di sini, anda boleh terus ke laman website Alisher Navoi Theater Uzbekistan.
11. Pamir Mountain Uzberkistan
Selain itu, anda dapat saksikan keindahan air sungai yang bersih dan sejuk serta alam bukit bukau hijau yang mempersonakan ini. Selalunya, aktiviti mencabar di Bukit Pamir ini akan mengambil masa selama 12 sehingga 14 hari. Lama juga kan? Tapi inilah yang dinamakan pengalaman dan cabaran sekali sekala boleh anda sertai. Pasti seronok jika dapat mendaki bukit ini beramai-ramai!
12. Gunung Chimgan
Untuk pengetahuan anda, gunung ganang di sini kerap kali diliputi salji pada musim sejuk dan juga amat dingin pada musim bunga. Anda boleh melihat keindahan pemandangan Gunung Chimgan yang disebut sebagai Swiss of Uzbekistan itu. Selain melakukan aktiviti bermain salji dan ski, anda juga boleh meluangkan masa bergambar bersama keluarga, menikmati udara segar dan lain-lain lagi.
13. Oloy Bozori
Antaranya adalah pakaian, makanan, buah-buahan, barang kemas, aksesori, kasut, beg, jam dan pelbagai lagi barang. Kebanyakan barang memang mudah untuk anda temui di sini. Tidak lupa juga cenderamata untuk sanak saudara dan kawan-kawan anda.
Oloy Bozori ini agak besar juga jika anda masuk setiap kedai yang terdapat di sini, mungkin akan mengambil masa paling kurang pun 2 jam untuk anda berada di sekitar sini.
14. Tasik Aydarkul
Itulah dia 14 tempat menarik di Uzbekistan pilihan utama pelancong. Jom baca juga tempat menarik di Rusia, tempat menarik di Phu Quoc, tempat menarik di Rome dan tempat menarik di Quebec.
Rujukan: