Menyambut family day adalah sesuatu yang baik membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga. Namun, sama ada ingin bercuti di pantai, taman atau bandar, bergantung kepada aktiviti yang ingin anda lakukan bersama keluarga.

Terdapat banyak tempat menarik untuk family day di Pulau Pinang yang boleh anda pilih dan kunjungi. Menariknya, ia sesuai untuk anda sekeluarga tak kira usia, tua muda ataupun anak-anak pun boleh bercuti bersama.

1. Air Terjun Titi Kerawang

Imej via [sirbtrips]

Air Terjun Titi Kerawang sangat sesuai untuk anda sekeluarga meluangkan masa di hari keluarga. Bermandi-manda dan berkelah pasti akan memberi keseronokan buat anda di samping menikmati suasana air terjun yang sangat dingin, sejuk dan indah ini.

Ia terletak di Teluk Bahang berdekatan dengan Balik Pulau. Jom nikmati pemandangan indah dan segar di sini.

2. Hutan Lipur Bukit Mertajam

tempat menarik untuk family day di penang
Imej via [maisinggah]

Juga dikenali dengan nama Bukit Mertajam Recreational Forest ini berketinggian 457 meter dari paras laut. Sambil meluangkan masa bersama keluarga, anda boleh mengambil angin yang sejuk di sini.

Hiking, jogging dan menunggang basikal adalah antara aktiviti riadah boleh anda lakukan. Namun, menariknya anda boleh bermandi-manda di kolam atau air sungai semulajadi yang turut terdapat sini.

3. Tropical Spice Garden

tempat menarik untuk family day di pulau pinang
Imej via [maisinggah]

Tropical Spice Garden menempatkan 500 jenis flora dan fauna yang pelbagai jenis. Sudah pasti ia sangat besar seluas 8 ekar dimana dahulunya ia merupakan sebuah ladang getah yang terbiar.

Tempat ini kemudiannya telah menjadi satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Pelbagai aktiviti menarik boleh anda dan keluarga lakukan di sini seperti Garden Tour dan Night Walks. Pasti menarik menyambut family day di sini.

4. Taman Negara Pulau Pinang

Imej via [samdanijat]

Salah satu tempat menarik untuk family day di Pulau Pinang adalah Taman Negara Pulau Pinang yang turut digelar hutan simpan Aceh. Untuk pengetahuan anda, taman negara ini merupakan taman negara terkecil di Malaysia.

Kawasan ini berada berdekatan dengan Pantai Kerachut dimana anda boleh memancing di sana. Anda sekeluarga boleh bersantai dan meluangkan masa bersama di taman ini.

5. Padang Kota Lama

Imej via [shutterstock]

Tahukah anda, Padang Kota Lama yang terletak dalam kawasan the Espelande ini telah dibina oleh kerajaan British dahulu. Sehingga sekarang masih utuh.

Tempat menarik untuk family day di Penang ini juga tidak lekang dari pemandangan pantai. Dari Padang Kota Lama ini, anda boleh menikmati keindahan laut di tepi padang dan makan di kedai makan berhampiran tepi laut di sini.

Menu utama menjadi kegemaran ramai adalah pasembor, laksa, char keuw tiaw dan juga mee sotong. Luangkan masa dengan makan-makan di sini pasti menghiburkan anda sekeluarga.

6. Bukit Bendera

Imej via [libur]

Bukit Bendera adalah sebuah kawasan yang sangat menarik wajib anda datang bersama keluarga sempena family day. Dari atas puncak, anda boleh melihat sekitar pulau pinang, sebelumnya anda akan melalui stesen bukit British tertua di Asia Tenggara.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menaiki kereta api sehingga atas bukit bendera, menikmati pemandangan indah bersama keluarga, bergambar di kawasan cantik dan unik, mencuba makanan menarik yang disediakan dan banyak lagi.

7. Pulau Jerejak

Imej via [thestar]

Sekiranya ingin bercuti di tempat yang menenangkan, jom ke Pulau Jerejak. Anda akan menaiki bot untuk sampai ke sini. Aktiviti mandi-manda dan air bebas dilakukan di sini.

Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna indah di sini malah dahulunya kawasan ini merupakan tempat bersejarah. Ia menempatkan pesakit berjangkit pada tahun 1948 hingga 1993. Pernah juga dijadikan sebagai lokasi pembuangan banduan.

Namun, pada tahun 2000, ia telah menjadi sebuah pusat eko-pelancongan yang menarik, bolehlah anda terokai bersama keluarga pada family day ini.

8. Taman Rimba Teluk Bahang

Imej via [percutianbajet]

Sekiranya anda mempunyai anak kecil atau kanak-kanak, tempat menarik untuk family day di Penang ini amat sesuai buat anda. Taman Rimba yang terletak di Teluk Bahang ini adalah sebuah taman rekreasi yang mempunyai flora fauna dan suasana hutan yang segar.

Anda boleh melakukan aktiviti kekeluargaan seperti bermandi-manda di kolam-kolam yang terdapat di sini serta berkelah juga berkhemah. Pasti puas mandi di sini kerana airnya sejuk dan amat sesuai jika berkunjung pada petang hari.

9. Pantai Batu Feringghi

Imej via [thestar]

Pulau Pinang sangat terkenal dengan pantai Batu Feringghi. Bukan sahaja suasana pantai yang cantik dan indah, tetapi gerai makan di sini juga amat menyelerakan. Anda wajib singgah makan laksa ramai-ramai di sini.

Jangan lupa bawa baju untuk mandi, kalau datang sini rugilah jika tak berenang di lautan batu feringghi. Ia sangat popular di Pulau Pinang. Lebih meriah lagi kalau anda bermandi-manda dengan keluarga. Terdapat juga sukan air, jetski dan parasailing di sini.

10. The Northam All Suite Penang

tempat menarik untuk family day di penang
Imej via [tripadvisor]

Nak sambut family day secara mewah? Jom ke The Northam All Suite Penang. Ia merupakan tempat menarik untuk family day di Penang yang boleh anda kunjungi.

Terdapat kolam renang besar yang boleh anda luangkan masa sepenuhnya bersama keluarga bersuka ria di sini. Hotel 4 bintang ini berada di pertengahan Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney.

11. Taman Negeri Bukit Panchor

tempat menarik untuk family day di penang
Imej via [listikel]

Taman negeri yang terletak di Nibong Tebal ini adalah taman rekreasi hutan yang sangat sesuai dikunjungi bersama keluarga. Anda boleh berkhemah, melihat kehijauan hutan, air terjun dan menikmati masa bersama keluarga.

Itulah dia tempat menarik untuk family day di Pulau Pinang. Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Kedah, Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Rujukan:

  1. Tempat menarik di Penang. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-penang/
  2. Tempat Menarik Penang https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-penang

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.