Seiring perjalanan waktu, banyak bangunan yang tinggi dibina. Senarai di bawah merupakan antara bangunan tertinggi di dunia 2022. Pasti ramai di antara anda yang teruja ketika melihat bangunan pencakar langit. Bermula pada tahun 2010, bangunan Burj Khalifa yang terdapat di Dubai dikenali sebagai bangunan yang tertinggi di dunia.

Walaubagaimanapun, bangunan tertinggi mula dibina di seluruh negara. Ketinggian bangunan pencakar langit ini juga mula meningkat setiap tahun. Pada tahun 2022 juga, terdapat bangunan tertinggi yang akan dibina. Jom baca artikel ini untuk mengetahui mengenai beberapa senarai bangunan tertinggi di dunia 2022.

1-Burj Khalifa

Imej via [luxeadventuretraveler]

Siapa yang tidak mengetahui mengenai bangunan tertinggi di dunia ini. Burj Khalifa ini juga diberikan nama rasmi untuk menghormati pemimpin emiriah jiran Abu Dhabi, Sheikh Khalifa ibn Zayed Al Nahyan. Bangunan ini juga direka oleh firma seni bina Skidmore, Owings & Merrill yang berpangkalan di Chicago.

Walaupun bangunan ini mula dibuka pada 4 Januari 2010, rekaan dalaman tidak disiap dengan lengkap pada ketika itu. Bangunan yang terletak di Dubai ini terkenal dengan ketinggiannya yang mencecah 828 meter. Burj Khalifa juga mempunyai lebih daripada 160 tingkat dan memegang rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Bangunan ini dibina untuk menempatkan pelbagai usaha komersial, kediaman dan perhotelan di menara tersebut. Burj Khalifa ini juga banyak memecahkan rekod lain termasuk struktur, lantai tertinggi dan dek pemerhatian luar yang tertinggi. Reka bentuk luarannya menggunakan bahan seperti aluminium, keluli tahan karat dan 28000 panel kaca.

2-Merdeka PNB118

Imej via [newpropertylaunch]

Bangunan kedua tertinggi ini cukup mengejutkan orang ramai apabila berita mengenai pembinaannya telah tersebar.Nama yang diberikan untuk bangunan ini ialah merdeka PNB118 yang diilhamkan daripada figura Tunku Abdul Rahman sewaktu baginda melaungkan kata “Merdeka!” pada 31 ogos 1957.

Selain itu, bangunan ini juga akan dibuka secara rasmi pada tahun 2021 pada ketinggian 678.9 meter. Menara ini terletak di antara Stadium Negara dan Stadium Merdeka. Bangunan ini terdiri daripada 3 fasa. Bangunan ini mempunyai pusat membeli belah, taman rekreasi serta 3 buah kediaman di sekeliling menara utama.

Menariknya lagi, bangunan ini mempunyai tapak asas berbentuk berlian yang turut diilhamkan dari songket Melayu. Bentuk segi tiga yang terdapat pada permukaannya terdiri dari pelbagai saiz, menunjukkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Bangunan ini juga memiliki lif tercanggih dengan masa selama 65 saat untuk sampai ke aras 118 dari aras 1. Pada waktu malam pula, bangunan ini akan dinyalakan lampu dan ditambah dengan light strip yang bergerak dari bucu ke bucu menjadikan bangunan ini nampak lebih futuristik.  

3-Menara Shanghai

Imej via [wikipedia]

Menara Shanghai merupakan bangunan ketiga tertinggi di dunia dengan ketinggian 632 meter. Bangunan ini mempunyai 120 tingkat. Menara Shanghai telah direka oleh firma arkitek dari Amerika bernama Gensler, serta arkitek dari China Jun Xia yang akan mengetuai pasukan reka bentuk. Di bangunan ini juga mempunyai zon berasingan di mana terdapat kedai runcit, pejabat, restoran, spa dan banyak lagi.

Menara ini telah dibina pada tahun 2015. Bangunan ini juga mempunyai reka bentuk sembilan bangunan silinder yang disusun di atas satu sama lain, berjumlah 121 tingkat. Semua tingkat ditutup oleh lapisan dalam kaca facade. Setiap satu daripada sembilan kawasan mempunyai atrium sendiri serta mempunyai taman-taman kebun, kafe, restoran dan ruang untuk kedai runcit, serta pemandangan 360 darjah bandar.

Lapisan luar bangunan yang lutsinar menjadikannya sebagai bangunan yang unik. Bangunan ini juga terkenal dengan restorannya yang terletak paling tinggi dengan sajian tradisional China. Menariknya lagi, di bangunan ini juga terdapat juga muzium yang dapat dilawati oleh pelancong yang datang ke sini.

4-Menara Abraj Al-Bait

Imej via [wikiwand]

Siapa yang tidak tahu mengenai bangunan jam yang terdapat di Kota Makkah, Arab Saudi. Bangunan yang dikenali sebagai Menara Jam ini sebenarnya bangunan yang bernama Abraj Al-Bait. Menara yang mempunyai ketinggian 601 meter ini terletak berseberangan dengan jalan Masjidil Haram yang merupakan masjid paling suci bagi umat Islam. Menara ini dibangunkan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud melalui hibah dari Yayasan Raja Abdul Aziz

Bangunan ini sebenarnya dibangunkan untuk menampung kedatangan para jemaah haji yang datang ke Makkah. Bangunan ini memiliki sebanyak 120 tingkat yang terdiri dari pangsapuri, pusat membeli belah, ruang persidangan, dan kemudahan-kemudahan yang lain. Bangunan ini dapat menampung sehingga 65,000 orang. Keunikan Menara ini ialah jam yang terdapat di puncak bangunan yang memudahkan Jemaah haji untuk melihat waktu solat.

Rekaan jam yang terdapat di bangunan ini juga sebenarnya direka oleh seorang rakyat Malaysia. Beliau yang dikenali sebagai Wan Nazri Wan Aria. Rekaan jam ini merupakan rekaan jam terbesar yang dapat dilihat oleh seluruh kota Makkah. Lampu ini akan bercahaya 5 kali menandakan waktu sembahyang.

5-Pusat Kewangan Ping An

Imej via [wikipedia]

Bangunan Kewangan Ping An merupakan bangunan yang terletak di Shenzhen, Guangdong, China. Bnagunan ini merupakan rekaan firma seni bina Amerika Kohn Pedersen Fox Associates. Bangunan ini merupakan bangunan kelima tertinggi di dunia dengan tinggi mencapai 599 meter. Bangunan ini mula dibina pada tahun 2010 dan dibuka secara rasmi pada tahun 2017.

Bangunan ini dilengkapi dengan ruang pejabat, pusat persidangan, pusat membeli-belah dan banyak lagi. Bangunan ini terdiri dari 116 lantai dan turut dilengkapi dengan dek pemerhatian yang dinamakan sky percuma. Bangunan ini mempunyai keluasan 378,600 meter persegi.

Menariknya mengenai bangunan ini ialah dari segi reka bentuknya. Reka bentuknya yang unik dan elegan. Bangunan ini dibina menggunakan keluli tahan karat untuk memberikan reka bentuk moden kepada bangunan ini.  

6-Kewangan Emas 117

Imej via [skyscrapercenter]

Bangunan yang diberi nama Goldin Finance 117 merupakan sebuah bangunan yang terletak di China. Menara ini mempunyai ketinggian 596,6 meter. Bangunan ini mula dibina sejak tahun 2008 tetapi dibuka pada tahun 2014. Sama seperti nama bangunan ini, bangunan ini mempunyai 117 lantai bangunan. Bangunan ini merupakan bangunan ketiga tertinggi di China.

Selain itu, bangunan ini juga mempunyai reka bentuk yang unik iaitu bahagian atasnya dihiasi dengan atrium berbentuk berlian. Bangunan ini mempunyai bentuk yang semakin meruncing apabila meningkat naik. Bangunan ini menempatkan kawasan kediaman mewah, tempat hiburan, outlet, kolam renang dan banyak lagi.

Goldin Finance 117 direka oleh P&T Group yang berpangkalan di Hong Kong, firma seni bina yang mereka bentuk banyak bangunan mercu tanda di Hong Kong, Shanghai dan beberapa bandar Asia Tenggara. Atrium berbentuk berlian di bahagian atas menara akan mengandungi dek pemerhatian, yang terletak di tingkat 116 dan 579 meter dari tanah

7-Menara Lotte World

Imej via [locationscout]

Bagi peminat kpop, and pastinya tidak asing dengan Menara Lotte World yang kebiasaannya dipromosikan oleh para artis Korea. Menara ini merupakan sebuah Menara yang terletak di Sincheon-dong, Daerah Songpa, Seoul, Korea Selatan. Bangunan ini mempunyai ketinggian 555.7 meter, dan terdiri daripada 123 tingkat.

Bangunan ini merupakan bangunan yang tertinggi di Korea Selatan. Bangunan ini telah dibuka pada tahun 2017. Bangunan ini terdiri daripada runcit, pejabat, officetel dan hotel mewah 7 bintang. Sepuluh tingkat teratas di bangunan ini merupakan bangunan yang digunakan oleh orang awam untuk berhibur. Terdapat juga café yang dibuka di atas bumbung.

Reka bentuk bangunan yang menggabungkan estetik modern dengan bentuk yang diilhamkan oleh seni bersejarah Korea seramik, porselin dan kaligrafi. Strategi reka bentuk mampan yang digabungkan ke dalam reka bentuk termasuk panel foto-voltan, turbin angin, peranti teduhan luaran dan sistem penuaian air.

8-One World Trade Centre

Imej via [som.com]

Bangunan One World Trade Centre ini pada mulanya dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra. Bangunan yang terletak di Kuala Lumpur ini merupakan bangunan yang mempunyai ketinggian 175 meter dan terdiri dari 40 lantai. Bangunan ini telah dibuka sejak tahun 1985.

Bangunan ini direka bentuk untuk menyepadukan trafik pelawat dan penyewa pejabat dengan lancar. Permukaan tapaknya disaluti lebih daripada 2,000 keping kaca prismatik yang berkilauan. Menara ini dilihat seperti kristal apabila cahaya dipantulkan dari cermin bangunan. Bangunan ini juga mempunyai 4 sisi pintu masuk yang menjadikannya lebih menarik.

Bangunan ini direka oleh seorang arkitek bernama David Childs yang merupakan rakan kongsi reka bentuk perunding di Skidmore, Owings dan Merrill atau New York. Bangunan ini sangat cantik dilihat pada waktu pagi mahupun malam.

9-Pusat Kewangan CTF

Imej via [dreamstime]

Pusat Kewangan Chow Tai Fook Guangzhou juga dikenali sebagai Menara Timur. Bangunan ini terletak di Guangzhou, Guangdong, China. Bangunan ini mempunyai ketinggian 530 meter dengan 111 lantai. Bangunan ini merupakan bangunan yang dibina pada tahun 2016.

Reka bentuk bangunan yang melengkung dan menggunakan kaca cukup membuatkan bangunan itu berkilau dan cantik. Menariknya mengenai bangunan ini, pada waktu siang, bangunan akan memantulkan cahaya matahari untuk menunjukkan pelbagai warna, dan pada waktu malam, bahagian atas menara condong bersinar seperti berlian. 

Bangunan ini direka oleh Skidmore, Owings dan Merrill LLP dengan kerjasama Ronald Lu dan Partners. Bangunan ini mempunyai hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, kolam renang dalaman dan tujuh kafe. Di bangunan ini juga terdapat Sky bar dan restoran yang terletak di tingkat 107.

10-Taipei 101   

Imej via [skyscrapercenter]

Taipei 101 merupakan sebuah bangunan yang terletak di Taiwan. Nama bangunan ini diambil semperna lantai bangunan yang terdiri dari 101 tingkat. Ketinggian bangunan ini mencecah sehingga 508 meter. Bnagunan ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 2004 dan diiktiraf sebagai bangunan yang tertinggi mengatasi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia.

Semasa bangunan ini berada dalam proses pembinaan, bangunan ini dikenali sebagai Pusat Kewangan Taipei. Di dalam bangunan ini terdapat pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah, medan selera, pelbagai restoran dan kedai antarabangsa.

Bangunan ini juga mempunyai dek pemerhati. Sekiranya anda ingin mengambil pengalaman ke dek pemerhati, anda boleh menempah tiket dan mendapatkan akses ke dek pemerhatian dan muzium di mana pelawat boleh belajar tentang keajaiban teknikal dan seni bina ini.

Bangunan ini menampilkan banyak elemen pan-Cina dan Asia bercampur dengan gaya pascamoden, dan direka untuk menahan taufan dan gempa bumi yang biasa di Taiwan. Bangunan ini menzahirkan watak cina yang tersendiri dengan tangkai buluh atau pagoda yang memanjang. Bangunan ini juga sering menjadi tuan rumah apabila ingin mengadakan pertunjukan bunga api di Taiwan.

Kesimpulan

Bangunan tertinggi ini sememangnya menjadi tarikan bagi para pelancong untuk melihat sendiri bangunan tersebut. Ketinggian bangunan pada setiap negara terus meningkat dari masa ke semasa. Setiap bangunan yang dibina juga mempunyai tujuan tersendiri tetapi tetap memperlihatkan kecantikan masing-masing.

Selain dari rekaannya yang unik dan cantik, setiap bangunan ini juga direka berdasarkan keunikan negara masing-masing. Bangunan-bangunan tertinggi ini juga turut menekankan fungsi dan kemungkinan yang akan dihadapi ketika membina bangunan tersebut. Anda mungkin ingin merasai sendiri pengalaman berada di bangunan-bangunan tertinggi ini.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.