Tiada idea untuk bercuti? Apa kata pergi ke aTaiping. Banyak tempat meanrik di Taiing boleh anda kunjung. Pening mencari homestay best di kawasan taiping, jangan risau kami akan senaraikan 6 homestay Taiping menarik tertarik untuk pelancong.

ArRayyan Homestay

Ar Rayyan Homestay

Homestay Taiping menarik tertarik ialah Ar Rayyan Homestay yang popular dalam kalangan pelancong. Dengan menyediakan penginapan setaraf 5 bintang di rumah banglo besar ini. Lokasinya yang strategik juga terletak dekat dengan bandar Taiping yang hanya 2.8 KM sahaja jaraknya. Jika anda menaiki pengangkutan awam, anda boleh menggunakan pengangkutan KTM Taiping yang berada dekat dengan homestay ArRayyan Homestay.

Taiping Homestay Private Pool

Taiping homestay private pool

Homestay ini juga turut menawarkan penginapan yang mempunyai 4 bilik tidur yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Ruang tamu yang luas juga turut dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan anda semasa duduk bersantai di ruang tamu rumah ini. 

Jadi, anda tak perlu gusar kerana keselesaan di homestay ini pastinya terjamin. Selain itu, kemudahan dapur turut disediakan untuk anda jika mahu memasak. Tidak kurangnya juga, kemudahan tempat untuk BBQ, mesin basuh dan jaringan Wifi juga turut tersedia untuk penginapnya.

Sentosa Villa

Sentosa Villa

Homestay Taiping menarik tertarik yang seterusnya ialah Sentosa Villa yang mendapat feedback terbaik dalam kalangan pelancong luar ketika datang bercuti di Taiping, Perak. Hal ini kerana homestay bertemakan alam semulajadi dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau. Selain itu, tempat penginapannya dibangunkan dengan kayu yang kukuh tetapi tetap kelihatan moden.

Penginapan ini pastinya memberikan anda suasana yang tenang dan mendamaikan. Terdapat juga sungai di sekeliling villa untuk anda menikmati pemandangan dan merasi kesejukkan air sungai.

Taiping Cozy Homestay

Taiping Cozy Homestay

Taiping Cozy Homestay juga dikategori sebagai homestay yang selalu mendapat feedback terbaik dan positif daripada pelancong luar ketika datang bercuti di Taiping. Homestay ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Terdapat 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan 2 bilik air.

Bilik tidur ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, queen dan single. Kebersihan juga terjaga kerana cadar akan diganti baru sebelum penginap lain masuk. Selain itu, bilik tidur ini juga dilengkapi dengan kipas dan pendingin hawa. 

Guesthouse Taiping Dragon Place

Guesthouse Taiping Dragon Place

Guesthouse Taiping Dragon Place merupakan sebuah banglo besar yang sesuai dijadikan tempat penginapan untuk percutian dalam kumpulan yang besar. Selain itu, homestay ini juga sesuai dijadikan tempat untuk anda mengadakan acara atau berkumpul bersama keluarga dan rakan. Hal ini kerana, kawasan banglo yang luas luar dan dalam sememangnya sesuai untuk melakukan aktiviti.

Taiping Homestay Husna Afina

Taiping homestay Husna Afina

Akhir sekali, Homestay Husna Afina merupakan homestay terbaik untuk dijadikan tempat penginapan percutian. Hal ini kerana,  Pelbagai kemudahan yang tersedia di sini yang pastinya berbaloi untuk anda menginap di sini.

Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur yang lengkap dengan pendingin hawa dan tilam serta bantal tambahan juga turut disediakan. Ruang dapur yang lengkap dengan kabinet moden juga turut dilengkapi dengan perkakas dapur yang cukup untuk anda memasak. Terdapat juga, mesin basuh, seterika dan televisyen untuk kemudahan anda yang menginap.

Bestkan dapat bercuti sekali dengan pakej penginapan yang begitu menarik dan selesa sekali. Jom baca artikel kami yang lain.

Artikel lain

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.