14 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Selangor
Family day adalah hari berhimpun bersama keluarga besar beramai-ramai dimana ia merupakan sebuah percutian khas untuk kaum keluarga anda. Waktu ini jugalah anda akan bertemu ramai saudara mara seperti adik beradik, sepupu dan lain-lain lagi.
Justeru, tempat menarik untuk family day di Selangor juga amat penting supaya dapat bercuti dalam keadaan yang selesa dan menyeronokkan. Mungkin anda tercari-cari tempat menarik untuk family day di Selangor bukan? Jom lihat satu demi satu.
1. Pantai Morib
Tidak jauh dari bandar, pantai Morib adalah tempat menarik untuk family day di Selangor yang sesuai buat anda yang berasal dari bandar. Ia tidak terlalu jauh tetapi sudah cukup menenangkan anda.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti berkelah, mandi-manda, berenang, bermain sukan air dan macam-macam lagi. Anda juga boleh memancing dan mengunjungi restoran seafood di sini.
2. Pantai Bagan Lalang
Pantai Bagan Lalang ini terletak di Sepang Selangor dimana ia mempunyai kawasan yang agak luas, sesuai untuk anda beraktiviti seperti bermain bola, game dan sebagainya.
Sama seperti Pantai Morib, ia sangat indah membolehkan anda bermandi-manda, bermain layang-layang, berehat dan sebagainya. Sudah tentu ia sesuai dijadikan tempat menarik untuk family day di Selangor.
3. FRIM
FRIM atau namanya Forest Research Institute Malaysia yang terletak di daerah Petaling Jaya, Selangor ini sangat menarik untuk diterokai. Disini terdapat air terjun yang membolehkan anda dan keluarga bermandi-manda, berkelah dan sebagainya. Pasti lebih teruja dapat meneroka alam semulajadi di sini.
4. Santuari Ikan Sungai Chiling
Tempat menarik untuk family day di Selangor ini dibuka pada setiap hari selasa, sabtu dan ahad. Anda boleh berkunjung seisi keluarga untuk memancing, berkelah dan bermandi-manda sambil meluangkan masa menyambut family day di sini.
5. Rumah Kebun
Rumah Kebun berkonsepkan seperti suasana kampung dimana ia sangat tenang, aman dan sesuai untuk percutian keluarga. Rumah kebun merangkumi kawasan sungai, pohon dan juga penginapan.
Terdapat juga kawasan mandi seperti kolam yang membolehkan anak-anak dan dewasa bermandi-manda. Ia bagaikan sebuah rumah percutian yang memuatkan 16 orang ahli keluarga.
6. Air Terjun Hutan Lipur Kanching
Kawasan Rawang Selangor juga terkenal dengan air terjun hutan lipur Kanching ini. Selain bermandi-manda dan bermain air, anda boleh berfotografi di sini kerana keindahannya dan kesegarannya sangat menarik.
7. Tadom Hill Resort Banting
Tempat menarik untuk family day di Selangor ini mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik dan menghiburkan. Ia juga agak mencabar. Anda boleh berenang di tasik, bergayut, bermain sukan air, mendaki bukit, abseiling dan lain-lain lagi.
Tempat penginapan juga amat menarik kerana ia berasaskan kayu dan sangat sesuai untuk anda bergambar.
8. AVANI Sepang Goldcoast Resort
Jika inginkan percutian dan penginapan yang unik, datanglah ke AVANI Sepang Goldcoast Resort. Terdapat hampir 315 buah villa yang terapung dalam reka bentuk Polisenia boleh anda menginap.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti kawasan mandi, kolam renang, rawatan spa urut, kawasan aktiviti seperti permainan tradisional, mencanting batik dan banyak lagi.
9. Templer Park Rainforest Retreat
Templer Park Rainforest Retreat juga sesuai dijadikan tempat menarik untuk family day di Selangor kerana ia sangat indah dan boleh dikunjungi ramai orang.
Luasnya 3 ekar mempunyai 2 jenis penginapan iaitu kontena dan villa. Banyak pokok-pokok hijau mekar dan segar, bukit bukau, tasik dan padang golf disediakan. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga di sini.
Tempat menarik ini turut lengkap dengan kemudahan seperti gazebo, unifi, projektor, kemudahan bbq, kolam renang infiniti, jet spa, splash pool, sauna outdoor, dapur yang lengkap, hammock dan banyak lagi.
10. Air Terjun Serendah
Air terjun Serendah yang dikatakan sebuah tempat menarik untuk family day di Selangor ini berada dalam kawasan Orang Asli Selangor. Anda bebas bermandi-manda di air terjun dan berkelah bersama-sama keluarga.
11. Pulau Indah
Pulau Indah sangat meriah jika datang bersama dengan keluarga besar anda. Pelbagai aktiviti dan sukan air boleh dilakukan disini. Pulau Indah ini terletak di Port Klang dan amat sesuai untuk aktiviti kekeluargaan.
12. Kota Damansara Community Forest Park
Tempat menarik untuk family day di Selangor yang boleh anda dan keluarga terokai adalah Kota Damansara Community Forest Park. Nikmatilah ketenangan dan kesegaran sepanjang berada di sini, pastinya keluarga anda sukakan udara segar dan tempat yang tenang.
13. Paya Indah Wetland
Jika tercari-cari tempat yang mempunyai suasana tenang tetapi boleh buat apa sahaja seperti berkelah dan sedikit tertutup, Paya Indah Wetland sesuai buat anda.
Lokasinya adalah di Jalan Dengkil, Banting. kawasan ini membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga secara lebih dekat, tenang di samping dapat melihat keindahan flora dan fauna.
14. Air Terjun Lepoh
Air Terjun Lepoh yang terletak di hulu langat Selangor ini juga merupakan salah satu tempat menarik untuk family day di Selangor. Anda bebas berkelah, mandi-manda dan bercuti di sini.
Pendek kata, apa sahaja aktiviti keluarga yang anda ingin lakukan, boleh dilakukan di sini kerana suasananya sangat santai dan menenangkan. Ia juga terbuka untuk seluruh keluarga tak kira berapa pun jumlah keluarga anda.
Itulah dia tempat menarik untuk family day di Selangor boleh anda kunjungi. Jom baca juga tembok besar cina, Pulau Sembilan Perak, tempat menarik di Xining dan juga tempat menarik di Wakayama.
Rujukan:
- Tempat menarik Selangor. https://www.bidadari.my/tempat-menarik-selangor/
- Tempat menarik di Selangor. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-selangor/
- Tempat menarik di Selangor. https://mytrip123.com/tempat-menarik-di-selangor/