13 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Johor
Apabila tiba musim cuti, pasti kita ingin meluangkan masa bersama keluarga bukan? Kita juga boleh aturkan sebuah percutian pada family day yang kian tiba ini.
Mungkin anda tercari-cari tempat percutian untuk menyambut family day? Tempat menarik untuk family day di Johor juga tidak kurang meriahnya kerana Johor juga terkenal dengan tempat percutian terbaik untuk dikunjungi bersama keluarga.
Sama ada bercuti bersama keluarga besar atau bersama anak-anak dan pasangan, terdapat tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Johor. Mari lihat satu persatu, mana satu pilihan anda!
1. Pantai Desaru
Jika anda ingin berkelah di tepi pantai, pantai Desaru amat sesuai kerana keindahan dan suasananya sungguh menenangkan. Angin bertiup dan lautan ombak yang tenang membolehkan anda bermandi-manda bersama keluarga di sini.
Anda juga boleh bermain permainan pantai seperti jetski, parasailing, boat ride, banana boat dan macam-macam lagi di sini.
2. Danga Bay
Danga Bay terletak di tepi selat yang memiliki pelbagai kemudahan dan hiburan yang boleh anda sertai bersama keluarga. Anda boleh melihat pemandangan lampu cantik pada malam hari, makan di restoran seafood menarik, bersiar-siar di sekitar bandar dan lain-lain lagi.
3. Taman Negara Pulau Kukup
Taman Negara Pulau Kukup adalah antara tempat menarik untuk family day di Johor yang boleh anda kunjungi. Ia merupakan hutan paya bakau terbesar di dunia yang memiliki pelbagai spesis flora dan fauna.
4. Pulau Rawa
Pulau Rawa sangat indah pantainya menjadi kegilaan ramai keluarga untuk bercuti di sini. Menyambut family day di Pulau ini membolehkan anda bermandi-manda, berkelah, bermain sukan air, menyaksikan batu karang bewarna-warni dan banyak lagi aktiviti menarik. Anda boleh ke sini dengan menaiki bot dari Jeti Mersing.
5. Pulau Dayang
Dari Jeti Mersing, anda boleh terus ke Pulau Dayang juga. Pulau Dayang sangat cantik dan amat rugi jika anda tidak melakukan aktiviti seperti menyelam, snorkeling dan mandi-manda. Anda juga boleh berkelah dan melakukan aktiviti BBQ di tempat menarik untuk family day di Johor ini.
6. Wet World Batu Pahat Village Resort
Sekali sekala apa kata anda pilih tempat menarik untuk family day di Johor yang berkonsepkan taman tema air? Wet World Batu Pahat Village Resort adalah sebuah taman tema air untuk kanak-kanak dan dewasa. Bolehlah anda bermandi-manda di sini.
Terdapat water slide games yang pelbagai seperti Wave Pool, Big Splash dan Batu Pahat Tower di sini. Sambil bergembira, dapatlah anda luangkan masa bersama keluarga.
7. Lata Sri Pulai
Lata Sri Pulai adalah sebuah kawasan penginapan yang merangkumi pelbagai kemudahan dan keseronokan untuk percutian keluarga. Ia adalah penginapan banglo dan juga rumah kayu tradisional, memiliki kolam mandi di hadapan kawasan rumah, kawasan memancing, BBQ dan banyak lagi kemudahan.
Amat sesuai untuk anda menyambut family day di sini kerana pelbagai aktiviti bersama keluarga boleh dilakukan. Ruang yang besar di hadapan rumah membolehkan anda bermain aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton dan banyak lagi.
8. Lotus Desaru Beach Resort
Keluarga pasti terhibur bercuti di sini kerana keseronokan yang bakal diperolehi sangat berbaloi. Anda boleh bermandi-manda dan bermain pelbagai jenis suka air seperti paint ball, parasailing, banana boat dan lain-lain lagi.
Lotus Desaru Beach Resort yang terletak di tepi pantai ini juga menyediakan penginapan yang sangat indah dan berbaloi serendah harga RM 250 sahaja.
9. Batu Layar Resort
Tempat menarik untuk family day di Johor yang boleh anda kunjungi juga adalah Batu Layar Resort. Di sini disediakan rumah jenis kayu yang berwarna-warni seakan warna pelangi.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini seperti bermandi-manda di pantai, bermain bola pantai, BBQ dan lain-lain lagi. Jangan lepaskan peluang menyambut family day di sini ya!
10. Rina Balinese Resort
Percutian yang seakan-akan di Bali ini terletak di Senai Johor. Ia kelihatan mewah dan eksklusif, malah kawasannya luas membolehkan anda berkunjung ke sini bersama keluarga besar anda.
Dekorasi dan pemandangan resort Rina Balinese ini cantik sesuai untuk anda bersesi fotografi. Ia mempunyai sentuhan moden yang indah. Bukan sahaja kawasan sekitarnya unik, tetapi bilik tidurnya juga sangat mengagumkan.
11. Kolam Air Panas Sungai Gersik
Salah satu tempat menarik untuk family day di Johor adalah Kolam Air Panas Sungai Gersik. Sambil bercuti, dapatlah anda menyihatkan tubuh dengan berendam dalam kolam air panas ini.
12. Pantai Air Papan
Sekiranya anda ingin ruang privasi dan tak terlalu ramai orang, jom ke Pantai Air Papan yang terletak di Mersing Johor. Berkelah, mandi-manda dan berkayak adalah aktiviti kegemaran di sini bersama keluarga.
13. Pulau Sibu
Pulau indah yang terkenal dengan aktiviti diving dan snorkeling ini terbahagi kepada beberapa bahagian pulau iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Kukus, Pulau Sibu Tengah dan Pulau Sibu Hujung.
Selain bebas beraktiviti mandi-manda dan bermain sukan air, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga melihat suasana nelayan pulang petang dan perkampungan nelayan yang terletak di bahagian selatan pulau ini.
Itulah dia tempat menarik untuk family day di Johor. Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Kedah, tempat menarik untuk family day di Perak, tempat menarik untuk family day di Terengganu dan tempat menarik untuk family day di Pulau Pinang.
Rujukan:
- Tempat menarik di negeri Johor https://cari-homestay.com/tempat-menarik-di-negeri-johor/
- Tempat menarik Johor https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-johor/
- Tempat menarik untuk family day di Johor. https://www.teamtravel.my/tempat-menarik-untuk-family-day-di-johor/