Mereka ingin bercuti di Johor, tapi tidak tahu tempat menarik dan best. Jangan risau , kami kongsikan 6 tempat menarik di Mersing, Johor

Pulau Tinggi

pulau tinggi

Tempat menarik di Mersing, Johor ialah Pulau Tinggi. Pulau Tinggi terletak hanya 45 minit daripada jeti maka ia sering menjadi pilihan para pelancong. Pulau Tinggi mempunyai pasir yang putih bersih dan air jernih kebiruan. Harga pakej dua hari satu malam bagi aktiviti lengkap yang ditawarkan adalah RM320.

Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil juga salah satu tempat best di Mersing, Johor untuk dilawati bersama insan tersayang pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama-sama yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Ia mempunyai jajaran pantai yang panjang dan indah. Antara tempat yang boleh dilawati adalah Batu Buau, dengan menaiki jambatan yang disediakan.

Di perkambungan Buau, terdapat sekolah dengan jumlah murid yang sedikit (penduduk tempatan), Telok Kador yang merupakan tapak kapal karam yang dipenuhi terumbu karang dan juga Kampung Pak Kaleh yang mempunyai taman laut yang indah dengan pelbagai ikan termasuk jerung.

Pulau Rawa

Pulau Rawa

Pulau Rawa sangat terkenal dengan pasir putih dan air jernih ibarat berada di Maldives. Nama Rawa bermaksud merpati putih. Anggaran pakej percutian ke sini adalah dalam RM1,000 setiap orang untuk tempoh dua hari.

Suasana pantainya sangat sesuai untuk snorkeling di permukaan laut kerana airnya yang sangat jernih dan banyak terumbu karang yang dekat dengan pantai. Antara aktiviti lain adalah jungle trekking selama 30 minit ke atas bukit di Pulau Rawa ini dan Mama akan disajikan permandangan yang indah.

Muzium Mersing

Muzium mersing

Muzium ini mempunyai sekitar 300 koleksi artifak daripada tahun 1920-an, 40-an dan 60-an. Muzium ini merupakan bangunan kerajaan yang pernah dijadikan markas tentera Jepun. Anda boleh membawa anak-anak ke sini untuk mengetahui tentang sejarah negeri Johor.

Pulau Besar

Pulau besar

Pulau besar merupakan satu tempat yang paling best untuk dijadikan senarai tempat percutian. Hal ini kerana ia dapat melakukan pelbagai aktiviti dapat menghilangkan segala tekanan dalam fikiran dan sekali gus memberikan anda semua ketenangan.

Boleh menjamu selera di Restoran Kayu Manis yang bertemakan rekaan Bali di bawah seliaan Aseania Beach Resort. Pakej percutian 2 hari 1 malam di sini adalah dalam anggaran RM390 hingga RM700 seorang.

 Hutan Lipor Gunung Arong

Hutan Lipor

Akhir sekali. Hutan Lipor Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing dan mempunyai trek pendakian yang mudah, sangat sesuai untuk mereka yang membawa anak-anak terutamanya pada musim cuti sekolah. Dapat mengisi masa cuti mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan memupuk menjadi seorang pecinta alam.

Banyak tempat menarik di Mersing rupanya. Jadi apa lagi? Boleh dah kita rancang percutian dengan ahli keluarga mahupun kawan-kawan.

Artikel Menarik

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.