Nasakuya Resort: Resort Cantik di Semporna Kena Pergi
Pernah dengar tentang Nasakuya Resort? Resort ini terletak di Semporna, Sabah. Banyak perkara menarik yang anda perlu tahu mengetahui resort ini. Pasti anda akan rasa tertarik untuk datang ke sini kelak.
Teringin nak ke Maldives dan merasai penginapan atas air? Bajet pula tak cukup? Datang saja ke Pulau Bum Bum dan menginap di Nasakuya Resort. Airnya lautnya memang jernih, kebiruan dan sedikit kehijauan. Persis di Maldives, di sini anda buka sahaja pintu bilik, boleh terus terjun ke laut.
Jika anda mencari penginapan terbaik dan memuaskan di Semporna, kami cadangkan anda untuk menginap di sini. Pasti memuaskan dan pasti anda tidak bosan terutama buat anda yang suka akan pulau dan laut.
Untuk ke sini anda perlu menaiki boat dari Jeti Umum Semporna secara terus ke Nasakuya Resort selama 30 minit. Anda tak perlu risau tentang pengangkutan, penginapan, makanan dan aktiviti kerana terdapat ramai agen yang membuat pakej keseluruhan percutian anda dengan berbaloi. Pilih saja yang mana anda berkenan.
Lautnya yang bersih dan jernih menampakkan pelbagai hidupan marin seperti ikan, tapak sulaiman, batu karang dan sebagainya dengan jelas.
Uniknya resort ini terapung di tengah-tengah laut. Memang mendamaikan kerana jauh dari kesibukan kota. Tenang fikiran apabila berada di laut, ditiup angin sepoi-sepoi Bahasa dan menghirup udara yang segar.
Resort yang terletak di Pulau Bum Bum ini menyediakan penggunaan elektrik dalam tempoh 24 jam berbanding penginapan lain yang berada di sini. Namun, penggunaan pendingin hawa bermula dari 6 petang sehingga 6 pagi.
Penginapan bermula dari RM 800 untuk satu malam. Pihak resort menyediakan pelbagai kelengkapan di setiap bilik untuk keselesaan penginap seperti pendingin hawa, kipas, televisyen dan pemanas air. Kesemua bilik ada 15 sahaja. Memang sangat terhad.
Tak perlu khuatir jika panas. Walaupun matahari memancar anda akan masih berasa nyaman kerana berada di tengah-tengah laut. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan seperti snorkeling, berkayak, bersantai, bermandi-manda dan melihat penyu.
Jika anda datang ke sini sendiri dan bukan melalui agen, anda juga boleh menjalankan pelbagai aktiviti menarik menggunakan kelengkapan yang disediakan oleh pihak resort. Minta sahaja jaket keselamatan, peralatan snorkeling, tilam angin terapung dan sebagainya dari pihak resort.
Bukan itu sahaja, anda pasti pernah melihat ramai yang bercuti di pulau yang terdapat di Sabah dan berkayak menggunakan kayak lut sinar. Anda juga boleh melakukannya di sini dan menyewa kayak tersebut dengan pihak resort. Bolehlah anda ootd ala-ala artis dan model di tengah laut.
Selain itu, anda berpeluang untuk melihat pelbagai hidupan marin yang unik dan cantik. Lebih menarik, anda turut berpeluang untuk berenang bersama ikan-ikan atau penyu.
Jika ada yang tak tahu, ada beberapa pulau terkenal dan menarik yang berada berdekatan Nasakuya Resort seperti Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Sibuan. Jika tidak mahu snorkeling di sini, anda boleh bersantai sambil menikmati keindahan pulau-pulau tersebut.
Berminat untuk ke sini dan ingin mengetahui maklumat lanjut? Hubungi mereka di aplikasi Whatsapp kerana resort ini tidak mempunyai laman web rasmi.
Walaubagaimanapun, resort ini sering penuh dengan pengunjung dalam dan luar negara. Jadi anda perlulah membuat tempahan awal agar impian anda untuk bercuti di sini dapat ditunaikan. Jom ajak keluarga, pasangan atau sahabat anda bercuti di sini!
Alamat: Kg Tundun Bum-Bum, Lot No 20-031204014 Peti surat 852, 91308 Semporna, Sabah.
Kadar Penginapan: RM 800 ke atas
Media Sosial: Nasakuya Resort
Email: [email protected]
No telefon: 014-224 4513
Mencari pulau-pulau menarik untuk bercuti dengan yang tersayang? Mungkin tempat ini dapat memenuhi citarasa percutian anda: