tempat menarik di rome
|

12 Tempat Menarik Di Rome Boleh Anda Lawati [Penuh Budaya & Sejarah]

Bercuti di Rome? Idea yang menarik jika anda belum pernah berkunjung ke Rome sebelum ini.  Rome adalah ibu negara bagi Itali dan merupakan bandar yang mempunyai ramai penduduk kira-kira 2.7 juta penduduk.  Ramainya! Sudah tentu bandar ini bersaiz besar. Tahukah anda, secara faktanya, anggaran besar Rome lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi). Ia merupakan sebuah kota besar yang sesuai untuk anda kunjungi.

Tambahan pula, terdapat tempat menarik di Rome yang boleh anda lawati untuk percutian di luar negara. Apa kata kali ini anda pilih Rome pula sebagai destinasi percutian anda. Jom lihat tempat menarik di Rome yang bakal membuatkan anda teruja.

1.  The Colosseum dan Arch of Constantine

tempat menarik di rome
Imej via [freepik]
The Colosseum dan Arch of Constantine adalah bangunan bersejarah yang masih diabadikan di Rome Itali.  Tempat menarik di Rome ini boleh anda kunjungi bagi melihat hasil sisa bangunan yang dahulunya dimulakan oleh Vespasian.  Kemudian, ia dikembangkan mengikut tahun dan peredaran masa sempena anaknya Titus membesar.

Colosseum juga sudah menjadi lebih besar membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan di sini. Antaranya adalah pertunjukan teater, sarkas, permainan, sambutan hari perayaan dan lain-lain lagi.  Bersebelahan dengan Colosseum, terdapat Arch Arches Constantine yang telah dibina berdekatannya.

Arch Arches Constantine ini didirikan adalah untuk menghormati maharaja yang telah membawa keamanan pada kota selepas mereka telah menang dalma pertempuran Jambatan Milvian pada 312. Anda juga boleh menyertai Skip the Line: Rome Purba dan Colosseum Half-Day Walking Tour yang bakal memberikan anda banyak ilmu dan pengalaman baru.

2.  Forum Rom

tempat menarik di rome
Imej via [pinterest]
Walaupun berada ditengah-tengah kota, anda akan melihat suatu tempat yang seakan-akan zaman Rom Purba. Itulah dia Forum Rom yang memiliki tiang-tiang yang teguh serta sisa runtuhan temboknya.  Ya, tempat menarik di Rome ini telah dibina berabad-abad lamanya.

Anda boleh melihat sebahagian kecil sejarah Empayar Rome di sini.  Berdekatan ini, pusat Rome, pasar, mahkamah dan tempat rekreasi juga boleh anda temui. Mengambil gambar di Forum Rome ini adalah impian ramai kerana tak semua orang dapat menjejakkan kaki di tempat yang benar-benar bersejarah ini. Sungguh menarik sekali sejarah bangunan kuno ini, anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi apabila berkunjung ke sini.

3.  Piazza Navona

tempat menarik di rome
Imej via [wantedinrome]
Sedap namanya, Piazza Navona, begitulah tempat menarik di Rome ini adalah destinasi penuh sejarah yang telah dibina oleh Maharaja Domitian satu masa dahulu. Anda boleh melihat dataran Baroque yang cantik dan kemas ini berdekatan dengan monumen patung di kolam air pancut yang diberi nama Fontana dei Fiumi. Tahukah anda, air pancut ini mewakili empat sungai iaitu Sungai Nil, Danube, Gangga dan Rio de la Plata.Piazza Navona ini berfungsi sebagai tempat perhimpunan ketika perayaan dan perlumbaan kuda pada Zaman Pertengahan. Sesudah itu, ia dibina semua dengan gaya Baroque oleh Borromini. Terdapat gereja Sant’Agnese yang cantik di sebelah baratnya.

Sekiranya anda ke sini, jangan lupa untuk membeli cenderamata di kios, singgah di kafe, menonton persembahan dari artis jalanan dan lain-lan lagi. Masa yang paling tepat untuk anda ke sini adalah pada bulan Disember kerana terdapat pasar Krismas terbaik di Rome.

4.  Vatican

tempat menarik di rome
Imej via [theromanguy]
Tempat menarik di Rome seterusnya adalah Vatican. Ia adalah sebuah negara terkecil di dunia yang merdeka dimana saiznya adalah kurang dari setengah kilometer persegi. Sebahagian sekelilingnya pula dilitupi oleh dinding Vatikan. Terdapat istana dan taman-taman Vatican, Basilika St. Peter dan Dataran St. Peter berdekatan sini.

Dalam keadaan yang agak padat ini, pelancong tetap suka berkunjung ke sini kerana menjimatkan masa mereka. Semuanya berada dekat-dekat memudahkan mereka ke satu tempat yang lain dengan cepat. Muzium dan Basilica adalah tarikan utama pelancong di sini.

Anda boleh melihat karya Michelangelo, Pieta bersama patung-patung dan altar oleh Bernini di dalam St Peter’s Basilica.  Masuk ke Istana Vatican pula, anda boleh melihat Perpustakaan Vatican, Bilik Raphael,  Borgia Apartments serta muzium termasuklah Muzium Seni Sekular, Galeri Gambar, Muzium Etruscan dan banyak lagi.

Untuk menjimatkan masa daripada beratur panjang, belilah tiket Skip the Line: Muzium Vatican dengan St. Peter’s, Sistine Chapel, dan Small-Group Upgrade tour terlebih dahulu. Anda boleh berkunjung ke muzium terlebih dahulu seterusnya ke tarikan yang lain pula.

5.  Trevi Fountain

tempat menarik di rome
Imej via [matadornetwork]
Salah satu tarikan pelancongan yang menjadi kegilaan ramai pelancong adalah Trevi Fountain.  Anda boleh melihat karya popular ini di dalam filem-filem.  Apabila anda sendiri menjejakkan kaki ke sini, ia bagaikan sebuah mimpi! Air terjun yang dicipta oleh Paus Clement XII ini adalah air terjun terbesar di Rome.

Selain bergambar, anda juga akan mendapat maklumat berkaitan tempat menarik di Rome ini sebagai ilmu atau sesuatu untuk anda mendapatkan ilham.

6.  Pantheon

tempat menarik di rome
Imej via [dicasdaitalia]
Rome tak sah jika tiada monumen. Monumen adalah seni bagi sejarah yang terpelihara sejak zaman purba Rome lagi. Begitulah dengan Pantheon yang merupakan monumen terbaik dan utuh sejak tahun 2000 lagi.   Tempat menarik di Rome ini boleh anda lawati untuk menyentuh sendiri seni bina monumen ini. Sungguh tempat dan karya ini amat klasik sekali seperti dalam filem Rome yang lama.

Dahulunya, ia digunakan bagi orang Kristian menyembah, namun pada 609, Paus Boniface IV mendedikasikan monumen ini  kepada Perawan dan semua martir Kristian. Maka, sejak dari itu, Pantheon telah dijadikan tempat penguburan raja-raja Itali. Jika diceritakan sejarahnya secara terperinci, pasti takkan habis!

7.  San Giovanni in Laterano (Basilika St. John Lateran)

tempat menarik di rome
Imej via [nyitarch161]
San Giovanni in Laterano atau dikenali sebagai Basilika St. John Lateran ini adalah sebuah gereja yang sangat menakjubkan dan terkenal di Rome.  Sebagai sebuah tempat menarik di Rome yang dikunjungi para pelancong, ia telah mendedahkan seni bina dan sejarah gereja zaman Constantine ini.

Antaranya yang boleh anda lihat adalah bentuk dalaman Basilika St. John ini amak cantik dihiasi dengan perhiasan seakan emas dan kayu utuh.  Ianya umpama istana besar yang mewah.   Untuk pengetahuan anda, Basilika St. John ini dibina pada mulanya sebagai tempat pembaptisan Kristian tertua di dunia.

8.  Santa Maria Maggiore

tempat menarik di rome
Imej via [getyourguide]
Tempat menarik di Rome yang juga merupakan sebuah gereja yang paling megah ini adalah Santa Maria Maggiore. Ia adalah sebuah gereja yang agak besar bagi kaum Kristian melaksanakan ibadah mereka. Biarpun terdapat banyak sejarah berkaitan gereja ini sejak abad keempat lagi, anda boleh mengambil iktibar dan jadikan sebagai ilmu pengetahuan dengan melawat tarikan pelancong ini.

Sebenarnya, bentuk bangunan Santa Maria Maggiore sangat unik dan menarik untuk anda bergambar.  Anda juga boleh masuk ke dalam untuk melawat. Bukan sahaja anda dapat melihat lantai batu serta emas yang bersinar di dinding, malah banyak lagi keunikan bangunan ini.

9.  Centro Storico & Spanish Steps

tempat menarik di rome
Imej via [insider]
Jika dilihat pada peta Rome, inilah tempat yang agak besar dan banyak tempat perlu anda lawati.  Centro Storico adalah tempat menarik di Rome yang mempunyai banyak gereja yang berseni, dataran yang amat meriah serta istana.  Kesemua tempat ini boleh anda lawati memandangkan Centrio Storico merupakan pusat bersejarah Rom.

Anda juga boleh berjalan-jalan di lorong purba dan jalanan yang terdapat di antara satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat banyak tempat menarik yang terletak berdekatan kawasan ini seperti Piazza Navona, Trevi Fountain, Basilika Santa Maria Maggiore, Santa Maria del Popolo dan juga gereja-gereja lain.

Selalunya, tangga berhadapan air pancut dan Centro Storico ini dipenuhi dengan orang awam.  Masing-masing bersantai dan melakukan aktiviti hiburan dengan melihat artis menyanyi, pelukis dan lain-lain lagi. Anda boleh melihat air pancut berbentuk perahu di kaki Spanish Steps ini yang dinamakan sebagai Barcaccia.  Ia telah dicipta oleh Pietro Bernini, iaitu bapa arkitek Baroque.

10.  Catacombs dan Via Appia Antica (Appian Way)

tempat menarik di rome
Imej via [picfair]
Sebenarnya Catacombs San Callisto (St. Calixtus) dan San Sebastiano ini adalah tempat pengebumian bawah tanah atau kubur di Via Appia Antica yang mengambil tempat seluas 300 hingga 400 meter.  Jangan takut akan tempat pengebumian ini, anda tak perlu masuk ke dalam kubur pun untuk melihatnya.

Terdapat lukisan dinding pagan dan lukisan Kristian awal untuk anda rujuk.  Jika diceritakan akan pengebumian mereka-mereka yang terdahulu, pasti amat menakutkan anda bukan? Yang penting cukuplah anda tahu bahawa terdapat bilik kubur di sini, namun anda boleh kunjungi tempat ini sekadar untuk melawat atau beriadah dia laluan Appian Way.

11.  Baths of Caracalla

tempat menarik di rome
Imej via [afar]
Pasti anda tertanya-tanya, apakah bangunan yang sebenarnya bagi Baths Of Caracalla ini? Ia nampak seperti sisa-sisa runtuhan bangunan lama yang besar tetapi masih utuh. Untuk pengetahuan anda, tempat menarik di Rome yang boleh anda lawati ini dahulunya adalah pusat sukan yang lengkap.

Semua kemudahan terdapat di sini seperti perpustakaan, bilik sosial, sauna wap, kolam renang, tempat mandian panas dan sejuk, kemudahan peralatan sukan ,pendandan rambut , kedai-kedai dan banyak lagi. Saiz tempat ini adalah seluas 300 meter persegi, amat besar sekali! Bangunan dewan ini juga sangat kukuh disokong oleh tiang besar.

Hampir seramai 1,500 orang boleh ditampung oleh dewan ini.  Menariknya berkunjung ke sini, anda boleh bersantai dan berjalan-jalan sekeliling bangunan lama ini serta mengambil gambar untuk kenang-kenangan.

 12.  Mosque Of Rome @ Masjid Al Huda

tempat menarik di rome
Imej via [galvanizedrebar]
Mosque of Rome atau juga disebut sebagai Masjid Al-Huda ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Rome wajib anda singgah. Selain menunaikan kewajipan di sini, anda boleh melawat kawasan sekitar masjid ini. Ianya sungguh besar dan sememangnya adalah masjid terbesar di Rome.

Masjid besar, parking banyak, tidak ada alasan lagi untuk anda mengatakan untuk tidak berkunjung ke sini. Ramai pelancong yang teruja untuk berkunjung ke sini, terutamanya mereka yang beragama Islam.

Itulah dia 12 tempat menarik di Rome boleh anda lawati. Kebanyakan tempat pelancongan ini penuh dengan kebudayaan dan sejarahnya yang tersendiri. Jom baca juga tempat menarik di Rusia, tempat menarik di Quebec, tempat menarik di Phu Quoc dan tempat menarik di Queensland Australia.

Rujukan:

  1. ms.tripnholidays
  2. tripadvisor
  3. demisecebisdamai

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *