Buffet Ramadhan Putrajaya memang banyak yang eksklusif dan setiap pakej memang berpatutan. Jika anda mahukan harga buffet Ramadhan dengan lebih rendah, cepat buat tempahan awal dan dapatkan harga early bird yang sudah tentu lebih jimat!

Sekali-sekala bawa keluarga berbuka di restoran atau hotel apa salahnya. Pelbagai menu yang anda boleh pilih hanya di satu tempat! Selain dapat menukar selera, anda juga pasti seronok apabila berada dalam suasana yang meriah iaitu dapat berbuka puasa bersama umat Islam yang lain.

Jom tengok pakej buffet Ramadhan yang sesuai dengan kemahuan anda! Jangan lupa kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang!

Nama TempatNo telefon & AlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Park Inn by Radisson Putrajaya+03 8911 1999
Lokasi: Park Inn by Radisson Putrajaya, Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor
268.00
(harga termasuk penginapan, sahur & berbuka)
Radisson Hotels
The Everly Putrajaya03-8892 2929
1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
108.00The Everly Putrajaya
Le Meridien Putrajaya+603 8689 6888
Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya
188.0098.00Le Meridien Putrajaya
Zenith Putrajaya Hotel+603 8893 9993
Jalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
120.0088.00Zenith Putrajaya
Marriot Putrajaya+603 8949 8888
IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya
188.0094.00Marriott Putrajaya
Pulse Grande Hotel+603 8887 8888
Taman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
125.00Pulse Grande Hotel
The Laguna Restaurant016 2620124
Abedeen Clubhouse, 1/1, No. 1 Jalan Garden Residence, 63100 Cyberjaya, Selangor
39.90The Laguna Restaurant
Dorsett Putrajaya+603 8892 8388 / +6016 668 0265
Precinct 3, 62000 Putrajaya
138.0078.00Dorsett Putrajaya
BaraOmbak Marina Putrajaya0166089806 / 0187785725
Boraombak Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
69.9045.90BaraOmbak Marina Putrajaya
Glow Putrajaya0133478857
XM9R+VW, Presint 13, 62300 Putrajaya
58.0038.00GLOW Putrajaya

Park Inn by Radisson Putrajaya

Jika anda mencari penginapan yang menyediakan pakej berbuka, Park Inn by Radisson Putrajaya salah satu hotel yang mempunyai pakej tersebut. Bukan sahaja anda dapat menginap di bilik Superior dan berbuka dengan pelbagai juadah, namun anda juga dapat bersahur di sini tau!

Tempahan boleh dilakukan sehingga 29 April 2022. Berminat dengan pakej ini? Layari laman web radissonhotels.com/parkinn sekarang!

No telefon: +03 8911 1999

Lokasi: Park Inn by Radisson Putrajaya, Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor

The Everly Putrajaya

Jika anda ingin berbuka puasa di The Everly Putrajaya, dapatkan harga promosi serendah RM 88 sebelum 16 Mac 2022! Harga asal adalah RM 108.00 untuk seorang. Pakej berbuka puasa ini bermula 4 April sehingga 28 April 2022.

Sajian utama bertemakan citarasa tempatan bersama Thailand. Jika anda ingin merasai juadah tradisional dan menu ala Thai, cepat buat tempahan untuk berbuka di The Everly Putrajaya sekarang!

No telefon: 017-209 4619 / 017-642 7387 / 018-970 4484

Lokasi: 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Le Meridien Putrajaya

Jom berbuka dengan eksklusif di Le Meridien Putrajaya yang bertemakan Destinasi Rasa bersama chef selebriti iaitu Chef Naim. Antara sajian istimewa adalah rendang hijau itik salai, kambing percik, udang masak rose, asam pedas ikan jenahak dan lain-lain. Dengar menu pun sudah terliur.

Buat tempahan awal sebelum 31 Mac 2022 untuk dapatkan harga RM 148 untuk dewasa manakala RM 74 untuk kana-kanak. Harga akan kembali normal pada 2 April sehingga 1 Mei 2022. Jika anda suka akan masakan ala kampung, jom buat tempahan di sini.

No telefon: +603 8689 6888 / WhatsApp +6012 407 3101

Lokasi: Lebuh Irc, Ioi Resort City, Sepang, Putrajaya

Zenith Putrajaya

Zenith Putrajaya menyediakan buffet Ramadhan Putrajaya yang pasti menyelerakan kerana terdapat sajian kesukaan warga Malaysia! Ada tulang rusuk rusa gulai kawah, shell out sambal petai, rendang tok unta, pasembor dan lebih 100 menu lain!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi serendah RM 120 untuk dewasa dan RM 70 untuk kanak-kanak sebelum 3 April 2022! Nak maklumat lanjut? Anda boleh hubungi nombor yang tertera.

No telefon: +603 8893 9993

Lokasi: No 1, Jalan P2/A, Presint 2, Putrajaya

Marriott Putrajaya

Zest Lifestyle Restaurant di Marriot Putrajaya menyediakan buffet ramadhan dengan tema Pentas Citarasa. Lebih 100 menu berbuka disediakan merangkumi masakan tradisional serta sajian Asia.

Di sini anda boleh rasai menu unik dan lazat seperti lauk kawah, satay Kajang, serawa durian, durian swiss roll dan sebagainya! Penggemar durian anda perlu datang ke sini kerana pelbagai menu durian ada disajikan!

Harga early bird ditawarkan sehingga 28 Mac 2022. Dapatkan voucher ini serendah RM 148 untuk dewasa manakala RM 74 untuk kanak-kanak. Lebih jimat, lebih berbaloi!

No telefon: +603 8949 8888 (ext.1028/1029/1888) / WhatsApp +601156855608

Lokasi: IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pulse Grande Hotel

Bertemakan Santai Iftar di Kampung Kami, sudah tentu sajian utama yang disediakan adalah bertemakan ala kampung dan masakan tradisional. Pasti nyaman dan selesa dapat berbuka di tengah-tengah taman kerana lokasi berbuka ini terletak di Palm Hill Cafe, Pulse Grande Hotel.

Jom jadi yang terawal membuat tempahan berbuka dengan harga RM 95 untuk dewasa sebelum 6 April 2022! Pakej berbuka bermula 3 April sehingga 30 April 2022. Apa tunggu lagi? Jom buat tempahan sekarang untuk merasai pengalaman berbuka di taman!

No telefon: 03-8887 8888 / WhatsApp 010-228 5353

Lokasi: Taman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

The Laguna Restaurant

The Laguna Restaurant adalah antara tempat berbuka dengan pakej yang lebih murah dan berpatutan. Harga promosi yang ditawarkan serendah RM 39.90 sahaja untuk seorang. Antara menu yang disajikan adalah kambing panggang, ayam panggang rosemary, menu tempatan, rtoi canai dan kuih muih dan lain-lain.

Menariknya di sini, pihak restoran menyediakan wifi dan ruang solat. Anda juga dapat makan dengan nyaman kerana disajikan dengan pemandangan taman tropika dan kolam renang. Jika anda seorang pecinta makanan barat dan tradisional,berbukalah di sini!

No telefon: 016-262 0124

Lokasi: 63100, Persiaran Garden Residence 2, Cyberjaya, 63100 Cyberjaya, Selangor

Dorsett Putrajaya

Citra Rasa dengan #Bismillah untuk Ramadhan kali ini sudah pasti akan menjamukan anda menu buffet yang menyelerakan. Istimewanya berbuka di sini, anda akan menikmati sajian sambil menonton persembahan dari bintang-bintang 70-an pada setiap Jumaat.

Nak harga promosi? Anda boleh dapatkannya serendah RM 99 untuk dewasa sehingga 5 April sahaja. Harga selepas 5 April adalah RM 138 untuk dewasa manakala RM 78 untuk kanak-kanak dan warga emas.

No telefon: +6016 668 0265 / +603 8892 8388

Lokasi: Precinct 3, 62000 Putrajaya

BaraOmbak Marina Putrajaya

BaraOmbak turut menyediakan pakej buffet Ramadhan pada tahun ini dengan tema The Grand Bazaar. Pelbagai juadah yang disediakan seperti aneka mi dan sup, makanan barat, makanan Arab, makanan India dan tak lupa pelbagai juadah tempatan dan tradisional.

Bukan itu sahaja, sambil berbuka anda juga berpeluang memenangi pakej umrah dan pelancongan ke Turki bersama Kembara Mukmin Travel and Tours. Selain itu, setiap pakej akan disumbangkan sebanyak RM0.90 kepada Rumah Bakti Al-Kausar Bandar Baru Bangi. Sambil menjamu anda juga dapat beramal.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej berbuka dengan lebih berbaloi jika anda membuat tempahan secara online. Hubungi nombor yang tertera untuk dapatkan maklumat lanjut.

No telefon: 03 8893 5303 / 016 608 9806 / 010 214 1825

Lokasi: Boraombak Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Glow Putrajaya

Jom berbuka dengan suasana yang berbeza di Glamping Wetland Putrajaya! Lakukan tempahan awal dengan hanya RM 58 untuk dewasa dan RM 38 untuk kanak-kanak.

Jika anda suka makanan tempatan dan tradisional, anda memang perlu datang sini! Antara menu istimewa yang disediakan adalah aneka gulai lemak cili api, gulai kawah kambing batang pisang, aneka sate, aneka ikan bakar dan lain-lain.

No telefon: 013 347 8857

Lokasi: Glamping Wetland Putrajaya

Dah buat pilihan buffet Ramadhan Putrajaya untuk anda pergi bersama keluarga atau rakan-rakan? Pilih lah mengikut bajet dan citarasa anda. Yang pasti, ia akan meninggalkan satu memori bermakna apabila dapat meluangkan masa bersama untuk berbuka dengan yang tersayang.

Kami juga ada menulis artikel lain seperti:

Penulis: Nur Syafiqah

Travel is my therapy.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.