Ikan Bayan merupakan sejenis ikan yang hidup di sema kawasan perairan negara sama ada cetek atau dalam. Ikan bayan ini boleh dijumpai di kawasan terumbu-terumbu karang. Ikan ini juga mempunyai pelbagai warna yang akan berubah mengikut usia dan jantina. Menariknya mengenai ikan ini, ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz serta mempunyai sekurang-kurangnya 90 spesies.

Ikan ini juga sangat terkenal di dalam kalangan nelayan kerana keunikan warnanya dan rasanya yang sedap. Walau bagaimanapun, spesies ikan bayan ini sangat terancam kerana banyak nelayan yang menangkapnya atas permintaan ramai. Ikan bayan ini juga mempunyai fungsi yang besar dalam ekosistem laut. Jom kita lihat antara perkara tentang ikan bayan yang anda perlu tahu.

Membantu Pertumbuhan Terumbu Karang

Bagi peminat para penyelam, keindahan lautan bawah pastinya dapat memberikan anda ketenangan dan keseronokan. Sekiranya terumbu karang semakin pupus, keindahan lautan dalam yang dihiasi warna-warni batu karang juga akan terhapus. Spesies ikan bayan mempunyai fungsi yang berbeza kepada terumbu karang.

Spesies ikan bayan ini merupakan spesies penting yang dapat membantu pertumbuhan batu karang. Ikan ini akan memakan segala jenis lumut dan rumpai yang terdapat di sekeliling mahupun atas batu karang. Hal ini secara tidak langsung akan membantu terumbu karang mendapatkan cahaya matahari dan mengelakkan terumbu karang dari mati. Hal ini pastinya dapat melindungi spesies batu karang yang terdapat di dalam laut.

Sisa Buangan Pasir

Sama seperti warnanya yang unik, ikan ini mengeluarkan najisnya dalam bentuk pasir putih. Pasir yang dikeluarkan oleh ikan ini bukan sahaja baik untuk terumbu karang, malah dapat membantu pengurangan atau penghakisan pasir di dalam laut.

Ikan Bayan memecahkan kepingan karang dengan gigi yang terdapat di dalam kerongkong mereka. Hal inilah yang menyebabkan batu karang bertukar menjadi kepingan pasir putih yang dikenali sebagai sisa buangan ikan bayan.

Selain itu. ikan ini menghabiskan masanya untuk membersihkan rumpai yang terdapat di atas terumbu karang dan hasilnya, spesies ikan ini mampu menghasilkan sehingga 100 kg pasir setahun sepanjang hayatnya.

Spesies Ikan Bayan

Imej via [ummahtoday]

Ikan ini terdiri daripada 6 jenis. Antaranya ialah Blue Parrotfish (Scarus Coeruleus), Humphead Parrotfish (Bolbometopon Muricatum), Rainbow Parrotfish (Scarus Guacamaia), Stoplight Parrotfish (Sparisoma Viride), Princess Parrotfish (Scarus Taeniopterus) dan Bloody Parrotfish (Hoplarchus Psittacus).

Blue Parrotfish merupakan ikan tahan lasak yang berasal dari Laut Caribbean dan Lautan Atlantik Bara. Manakala Humphead Parrotfish pula merupakan spesies ikan bayang terbesar dengan berat sehingga 100 pound dan mempunyai bonjol di kepala. Ikan ini berasal dari Laut Merah, Lautan Pasifik, Lautan Hindi.

Selain itu, terdapat juga spesies ikan bayan pelangi. Sama seperti namanya, ikan ini mempunyai warna badan yang terdiri dari oren, hijau, coklat dan warna cerah yang lain. Ikan stoplight ini pula berasal dari perairan laut Caribbean, Florida, Bermuda, Brazil dan Teluk Mexico. Ikan ini mempunyai bintik kuning berhampiran dadanya.

Di samping itu, Princess Parrotfish merupakan spesies yang boleh dijumpai secara berkumpulan. Ikan ini akan berkumpul berhampiran dengan terumbu karang. Akhir sekali, Bloody Parrotfish yang mempunyai saiz yang kecil dan terdapat dalam pelbagai warna seperti merah, oren, biru dan banyak lagi.

Cara Melindungi Diri

Imej via [my.facebook]

Ikan ini sangat unik melindungi dirinya dari bahaya. Spesies ikan ini kebiasaannya akan menggunakan lendir yang dihasilkan oleh mereka sendiri yang sama dengan agar-agar. Permukaan badannya yang berlendir akan dihasilkan ketika mereka bernafas. Lendir ini akan menjadi senjata untuk mereka berlindung dari hidupan laut yang berbahaya.

Menariknya mengenai kepompong lendir ini, ikan itu sendiri tidak sedar mengenai kepompong yang dihasilkan oleh badannya. Walaupun kepompong ini dapat melindungi diri mereka dari bahaya, kepompong lendir ini tidak dapat dihasilkan mengikut kemahuan mereka. Kepompong lendir ini juga lut sinar menyebabkan para penyelam dapat melihat keadaan ikan ini ketika lendir muncul.

Pertukaran Jantina

Sekiranya anda tahu mengenai ikan hawk, anda pasti tahu mengenai kelebihannya yang boleh menukar jantinanya apabila keadaan memerlukannya. Hal ini sama seperti ikan bayan yang dapat menukar dirinya apabila ikan ini meningkat dewasa.

Ikan ini mempunyai salah satu sistem pembiakan terbaik di dunia yang membantunya dalam menukar jantinanya. Baka ikan yang dilahirkan sebagai jantan boleh mengubah dirinya menjadi betina, dan betina boleh mengubah dirinya menjadi jantan apabila mereka dewasa. Walaupun begitu, ada sesetengah ikan bayang yang tidak menukar jantinanya sehingga dia dewasa tetapi secara keseluruhan, ikan ini akan menukar jantina mereka apabila dewasa.

Kesimpulan

Ikan bayan sememangnya sangat bermanfaat untuk melindungi ekosistem terumbu karang serta mengelakkan berlakunya penghakisan pasir di dalam lautan. Ikan bayang seharusnya dilindungi untuk kebaikan generasi yang akan datang.

Ikan ini juga merupakan antara ikan yang sangat berharga bagi terumbu karang di dalam laut. Sekiranya spesies ikan ini pupus, pertumbuhan batu karang akan terbantut dan hal ini pastinya akan menyebabkan generasi akan datang tidak dapat melihat keindahan lautan dalam yang dipenuhi dengan warna-warni batu karang.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.