12 Hotel Di Terengganu Tepi Pantai Yang Best
Terengganu terkenal dengan tempat pelancongan indah terutamanya pantai-pantai dan pulau. Keindahan semulajadi dan suasananya menjadi tarikan ramai pengunjung untuk bercuti dan melakukan aktiviti air di sini.
Pastinya anda ingin menginap di hotel di Terengganu, kalau dapat hotel tepi pantai yang best, baru feel gitu. Jom lihat antara hotel di terengganu tepi pantai yang best.
1. The Taaras Beach & Spa Resort
Hotel di Terengganu tepi pantai yang best ini sesuai dikunjungi ramai seperti kaum keluarga mahupun percutian honeymoon. Suasananya cukup indah dimana ia terletak di luar pantai Terengganu.
The Taaras Beach & Spa Resort turut merangkumi kolam renang dan banyak kemudahan terbaik untuk anda yang bercuti di sini.
2. Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu terletak di tepi pantai Kuala Terengganu. Ia terletak tidak jauh dari Chinatown dan Masjid Kristal. Hotel ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan di samping harganya juga sangat berbaloi dan berpatutan.
3. D’Lavender Beach Resort Marang
D’Lavender Beach Resort Marang menjadi pilihan ramai dimana ia merupakan hotel di Terengganu tepi pantai yang best. Seronoknya, anda boleh menikmati pemandangan laut dari bilik hotel walaupun ia hanya resort berstatus dua bintang dan bilik hotel ini bermula dengan harga serendah RM 90.
Ruangan hotel ini sangat luas sehingga orang ramai juga boleh melakukan aktiviti seperti bermain bola tampar, berkelah dan lain-lain lagi. Terdapat juga kedai makan, pasaraya yang boleh anda kunjungi.
4. Teluk Lipat Seaview Inn
Hotel di Terengganu tepi pantai yang best ini sangat menarik untuk dikunjungi ramai. Ia sangat luas sesuai untuk percutian keluarga dan aktiviti bersama kawan-kawan.
Bertaraf dua bintang, terdapat banyak kemudahan dan keseronokan yang boleh dilakukan di sini. Menariknya lagi, kedai makan di sini sangat menyelerakan dan berpatutan. Untuk ke Pantai Dungun, ia adalah antara 15 km daripada Rantau Abang dan 7 km daripada Pulau Tenggol.
5. Hotel Grand Continental
Hotel Grand Continental ini terletak di tepi pantai laut yang indah dan ia merupakan hotel 4 bintang. Terdapat pelbagai tarikan yang boleh anda nikmati di sini seperti bermain air, manda-manda dan sebagainya. Suasananya sangat indah sesuai untuk bergambar.
Lebih menyeronokkan, anda dapat menikmati sarapan pagi secara percuma di Jala Mas Coffee House untuk yang menempah penginapan di sini.
6. Sutra Beach Resort Terengganu
Sutra Beach Resort Terengganu merupakan salah satu hotel di Terengganu tepi pantai yang best boleh anda kunjungi. Ia umpama anda bercuti di luar negara kerana keindahannya sangat romantik dan menarik dengan keindahan taman dan lautan.
Selain mandi-manda dan bersiar-siar, anda boleh melakukan aktiviti snorketing di hotel ini. Kakitangan hotel akan membantu menguruskan sekiranya anda berminat.
7. The Regency Waterfront Hotel
Pemandangan indah hotel ini membolehkan anda melihat keindahan lautan yang tepat berada di hadapan hotel ini. Hotel di Terengganu tepi pantai yang best ini terletak berdekatan dengan beberapa pusat beli-belah. Bolehlah anda kunjungi!
Kawasan ini sangat tenang dan aman yang mana ia sangat sesuai untuk anda beristirehat. The Regency Waterfront Hotel juga menjanjikan kemudahan penginapan terbaik.
8. Bayu Beach Penarek
Bayu Beach Penarek adalah salah satu hotel di Terengganu tepi pantai yang best. Uniknya adalah ia merupakan penginapan yang berkonsepkan kayu tradisional seperti rumah kampung. Tetapi ia tampak sangat eksklusif dan mahal.
Hotel ini berdekatan pantai dan pulau, anda boleh melawat ke pulau berdekatan seperti Pulau Lang Tengah dan Pulau Redang.
9. Intan Beach Resort
Memandangkan hotel di Terengganu tepi pantai yang best ini menyediakan pilihan bilik yang pelbagai mengikut bajet pelanggan, anda boleh ke sini pada bila-bila masa. Sama ada bersama kawan-kawan mahupun keluarga besar.
Intah Beach Resort ini terletak di daerah Batu Buruk Terengganu. Ia sangat indah sesuai untuk anda melakukan pelbagai jenis aktiviti pantai. Pada petang hari, pantainya sangat meriah sekali.
10. Anjung Pantai Seberang
Amat tenang jika dapat bercuti di hotel yang terletak 1 minit dari pantai ini. Lautan yang cukup indah dan bayu laut segar pastinya menjadi pilihan pelancong untuk ke sini selain konsepnya alam semulajadi serta atmosfera indah.
Sudah lama duduk di bandar, datanglah pula ke chalet kayu ini untuk menikmati keseronokan di kampung yang sebenar.
11. Samudra Beach Chalet
Seronok bercuti di Samudra Beach Chalet ini kerana penginapannya terletak berhadapan dengan pantai. Harganya juga berpatutan serendah RM 105 sahaja.
Keindahan dan kecantikan pantai ini diserikan dengan reka bentuk rumah chalet berasaskan kayu. Anda boleh melakukan aktiviti air seperti berkanu, snorkeling, berenang, menyelam dan banyak lagi di sini.
12. Primula Beach Hotel
Primula Beach Horel adalah salah satu hotel di Terengganu tepi pantai yang best perlu anda kunjungi. Ia menawarkan kolam mandi di samping mempunyai lautan pantai yang sarat dengan aktiviti air untuk anda.
Hotel empat bintang ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mini bar, spa, pusat urutan dan banyak lagi. Anda boleh ke Muzium Terengganu juga kerana ia hanya 5 minit sahaja dari sini.
Itulah dia hotel di Terengganu tepi pantai yang best boleh anda lawati. Jom baca juga negara murah untuk melancong, tempat memancing di Port Dickson, tempat memancing di Klang dan tempat memancing di Bagan Lalang.
Rujukan:
- Terengganu. www.booking.com.
- Senarai Hotel Di Terengganu Tepi Pantai. www.nurzariniismail.com.
- Hotel Murah di Terengganu. www.maisinggah.com.