Anda tidak tahu menginap di mana apabila bercuti di Alor setar.Kami akan senaraikan 5 homestay alor setar untuk anda semua.

Laman Bayu Homestay

laman bayu

Homestay Laman Bayu merupakan tempat penginapan terbesar di Alor Setar. Ini kerana, Laman Bayu Homestay ialah rumah 2 tingkat dan mempunyai 5 buah bilik tidur beserta 6 buah bilik air.

Buat mereka yang perlu melupakan suasana sibuk di bandar bersama keluarga besar, bolehlah anda ke sini untuk berehat dalam homestay yang serba hijau sekelilingnya. Anda tidak perlu risau untuk mengajak ahli keluarga yang besar atau rakan yang ramai kerana tersedia ruang makan di luar dan juga ruang parkir kereta yang luas. 

Arfa Home Homestay

Arfa Homestay

Selain itu, Arfa Home Homestay menyediakan kolam renang yang luas dan puas di mana terdapat dua aras, satunya untuk dewasa dan satu lagi untuk digunakan kanak-kanak. Homestay yang besar ini mempunyai 4 bilik dengan katil queen dalam kesemuanya. Bagi yang tidak tahan panas atau tidak tahan sejuk, jangan risau kerana dalam setiap bilik mempunyai pendingin hawa dan kipas dinding.

Dalam 2 minit perjalanan, anda boleh menjumpai kedai makan Laksa Warisan Kak Fadzilah dan restoran nasi kerabu

Riverpool Homestay

Riverpool homestay

Demikian itu, Riverpool homestay merupakan tempat penginapan yang terbaik dan best apabila bercuti di Kedah terutamanya Alor setar. Hal ini kerana Bilik utamanya mempunyai sebiji katil bersaiz queen, mempunyai almari pakaian tersendiri dan juga bilik air yang dikongsi.

Bilik kedua , sama juga katil bersaiz queen, beralmari dan satu bilik air kongsi. Beza antara bilik utama dan kedua ialah, di dalam bilik utama katil queennya bercirikan Jepun, yang terserlah keunikannya. Bilik yang terakhir mempunyai katil single, di mana ruang dalam bilik ini ideal buat jumlah tetamu yang sedikit.

The Art Villa

The Art Villa

The Art Villa semestinya menjadi antara pilihan popular pengunjung ke Alor Setar kerana reka bentuknya yang berseni dan moden. Walaupun ruang rehatnya perlu dikongsi, tetapi sangat sesuai dijadikan ruang bergambar bersama ahli keluarga atau sebagai posting di media sosial.

Homestay ini diberikan 4 bintang dan setiap biliknya mempunyai bilik air sendiri. Bilik-bilik di Art Villa ini adalah 9 buah kesemuanya, maka bolehlah anda merancang dengan kenalan untuk menempah bilik-bilik di sini bersama.

Happy Homestay Alor Star

Happy Homestay Alor Setar

Akhir sekali ialah Happy Homestay Alor Setar. Tempat penginapan ini menawarkan tempat penginapan yang luas dan sesuai untuk tetamu seramai 15 orang. Ruangan parkir kenderaan juga berjumlah empat dan bilik tidur berpendingin hawa yang disediakan juga ialah empat.

Jumlah bilik air di homestay ialah dua. Yang menarik lagi, di homestay terdapat buaian buatan tangan oleh seorang datuk. Disebabkan ruangnya yang luas, homestay ini boleh dijadikan penginapan bagi yang mengadakan majlis.

Tunggu apa lagi, jom merancang percutian di Alor Setar, Kedah dengan insan tersayang atau kawan-kawan.

Artikel lain


Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.