| |

30 Buffet Ramadhan Selangor 2022 (Menarik dan Berbaloi)

Anda sedang mencari buffet Ramadhan Selangor untuk tahun 2022? Jangan risau kerana anda berada di ruangan yang betul. Kami sediakan 30 pilihan tempat berbuka yang menyediakan pakej berpatutan.

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada Ramadhan tahun ini. Jadikan bulan ini lebih istimewa dengan meluangkan masa bersama keluarga untuk berbuka di tempat yang istimewa. Sudah pasti ia akan kekal sebagai memori manis sewaktu menjalani ibadah puasa.

Harga yang tertera di jadual berikut adalah harga normal. Jika berkesempatan, dapatkan harga early bird dengan merujuk brochure yang kami letakkan selepas jadual ini untuk penjimatan berganda. Tanpa membuang masa, jom pilih buffet menarik buat anda!

Nama TempatNo telefon & LokasiHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Bangi Golf Resort1-700-82-1457
1, Persiaran Bandar, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
60.0030.00Bangi Golf Resort
Mardhiyyah Hotel & Suites03 5511 8811 (ext 2612)
No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
145.0090.00Mardhiyyah Hotel & Suites
TH Hotel Kelana Jaya 03 – 78736297
Jalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
69.9039.00TH Hotel
ARMADA Petaling Jaya+603 7954 6888 ext 4557 or 4630
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor
98.0049.00Hotel Armada Petaling Jaya
Geno Hotel03-5033 6666
Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor
130.0070.00Geno Hotel
Hotel Tenera03 8929 9600 ext 380
Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
118.0059.00Hotel Tenera
Avante Hotel03 7681 7666 / 03 7681 7777
1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
148.0074.00AvanteHotel BandarUtama
One World Hotel016 339 1060
First Avenue, Bandar Utama City Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
158.0079.00One World Hotel Petaling Jaya
Royale Chulan Damansara03 7959 9000
2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
128.00Royale Chulan Damansara
Cloves Restaurant & Cafe013 339 0308
L’apprenti UPM Serdang
70.0035.00Cloves Restaurant & Cafe
Glenmarie Hotel & Golf Resort03 7802 5200
1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam, Selangor
108.0058.00Glenmarie Hotel & Golf Resort
Concorde Hotel Shah Alam+603 – 5520 8000
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor
135.0050% offConcorde Hotel Shah Alam
Sheraton Petaling Jaya Hotel03 7622 8888
Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor
158.00 (Feast)
118.00
(Ballroom Banquet )
79.00
(Feast)
59.00
(Ballroom Banquet)
Sheraton Petaling Jaya Hotel
Best Western I-City Shah Alam+603 5521 9000
A-GF-01 Golden Triangle, No. 6, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
120.0096.00Best Western i-City Shah Alam
Whyndam Acmar Klang+603 3311 8829 / 8831 / 8832 / 8833 / 8837
1-G-1, Persiaran Bukit Raja 2/KU1, 41150 Klang, Selangor
138.0075.00Whyndam Acmar Klang
Four Points by Sheraton Puchong+603 5891 8855
1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Ctre, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
158.0079.00Four Points by Sheraton Puchong
(Cenderawasih Grand Ballroom)
Grand Barakah Hotel Ampang
03 4270 7070
Jalan Selaman 1, 2, Jalan Ampang, Palm Square 68000 Ampang, Selangor Ampang, 68000 Shah Alam, Selangor
118.0038.00Grand Barakah Hotel
(Kafe Teratai Garden)
Grand Barakah Hotel Ampang
03 4270 7070
Jalan Selaman 1, 2, Jalan Ampang, Palm Square 68000 Ampang, Selangor Ampang, 68000 Shah Alam, Selangor
98.0038.00Grand Barakah Hotel
Crystal Crown Hotel03-7958 4422
No. 12, Jln Utara, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor
128.0064.00Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
G2G Maeps Serdang 010 10785542
Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
75.0055.00G2G-MAEPS Serdang
Acapella Suite Hotel+603-5039 8888 (mesej sahaja)
No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
90.0065.00Acapella Suite Hotel
Espira Kinrara03-8079 1000
Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor
65.00Espira
MZ Cafe Bangi016 3266464
Lot 5057, Jalan Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bangi, Selangor
65.0035.00MZ Cafe Bangi
Nexus Regency Suites & Hotel0109885788
2, Jalan Perimbun 27/11, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor
98.0049.00Nexus Regency Suites & Hotel
Chit Chat Steamboat & GrillA-04-09 & A-04-10, Blok A, Pusat Perdagangan Puchong Prima, Jalan Prima 5/5, Persiaran Puchong Prima, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor48.0028.00Chit Chat Steamboat & Grill
Talia World013 6153132
Lot 3509, Section U6, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor (di dalam perkarangan Metro Driving Academy)
65.0035.00Talia World
Shah Alam Convention Centre03-55118858 / 03-55118813 / 013-250 2858
9, 14, Jalan Perbadanan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
88.0044.00Shah Alam Convention Centre
Seri Selangor Golf Club603-78061111 / 010-9213858
Persiaran Damansara Indah, Tropicana, 47810 Petaling Jaya, Selangor
70.0035.00Seri Selangor Golf Club
Villea Morib019 288 6145
Lot 183 &184 Jalan Pantai, 42700 Banting, Selangor
65.00Villea
Dorsett Grand Subang+603 5031 6060
Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor
138.0088.00Dorsett Grand Subang

Bangi Golf Resort

Adakah Bangi Golf Resort menjadi destinasi berbuka puasa anda untuk Ramadhan kali ini? Pihak resort telah menetapkan untuk mengadakan pakej berbuka puasa bermula 4 April sehingga 1 Mei 2022.

Tahukah anda harga untuk pakej berbuka di sini berbeza mengikut jumlah pengunjung. Nak tahu lebih lanjut, jom survey di laman web Bangi Golf Resort!

No telefon: 1-700-82-1457

Lokasi: 1, Persiaran Bandar, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Mardhiyyah Hotel & Suites

Menu yang disajikan di hotel ini bertemakan Warisan Bonda yang terdiri daripada pelbagai menu utama di setiap negeri. Walaubagaimanapun, pihak hotel turut menyediakan menu antarabangsa yang pasti menyelerakan anda!

Jadi yang terawal untuk dapatkan harga berbuka serendah RM 110 untuk dewasa sebelum 1 Ramadhan. Jika anda datang bersama anak-anak, dapatkan pakej berbuka untuk 1 dewasa dan 1 kanak-kanak dengan hanya RM 200. Penjimatan berganda!

Paling menarik, ruang solat disediakan untuk anda dengan selesa. Bukan itu sahaja, imam juga ada untuk memimpin solat maghrib, isyak dan terawih anda!

No telefon: 03 5511 8811 (ext 2612)

Lokasi: No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

TH Hotel Kelana Jaya

Kali ini TH Hotel mengadakan pakej berbuka puasa dengan konsep Citarasa Malaysia. Menu khas yang disediakan pasti membuat anda menelan liur. Antara menu tersebut adalah kambing golek, ikan keli goreng berlada dan macam-macam lagi!

Buat tempahan awal sebelum 3 April 2022 dan dapatkan harga RM 59.90 untuk dewasa. Antara kelebihan berbuka puasa di sini adalah beli 10 voucher akan dapat 1 voucher percuma, buah kurma disediakan, tempat letak kereta dan wifi disediakan percuma serta anda boleh solat berjemaah di Masjid Tabung Haji Kelana Jaya.

No telefon: 03 – 78736297

Lokasi: Jalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor

ARMADA Petaling Jaya

Jika anda inginkan pakej berbuka puasa di hotel dengan harga bawah RM 100, Tak salah jika anda mencuba segala menu di Hotel Armada Petaling Jaya. Makanan tradisi yang dijamu pasti sedap belaka. Jom dapatkan harga early bird dengan hanya RM 78 sahaja sekarang!

No telefon: +603 7954 6888 ext 4557 or 4630

Lokasi: Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Geno Hotel

Jom sertai Ramadan Extravaganza bersama Geno Hotel yang menyediakan makanan tradisional, citarasa timur dan antarabangsa. Menariknya di sini, anda boleh menyaksikan menu yang dimasak secara langsung di kaunter-kaunter makanan yang disediakan.

Selain itu, menu utama yang menyajikan masakan tradisi akan bertukar selang empat hari. Geno Hotel sudah pasti akan menjadi destinasi berbuka anda kerana terdapat pelbagai menu menarik dan lazat sehingga anda sukar membuat pilihan. Tak percaya? Jom tengok menu-menu tersebut di Facebook Geno Hotel!

No telefon: 03-5033 6666

Alamat: Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor

Hotel Tenera

Rindu nak balik kampung dan rasa makanan tradisi tapi tak sempat nak balik? Berbuka sahaja di Hotel Tenera dengan rakan-rakan dan nikmati lebih 100 juadah yang disediakan. Pasti dapat mengubat rindu anda terhadap masakan kampung.

Harga normal adalah RM 118 untuk dewasa manakala RM 59 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah boleh makan dengan percuma.

No telefon: 03 8929 9600 ext 380

Lokasi: Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Avante Hotel

Chek’s Fine Flavors mengadakan buffet Ramadan kali ini dengan tema Santapan Rasa Sayang. Restoran tersebut juga tidak lepaskan peluang untuk menyajikan makanan menarik dari setiap negeri. Daging dendeng, bubur tradisional, aneka bbq dan menu lain pasti menambah selera anda.

Nak harga early bird? Sudah tentu ada. Cepat beli voucher sebelum 31 Mac 2022 dan dapatkan harga serendah RM 128 untuk dewasa manakala RM 64 untuk kanak-kanak. Jika anda pemegang kad Maybank atau ONECard, 10% diskaun menanti anda!

No telefon: 03 7681 7666 / 03 7681 7777

Lokasi: 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

One World Hotel

Cinnamon Coffee House membawakan juadah berbuka puasa dengan konsep Imbasan Nostalgia. Jom berbuka dengan mewah di One World Hotel dan dapatkan harga istimewa iaitu RM 158 untuk dewasa dan RM 79.00 untuk kanak-kanak.

No telefon: 016 339 1060

Lokasi: First Avenue, Bandar Utama City Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Royale Chulan Damansara

Sajian Citarasa Nusantara merupakan tema buffet Ramadan untuk hotel ini. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi untuk dewasa serendah RM 98 sahaja sehingga 31 Mac 2022.

Buffet ini diadakan bermula 7 April sehingga 2 Mei 2022. Cepat hubungi nombor yang tertera untuk berbuka puasa dengan mewah, lazat dan berbaloi di Royale Chulan Damansara!

No telefon: 03 7959 9000

Lokasi: 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Cloves Restaurant & Cafe

Cloves Restaurant & Cafe akan mengadakan pakej berbuka puasa di L’apprenti UPM Serdang. Bertemakan Selera Ramadan 2022, anda pasti dapat menikmati sajian yang menyelerakan. Kambing bakar antara menu utama yang akan disajikan.

Beli voucher secara dalam talian dengan lebih jimat iaitu RM 70 sahaja untuk dewasa, kanak-kanak pula dikenakan bayaran serendah RM 35. Jika anda ingin membuat tempahan atau mahukan maklumat lanjut, WhatsApp sahaja nombor di bawah.

No telefon: 013 339 0308

Lokasi: L’apprenti UPM Serdang

Glenmarie Hotel & Golf Resort

Selera Kampung Buffet di Glenmarie Hotel & Golf Resort juga menawarkan pakej berbuka puasa yang menarik. Harga yang ditawarkan adalah RM 85 sahaja untuk ahli kelab dan anda yang terawal. Buffet ini diadakan dari 3 April sehingga 2 Mei 2022. Mungkin pakej ini sesuai dengan citarasa anda!

No telefon: 03 7802 5200

Lokasi: 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam, Selangor

Concorde Hotel Shah Alam

Jom berbuka puasa dengan Iftar Kota Anggerik di Concorde Hotel Shah Alam! Harga memang berbaloi iaitu RM 135 untuk dewasa. Sebanyak 50% diskaun diberikan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Hubungi nombor tertera untuk dapatkan maklumat lanjut.

No telefon: +603 – 5520 8000

Lokasi: 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor

Sheraton Petaling Jaya Hotel

Anda ada dua pilihan restoran untuk berbuka puasa di Sheraton Petaling Jaya Hotel. Jika anda ke Feast, hidangannya berkonsepkan Citarasa Rantau. Harga promosi yang ditawarkan oleh Feast adalah RM 118 untuk dewasa dan RM 59 untuk kanak-kanak.

Sekiranya anda memilih untuk berbuka di Ballroom Banquet yang bertemakan Santapan Iftar, harga promosi yang ditawarkan serendah RM 98 bagi dewasa manakala RM 49 bagi kanak-kanak.

Setiap buffet menyediakan makanan tradisi dari seluruh negeri seperti Rendang Daging Minang, Ayam Percik, Sayur Paku Belacan dan sebagainya. Menu-menu tersebut pasti dapat menambah selera anda!

No telefon: 03 7622 8888

Lokasi: Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Best Western i-City Shah Alam

Cepat dapatkan harga promosi sebelum 1 April 2022 dengan harga serendah RM 96 sahaja untuk dewasa.Pakej buffet Ramadan ini bermula 1 April sehingga 30 April 2022. Anda boleh datang pada mana-mana tarikh tersebut bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Anda pasti bertambah dan rambang mata untuk membuat pilihan juadah berbuka. Hal ini kerana pihak kafe menyediakan juadah bertemakan kesukaan rakyat Malaysia. Nak tahu menu istimewa yang ada? Hubungilah nombor di bawah dengan segera!

No telefon: +603 5521 9000

Lokasi: A-GF-01 Golden Triangle, No. 6, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Whyndam Acmar Klang

T Cafe menyediakan buffet bertemakan Iftar Ramadhan 1001 Juadah Rakyat untuk Ramadhan kali ini. Menu yang disediakan cukup popular dan semestinya enak. Antaranya adalah kambing dan rusa golek, biryani bersama rempah timur tengah, bubur lambok dan sup gear box.

Uniknya pakej di sini adalah mereka membuat tawaran istimewa iaitu 1 baucer percuma jika anda membeli 4 baucer untuk dewasa. Namun terhad untuk 5 hari pertama puasa iaitu bermula 3 April hingga 7 April 2022. Jangan lepaskan peluang kerana baucer ini terhad dan akan berakhir pada 31 Mac 2022.

No telefon: +603 3311 8829 / 8831 / 8832 / 8833 / 8837

Lokasi: 1-G-1, Persiaran Bukit Raja 2/KU1, 41150 Klang, Selangor

Four Points by Sheraton Puchong

Jom nikmati Tradisi Warisan 2022 yang menyajikan banyak menu istimewa dan menyelerakan. Anda dapat merasai menu seperti gulai kawah, sup ekor mamak style, nasi mandi bersama daging panggang dan macam-macam lagi! Dengar menu pun boleh buat kita terliur.

Jika berkesempatan, rebutlah peluang untuk dapatkan harga early bird serendah RM 110 untuk dewasa dan RM 55 untuk kanak-kanak. Perlu diingatkan harga promosi ini terhad sehingga 31 Mac 2022! Tunggu apa lagi? Jom tempah baucer di nombor yang tertera.

No telefon: +603 5891 8855

Lokasi: 1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Ctre, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Grand Barakah Hotel Ampang (Cenderawasih Grand Ballroom)

Grand Barakah Hotel Ampang mempunyai dua buah restoran yang menyediakan buffet Ramadan. Salah satu buffet di hotel ini disediakan oleh Cenderawasih Grand Ballroom.

Dengan tema Warisan Kampung, harga permulaan yang ditawarkan adalah RM 108 untuk pembelian pada bulan Mac. Lebih 100 menu lazat yang anda boleh pilih.

No telefon: 03 4270 7070

Lokasi: Jalan Selaman 1, 2, Jalan Ampang, Palm Square 68000 Ampang, Selangor Ampang, 68000 Shah Alam, Selangor

Grand Barakah Hotel Ampang (Kafe Teratai Garden)

Kafe Teratai Garden juga terletak di Grand Barakah Hotel Ampang. Lebih 100 juadah berbuka juga disediakan oleh kafe ini.

Berkonsepkan Citarasa Barakah, anda boleh dapatkan tawaran harga serendah RM 88 untuk pembelian baucer pada bulan Mac. Jika anda berminat, buat tempahan segera kerana tempat adalah terhad.

No telefon: 03 4270 7070

Lokasi: Jalan Selaman 1, 2, Jalan Ampang, Palm Square 68000 Ampang, Selangor Ampang, 68000 Shah Alam, Selangor

Crystal Crown Hotel

Brass Cafe di Crystal Crown Hotel menyediakan pakej iftar bertemakan Bazaar Makan-Makan. Tak perlu lagi ke bazaar mencari makanan tambahan. Di sini semua sudah tersedia.

Terdapat 3 harga berlainan mengikut tempoh masa. Sudah pasti anda mahukan harga yang lebih rendah kerana lebih jimat. Cepat, ajak keluarga dan rakan-rakan berbuka di sini!

No telefon: 03-7958 4422

Lokasi: No. 12, Jln Utara, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

G2G Maeps Serdang

G2G Maeps Serdang adalah salah satu tempat berbuka yang menyediakan pelbagai kemudahan. Antaranya adalah parkir percuma, ruang solat, mini bazaar, kaunter zakat dan booth bunga api untuk kanak-kanak. Ha, memang lain daripada yang lain.

Tak cukup dengan itu, anda berpeluang menyertai peraduan dengan hadiah utama adalah sebuah motosikal. Caranya adalah anda perlu bergambar di sana, upload ke media sosial dan tag G2G Maeps Serdang. Mudah sangat!

Anda pasti selesa berbuka di sini kerana G2G berkonsepkan buffet di ruangan yang terbuka. Kambing golek sudah pastinya ada sebagai menu utama.

No telefon: 010 10785542

Lokasi: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor

Acapella Suites Hotel

Konsep yang digunakan oleh hotel ini untuk buffet Ramadan kali ini adalah Di Bawah Seribu Bintang. Kenapa mereka menggunakan konsep ini? Jawapannya anda boleh peroleh ketika berbuka di sana dan merasai sendiri pengalaman yang cukup istimewa.

Lakukan tempahan awal sebelum 25 Mac untuk dapatkan harga serendah RM 75 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak. Selepas tarikh ini, harga akan kembali normal. Jika anda mahukan kelainan sewaktu berbuka, apa kata anda cubanya di sini.

No telefon: +603-5039 8888 (mesej sahaja)

Lokasi: No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Espira Kinrara

Juadah Iftar Baraqah di Espira Kinrara juga tidak kurang hebatnya. Menu utama yang diketengahkan adalah menu tradisi kampung. Anda pasti menyukai kari kambing, gulai lemak pucuk paku, sambal goreng jawa, nasi biryani dan sebagainya.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan harga early bird serendah RM 58 sahaja. Harga ini terhad sehingga 1 April 2022. Jika anda berminat, lekas hubungi nombor yang tertera.

No telefon: 03-8079 1000

Lokasi: Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

MZ Cafe Bangi

Jika anda ingin berbuka puasa dengan menu yang berlainan dari biasa, MZ Cafe Bangi pasti menjadi pilihan anda. Hal ini kerana mereka menyediakan lebih 130 sajian antarabangsa yang menyelerakan. Untuk mengetahui menu-menu tersebut, anda boleh hubungi nombor tertera atau ke laman Facebook MZ Cafe Bangi.

Harga yang ditawarkan untuk pembeli terawal adalah RM 55 seorang. Dapatkannya sebelum 3 April 2022 untuk peroleh harga yang mampu menjimatkan anda.

No telefon: 016 3266464

Lokasi: Lot 5057, Jalan Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bangi, Selangor

Nexus Regency Suites & Hotel

Aneka Citarasa Dinner Buffet ini diadakan bermula 7 April sehingga 30 April 2022. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM 88 untuk dewasa dan RM 49 untuk kanak-kanak. Cepat lakukan pembelian baucer sebelum 1 April 2022 untuk dapatkan harga yang rendah ini!

No telefon: 0109885788

Lokasi: 2, Jalan Perimbun 27/11, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor

Chit Chat Steamboat & Grill

Tempat berbuka ini terletak di Puchong Prima. Anda akan peroleh 5% diskaun untuk slot kedua dan menikmati pelbagai sajian kampung beserta kuih-muih.

Di sini pakej berbuka terbahagi kepada 2 slot. Slot pertama pada pukul 7.00 petang hingga 9.00 malam manakala slot kedua pada 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Lokasi: A-04-09 & A-04-10, Blok A, Pusat Perdagangan Puchong Prima, Jalan Prima 5/5, Persiaran Puchong Prima, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor

Talia World

Terdapat beberapa kelebihan jika anda berbuka di sini. Antaranya anda dapat solat di surau yang disediakan serta menikmati wifi dan parkir secara percuma. Tempatnya juga selesa dan dilengkapi penghawa dingin. Harga yang diberikan untuk early bird adalah serendah RM 55. Cepat dapatkannya sementara masih ada!

No telefon: 013 6153132

Lokasi: Lot 3509, Section U6, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor (di dalam perkarangan Metro Driving Academy)

Shah Alam Convention Centre

Berkonsepkan Selera Orang Kita, para chef di sini akan menyediakan lebih 80 sajian istimewa yang terdiri daripada makanan tempatan. Anda bakal menikmati kambing kebuli, sup periuk, daging bakar masak lemak, apam lenggang dan pelbagai makanan lazat yang lain.

Jom dapatkan harga promosi serendah RM 78 yang ditawarkan sehingga 1 April 2022. Jangan lupa masukkan Shah Alam Convention Centre dalam list tempat berbuka puasa anda untuk Ramadan kali ini!

No telefon: 03-55118858 / 03-55118813 / 013-250 2858

Lokasi: 9, 14, Jalan Perbadanan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Seri Selangor Golf Club

Sajian utama yang disediakan pada Ramadan tahun ini adalah kambing bakar istimewa. Selain itu, makanan tradisi dari seluruh pelusuk negeri juga disajikan kepada pengunjung.

Beli baucer sebelum 3 April 2022 secara dalam talian untuk dapatkan harga serendah RM 60 bagi dewasa. Sebarang tempahan pakej berbuka perlulah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh yang dipilih.

No telefon: 603-78061111 / 010-9213858

Lokasi: Persiaran Damansara Indah, Tropicana, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Villea Morib

Jom berbuka bersama Ahlan Ramadan Buffet di Villea Morib dengan selesa dan berpatutan. Sajian tempatan merupakan sajian utama yang disediakan khas untuk anda. Antaranya adalah daging bakar palembang, udang masak lemak cili api, ayam percik dan ikan bakar.

RM 60 sahaja harga promosi untuk seorang. Namun anda perlu dapatkannya sebelum 1 April 2022. Pakej ini bermula 8 April sehingga 1 Mei 2022.

No telefon: 019 288 6145

Lokasi: Lot 183 &184 Jalan Pantai, 42700 Banting, Selangor

Dorsett Grand Subang

Penduduk Selangor sudah tentu akan berbuka di sini kerana Dorsett Grand Subang menyediakan buffet bertemakan Rasa Selangor. Hubungi nombor yang tertera atau scan barkod yang terdapat pada brochure di atas untuk membuat sebarang tempahan.

No telefon: +603 5031 6060

Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Dah ada pilihan buffet Ramadhan Selangor yang sesuai dengan citarasa anda? Jika anda penat untuk memasak dan ingin menukar selera, pilih saja salah satu pakej buffet di atas. Pasti berbaloi! Penat pun hilang apabila dapat menikmati juadah yang lazat. Mesti seronok berada di suasana yang meriah dalam menyambut ibadah puasa bersama umat Islam yang lain.

Nak tahu lagi tempat menarik sekitar Selangor? Jom tengok artikel di bawah.

Similar Posts